Pendaftaran Haji Dipermudahkan - Belanjawan 2012
Mendaftar bagi menunaikan haji bagi golongan berpendapatan rendah turut dipermudahkan.
Mereka yang tidak mempunyai tabungan RM1,300 untuk mendaftar kini boleh menggunakan simpanan KWSP.
DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/PERDANA MENTERI
Kerajaan dengan ini membenarkan pencarum kwsp membuat pendaftaran awal melaui penghadangan atau ring fencing akaun 2 pencarum sebanyak 1 ribu 300 ringgit. Melalui kaedah ini wang pencarum sejumlah 1300 itu masih kekal dalam kwsp tetapi pencarum sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji
|