BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Ogos 14, 2007

Pengembaraan Pun Bermula

Tidak lama lagi, pengembaraan berbudayakan intelektual akan merentasi kehidupan ini. Setiap orang hidupnya akan diiringi dengan pembelajaran dan ilmu. Di atas adalah gambar yang dirakamkan dengan menggunakan telefon bimbit aku.

Aku mendapati Samsung SGH-X700 juga ada kelemahan, tidak boleh merakam gambar bergerak. Kamera digital yang terdapat pada telefon bimbit Samsung SGH-X700 cuma boleh merakam gambar-gambar statik. Sekiranya mahu merakam gambar-gambar bergerak, gunakan mod merakam video.

Hidup ini tambah menarik, apabila dapat merakam pelbagai gambar. Telefon bimbit yang baru ini bukan sahaja memudahkan aku mengatur kehidupan, fungsi menghantar sekitar 20 mesej sekaligus kepada rakan-rakan memudahkan kerja-kerja aku sebagai Penasihat, Pengasas dan Pengarah Program.

Telefon bimbit ini juga berupaya untuk melayari internet secara terus. Namun capaiannya terhad juga terhad bilangan kilobait. Oleh itu, aku boleh melayari yahoo.com atau google.com, tetapi tidak dapat membuka dukeamienerev.blogspot.com daripada telefon bimbit aku.

Apa pun, aku mahu mengembara sekarang. Ini adalah pengembaraan mental, pencetus budaya intelektual.