BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Ogos 16, 2007

Rupa-rupanya Kesibukan Itu Adalah Senjata!

Tiba-tiba aku mengetahui dan memahami bahawa kesibukan itu bukanlah suatu kelemahan tetapi adalah salah satu senjata terbaik yang kumiliki! Kesibukan dengan cara yang betul boleh meningkatkan reputasi, juga merupakan suatu cara yang terbaik untuk menghilangkan kesedihan dan kesunyian. Namun apakah elemen terpenting dalam kesibukan, yang menyebabkan kesibukan boleh dijadikan sebagai senjata?

Hm. Ini adalah perkara yang sulit untuk diterangkan, namun aku harus mengkajinya terlebih dahulu. Buat masa ini aku akan tambah menyibukkan diri aku lagi. Pasti ada tugas yang boleh dipraktikkan untuk menyibukkan diri aku.

Tidak sangka, di sebalik kesibukan ini ada hikmahnya. Penemuan ini mesti dijaga dengan sebaik-baiknya! Senjata rahsia!

Barangkali, sesiapa yang berfikir, sesiapa yang menegakkan kebenaran, pasti pernah menemui apakah keistimewaan sibuk dan apakah unsur terkuat yang membolehkan kesibukan boleh dijadikan senjata! Pasti, ini adalah rahsia yang dirahsiakan di kalangan orang-orang berjaya!

Aku tidak tahu kenapa, jika benar mereka sedar akan rahsia di sebalik kesibukan, kenapa mereka merahsiakannya? Hm, biar aku bereksperimen, dengan merahsiakan perkara ini dan melihat apa yang mereka lalui.

"Kesibukan itu adalah suatu senjata!"-Amiene Rev