BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, September 09, 2008

Prasekolah - Sekolah - Tadika - Tabika - Sejarah

Prasekolah
Entri ini akan membincangkan secara khusus berkaitan dengan sejarah, tujuan dan fakta-fakta berkaitan dengan penubuhan Prasekolah.

Objektif
Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Latarbelakang
18 Disember 1991
- Mesyuarat Jemaah Menteri.
- KPM melaksanakan program prasekolah.

27 Januari 1992
- Mesyuarat antara Kementerian.
- Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas).

Akta Pendidikan 1996
- Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

6 Jun 2001
- Mesyuarat Jemaah Menteri.
- Peluasan program Prasekolah KPM.


Kriteria Pemilihan Sekolah
  1. Lokasi Pedalaman/Luar Bandar/Pinggir Bandar/Bandar.
  2. Murid Tahun Satu Yang Tidak Berprasekolah Tinggi.
  3. Tiada Operator Tadika Lain.
  4. Mengambilkira Pendaftaran Murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya (>15 orang).
  5. Kemudahan Ubah Suai/Bina Bilik Darjah.
  6. Permintaan Masyarakat Setempat.

Kriteria Pemilihan Murid

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 5 dan 5+ tahun.
  3. Setiap kelas 25 orang murid.
  4. Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga


Geran Per Kapita (PCG)
RM100 seorang murid setahun
RM100 X 25 murid X 1 kelas
Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun

Bantuan Makanan
RM1.50 seorang murid sehari
RM1.50 X 1 murid X 200 hari
Jumlah : RM300 seorang murid setahun


Program-Program Prasekolah KPM

-Program ICT Prasekolah (KPM) Mulai 2002
Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian
(Agihan 2 set komputer dan 1 pencetak setiap kelas)

- Program ICT Kidsmart Early Learning (IBM) Mulai 2001
Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian
(Agihan 1 set bagi kelas prasekolah yang terpilih)
Sehingga Februari 2004 . KPM terima 59 set daripada IBM (M) Sdn Bhd

- Program Rintis Prasekolah Inklusif Pendidikan Khas Mulai 2003 . 3 kelas
( 20 Murid Biasa & 5 Murid Bermasalah Pembelajaran)
SK Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.
SK Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.
SK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah.

- Program Prasekolah Pendidikan Khas Mulai 2004 . 28 kelas
Prasekolah Bermasalah Pembelajaran
Prasekolah Bermasalah Penglihatan
Prasekolah Bermasalah Pendengaran

- Program Penempatan Guru Prasekolah Siswazah Mulai 2004