BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Ogos 05, 2007

Tamat Sudah Acara Memanah dan Aku Rehat Seketika

Selepas dua hari berjemur di tengah panas dari pagi hingga ke petang, kulit pun terbakar, dan ada atlet yang melecet kulitnya. Namun pasukan kolej kami berpuas hati dengan tiga pingat. Pasukan lelaki dan pasukan wanita masing-masing memborong pingat perak dan satu pingat gangsa. Dengar kata, ada lagi empat pingat perak. Namun ini bergantung kepada pihak penganjur. Sebab belum dapat dipastikan lagi jumlah pingat keseluruhan.

Pada setiap pusingan, setiap pemanah diwajibkan memanah tiga batang anak panah. Antara puluhan anak panah ini, ketiga-tiga anak panah aku berjaya meletakkan diri masing-masing di tengah-tengah bahagian kuning. Aku sempat mengambil gambar ini sebelum ada pihak yang 'jaki' mencabut anak panah aku. Ha! Ha!

Antara ratusan peserta yang menyertai pertandingan memanah. Kolej kami menghantar 8 orang atlet memanah. Sementara menunggu pengambil mata selesai merekodkan mata atlet-atlet yang lain, aku mengambil gambar ini.

Barisan pemanah dan penyokong kolej masing-masing sedang berkeliaran di sekitar padang sasar memanah. Kesemua gambar ini dirakamkan menerusi telefon bimbit aku, Samsung SGH-X700.