BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Oktober 26, 2010

Surat Pembaca - Laluan Akademik Ke Bidang Animasi Komputer

Surat kiriman Rusydi Radzman: Cara Untuk Ke Bidang Animasi Komputer
Saya tidak tahu aliran apa yang patut saya ceburi.. saya rasa saya minat kepada computer animation... jadi... boleh Tuan tolong beritahu saya aliran apa yang harus saya ceburi untuk mengambil animasi komputer semasa saya di sekolah...

sincerely,
Rusydi Radzman
(Form 4 Student)

Jawapan daripada Amiene Rev:
Untuk masuk ke bidang computer animation, Rusydi digalakkan untuk mengambil bidang grafik di sekolah. Jika tidak ditawarkan, Rusydi boleh mengambil subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Kejuruteraan dan seumpamanya. Subjek Pendidikan Seni Visual atau Lukisan adalah asas untuk masuk ke bidang animasi berkomputer. Subjek-subjek lain yang perlu dipertimbangkan termasuklah Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Bidang Animasi Berkomputer ada ditawarkan di peringkat Sijil, Diploma dan ke atas. Rujuklah guru kaunseling atau kaunselor di sekolah untuk maklumat lanjut tentang bidang-bidang ini dari segi peluang pekerjaan dan cabang-cabang kerjaya yang khusus yang berkaitan.