Spa Ikan Tidak Berbahaya?
Suatu ketika dahulu aku sering melihat Spa Ikan di TESCO, kelihatan ikan-ikan kecil berenang-renang dengan selesa di dalam tangki plastik berwarna biru. Perniagaan ini kelihatan kurang maju. Aku juga berasa kasihan melihat ikan-ikan yang kelaparan. Namun, aku tidak berani mencuba SPA ikan kerana kurang yakin dengan tahap kebersihannya.
Aku juga teringat ada beberapa tempat di sekitar kawasan air terjun atau jeram di beberapa lokasi di Malaysia, di mana terdapat puluhan ikan-ikan kecil yang suka menggigit dan memakan sel-sel kulit mati pada bahagian badan manusia tanpa mencederakan manusia. Ikan-ikan ini akan mengerumuni bahagian badan manusia yang terendam di dalam air dan menimbulkan rasa sensasi yang unik, geli dan selesa.
Para pengunjung tidak kira orang dewasa mahu pun kanak-kanak, akan merendamkan anggota badan mereka ke dalam air sambil berehat-rehat di atas batu sambil membiarkan ikan-ikan ini menggigit kaki mereka. Ternyata, di Malaysia juga ada ikan yang secara semula jadi suka menyediakan perkhidmatan spa ikan secara percuma sambil membolehkan para 'pelanggannya' menikmati keindahan alam semula jadi yang sememangnya asli.
Bahaya spa ikan
Disediakan oleh Berita Harian
TINJAUAN Berita Harian ke premis terapi ikan di sekitar ibukota yang dibimbangi sebar virus HIV dan Hepatitis C.
Kementerian Kesihatan nasihat orang ramai henti terapi ikan
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.

Pemilik spa ikan kecewa dakwaan
Disediakan oleh Berita Harian
KUALA LUMPUR: Pemilik spa ikan di sekitar Lembah Klang kesal dengan dakwaan Kementerian Kesihatan pengguna terapi spa ikan menghadapi risiko jangkitan penyakit berbahaya tanpa melakukan kajian terperinci terlebih dahulu.
Pemilik Spa Ikan Foot Master, Kenny Pe, yang sudah empat tahun menjalankan perniagaan itu menyangkal dakwaan ikan yang digunakan boleh menjadi pembawa virus HIV menerusi gigitan pada kaki pelanggan. “Sebelum memulakan perniagaan, saya sendiri ke luar negara seperti Jepun dan Taiwan yang menggunakan teknologi canggih bagi mempelajari proses rawatan air dan garis panduan lain seperti kualiti air serta tahap kebersihan kaki pelanggan sebelum dibenarkan menjalani rawatan, “Kertas kerja terperinci mengenai rawatan itu juga sudah dibentangkan kepada Kementerian Kesihatan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Setakat ini, premis saya tidak pernah menerima aduan mengenai masalah yang dibangkitkan,” katanya.
Beliau yang menguruskan spa ikan di pusat membeli belah Times Square, Sunway Piramid, dan Ampang menjelaskan air dalam kolam ditukar setiap hari, selain disterilkan menggunakan sinar ultra lembayung (UV) sebanyak 2,000 Watt bagi membunuh bakteria dan virus yang dikatakan wujud dalam takungan air.
Difahamkan, selain pemasangan sinaran UV 24 jam tanpa henti terhadap bekalan air, kaedah penurasan pasir digunakan bagi mengasingkan campuran lebihan makanan ikan dan sisa kumbahan.
Pendapat itu disokong pengusaha Reborn Healthcare Sdn Bhd, Yen Mui, yang berkata berkata pelbagai teknologi canggih digunakan bagi memastikan tidak berlaku jangkitan kerana garis panduan ketat perlu dipatuhi sebelum lesen perniagaan diluluskan.

|