BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, Oktober 24, 2011

MotoGP GP Malaysia BATAL - Pelumba HONDA - Simoncelli Maut Dalam Kemalangan

Walaupun dilengkapi pakaian khas pelumba motosikal, ajal tetap dapat menjemput pelumba Honda, Simoncelli ketika perlumbaan motosikal berlangsung. Ini merupakan kemalangan maut pertama pernah berlaku di Litar Sepang. Marco Simoncelli, penunggang San Carlo Honda Gresini, disahkan meninggal dunia oleh Pengarah Perubatan MotoGP, Dr. Michele Macchiogodena pada jam 4.56 petang kerana kecederaan serius di bahagian kepala, tengkuk dan dada.

MotoGP GP Malaysia dibatal ekoran kemalangan maut Simoncelli
Disediakan oleh Berita Harian


LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) diselubungi duka apabila penunggang San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Selekoh 11 pada pusingan pertama perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia- Shell Advance, semalam. Insiden maut itu menyebabkan perlumbaan kelas berkenaan dibatalkan, petang semalam. Penunggang 24 tahun dari Itali yang menaiki podium di GP Republik Czech pertengahan Ogos lalu tergelincir ketika mengambil selekoh sebelum Colin Edwards (Monster Yamaha Tech 3) yang tidak sempat mengelak terlanggar Simoncelli hingga menyebabkan topi keledar Simoncelli tercabut.

Turut terbabit dalam insiden pertama kali membabitkan kematian di Litar Sepang itu ialah Valentino Rossi (Ducati) tetapi penunggang veteran 32 tahun itu sempat mengelak dan bergerak ke dalam garaj pasukan sebelum dihentikan.

Berita malang itu disahkan Pengarah perubatan MotoGP, Dr Michele Macchiagodena dalam sidang media khas mengumumkan masa kematian penunggang itu pada jam 4.56 petang kerana kecederaan teruk di bahagian dada, tengkuk dan kepala.

Pelumba Honda mati akibat terjatuh di Litar Sepang
Disediakan oleh Berita Har
ian

SEPANG: Penunggang Honda, Marco Simoncelli disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.

Sebelum itu, perlumbaan kategori berkenaan dibatalkan berikutan kemalangan yang menimpa pelumba Itali berkenaan yang terjatuh dan dilanggar Colin Edwards dan Valentino Rossi pada pusingan kedua perlumbaan terbabit. Topi keledar Simoncelli tercabut ketika kemalangan di selekoh 11 apabila beliau tergelincir dengan motosikalnya melintang di atas litar dan ketika itu menjadi laluan Edwards dan Rossi. Perlumbaan itu terus diberikan bendera merah dan Simoncelli yang kaku di atas litar terus dibawa ke pusat perubatan menggunakan ambulans.

Edwards yang menunggang Yamaha turut terjatuh tetapi terselamat daripada sebarang kecederaan serius manakala Rossi berupaya dapat menunggang motosikalnya balik ke pit. - REUTERS