BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Januari 29, 2012

Cara Bertemu Jin - Orang Bunian

Jika kamu mahu bertemu dengan orang bunian. Kamu perlu tahu, bahawasanya:

Orang bunian hidup secara berkumpulan dan memiliki perkampungan. Orang bunian juga mempunyai istana, pentadbiran dan gelaran. Kadang-kadang perkampungan mereka ada di taman perumahan malah mungkin di sebelah rumah kita. Tetapi selagi kita tidak mengganggu mereka, tidak akan ada masalah. Orang bunian kebiasaannya menetap di hutan tebal dan tasik bagi mengelakkan berjumpa dengan manusia.
 
Sifat orang bunian juga berbeza mengikut negara mereka tinggal. Bagi masyarakat Barat, orang bunian tergolong dalam jenis hantu. Di Malaysia orang bunian menggunakan bahasa Melayu manakala di Indonesia mereka bercakap dalam bahasa ibunda negara itu. Di Britain pula mungkin bahasa Inggeris. Pakaian orang bunian juga berbeza-beza mengikut musim dan keadaan.

Cara-cara Bertemu Dengan Orang Bunian
Tidak perlu untuk pergi ke alam bunian, sekadar berjumpa pun boleh. Tetapi kebanyakan orang yang bersungguh-sungguh untuk berjumpa tidak akan dapat melihatnya. Ini kerana mereka telah pengsan dahulu sebab rupa orang bunian tidak menawan seperti yang disangka. Mereka sebenarnya makhluk hodoh.

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum berjumpa dengan orang bunian. Antaranya seseorang perlu menyediakan apa sahaja tujuh jenis makanan dan tujuh jenis bunga di samping teh O, kopi O dan air suam.

Hari untuk bertemu mereka pula adalah pada malam Selasa disertai bacaan tertentu. Malam Selasa dianggap sebagai malam persahabatan antara manusia dan makhluk halus itu.

Sumber diubahsuai dari: Kosmo.com.my