BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Oktober 18, 2011

JPN mula keluarkan MyKad baru Januari 2012

Teknologi Kad Pengenalan Kad Pintar MyKad kini dikemaskini dengan cip baru yang lebih canggih. Struktur baru MyKad ini diharapkan dapat mempermudahkan pelbagai urusan harian rakyat Malaysia. 

KLUANG: Mulai Januari 2012, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad dengan struktur baru termasuk menggunakan cip baru yang lebih canggih. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, MyKad dengan struktur baru itu akan mengatasi masalah pemalsuan MyKad.