Bilut Filem Aksi, Romantis, Motivasi, Menyayat Hati dan Mencuit Perasaan.
Hari ini saya berpeluang menonton satu lagi filem yang menarik. Temanya menarik. Plotnya menarik. Watak-wataknya menarik. Dialognya menarik. Lensa kameranya menarik.
Cerita apa itu? Ya, itulah dia Bilut. Sudah lama saya tunggu filem Bilut. Kisah silam Peneroka Felda Lurah Bilut. Jangan sangka Bilut cerita biasa. Kalau anda boleh menonton filem Lord Of The Ring. Menonton Bilut juga boleh menimbulkan perasaan yang sama.
Ada aksi pertarungan yang menarik, golok terbang melayang. Akhirnya makan tuan. Ada adegan ribut taufan. Kemahiran menggunakan lensa kamera menyebabkan saya rasa seolah-olah menjadi sebahagian daripada watak-watak dalam filem ini. Kreatif sungguh si jurukamera. Tidak cukup dengan aksi di daratan, jurukamera sanggup terbang ke langit untuk mengambil pemandangan hasil tanaman FELDA dengan lebih luas. Kamera seolah-olah turut bercerita. Bersungguh-sungguh menceritakan kisah peneroka Felda, kisah anak-anak Felda yang berjaya melanjutkan pengajian ke Brussel, negeri orang putih. Untuk itu, krew filem dan jurukamera terbang jauh ke negeri orang putih.
Babak kelakar juga ada. Si Hassan ingat anak harimau itu kucing yang comel. Hendak diberi kepada anaknya. Antara babak paling sedih dan mencemaskan, apabila anak lelaki si Yazid mati dibaham harimau. Bersungguh-sungguh harimau itu mengejar, akhirnya mendapat. Adegan berdarah yang menyayat hati. Juga ada babak seorang peneroka FELDA mati dihempap pokok yang tumbang. Juga ada babak sedih di mana isteri si Yazid mati disengat lipan. Si isteri sempat menyuapkan nasi ke mulut Yazid. Itulah suapan terakhir dari si isteri.
Babak keluarga si Yazid paling romantis. Percintaan Yusof dengan dua orang wanita semasa di Brussel. Kisah sedih Mah,kehilangan orang yang dicintai. Bersanding tanpa pengantin lelaki. Agak-agaknya Mah berkahwin dengan si Jericho, hero dari Filipina.
Jangan sangka Bilut kisah dalam hutan sahaja. Bilut mengembara hingga ke Eropah. Kisah anak-anak si Yazid yang berjaya dalam pelajaran. Kemudian kembali ke tanah air. Bilut melibatkan peristiwa sekitar tahun 1970-an hingga ke tahun 2006.
Plot pada permulaan cerita bergerak dengan pantas dan menarik. Tak ada masa untuk terlelap. Lepas satu, satu. Suasana banjir, bertembung dengan gajah liar pada waktu malam dan hujan ribut. Rumah-rumah habis runtuh. Kalau anda pernah tengok satu babak dalam Lord Of The Ring, di mana raksasa pokok memusnahkan kubu ahli sihir dengan banjir. Perasaannya adalah seperti itu. Gerakan kamera. Atap-atap zink berterbangan. Budak kecil tidak dapat bergerak kerana angin terlalu kencang. Kamera bergegar-gegar! Baju-baju berterbangan. Bayi kecil menangis.
Kemudian babak para peneroka pergi ke pejabat FELDA beramai-ramai dalam keadaan basah berlumpur, minta disegerakan bantuan. Berlaku konflik, pengkhianatan, hasad dengki, tamak, persahabatan, setiakawan, muafakat, cinta setia, air mata dan syahdu.
Para peneroka pelbagai negeri. Bercakap dalam pelbagai dialog. Berlaku salah faham kerana perbezaan istilah, loghat negeri. Pergaduhan antara dua orang ibu kerana anak-anak mereka. Teringat pula saya akan kisah Mami Jarum.
Namun saya rasa Bilut berpotensi untuk dijadikan drama bersiri yang menarik. Kisah peneroka FELDA ini sangat menarik. Rasanya jalan cerita Bilut telah dimampatkan. Adegan seorang wanita dirasuk semangat hutan agak kabur. Saya agak-agak sahaja dia dirasuk. Kemudian si Yazid membaca sesuatu, membuat air tawar lalu dihembuskan pada wanita itu.
Bilut bukan sekadar kisah peneroka, bukan sekadar kisah romantis, bukan sekadar cita-cita dan harapan, bukan sekadar sejarah dan memori silam. Bilut cerita aksi. Bilut mendebarkan. Bilut menyayat hati. Bilut tersirat dialog-dialog pencetus semangat.
Wajar dijadikan pengajaran. Cuba lihat bagaimana manusia mampu mengubah hutan menjadi dataran tanah ladang dan pertanian.
Jurukamera beraksi lagi. Mengagumkan, kata Jericho. Dari hutan, menjadi ladang yang menjadi penyumbang nombor dua terhadap ekonomi negara. Berbudi kepada tanah, akan mendapat hasil.
Saya puji aksi kamera dalam Bilut. Saya puji dialog-dialog dalam filem Bilut. Menonton setiap babak Bilut, seperti menonton iklan-iklan istimewa sempena hari perayaan, hari kemerdekaan. Jika orang kata iklan Petronas menarik, iklan Telekom menarik, iklan TNB menarik. Bilut pula 'gabungan iklan-iklan' yang menarik. Bilut menghiburkan anda dengan plot-plot pantasnya.
Tak sia-sia saya menonton Bilut. Tak sia-sia duit tiket (dapat diskaun). Sokong filem tempatan. Filem Bilut patut ditonton. Satu filem yang memotivasikan. Orang kita harus memiliki kesabaran, ketabahan, rajin, kuat berusaha, bersemangat tinggi, berpandangan jauh dan bermuafakat, baru dapat maju.
Cuba lihat peniaga-peniaga asing di Malaysia, hari ini dalam surat khabar ada kisah peniaga-peniaga asing hidup maju. Mungkin mereka mendapat teladan yang sama dengan para peneroka kita dahulu kala. Sebab itu mereka dapat hidup mewah. Patut kita filemkan juga kisah-kisah peniaga asing ini. Pendatang asing ini. Tentu banyak sekali pengajarannya. Orang-orang kita boleh ambil teladan dan peringatan.
Hidup Bilut! Bila nak keluar Bilut nombor dua? Tak puas menonton Bilut. Sebagai penutup entri ini, sekali lagi saya puji teknik visual dalam Bilut. Sangat baik! Saya gembira menulis ulasan filem ini. Secara peribadi pula, Bilut mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak saya, zaman ketika saya masih seorang budak sekolah. Ladang-ladang, jalan bertanah kuning, sungai dan sebagainya. Saya dulu semasa masih bersekolah selalu memegang cangkul, sabit, gergaji besi, baja, lilin askar, minyak tanah, air kosong dalam botol 1.5 liter, anak-anak pokok, plastik hitam, tanah gambut, sabut dan petrol. Meredah hutan, menebas, bermain di sungai-sungai dengan abang dan kakak. Bersahabat dengan hutan. Merasai harumnya bau daun-daun hutan. Makan buah-buah hutan. Merasai sejuknya air-air sungai. Hujan. Panas terik matahari. Bau ladang bakar. Lumpur. Kolam ikan. Kambing. Lembu. Itik. Ayam. Papan. Lori. Motosikal Honda dulu-dulu. Mancis. Ladang getah. Ladang buah-buahan. Filem Bilut mengingatkan saya mengenai kisah hidup dahulu yang cukup dirindui.
Sekarang sudah maju. Sudah hidup di bandaraya. Sungai-sungai dah cetek-cetek. Air sungai dah tak sejernih dulu. Nak kutip siput dan ketam pun kena fikir dua tiga kali.
Bilut. Lakonan para pelakon handalan seperti Rosyam Nor, Aqasha, Rusdi Ramli, Que Haidar, Khir Rahman, Adlin Aman Ramli dan banyak lagi. Arahan Bade Haji Azmi. Terbitan Mega Wajasinar Sdn. Bhd.

|