Panduan Dan Muat Turun Risalah Program Gerhana Matahari Separa 26 Januari 2009
Pada 26 Januari 2009, masyarakat Cina akan menyambut Tahun baru Cina dan pada masa yang sama juga Gerhana Matahari Anulus akan berlaku selama 3 jam 46 minit dari lautan India ke sebelah Barat Indonesia. Ini berlaku apabila Bulan merentas di hadapan Matahari, tetapi tidak menutup Matahari sepenuhnya kerana saiz ketara Bulan adalah lebih kecil daripada Matahari. Oleh itu, Matahari kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera Bulan. Kelihatannya seperti cerita Heroes.
Semasa trajektori gerhana merentasi Bumi, bayangan gerhana anulus membentuk satu lintasan halus selebar 280.2 kilometer dan sepanjang 14,500 kilometer yang mana ia hanya menutupi 0.9% kawasan daripada keseluruhan permukaan Bumi. Gerhana terbaik akan berlaku di pertengahan lintasannya apabila magnitud gerhananya telah mencapai 0.9282. Pada masa itu, tempoh anulus adalah lebih kurang 7 minit 54 saat.
Gerhana Matahari Separa akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra Bulan yang lebih luas meliputi Afrika Selatan, Madagascar, Australia kecuali Tasmania, India Selatan, Asia Tenggara dan Indonesia.

PROGRAM GERHANA MATAHARI ANNULUS
Gerhana Matahari Anulus pada 26 Januari, merupakan gerhana matahari yang pertama akan berlaku dalam tahun 2009. Gerhana Annulus ini akan kelihatan dalam laluan yang agak luas iaitu dari Lautan Hindi hingga ke barat Indonesia. Manakala fasa gerhana separa pula akan meliputi kawasan yang lebih luas lagi termasuk selatan Afrika, Madagascar, Australia kecuali Tasmania, tenggara India dan tenggara Asia.
ANGKASA tidak melepaskan peluang untuk merakamkan fenomena gerhana matahari anulus ini dari Lampung, Indonesia. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk melihat rakaman langsung Pencerapan Gerhana Matahari Anulus dari Lampung, Indonesia terus dari komputer anda. Kami akan memaparkan aktiviti pencerapan serta imej matahari semasa berlakunya fenomena ini pada 26 Januari 2009.

PROGRAM GERHANA MATAHARI SEPARA
Di Malaysia, kita dapat melihat cahaya Matahari terlindung oleh Bulan sehingga mencapai liputan maksimum sehingga 82.6% dan di sesetengah kawasan ia berlaku sejurus sebelum Matahari terbenam. Kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa dari jam 4:30 p.m. hingga 7:00 p.m. sebelum Matahari terbenam.
Rakyat di Semenanjung Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa daripada sentuhan pertama hingga sentuhan akhir manakala di Sabah dan Sarawak hanya berpeluang menyaksikan gerhana daripada sentuhan pertama hingga pertengahan sahaja memandangkan waktu Matahari terbenam yang berbeza mengikut lokasi.
Secara amnya, Gerhana Matahari akan berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama Bulan melintasi laluannya di antara Matahari dan Bumi supaya Matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya seperti yang terdapat dalam Rajah 4.

Sempena Gerhana Matahari Separa ini, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menganjurkan Program Harian dari 20 hingga 30 Januari 2009 di Planetarium Negara Kuala Lumpur.
Jom, sertailah Program Gerhana Matahari Separa dan rebutlah peluang untuk menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa pada petang 26 Januari ini!
Jom, sertailah Program Gerhana Matahari Separa dan rebutlah peluang untuk menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa pada petang 26 Januari ini!
Untuk panduan anda, sila muat turun risalah berikut:
Risalah Program Gerhana Matahari Separa 26 Januari 2009
Risalah Program Gerhana Matahari Separa 26 Januari 2009
Melihat gerhana matahari secara terus boleh mengakibatkan kerosakan penglihatan atau buta. Risalah ini mengandungi tajuk-tajuk penting untuk dibaca bagi memastikan anda dapat menikmati keindahan gerhana matahari dengan selamat. Antara tajuk-tajuk yang terdapat di dalam risalah ini ialah:
- Jadual 1: Keadaan Gerhana Matahari Separa di Malaysia.
- Jadual 2: Data Matahari Terbit dan Terbenam di Malaysia pada 26 Januari 2009.
- Panduan bBgaimana Melihat Gerhana Matahari Dengan Selamat.
- Panduan Membina Projektor “Pinhole” untuk melihat Gerhana Matahari.
- Panduan Membina Projektor “Pinhole” dengan Dua Keping Kadbod
- Panduan Melihat Gerhana Matahari menerusi Kamera Pinhole dengan Pokok Teduh
- Melihat Gerhana Matahari Menggunakan Solar Eclipse Glasses dan Solar Viewer
- Teleskop yang Dilengkapi dengan Penuras Suria untuk Melihat Matahari
- Aturcara / Tentatif Program Harian Gerhana Matahari Separa 26 Januari 2009
Sila hubungi pihak
ANGKASA (Agensi Angkasa Negara)
untuk maklumat lanjut:
Alamat:
Planetarium Negara
Lot 53, Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03‐22735484
Faks: 03‐22735488
ANGKASA (Agensi Angkasa Negara)
untuk maklumat lanjut:
Alamat:
Planetarium Negara
Lot 53, Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03‐22735484
Faks: 03‐22735488
Laman web:
www.angkasa.gov.my
www.angkasa.gov.my
|