BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, September 15, 2008

Penyelidikan - Menyempurnakan Kajian OGTXE488

Penyelidikan
Catatan Seorang Saintis
Penulis: Amiene Rev (C) 2008
http://dukeamienerev.blogspot.com

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu daripada kebenaran (iktikad). Sesungguhnya Allah maha Mengetahui apa yang mereka lakukan." (Al-Quran: Surah Yunus, 36)

Sejak beberapa minggu yang lalu saya melakukan beberapa kajian susulan berkaitan dengan elemen E. Saya melihat kewujudan hubungan X hasil daripada penghayatan terhadap aktiviti P. Untuk kajian ini saya memformulasikan hipotesis berkaitan dengan E, X dan OG menerusi P.

Kajian ini mempunyai kaitan dengan satu kajian yang pernah yang pernah dibuat semasa saya masih belajar di institusi pengajian tinggi dan ia pernah dedahkan di sebuah media tempatan.

Hasil kerja penulisan kajian ini mungkin tidak ada nilai komersial, seperti apa yang pernah dinyatakan oleh Puan Ainon Mohd, tetapi nilai-nilai yang ada pada setiap kajian yang dijalankan itu boleh membantu memberi idea atau penyelesaian kepada satu-satu perkara. Namun, bagi seorang penyelidik atau saintis, setiap satu perkara itu boleh memiliki nilai komersil jika mereka mahukan ia dijadikan sedemikian rupa. Hal ini memerlukan kajian lanjutan.

Untuk menyempurnakan kajian ini, saya perlu kembali ke universiti untuk perbincangan lanjutan. Saya menjangkakan hasil yang lebih baik sekiranya saya mendapat akses kepada sumber-sumber tertentu yang boleh meningkatkan ketepatan data. Bekerja sendirian di rumah dan hanya bergantung kepada talian suara, internet tidak memadai. Begitu juga dengan rekod-rekod anekdot yang dibuat sekadar merujuk kepada pemerhatian yang tertentu sahaja, biarpun spesifik.

Umumnya, hasil kajian ini akan didedahkan kepada media. Ia merupakan satu cara untuk mengubati sesuatu yang tidak disedari dalam kehidupan kita. Saya menjangkakan perubahan yang lebih baik, sebaik-baik sahaja hasil kajian ini dicapai.