BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Grafik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Grafik. Papar semua catatan

Selasa, April 29, 2008

Perjalanan Kita Tidak Pernah Mengenal Rehat



Ada baiknya aku mati daripada terus menanggung rindu. Tidak ada siapa pun yang dapat memahami betapa aku merinduimu. Aku akan terus merinduimu, sampai mati. Betapa sakitnya hati aku mengenangkan kehilanganmu.

Dulu, aku tidak pernah mengalir sebutir air mata pun untuk kamu. Hari ini, engkau pergi, tinggalkan aku seorang diri. Tak dapat aku menahan rindu. Sakitnya, oh!

Hari ini, kata-kata jiwang ini tiba-tiba mengisi ruang blog. Gimik aja! Ha! Ha! Ha!

Siapa hendak memohon masuk ke universiti, silalah jenguk-jenguk iklan Nuffnang atau Advertlets di sebelah kanan atau tengah blog ini. Perkara yang membezakan manusia dengan monyet ialah, manusia mencari ilmu sedangkan monyet tidak tahu menghargai sekuntum bunga kerana monyet tidak berilmu. Oleh itu, Darwin mungkin betul dan mungkin juga tersilap.

Jumaat, April 04, 2008

Rekabentuk Kulit Buku Amiene Rev - Hobi Suka-suka

Rekaan Kulit Buku Nopen-nopen (direka secara spontan)
Hakcipta Amiene Rev (C) 2008
Gambar Foto Yang Digunakan Sekadar Cadangan

Sekiranya anda berminat mendapatkan khidmat merekabentuk kulit buku menerusi Amiene Rev sila berhubung dengan Amiene Rev menerusi laman blog ini. Amiene Rev juga boleh menghilangkan kesan kedutan, jerawat dan parut pada kulit muka selain mampu mencerahkan warna kulit anda di dalam gambar foto anda supaya kelihatan seperti seorang model yang cantik dengan kos upah yang rendah, tanpa menggunakan ilmu bomoh atau ajaran syirik.


Bubur Kertas
Amiene Rev (C) 2008





Makan Daun
Amiene Rev (C) 2008




Kisah Orang Lapar
Amiene Rev (C) 2008


Selasa, September 04, 2007

Sudah lama tidak melakar

Semasa zaman sekolah dulu, aku paling suka melukis terus dengan menggunakan pen. Dalam masa beberapa minit sahaja, sekeping kertas akan penuh dengan pelbagai lakaran.

Lakaran di atas ini dilukis dengan menggunakan pen mata bola yang biasa sahaja, berdakwat biru. Masa yang diambil adalah sekitar 30 saat.

Aku jarang membuat rangka asas. Terus sahaja melakar di atas kertas. Ada sesetengah pen matanya agak kasar dan berat. Ada pula matanya licin dan ringan. Aku suka kedua-dua jenis pen mata bola ini, sebab kedua-duanya ada kelebihan.

Asas melukis? Aku tidak tahu. Aku cuma tahu sejak kecil lagi aku sudah boleh melukis. Tidak ada seorang guru pun. Malah di sekolah, sejak zaman kanak-kanak lagi, kebolehan aku dikagumi oleh ramai guru.

Aku melukis figura manusia, membentuk ruang dimensi tanpa perlu ada seorang pun mengajar aku. Pada usia yang sangat muda, aku sudah menulis buku mengenai teori warna. Sekitar usia 7-8 tahun.

Aku tahu, bidang ini memang bidang aku. Pada usia 10-11 tahun, aku sudah mula menghasilkan watak-watak komik. Sehingga kini sudah beratus-ratus watak komik aku hasilkan. Watak-watak adiwira dengan pelbagai personaliti dan kuasa.

Jadi aku tahu, jika di dunia ini ada manusia yang setanding dengan aku semasa aku kecil-kecil dulu, mereka itu adalah manusia yang memegang ijazah dalam bidang grafik.

Aku hidup dengan teori ciptaanku dalam bidang ini, jadi aku tahu mereka yang berijazah itu sudah pasti memiliki kelebihan berbanding aku. Mereka ada pengetahuan dan kemahiran yang ditempa daripada pelbagai pakar, aku cuma ada naluri. Naluri semula jadi seorang designer.

Aku tidak hairan melihat teknologi dan imaginasi George Lucas, Steven Spielberg dan sebagainya, sebab semasa kecil, aku sudah mempunyai kebolehan yang sama seperti mereka, dari aspek naluri. Apa yang menjadikan jurang, adalah ilmu pengetahuan.

Once this man got the knowledge, he become undefeated genius in art, ever exist in the realm of art. A legendary artist. It's me.

Aku yakin, aku akan mengatasi mana-mana tokoh penulisan sedia ada pada masa kini, tidak kira dalam bidang penulisan novel, skrip atau...

Sebab aku dilahirkan sebagai manusia dalam bidang ini. Ini anugerah Tuhan. Aku tidak ada sebarang ketakutan untuk mengatasi mana-mana penulis tersohor sedia ada.

Apa yang aku takuti, ialah kalau-kalau, kebolehan luar biasa ini menjadikan aku seorang riak, takbur, sombong, angkuh dan lupa daratan.

Tulisan ini sengaja dibuat-buat. Ini adalah entri ironi. Jangan terpedaya.

Selasa, Ogos 28, 2007

Perisian Grafik Photoshop Percuma Yang Hebat: DogWaffle dan GIMPshop - Kembar Adobe Photoshop

Perisian Photoshop Percuma: DogWaffle 1.2

Anda ingin memiliki Adobe Photoshop, tetapi tidak mampu? Sebenarnya ada banyak perisian grafik percuma yang boleh anda miliki. Antaranya Project DogWaffle 1.2 yang memberikan anda perisian grafik PhotoShop percuma iaitu DogWaffle. Klik di sini untuk pergi ke laman web DogWaffle dan seterusnya muat turun perisian tersebut.

DogWaffle bukan sahaja mampu menyunting imej, malah anda juga boleh menghasilkan animasi atau grafik bergerak menerusi perisian Photoshop percuma yang hebat ini. Imej di atas mengguna menggunakan DogWaffle.


Perisian Grafik Percuma GIMPshop

Sementara itu GNU Project telah menghasilkan sebuah perisian yang mirip Adobe Photoshop, dikenali sebagai GIMPshop. Bayangkan bagaimana sebuah perisian bernilai beribu-ribu ringgit, kini boleh dimiliki secara percuma menerusi projek GNU ini.

Bagi anda yang masih baru dalam dunia grafik digital, untuk pengetahuan anda, Adobe Photoshop boleh dianggap sebagai raja perisian grafik. Populariti perisian ini tidak ada tandingannya. Kini, GIMPshop muncul sebagai pencabar terhebat pula.

Jangan lepaskan peluang ini! Anda boleh memuat turun perisian GIMPshop menerusi blog ini. Klik di sini untuk muat turun. Selain itu, anda juga boleh pergi ke blog GIMPshop.blogspot.com.

Laman utama GIMP boleh dilayari menerusi www.gimp.org atau klik di sini. Maklumat mengenai GIMPshop juga boleh ditemui menerusi laman web wikipedia.com.

Sabtu, Ogos 18, 2007

Panduan Melukis Bendera Jalur Gemilang - Nisbah Sebenar 1:2 Jalur Gemilang

Nisbah yang betul bagi lebar x panjang untuk bendera Jalur Gemilang ialah 1:2. Rajah di atas menerangkan segala-galanya yang berkaitan cara-cara melukis bendera Jalur Gemilang dengan betul. Sila klik pada imej di atas untuk saiz yang lebih besar.

Ukuran Bendera

Jalur Gemilang mempunyai berbagai-bagai ukuran bergantung kepada tujuan kegunaannya dan di mana ianya hendak dikibarkan.

  1. Bendera Biasa (Standard)
    Lebar
    Panjang
    91.5 sm (3 kaki)
    183 sm (6 kaki)

    Dikibarkan di bangunan, pejabat dan boleh dikibarkan di rumah kediaman.

  2. Bendera Rumah
    Lebar
    Panjang
    61 sm (2 kaki)
    122 sm (4 kaki)

Dikhususkan untuk kegunaan rumah-rumah kediaman di mana saiz dan ketinggian tiang bendera yang dapat digunakan adalah terhad.

  1. Bendera Sedang
    Lebar
    Panjang
    122 sm (4 kaki)
    244 sm (8 kaki)

Digunakan sebagai penutup keranda bagi mereka yang mendapat penghormatan negara.

  1. Bendera Besar
    Lebar
    Panjang
    183 sm (6 kaki)
    366 sm (12 kaki)

Dikibarkan di Kedutaan-Kedutaan Malaysia di luar negara. Dalam negeri ia dikibarkan di tempat-tempat tertentu sahaja. Untuk mengibarkan bendera ini, ketinggian tiang bendera hendaklah sesuai.

  1. Bendera Meja
    Lebar
    Panjang
    15.25 sm (0.5 kaki)
    30.50 sm (1 kaki)

Saiz bagi bendera yang diletakkan di atas meja. Digunakan di persidangan, seminar, mesyuarat dan majlis-majlis menandatangani perjanjian.

  1. Bendera Kereta
    Lebar
    Panjang
    15.25 sm (0.5 kaki)
    30.50 sm (1 kaki)

Dikibarkan di bahagian hadapan kereta sama ada di tengah-tengah, di hadapan kana atau kiri kereta. Penggunaan bendera kereta hanyalah dikhaskan kepada Pembesar-Pembesar tertentu sahaja.


Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web: 
http://www.geocities.com/CollegePark/Lab/7966/maksud.htm

Khamis, Ogos 09, 2007

Dua Rekaan Dalam Protagonis Nagasari

Dalam novel fiksyen remaja ini, beberapa lokasi awal telah ditetapkan. Memandangkan terdapat banyak watak utama dalam novel ini, maka setiap keunikan perlu diserlahkan. Aku mewujudkan banyak lokasi latar yang akan digunakan untuk penceritaan. Lukisan ini dibuat pada awal tahun ini.

Salah satu perkara penting bagi watak-watak dalam novel ini adalah kostum. Biarpun ia hanya novel dengan tulisan, tetapi prinsip aku bahawa setiap watak harus memiliki kostum sendiri, harus ditegaskan. Setiap kostum akan menggambarkan kebudayaan, kaum dan kepercayaan yang diwakili oleh setiap watak.

Khamis, April 26, 2007

Projek Pertama: Jun 2007

Pedang di atas adalah pedang digital yang aku cipta pada akhir tahun 2004.
Merupakan lukisan berkomputer dengan tetikus sebagai alatan melukis.

Ktik Ktak Ktuk Ktik Ktak Ktuk

Ktik Ktak Ktuk Ktik Ktak Ktuk Ktik
Ktik Ktak Ktuk Ktik Ktak Ktuk Ktak
Ktik Ktak Ktuk Ktik Ktak Ktuk

Jumaat, Februari 16, 2007

Kaedah Penulis Unggul 2

Aku kembali lagi dengan catatan mengenai penulis buku. Kali ini, aku masih lagi mengkaji teknik-teknik baru untuk menulis. Mungkin agak, tidak patut, kalau aku katakan, teknik yang digunakan dalam PTS, adalah teknik yang pernah aku fikirkan 5-6 tahun yang lepas.

Dalam fikiran aku, menjadi penulis bukan sekadar pandai bercerita, tetapi ada beberapa unsur yang perlu diambil kira. Aku menamakan empat-empat prinsip ini sebagai Prinsip Penulis Unggul. Aku belum berani kata, ini adalah teknik yang memenuhi keperluan dan kehidupan seorang penulis, namun prinsip-prinsip ini dapat memenuhi keperluan aku sebagai seorang penulis. Oleh itu, belum tentu dapat diguna pakai oleh penulis-penulis yang lain. Ya, sebelum itu, imej yang mengisi ruang entri ini adalah imej wallpaper yang aku buat untuk bulan Mac 2006. Setahun yang lalu.

Kesibukan masa, percetakan, penerbit, pengedar, kos, bahan, pasaran dan beberapa perkara lain adalah antara perkara di luar kawalan. Aku perlu menganalisis semua perkara ini. Sebelum itu aku telah merekabentuk faktor dan formula pembolehubah berdasarkan personaliti aku sendiri. Aku tidak mahu bergantung kepada kebolehan luar biasa aku untuk melakukan perkara ini. Dua kaedah lama yang dipanggil sebagai implantation (1994) dan absorption (2006) bukan cara yang sesuai. Boleh jadi, sudah tiba masanya untuk mencipta teknik baru untuk menjana potensi baru.

Analitikal: 90%, Intelektual 100%, Ketahanan 80%, Struktur 70%, Autonomi 70% dan beberapa lagi ciri-ciri personal yang perlu diambil kira dalam meneruskan kajian ini. Kalau aku berjaya menggunakan ruang masa terhad berdasarkan prinsip 'Beta Originz' maka hasil yang diperolehi nanti adalah lebih konkrit. Tidak, kali ini aku mahukan sesuatu yang lebih abstrak serta wujud tahap fleksibiliti yang sangat tinggi.

Baiklah... kalau begitu, hidupkan jam randik...

Belum sampai masa, belum. Sudah berjanji bukan?

Itu cuma simbol V. Kalau begitu, tidak boleh tidak, mari membuat ramalan jangka hayat dia yang masih ada. Sungguh menakutkan dan mengharukan tetapi ini adalah perkara terpenting untuk dia. Kalau begitu, terpaksalah menggunakan cara yang tidak berperasaan ini.

Masa paling dominan untuk menunjukkan kepadanya apa yang dia mahu, kalau begitu aku ada peluang untuk penulisan tesis aku, dan pada masa yang sama menyiapkan rangka awal untuk penulisan ini.

Bagus! Kalau begitu sudah selesai. Ini sama seperti memandu laju sebuah kereta di tengah-tengah jalan raya yang sangat sibuk. Sedikit kesilapan, MATI!

Bukan, walaupun berlaku perlanggaran sekali pun, aku harus mengira setiap saat yang ada untuk menyelamatkan diri dan mara ke matlamat. Risiko ini sangat besar... kau benar-benar mahu melaluinya?

Namun, cuma 'bangsa' kau sahaja yang memiliki kebolehan ini. Aku menamatkan monolog ringkas dalam mindaku.

Khamis, Februari 15, 2007

Kaedah Penulis Unggul

Sibuk? Ini selalu jadi alasan. Risiko? Ini soal ketiga. Idea? Siapa kata tidak ada idea. Sejak kebelakangan ini, seorang sahabat baik aku sering mendesak-desak aku untuk menulis riwayat hidupnya. Katanya, dia mahu aku yang menulis kisah hidupnya. Aku sudah kenal dia lama dulu.

Aku sudah bersetuju. Aku akan merekabentuk sendiri kulit buku untuk dia, menulis sendiri cerita-cerita dia yang pernah aku dengar dan hayati daripada diri dia sendiri. Juga mempromosikan buku tersebut dalam blog ini, pada kemudian hari.

Oh ya, sebelum itu, gambar di sebelah ini adalah imej wallpaper yang aku buat dua tahun lepas (2005) untuk edisi bulan Januari 2006. Diilhamkan dari sifat-sifat dua jenis mergastua, dan diserasikan dengan musim sejuk ketika itu (waktu itu salji sedang turun dengan enak).

Aku bertanya, kenapa dia tidak mahu menulis bukunya sendiri. Dia jawab pendek:

"Pada masa itu, aku mungkin sudah mati. Jadi aku mahu kau cepat-cepat menulisnya untuk aku!"

Aku diam.

"Nanti kau tunjukkan kepada aku bahagian-bahagian yang sudah siap."

Aku diam.

"Aku akan rasa lega, bila tiba masanya untuk pergi nanti."

Aku diam.

"Kau mesti janji! Janji dengan aku!"

Aku tunjuk simbol 'V'.

Sekian. Habis! Tesis aku macam mana?

Isnin, Januari 29, 2007

KITAB: Perundingan

Minggu ini
aku akan menemui penasihat di fakulti
untuk perbincangan mengenai KITAB.
Oh ya,
sebelum itu biar aku paparkan di sini
sebuah lagi karya grafik aku.
Dicipta khusus untuk bulan Februari 2006.
Ya, benar. 2006, setahun yang lalu.
Semakin sibuk,
dan esok
aku akan kembali
menulis tesis.