Panduan Melukis Bendera Jalur Gemilang - Nisbah Sebenar 1:2 Jalur Gemilang
Jalur Gemilang mempunyai berbagai-bagai ukuran bergantung kepada tujuan kegunaannya dan di mana ianya hendak dikibarkan.
- Bendera Biasa (Standard)
Lebar
Panjang91.5 sm (3 kaki)
183 sm (6 kaki)Dikibarkan di bangunan, pejabat dan boleh dikibarkan di rumah kediaman.
- Bendera Rumah
Lebar
Panjang61 sm (2 kaki)
122 sm (4 kaki)
Dikhususkan untuk kegunaan rumah-rumah kediaman di mana saiz dan ketinggian tiang bendera yang dapat digunakan adalah terhad.
- Bendera Sedang
Lebar
Panjang122 sm (4 kaki)
244 sm (8 kaki)
Digunakan sebagai penutup keranda bagi mereka yang mendapat penghormatan negara.
- Bendera Besar
Lebar
Panjang183 sm (6 kaki)
366 sm (12 kaki)
Dikibarkan di Kedutaan-Kedutaan Malaysia di luar negara. Dalam negeri ia dikibarkan di tempat-tempat tertentu sahaja. Untuk mengibarkan bendera ini, ketinggian tiang bendera hendaklah sesuai.
- Bendera Meja
Lebar
Panjang15.25 sm (0.5 kaki)
30.50 sm (1 kaki)
Saiz bagi bendera yang diletakkan di atas meja. Digunakan di persidangan, seminar, mesyuarat dan majlis-majlis menandatangani perjanjian.
- Bendera Kereta
Lebar
Panjang15.25 sm (0.5 kaki)
30.50 sm (1 kaki)
Dikibarkan di bahagian hadapan kereta sama ada di tengah-tengah, di hadapan kana atau kiri kereta. Penggunaan bendera kereta hanyalah dikhaskan kepada Pembesar-Pembesar tertentu sahaja.
Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web:
http://www.geocities.com/CollegePark/Lab/7966/maksud.htm
|