BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Oktober 02, 2011

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Diburu

SKMM telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden. SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara'. Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu. Oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana 'berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa'. Bagaimanapun, SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan PDRM.