Koleksi Gambar Hantu Yang Sempat Dirakamkan Malam Tadi Sekitar Jam 11 Malam
Ketika itu, sudah hampir menjengah tengah malam. Dalam keadaan yang gelap, kelam dan menyeramkan, aku berjaya merakam beberapa gambar hantu. Gambar-gambar hantu ini tidak dapat ditangkap dengan jelas kerana aku hanya menggunakan kamera digital yang terdapat pada telefon bimbitku, iaitu Samsung SGH-X700 itu.
Maka, di bawah sinar kalimantang biru, aku berjaya merakamkan pelbagai wajah hantu. Suasana cukup menyeramkan, tetapi muka-muka yang hodoh itu tetap berjaya dirakamkan. Aku pasti, hantu itu tidak berasa wajahnya adalah begitu hodoh. Namun, aku mesti mengkaji, kenapa hantu-hantu ini mahu menakutkan manusia-manusia.
Ini pula kesan darah yang hanya dapat dilihat dengan cahaya pendafluor. Kaedah yang sama untuk menghasilkan kesan cahaya bersinar terang pada batu-batu karang di lautan. Aku berasa sungguh aneh apabila mendapati kesan darah ini tiba-tiba muncul di pakaianku. Rupa-rupanya, hantu ini telah berada di sekitarku.
Jerangkung sudah kelihatan. Barangkali, ini adalah hantu yang mempunyai perkaitan dengan sejarah penjajahan British. Di belakangnya tertulis, "How are you?"
Ini pula adalah manusia yang telah berubah menjadi hantu. Dia bersungguh-sungguh melakonkan watak hantu, untuk menyeramkan sesiapa yang melalui jalan yang kelam itu.
Hantu ini mengalir air mata darah. Mataku turut berasa sakit kerana kesan cahaya kalimantang yang telah terlalu lama menerangi malam itu.
Entah kenapa, gambar ini dapat dirakamkan tanpa bantuan lampu kalimantang. Oleh kerana hantu ini terlalu agresif (lebih sesuai dikatakan dia menjiwai watak hantu dengan baik), maka kamera aku gagal menangkap gambarnya. Sudah aku katakan sebelum ini, gambar statik tidak dapat ditangkap dengan baik menerusi mod merakam gambar. Oleh itu, aku menyuruh hantu ini melakonkan semula watak menyeramkannya itu dengan secara statik supaya aku dapat mengambil gambar ini.
Beginilah rupa Rumah Hantu yang didiami oleh hantu-hantu dan barangkali jin-jin yang telah aku rakamkan sebentar tadi. Dengan hanya bayaran tiga ringgit, sesiapa pun boleh menemui hantu-hantu di rumah berhantu ini.
Aku tidak tahu apakah kesalahan hantu ini hingga dia digantung bersebelahan dengan gerai The Seeker, iaitu kumpulan penjejak hantu yang popular itu. Sayangnya aku tidak dapat menemui Uncle. Pun begitu, aku sempat merakamkan gambar beberapa peralatan hantu.
Ada juga gambar-gambar yang kelihatan gelap. Aku rasa jin atau hantu telah menyebabkan gambar-gambar itu tidak kelihatan.
Namun rahsia kenapa hantu-hantu ini bersungguh-sungguh mahu menakutkan manusia sudah terbongkar. Rahsia itu mempunyai hubungkait yang sungguh rapat dengan nilai tiga ringgit itu.
Aku harap Uncle akan dapat memberi penjelasan mengenai hal ini. Gerai beliau bersebelahan sahaja dengan rumah hantu ini.

|