Gambar-Gambar Makhluk Asing Sebenar
Makhluk asing, benarkah mereka ini wujud? Soalan ini sudah basi. Soalan seperti ini seringkali kita dengar sama ada di dalam rancangan televisyen bertemakan misteri, atau pun di dalam majalah-majalah misteri, atau pun di dalam ruangan-ruangan misteri, sains dan teknologi di akhbar-akhbar tempatan atau tabloid. Kali ini, saya Amiene Rev, membawa anda ke satu lagi alam misteri, menerusi blog misteri dengan persoalan: "Makhluk asing, benarkah mereka ini wujud?" Gambar-gambar makhluk asing ini saya ambil sendiri dengan menggunakan telefon mudah alih, Samsung SGH-X700.
Baiklah para pengunjung sekalian. Di atas ini adalah foto wajah seekor makhluk asing betina. Jika dilihat daripada rupanya, kita boleh anggarkan umurnya adalah sekitar 50 tahun. Tetapi, teknologi makhluk asing tentu lebih maju berbanding kita. Mungkin makhluk asing ini ada menjalani teknik rawatan muka atau kulit, lalu membolehkan makhluk asing ini memiliki rupa paras yang lebih muda berbanding usianya. Apakah perasaan anda apabila melihat gambar makhluk asing di atas? Kepala makhluk asing ini botak, dan tidak ada sehelai bulu pun di badannya. Biji mata makhluk asing ini kelihatan besar dan anak mata hitam makhluk asing ini juga lebih besar berbanding anak mata manusia.
Ini adalah gambar foto tangan makhluk asing. Perhatikan bilangan jari makhluk asing ini? Makhluk asing ini memiliki 6 batang jari. Ini membolehkan makhluk asing menaip dengan lebih pantas. Memandangkan makhluk asing memiliki enam batang jari, maka tidak mustahil sistem pengiraan atau susunan angka perpuluhan makhluk asing ialah enam atau dua belas, 1- hingga 12 berbanding kita, manusia yang menggunakan sistem 1 hingga 10.
Ini ialah gambar makhluk asing yang berperut buncit. Kakinya tercedera akibat kemalangan. Kapal angkasa atau lebih dikenali sebagai UFO atau piring terbang atau flying saucer yang dinaikinya telah terhempas. Nampaknya kecederaan yang dialami oleh makhluk asing ini sangat parah. Makhluk asing ini mungkin mati kerana kecederaan dalaman atau kerana pendarahan yang terlampau banyak. Sungguh mengerikan! Cuba lihat kesan tanda seru di ayat sebelum ayat ini, penggunaan tanda seru menimbulkan suasana ngeri, bukan? Ah, kenapa saya menulis ayat ini?





Entri berkaitan: Moller M200X Flying Saucer - Piring Terbang Bukan Lagi Suatu Fantasi
|