BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Oktober 14, 2011

Larang Bina Surau Dalam Pejabat

Entah kenapa surau di dalam pejabat dikaitkan dengan pengaruh militan. Surau yang dibina di dalam pejabat sebenarnya bertujuan memudahkan para pekerja yang beragama Islam untuk menunaikan solat. Kebiasaannya, para pekerja yang kesuntukan masa akan menggunakan kemudahan surau yang disediakan di dalam pejabat untuk bersolat dan kemudian terus kembali menjalankan urusan kerja yang belum beres. Adakah ini bermaksud pekerja-pekerja di Kazakhstan suka melepak di dalam surau setiap hari? Wah, sudah pasti berita ini menunjukkan bahawa pekerja-pekerja di Kazakhstan suka menyalahgunakan surau yang disediakan di pejabat sebagai tempat melepak atau curi tulang. Ini merupakan undang-undang yang memalukan.

Larang surau dalam pejabat - Kazakhstan dakwa sekat militan


ALMATY: Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev semalam meluluskan undang-undang ketat yang melarang surau dibina di dalam bangunan kerajaan, langkah yang dilihat bertujuan menyekat pengaruh militan tetapi dikecam ulama negara itu dan Barat. Nazarbayev, 71, memerintah Kazakhstan lebih 20 tahun sebagai pemerintah kuku besi sekular. Sehingga tahun ini, negara yang didiami seramai 70 juta penduduk Islam berusaha mengelak daripada keganasan yang dilihat berlaku di tengah Asia, negara bekas Soviet seperti Uzbekistan dan Tajikistan. Bagaimanapun, pengeboman bunuh diri pada Mei dan penahanan kumpulan yang didakwa merancang keganasan pada Ogos meningkatkan kebimbangan kemunculan militan menyebabkan Nazarbayev melaksanakan undang-undang baru untuk mengekang kelompok ekstremis.

Undang-undang yang diluluskan itu mencetuskan perdebatan hangat. Artikel 7 melarang bilik solat di semua institusi negeri.

Mufti Kanan Kazakhstan, Absattar Derbisali, berkata undang-undang ini akan mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam dan meningkatkan kegiatan militan.

Undang-undang turut mensyaratkan semua institusi dakwah di negara itu mendaftar dengan pihak berkuasa setiap tahun.

Kumpulan hak asasi di Barat termasuk Organisasi untuk Kerjasama dan Keselamatan di Eropah, melahirkan kebimbangan mengenai sekatan kebebasan agama.

Antara langkah terbaru yang diambil untuk mengekang golongan militan ialah menyekat sementara laman web asing pada Ogos selepas mahkamah memutuskan yang mereka menyebarkan propaganda pengganas dan menyuntik kebencian agama. – Reuters