Pelajar Sekolah Tinggi Paling Tua Dan Terunggul - Berusia 99 Tahun Meninggal Dunia
Josephine Belasco
Nenek Berjaya Menamatkan Pengajian Ketika Berusia 98 tahun,
Meninggal Dunia Setahun Kemudian
Nenek Berjaya Menamatkan Pengajian Ketika Berusia 98 tahun,
Meninggal Dunia Setahun Kemudian
Susunan: Amiene Rev (C) 2008
SAN FRANCISCO, setahun lalu ceria dengan berita menarik mengenai kesungguhan seorang nenek berusia 98 tahun yang berjaya menamatkan pengajiannya di sekolah tinggi selepas menangguhkan pengajiannya selama 80 tahun.
Josephine Belasco, nenek berusia 99 tahun yang berjaya menamatkan pengajiannya di sebuah sekolah tinggi meninggal dunia. Beliau menamatkan pengajiannya dengan jayanya pada tahun lalu ketika berusia 98 tahun.
"Saya rasa saya telah kehilangan sesuatu," jawab Josephine Belasco apabila ditanya mengenai faktor apakah yang mendorongnya untuk menamatkan pengajiannya di Galileo High School (Sekolah Tinggi Galileo) yang dibuka pada 1924.
Biodata: Josephine BelascoKetika itu, tinggal satu semester sebelum Josephine Belasco dapat menamatkan pengajiannya di Galileo High School. Kerana mahu menjaga saudara kandungnya yang sakit, beliau akhirnya berhenti belajar dan bekerja dengan sebuah syarikat insurans untuk membantu menyara keluarga.
Tempat lahir: Calabria, Italy
Tarikh lahir: November 1907
Tempat tinggal: Mengikut keluarga, berpindah ke San Francisco ketika berusia 19 tahun.
Status akademik: Diploma of Honour, Galileo High School
Kerjayanya sebagai akauntan berlangsung selama 36 tahun. Dia kemudiannya berkahwin dan akhirnya menjadi seorang nenek. Cucunya, mendorong beliau untuk kembali ke sekolah dan mendapatkan diploma.
Beliau bernasib baik, kerana rekod persekolahannya masih disimpan secara rasmi di Sekolah Tinggi Galileo. Pihak sekolah mengatur jadual pembelajarannya bersama pelajar-pelajar lain di sekolah itu. Kebiasaannya pelajar yang tamat pengajian di sekolah itu berusia sekitar 17 hingga 18 tahun.
"I'm over the sun and the moon, I'm just stunned. I can't believe it mushroomed like this." - Josephine Belasco, 98 tahun, sejurus selepas mendapat diploma.
Setahun kemudian beliau meninggal dunia. Saya berasa sungguh terharu sehingga tidak mahu menulis lanjut mengenainya. Sila baca selanjutnya di:
http://www.findagrave.com/
|