4 Perkara Menguatkan Badan VS 4 Perkara Melemahkan Badan
Empat perkara menguatkan badan
Huraian oleh Amiene Rev
Huraian oleh Amiene Rev
Daging mengandungi banyak protein, zat besi dan garam mineral yang baik untuk kesihatan tubuh. Dengan memakan daging, sel-sel badan dapat diperbaharui dan seterusnya menguatkan badan.
2. Memakai Haruman
Rawatan terapi menggunakan wangi-wangian kini semakin popular. Bau-bau yang wangi daripada pelbagai sumber alam semula jadi mampu memberikan perasaan tenang, bertenaga di samping dapat menghilangkan stres.
Badan manusia terdiri daripada 70% air. Cecair di dalam badan manusia, seperti darah, membantu mengangkut pelbagai zat dan oksigen ke seluruh badan manusia. Apabila manusia mandi, air akan menyerap ke dalam tubuh manusia dan menyingkirkan haba yang berlebihan. Air yang menyerap ini juga akan membantu mencairkan kepekatan darah dan memudahkan pengaliran darah di dalam tubuh badan manusia. Semakin lancar perjalanan darah, semakin segarlah manusia kerana oksigen dapat diangkut dan diserap dengan lebih berkesan.
Pakaian yang diperbuat daripada kapas membantu menyejukkan badan dan ini membantu menghindari ketegangan urat akibat panas badan.
Empat perkara melemahkan badan
Huraian oleh Amiene Rev
Huraian oleh Amiene Rev
1. Banyak melakukan hubungan seks atau bersetubuh
Hubungan seks yang berlebihan akan menyebabkan tubuh kehilangan banyak tenaga dan memenatkan badan.
2. Selalu cemas
Cemas berlebihan akan menyebabkan kadar metabolisme badan menjadi tinggi dan ini akan mengorbankan banyak tenaga badan dengan sia-sia.
3. Banyak minum air ketika makan
Apabila makan diselangi dengan minum air yang banyak, asid di dalam perut menjadi lemah dan sukar untuk mencerna makanan yang dimakan. Akibatnya, zat-zat tidak dapat dicerna dan diserap dengan berkesan.
4. Banyak makan bahan yang masam
Makanan yang masam adalah lawan kepada makanan yang manis. Makanan yang manis mengandungi banyak kalori sementara makanan yang masam adalah sebaliknya. Oleh sebab itu, kebanyakan makanan atau buah-buahan yang masam mampu menyejukkan badan manakala makanan atau buah-buahan yang manis dapat memanaskan badan.

|