BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Januari 01, 2012

Surat Pembaca - Terjatuh Cinta Kepada Kekasih Orang

Surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu dari struktur ejaannya kerana pihak Duke Amiene Rev tidak suka menyiarkan ejaan-ejaan SMS. Sekiranya pembaca mahu maklum balas yang cepat daripada pihak Duke Amiene Rev, pastikan anda menulis dalam Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul. Nama yang disiarkan juga adalah nama samaran, berdasarkan kehendak pengirim surat.

Surat Pembaca - TIMBUL RASA CINTA TERHADAP SESEORANG YANG SUDAH BERPUNYA
Setelah saya mengenalinya timbul rasa sayang terhadapnya walaupun saya tahu dia sudah berpunya. Tapi saya tak sampai hati menyuruh dia memutuskan hubungan dengan kekasih dia sebab saya akan meruntuhkan hubungan yang mereka bina selama beberapa bulan ini. Masalahnya sekarang pada masa yang sama dia juga amat menyayangi saya. Dia tak mahu melepaskan atau berjauhan dengan saya. Perasaan saya terhadap dia kuat sangat sampai selalu terbayang-bayang wajahnya. Dia pernah menceritakan hal peribadi dia yang dia tidak selalu tidak sefahaman dengan kekasih dia. Bagaimana cara terbaik untuk saya lakukan? Adakah saya menerimanya atau ada jalan lain lagi?

Iwan

Jawapan Amiene Rev - Buat Solat Istikharah

Saudara Iwan. Saya bersangka baik dengan saudara, dengan beranggapapan bahawa saudara dan si dia sudah lama berkenalan, mungkin sejak dari usia kecil lagi sebelum si dia bertemu dengan kekasihnya. Kisah cinta tiga segi saudara ini memang banyak dikisahkan di dalam novel dan filem. Saya mohon maaf kerana saya tidak dapat melibatkan diri dan memberi apa-apa komen terhadap kisah saudara dan si dia. Lain ceritanya sekiranya ketiga-tiga pihak datang bertemu saya untuk meminta pendapat. Di sini saya cuma dapat mencadangkan cara terbaik. Saya harap saudara Iwan akan melakukan solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk. Inilah cara terbaik dan tidak ada lagi cara yang lebih baik selain ini. Jika ada jodoh, maka jadilah.

Yang benar,
AMIENE REV