Manusia Tertua Di Dunia Di Kelantan? - Ya'acob Berumur 128 Tahun?
Manusia Tertua Di Dunia Di Kelantan? - Ya'acob Berumur 128 Tahun?
Guinness World Records melaporkan
manusia tertua di dunia bagi kategori wanita menjadi milik Maria Gomes
Valentim seorang wanita Brasil berusia 114 tahun.
Guinness World Records mengatakan bahawa Valentim, berusia 114 tahun dan
313 hari, adalah wanita tertua di dunia yang 48 hari lebih tua daripada
orang yang sebelum ini dianggap manusia tertua di dunia, Besse Cooper
dari Monroe, Georgia. Valentim lahir pada tanggal 9 Julai 1896, di
Carangola di negara bahagian tenggara Minas Gerais.
Lelaki
tertua di dunia ialah Jirouemon Kimura, lelaki tertua di dunia berusia
114 tahun dilahirkan pada 19 April 1897. Menurut Los Angeles-based
Gerontology Research Group, Kimura adalah lelaki tertua di dunia
berikutan pemegang rekod tersebut, Walter Bruening, telah meninggal
dunia di Montana, Amerika Syarikat.
Manusia
tertua di dunia dari Malaysia itu ialah M Mahli B Sulong, lahir pada 31
Dec 1880 kini menetap di Kampung Bahru, Ilir Nangka, Sibu, Sarawak.
Rekod usia M Mahali mengatasi pemegang rekod manusia tertua di dunia
yang baru berusia 114 tahun, sedangkan M Mahli lelaki tertua berusia 131
tahun
Ya' acob menunjukkan kad pengenalannya yang tertera tarikh lahir 2 September 1914 namun mendakwa dilahirkan lebih awal sebelum itu sambil diperhatikan isterinya, Che Gayah di Rantau Panjang, Kelantan.
RANTAU PANJANG – Seorang lelaki dari Kampung Bendang Ikan, Baroh Pial, dekat sini mendakwa dirinya kini berusia 128 tahun biarpun tarikh lahir pada kad pengenalannya menunjukkan dia dilahirkan pada 2 September 1914.
Ya’acob Idris yang berasal dari Kampung Siram, Jeram Perdah mendakwa dia dilahirkan pada zaman pemerintahan Long Senik Mulut Merah yang memakai gelaran Sultan Muhammad Ke-II yang memerintah Kelantan dari tahun 1845 hingga 1886.
Menguatkan dakwaannya, Ya’acob memberitahu, ketika zaman tersebut penduduk di kampungnya hanya menggunakan periuk dan belanga yang diperbuat daripada tanah liat untuk kegunaan harian.
“Zaman itu juga belum ada kain kafan. Jadi, kami hanya menggunakan daun pisang dan guni untuk membalut jenazah sebelum dikebumikan. Mancis pun belum ada masa tu, hanya guna minyak dan garam untuk nyalakan api.
“Mata wang ketika itu wang syiling yang berlubang di tengah yang dikenali sebagai wang ‘kenering’. Perkahwinan pertama saya, mas kahwinnya hanya 20 keping wang tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.
|