Hantarkan Luahan Perasaan atau Rahsia Terpendam Yang Menyeksa Jiwa Anda Secara Misteri
Anda ada rahsia yang sering mengganggu jiwa anda? Anda malu atau takut hendak menceritakan rahsia tersebut? Setiap minggu atau setiap bulan, saya akan menyiarkan rahsia-rahsia yang dihantar secara rahsia oleh Hamba Allah, atau sesiapa sahaja yang tidak dikenali menerusi blog ini, mengikut keupayaan saya.
Semoga usaha ini dapat membantu insan-insan yang tidak dapat meluahkan perasaannya secara terus kepada individu-individu tertentu.
Apa sahaja rahsia seperti percintaan, pengkhianatan, persahabatan, kekeluargaan, tanggungjawab, harapan, penderitaan, cinta tak berbalas, kerinduan, kekesalan, kekecewaan, dendam, benci, takut, geram, fobia, kelemahan, kurang yakin, penderaan, buli, persaingan, hasad dengki, sejarah silam, titik hitam dan lain-lain lagi adalah diterima.
Rahsia yang memaparkan imej-imej berunsur lucah tidak akan disiarkan. Rahsia yang mendedahkan identiti orang secara langsung juga tidak akan diterima. Sekiranya anda rasa perlu untuk menyebut nama orang tersebut, maka taipkan sahaja di dalam e-mel anda. Rahsia-rahsia ini boleh dihantar menerusi e-mel berikut:

d u k e a m i e n e r e v at g m a i l dot c o m
Rapatkan semua huruf di atas dan gantikan "at" dengan "@" dan "dot" dengan "."
Format penghantaran rahsia adalah seperti berikut:
- Tuliskan rahsia secara ringkas, iaitu perkataan yang sentiasa berulang-ulang atau bergema di dalam jiwa atau minda anda.
- Rahsia hendaklah dibuat secara kreatif, sama ada secara tulisan tangan atau digital (menerusi perisian grafik seperti PaintBrush, PhotoShop, PaintShop dan sebagainya). Perisian grafik percuma boleh ditemui menerusi blog ini. Klik di sini!
- Jika dibuat secara tulisan tangan, gunakan mesin pengimbas (scanner), dan simpan fail imej tersebut dalam format jpg, png atau gif. Jangan hantar fail yang bersaiz terlalu besar. Saiz fail hendaklah kurang daripada 300kb.
- Hantarkan ke e-mel di atas. Gunakan attachment untuk menghantar gambar.
- Semasa menghantar e-mail, pada bahagian Subject, gunakan sama ada
- Misteri Rahsia
- Rahsia
- Rahsia Misteri
- Subject yang menggunakan perkataan selain daripada yang digunakan di atas akan dipadamkan secara automatik kerana dianggap sebagai SPAM.
- Anda boleh menggunakan nama samaran atau apa-apa sahaja nama yang anda rasakan perlu diletakkan di dalam rahsia anda.
- Rahsia anda akan disiarkan di dalam blog ini, jadi secara tidak langsung, akan membantu anda mengurangkan tekanan kerana anda telah dapat meluahkan perasaan atau tekanan anda.
Penulis blog dukeamienerev.blogspot.com adalah Tuan Punya Forum Dragonizer yang telah dikunjungi lebih satu juta pengunjung sejak tahun 2004/2005. Menerusi Forum Dragonizer, terdapat ruangan khas untuk para pengunjung meluahkan isi hati dan masalah mereka.
Jaringan ke web Forum Dragonizer boleh ditemui di bahagian sidebar blog ini.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai stres, tekanan perasaan, tekanan jiwa atau tekanan mental, anda juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan menerusi entri-entri yang dicadangkan di sini. Selain itu anda juga boleh menggunakan enjin carian Google yang terdapat di dalam blog ini. Pastikan anda menandakan bulatan pilihan dukeamienerev.blogspot.com yang terdapat di bawah kotak carian Google tersebut sebelum memulakan carian.

- Stres: Cara Menghilangkan Tekanan Jiwa Dengan Berkesan
- Stres: Marah, Punca Kemarahan dan Kaedah Mengatasi Rasa Marah
- Kaedah Menghindari Histeria dan Stres Di Kalangan Pelajar
- Apakah Maksud atau Definisi Buli dan Bagaimana Buli Berlaku?
- Hantarkan Luahan Perasaan atau Rahsia Terpendam Yang Menyeksa Jiwa Anda Secara Misteri
|