BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, Oktober 10, 2011

Kenaikan Gaji Tahunan Sistem SBPA Belanjawan 2012

Kenaikan gaji tahunan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) | BAJET 2012

Ketika ini, sudah heboh di kalangan kakitangan kerajaan atau kakitangan awam mengenai jumlah kenaikan gaji tahunan mengikut Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Boleh dikatakan Belanjawan 2012 tahun ini merupakan satu rombakan yang amat hebat, yang merangsang jiwa kakitangan kerajaan untuk bekerja dengan lebih tekun dan bersemangat. Belanjawan 2012 yang diumumkan ini bakal mengundang gelombang besar dalam kehidupan harian rakyat Malaysia.

Jumlah kenaikan gaji mengikut sistem saraan baru (SBPA) atau Kenaikan gaji tahunan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) adalah seperti berikut.
Gred 01-16 :RM080
Gred 17-26 :RM120
Gred 27-40 :RM160
Gred 41-48 :RM220
Gred 52-54 :RM260
JUSA A,B,C :RM320
Kesahihan tentang berita dan fakta di atas masih belum dapat dipastikan. Kiraan yang dibuat di bawah ini adalah berdasarkan peratusan berdasarkan apa yang tersebut menerusi pernyataan berikut:
Sebagai contohnya, bagi seorang guru DGA32 mengikut gaji sekarang, gaji P1T1 adalah dlm RM2400, manakala P1T2 adalah RM2498. kenaikan tahunan skim gaji lama adalah RM98. namun bagi skim gaji baru if starting gaji sama (RM2400)..tapi kenaikan tahunan adalah berbeza iaitu sebanyak RM160..dan gaji utk tahun berikutnya akan naik menjadi  RM2560 (gaji baru) berbanding RM2498 mengikut gaji lama.
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimum lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Mulai tahun depan, kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Berdasarkan skim baru mengikut ‘time-based’, seseorang guru akan dinaikkan gred DG44 pada tahun ke 8 dan gred 48 pada tahun ke-16 selain guru bukan siswazah gred 29 kepada gred 32 dalam masa lapan tahun sahaja.

TOPIK: kenaikan gaji tahunan mengikut gred skim sbpa, jadual pembahagian kenaikan gaji tahunan mengikut gred, kenaikan gaji tahunan, kenaikan gaji tahunan gred 1-16, kenaikan gaji tahunan gred 17-26, kenaikan gaji tahunan gred 27-40, kenaikan gaji tahunan gred 41-48, kenaikan gaji tahunan gred 52-54, kenaikan gaji tahunan gred JUSA, skim saraan baru perkhidmatan awam, skim sbpa.