BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Eksoskeleton. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Eksoskeleton. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 06, 2009

Ke Arah Penghasilan Manusia Berkeupayaan Super - Otot Tiruan dan Kanta Sesentuh

Teknologi Otot Tiruan dan Kanta Sesentuh Mata Bionik
Ulasan: Amiene Rev (C) 2009

Teknologi otot tiruan yang memiliki kekuatan luar biasa telah dihasilkan dengan memanfaatkan molekul alkohol dan hidrogen. Keupayaan otot-otot tiruan ini adalah 100 kali ganda lebih berkuasa berbanding otot sebenar. Para pengkaji percaya, pada suatu hari nanti, otot-otot tiruan ini akan dapat dimanfaatkan dalam teknologi eksoskeleton, untuk memberi kekuatan super kepada para tentera, angkasawan dan ahli bomba.

Dua jenis otot yang sedang dikaji oleh para pengkaji dari US di Nanotech Institut, Universiti Tekas, Dallas, dengan kerjasama para saintis dari Korea Selatan. Walaupun dinamakan sebagai otot, namun hakikatnya, kedua-dua jenis otot ini sebenarnya dibuat daripada wayar,
cantilever dan botol-botol kaca.

Sekumpulan saintis dari Sandia National Laboratories, Livermore, Calif, telah mencipta sejenis kanta sesentuh yang mempunyai peranan yang sama seperti mata bionik. Kanta sesentuh yang memiliki litar-litar elektrik ini telah selamat diuji ke atas arnab. Satu cabaran dalam penghasilan kanta sesentuh seperti ini ialah mencari atau menghasilkan jenis logam yang sesuai digunakan untuk membuat litar supaya tidak berlaku kenaikan suhu pada litar yang boleh memudaratkan sel-sel mata.

Para saintis berharap teknologi kanta sesentuh ini mampu memberi penglihatan luar biasa kepada manusia pada suatu hari nanti. Terdapat banyak ruang di dalam kanta sesentuh ini yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan keupayaan dan fungsi kanta sesentuh tersebut. Antara peralatan yang bakal dimuatkan termasuklah sistem radio berfrekuasi dan sel solar untuk mengaktifkan sistem elektronik di dalam kanta tersebut.

Dengan adanya teknologi kanta sesentuh seperti ini, teknologi mata bionik dan penglihatan luar biasa mungkin bukan lagi merupakan suatu perkara yang mustahil.

Rujukan: http://uwnews.org/uweek/uweekarticle.asp?articleID=39094

Rabu, Jun 04, 2008

Exoskeleton Iron Man Kini Realiti - Amerika VS Jepun

HAL Eksoskeleton ciptaan CYBERDYNE (Jepun)
Photo: Courtesy of the CYBERDYNE Inc./Corbis


Iron Man adalah adiwira ciptaan Stan Lee sekitar tahun 60'an untuk komik Marvel. Jika kita sedar, idealogi orang-orang seni selalunya akan direalisasikan oleh orang-orang sains. Kreativiti dan logik mencetuskan teknologi yang dicipta berdasarkan hukum sains dan fizik.


HAL: Eksoskeleton Jepun (keluaran CYBERDYNE)

Teknologi eksoskeleton CYBERDYNE ini sebenarnya telah diperkenalkan sejak Jun 2004. Fungsi utamanya adalah untuk membantu para doktor dan pakar terapi fizikal, selain membantu dalam kerja-kerja mengangkat barang berat. Eksoskeleton ini memiliki berat 23 kilogram, menggunakan bateri 100 AC dan boleh bertahan selama 5 jam.

Bermula Oktober 2008, CYBERDYNE akan mengeluarkan 500 unit eksoskeleton HAL setahun.


XOS: Perang atau Bahagia?
Kini teknologi eksoskeleton bukan lagi suatu igauan, sebaliknya sudah direalisasikan dalam dunia nyata. Mungkin ada yang beranggapan kewujudan eksoskeleton ini akan mencetus perang manusia super, tetapi dari sudut yang lain, eksoskeleton ini juga merupakan satu berita gembira bagi mereka yang lumpuh. Eksoskeleton juga akan dapat membantu ahli bomba untuk mengalihkan objek-objek berat sama ada di lokasi kebakaran, di lokasi gempa bumi atau di lokasi kemalangan.

Rex Jameson, seorang jurutera, telah menguji kekuatan eksoskeleton XOS, ciptaan Jacobsen ini dengan mengangkat bar angkat berat sekitar 91 kilogram beratus-ratus kali tanpa berasa penat. Selain itu dia juga telah menggunakan eksoskeleton ini untuk berlari, bermain bola sepak, mendaki tangga sambil mengangkat beban sekitar 68 kilogram tanpa rasa penat.

Raytheon Sarcos, sebuah syarikat robotik kini bekerja selama dua tahun untuk ketenteraan Amerika di bawah kontrak bernilai 10 juta Dolar Amerika.


Eksoskeleton ciptaan Stephen Jacobsen
Photo: Courtesy of Raytheon Company