Rahsia Mendapat A Untuk Kerja Kursus Sejarah - Elemen 2
Elemen kedua yang perlu diberi perhatian semasa membuat Kerja Kursus Sejarah ialah bagaimana adik-adik merekodkan fakta sejarah.
Dalam elemen merekod fakta sejarah. Markah penuhnya juga adalah 4. Untuk mendapat 4 markah, adik-adik perlu membuat tugasan dengan kriteria-kriteria atau syarat-syarat berikut:
- Laporan kajian mengandungi sembilan daripada aspek format termasuk hasil kajian.
- Hasil kajian lengkap iaitu (1) mengikut tajuk dan (2) mengikut urutan yang sesuai.
Adik adik perlu menunjukkan kemahiran berikut iaitu mengelas, menganalisis, mentafsir, mensintesis, merumus dan merekodkan fakta sejarah mengikut format berikut.
Baiklah, di bawah ini ialah format laporan Kerja Kursus Sejarah yang tersusun rapi
- Tajuk Kajian
- Senarai Kandungan
- Penghargaan
- Objektif kajian
- Kaedah kajian
- Temuramah
- Lawatan dan Pemerhatian
- Analisis dokumen
- Penyeldidikan perpustakaan
- Hasil kajian
- Tajuk
- Subtajuk
- Rumusan
- Unsur patriotisme tentang tajuk yang dikaji
- Iktibar kepada diri, bangsa dan negara (adik-adik jangan tahu buat sahaja, ambil iktibar mengenai apa yang telah adik buat, tonjolkan keinsafan dan kesedaran adik dalam bahagian ini. Di sinilah adik-adik akan dinilai untuk elemen ketiga yang bernilai 4 markah.)
- Lampiran
- Gambar
- Peta
- Dokumen
- Sumber rujukan
- pastikan adik-adik menulis kapsyen (caption) iaitu penerangan bagi setiap gambar, peta atau dokumen yang disertakan. Iaitu cara menulis rujukan untuk sumber-sumber yang digunakan.
Selamat Berjaya.
|