BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Oktober 08, 2010

Surat Pembaca - Sunyi Kerana Tidak Ada Tujuan Hidup

Surat kiriman daripada Ggchick(whoever):
Dari dulu aku mmg xbanyak kawan malah dengan famili pun aku kurang rapat sgt kecuali sorang je. Sekrang ni aku ada banyak berkawan ngan org baik lelaki mahupun pempuan.tapi so banyak kenangan manis aku dah ada ngan diorang, so sampai satu tahap aku rasa aku terlalu rely on them, kena selalu keep in touch ngan diaorang.

tapi as a human being, kita ada waktu ngan kawan dan famili, tapi bagi aku aku rasa happy everytime ngan kawan2 walaupun ada satu tahap aku rasa aku terlalu taksub nak melapak ngan diorang dan kalau blh setiap masa aku ngan hangout ngan diorang.

tapi tu la masing2 ada masalah masing dan aku pun tahu yang aku tak leh nak kongkong diorang utk setiapa masa ngan aku tapi yang nyatanya aku sunyi sgt tanpa diorang sbb aku ni jenis yang sayangkan kawan2 pastu jadi tetiba emo je kalau diorang tak tepon atau tanya khabar aku, tapi yang nytaanya aku xleh teruskan hidup camni, tak leh bergantung sgt ngan diorang, tu sb aku nak tanya solution nya , mcm mana aku nak lupakan kenangan aku ngan diorang , pastu aku happy ngan hidup dan cara aku sendiri tanpa berfikir atau teringatkan diorang.

Jawapan daripada Amiene Rev:
Setelah membaca masalah anda, saya dapati anda terlalu pentingkan hubungan anda terhadap orang lain sehingga anda tenggelam tanpa matlamat hidup.

Pernahkah anda bertanya kepada diri anda, apakah matlamat hidup anda? Apakah cita-cita anda? Kenapa anda mahu hidup di muka bumi ini? Ke manakah hala tuju anda apabila anda mati nanti? Ke syurga atau ke neraka? Dengan siapa anda ingin bertemu selepas anda mati nanti? Mahukah anda menemui Tuhan anda?

Bacalah kitab suci Al-Quran sekiranya anda seorang Islam. Carilah ketenangan dari situ. Berkunjunglah ke masjid atau ke surau, bergaullah dengan orang-orang alim di sana, dan pasti, anda akan mendapat petunjuk. Bergaul dengan orang alim adalah jauh lebih baik daripada anda terus bergaul dengan lelaki dan perempuan secara bebas.

Ingatlah batas persahabatan. Jangan sampai diracuni dengan budaya barat sehingga lelaki dan perempuan bebas berkawan, terkinja-kinja di sana sini, berpegang-pegangan tangan dan sebagainya. Carilah tujuan hidup anda, dan fikirkan jenis sumbangan yang ingin anda berikan terhadap keluarga anda, agama anda dan masyarakat anda.

Apabila anda ada matlamat hidup, anda tidak akan sunyi lagi.