Lee Chong Wei Bersara Selepas 10 Gelaran
Berita ini mungkin sedikit mengecewakan para peminat Lee Chong Wei dan para pemain badminton yang bercita-cita mahu berdepan dengan Lee Chong Wei. Apa pun tindakan Lee Chong Wei ini ada wajarnya kerana sebagai pemain bertaraf antarabangsa, sudah sampai masanya untuk beliau fokus kepada usaha untuk mengharumkan nama negara melalui pertandingan peringkat antarabangsa, sementara bakat-bakat baru digilap sebagai pelapis pemain badminton negara.
Lee Chong Wei tak mahu sertai sirkit tempatan tahun depan
IBARAT langit dan bumi! Itulah rumusan tepat aksi final antara Lee Chong Wei dan Goh Soon Huat apabila jaguh perseorangan itu mudah menumbangkan lawannya untuk mengungguli Grand Prix (GP) Sirkit Kebangsaan 2011 di Stadium Juara Bukit Kiara, semalam. Kemenangan 21-15, 21-5 dalam tempoh 29 minit membolehkan Chong Wei merangkul kejuaraan GP Kebangsaan kali ke-10 berturut-turut dan yang terakhir buatnya selepas memutuskan tidak akan bertanding tahun depan bagi memberi peluang kepada pemain lain. “Bagi saya, tidak kira sirkit tempatan atau antarabangsa, ia sama penting tetapi saya harap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memahami keputusan saya kerana tahun depan adalah tahun penting untuk fokus kepada Sukan Olimpik.
“Lagipun, sudah tentu sukar untuk saya beraksi dalam sirkit tempatan kerana sering bertembung dengan kejohanan antarabangsa,” katanya yang terus terbang ke Copenhagen malam tadi untuk menghadapi Siri Super Premier Terbuka Denmark, bermula Rabu ini.
Chong Wei berkata, dia yakin keputusan itu juga akan membuka saingan lebih sengit kepada pemain lain seperti Soon Huat, Misbun Ramdan Misbun, Liew Daren, Mohd Arif Latif, Chong Wei Feng dan Chan Kwong Beng.
“Kemampuan mereka setara, tetapi saya harap Daren, Wei Feng, Arif dan Kwong Beng tidak mengambil masa terlalu lama untuk menempatkan diri antara pemain terbaik dunia,” katanya yang membawa pulang RM7,000 sementara Soon Huat, RM3,600.
“Aksi menentang Chong Wei menjadi pengalaman berharga dan membuktikan masih banyak yang perlu saya pelajari,” kata Soon Huat.
KEPUTUSAN FINAL - SUMBER BERITA HARIAN
Perseorangan Lelaki: Lee Chong Wei mn Goh Soon Huat 21-11, 21-5; Perseorangan Wanita: Lydia Cheah mn Tee Jing Yi 21-14, 21-17; Beregu Lelaki: Mohd Fairuzizuan Tazari-Ong Soon Hock mn Mohd Lutfi Zaim-Vountus Indra Mawan 19-21, 21-15, 21-19; Beregu Wanita: Vivian Hoo-Woon Khe Wei mn Chin Eei Hui-Goh Liu Ying 17-21, 21-15, 21-15; Beregu Campuran: Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mn Tan Wee Kiong-Woon Khe Wei 21-15, 21-14

|