BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Julai 02, 2008

Selepas Kira-kira 2 Minggu

Sudah hampir dua minggu saya tidak ke dunia blog. Namun terima kasih juga kepada fungsi kemaskini automatik yang membantu menyiarkan entri-entri terbaru beberapa kali seminggu sepanjang ketiadaan saya. Terima kasih juga kepada pengunjung yang mengirimkan komen, maaf kerana tidak sempat membalas komen anda.

Saya mendapat satu perkabaran kurang enak. Saya dimaklumkan ada beberapa orang pelajar di beberapa buah universiti tempatan (tidak perlu dinyatakan nama universiti itu sebab namanya pun memang terkenal, terletak di Pantai Barat, Utara dan lain-lain) didapati memplagiat beberapa penulisan saya di blog ini untuk tugasan akademik mereka.

Oleh sebab saya sudah biasa mendengar khabar berita seperti ini, oleh itu emosi saya tidak mudah melenting, tetapi saya berharap anda semua ada mengkreditkan nama saya di dalam tugasan akademik anda itu sebagai memperbaiki keadaan. Selain itu, bersedialah dengan hukuman akhirat sekiranya anda masih berkeras kepala untuk tidak membetulkan kesilapan anda. Peluang sudah diberi dan saya tidak suka menggelapkan masa depan anda.

Anda boleh memanfaatkan sumber-sumber di dalam blog ini, tidak kira ulasan saya mengenai rekabentuk, filem, isu semasa dan sebagainya tetapi sila jangan meminda nama penulis (iaitu saya - Amiene Rev dan nama blog ini http://dukeamienerev.blogspot.com) ke nama anda. Sekiranya anda ada memetik mana-mana bahagian di dalam blog ini, sila nyatakan sumbernya (http://dukeamienerev.blogspot.com) di bahagian bibliografi atau lampiran rujukan di dalam tugasan akademik anda.

Kepada pihak-pihak tertentu, saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana melaporkan hal-hal yang sebegini.