BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Tourism. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tourism. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 19, 2018

DESARU COAST ADVENTURE WATERPARK (Desaru, Johor, Jun 2018)


Desaru Coast Adventure Waterpark adalah taman tema air yang terbaru di Malaysia dan juga di negeri Johor. Desaru Coast Adventure Waterpark memiliki kolam berombak yang merupakan antara kolam berombak terbesar di dunia. Wave Pool Desaru Coast Adventure Waterpark ini dipanggil sebagai Tidal Wave Beach.

Kid Ahoy merupakan taman permainan air khusus untuk kanak-kanak dan awal remaja. Sesuai untuk budak-budak kecil bermain. Terdapat 13 slaid air dan peralatan permainan air.

Riptide adalah permainan air yang mengutamakan kelajuan. Empat orang akan bersama-sama menaiki pelampung yang telah direkacipta untuk empat orang. Ia sesuai untuk mereka yang mencari peluang untuk menjerit sekuat-kuat hati kerana perasaan panik dan cemas yang diselangi perasaan menghiburkan.

Kraken's Revenge adalah rollercoaster air di mana anda akan dibawa naik ke puncak setinggi 30 meter dan kemudian menjunam ke bawah dengan kelajuan 70 kilometer sejam. Pasti menggegarkan jantung dan jeritlah sekuat-kuat hati atau menguap mengantuk sekiranya anda mampu.

Surf Wall adalah tempat bagi mereka yang baru bermula atau baru belajar bermain meluncur air dan ombak. Jika anda tidak pernah meluncur ombak, ini adalah tempat yang sesuai untuk bermula. Tidak perlu takut pada ikan jerung di lautan.

On Wild Whirl akan membawa anda yang berada di atas pelampung, berputar-putar mengelilingi lubuk sebelum ditelan ke dalam terowong dalam. Peluang merasai bagaimana berada di dalam kapal atau rakit yang karam ditelan lubuk pusar.

The Super Twister akan membawa penunggang pelampung bergerak secara bergoyang-goyang ke kiri dan ke kanan dinding slaid air, seolah-olah berada di jeram atau sungai yang berarus deras, sebelum keluar menerusi terowong-terowong tertentu.

The Tempest kelihatan amat menggerunkan apabila penunggang pelampung dibawa setinggi 24 kaki menerusi corong tenaga yang akan melontar para penunggang pelampung yang akan membawa anda menerusi tiub sekitar 55 kaki panjang sebelum ditelan pusaran.

Penawar River adalah tempat untuk mereka yang ingin bermalas-malasan dihanyutkan air sungai sejauh 350 meter sambil menghanguskan kulit sambil melihat pemandangan di sekitar tebing sungai yang terdiri daripada kebanyakan permainan yang pernah disebutkan tadi.

Penawar Falls terdiri daripada tiga jenis air terjun yang akan membawa anda ke satu dunia fantasi berkenaan wira, lanun dan orang kampung yang tidak berdosa.

Sekiranya anda seorang yang takutkan air, anda boleh mencuba The Swinging Ship yang akan membuatkan perut anda geli dan ketawa berdekah-dekah.

Anda juga boleh mencuba pelbagai jenis makanan yang ada dijual di sini selain tinggal di resort-resort berhampiran. Terdapat perkhidmatan bas shuttle setiap 15 minit untuk memudahkan pergerakan anda.

Taman tema iar Desaru Coast Adventure Waterpark dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.

Ahad, Ogos 12, 2012

Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur

Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - KLCC Aquaria
Seperti namanya, tempat yang dipanggil sebagai KLCC Aquaria ini berada di KLCC. Ia merupakan tempat membela pelbagai jenis ikan. Para pengunjung akan berasa seperti berada di dalam lautan. Ada juga pertunjukkan ikan duyung di sini. Luasnya akuarium di KLCC Aquaria ini ialah sehingga 60,000 kaki persegi.
Tiket masuk (warga Malaysia):
Dewasa (RM35)
Kanak-kanak (RM25)
Warga Emas (RM25)

Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - KL Tower ATAU Menara Kuala Lumpur

Berdasarkan Rekod semasa tahun 2011, Menara Kuala Lumpur ini merupakan menara telekomunikasi yang ke-6 tertinggi di dunia dan juga merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Selain Angkasa dan Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur ini merupakan satu tempat yang menarik. Dengar kata ada zoo tergantung di atasnya.
Tiket masuk (basic package)
Dewasa (RM45)
Kanak-kanak (RM35)
Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - Petronas Twin Towers atau Menara Berkembar Petronas
Kedua-dua menara di Menara Berkembar Petronas ini setinggi 88 tingkat yang bermaksud 44 tingkat setiap satu menara. Ketinggian yang dicatatkan ialah 58.4 meter dan tingkat 41 dan 42 menghubungkan antara satu sama lain. Bangunan Menara Petronas ini menempatkan pelbagai tempat-tempat menarik di dalamnya. Selain panggung wayang, ada juga tempat-tempat membeli-belah, ruang pejabat, galeri seni, kedai buku dan medan makan. Anda boleh datang ke sini dengan LRT, bas atau apa jua pengangkutan kecuali kapal terbang dan kapal selam.

Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - PetroSains

PetroSains ini sebenarnya berada di tingkat 4 Suria KLCC. Ia sebenarnya adalah sebuah muzium yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden. Para pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman sehingga menjangkau beribu-ribu tahun dahulu, berada di pelantar minyak, berada di angkasa, berada di udara, berada di lautan, berada di dalam tanah, menyertai pelbagai aktiviti yang mengundang hadiah serta dinosaur.

Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - Muzium Negara
Muzium Negara ini terletak di Taman Tasik Perdana. Di sekitarnya terdapat banyak tempat memorial, antara yang popular ialah Tugu Negara.
Bayaran:
Parking kereta: RM2.00, Motosikal: RM1.00
Masuk: Warganegara (RM2.00), kanak-kanak bawah 12 tahun (percuma), OKU (RM1.00)
Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - Central Market atau Pasar Seni:
Seperti namanya, Pasar Seni menempatkan pelbagai jenis barangan seni di dalam bangunan ini. Sesuai untuk dibeli dan dijadikan cenderamata.

Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - Planetarium Negara
Planetarium Negara ini berada di puncak Tasik Perdana. Seperti namanya, tempat ini adalah tempat untuk kita menimba ilmu pengetahuan berkenaan dengan angkasa lepas. Terdapat juga ruang galeri dan teater angkasa untuk pengalaman visual.
Tiket masuk:
Galeri: Dewasa (RM1.00), kanak-kanak di bawah 12 tahun (percuma)
Teater Angkasa: Dewasa (RM3.00), kanak-kanak bawah 12 tahun (RM2.00)
Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - National Science Centre ATAU Pusat Sains Negara
Lokasi Pusat Sains Negara adalah di Jalan Bukit Kiara. Tempat ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan para pengunjung untuk menghayati dan memupuk kesedaran mengenai pentingnya sains dan teknologi kepada manusia. Terdapat pelbagai jenis barang pameran dan juga akuarium.
   
Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - KL Bird Park ATAU Taman Burung
Tasik Perdana boleh dianggap sebagai pusat tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur.  Taman Burung Kuala Lumpur ini menempatkam pelbagai jenis burung. Anda juga boleh menemui beberapa spesis ikan termasuk ikan kap untuk diberi makan.
Tiket masuk (warganegara)
Dewasa (RM20)
Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun (RM10)
Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - Buterfly Park ATAU Taman Rama-Rama
Di taman rama-rama ini, terdapat sekitar 6,000 ekor rama-rama dan ini bersamaan dengan 120 spesis rama-rama. Tempat ini juga terletak di Tasik Perdana.

Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - National Zoo ATAU Zoo Negara
Terdapat lebih 5,000 ekor haiwan di Zoo Negara ini. Luasnya adalah sekitar 110 ekar. Zoo Negara ini merupakan lokasi penggambaran filem Zoo yang dibintangi oleh pelawak Mazlan Pet-pet.
Kadar masuk biasa (warganegara):
Dewasa (RM20)
Kanak-kanak (RM6)
Warga Emas (RM6)
Lain-lain tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur boleh dirujuk menerusi senarai di bawah. Antara tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur adalah seperti berikut:

Lain-Lain Tempat Menarik
Pusat Membeli Belah
1. Bank Negara Money Museum 1. Mega Mall Midvalley
2. Bird Park 2. Berjaya Times Square
3. Butterfly Park 3. Lot 10
4. Chinatown 4. Star Hill Gallery
5. Deer Park 5. Bukit Bintang Plaza
6. Dewan Bahasa dan Pustaka 6. Sungai Wang Plaza
7. General Post Office 7. Sogo
8. Islamic Arts Museum 8. Suria KLCC
9. Islamic Centre 9. Ampang Park
10. National Palace 10. Great Eastern Mall
11. Jamek Mosque 11. Jalan Tunku Abdul Rahman
12. Saidina Abu Bakar Mosque 12. Jalan Masjid India
13. Memorial Tuanku Abdul Rahman 13. Jalan Petaling
14. Memorial Tun Abdul Razak 14. Bangsar Shopping Centre
15. National Art Gallery 15. Batek Malaysia
16. National Library 16. Kompleks Kraf Kuala Lumpur
17. National Mosque 17. Central Market
18. National Museum 18. City Square Centre
19. National Theatre 19. Globe Silk Store
20. Numismatic Museum 20. Imbi Plaza
21. Orchid Garden 21. KL Plaza
22. Parliament House 22. Kota Raya
23. Petronas Art Gallery 23. Low Yat Plaza
24. Petronas Philharmonic Concert Hall 24. Pertama Complex
25. Putra World Trade Centre 25. The Mall
26. Sultan Abdul Samad Building 26. The Weld
27. Telekom Museum 27. Maju Junction Mall
28. Aquaria KLCC 28. Pavillion Kuala Lumpur
29. KL Convention Centre 29. The Curve
30. KL Sentral/ KL City Air Terminal 30. The Garden Mid Valley

Khamis, Disember 16, 2010

Sajak Tempat-tempat Menarik Di Kota Tinggi - Johor

Sajak Tempat-tempat Menarik Di Kota Tinggi
Sajak ditulis oleh Amiene Rev (C) 2010

Ketika massih belajar di universiti dalam bidang sarjana muda pada beberapa tahun yang lalu, saya pernah bekerja sebagai Koordinator Pelancongan. Ketika itu, hobi saya melancong, mengembara dan menulis jurnal. Catatan pengembara, mengubat hati dengan pemandangan-pemandangan yang indah, serta budaya yang pelbagai. Mempelajari kehidupan manusia dari pelbagai aspek pemikiran dan kepercayaan. Menembusi ilusi bahasa, memahami isi hati pelbagai bangsa.

Sajak Pantai Desaru

Penulis: Amiene Rev

Kota Tinggi daerah diberi
penuh dengan sumber semula jadi
tempat letaknya Pantai Desaru
terkenal sudah di negeri Johor
pantainya memutih di bucu Selatan
tarikan pelancong dulu dan sekarang.

Berkelah, memancing, dan juga snorkling
tidak lupa berkayak dan jungle tracking juga
boleh juga menunggang kuda
atau meluncur laju di litar go-cart

Taman idaman bintang Tiger Wood
hasil imaginasi Robert Trent Jones Jr.
lalu terhasillah padang golf 18 lubang

Jangan risau untuk bermalam
kerana resort, restoran turut terbina
tak lupa kedai cenderamata untuk kenangan
buat para pelancong datang dan pergi.

Panduan Menuju ke Pantai Desaru - Pantai Desaru terletak di Tanjung Penawar, Kota Tinggi. Pengunjung boleh menaiki pengangkutan bas di mana jarak dan masa lebih kurang seperti berikut:
  • Dari Johor Bahru : 102 km, 1 jam 30 minit
  • Dari Kuala Lumpur : 436 km, 4 jam 15 minit
  • Dari Singapura : 125 km, 2 jam 15 minit
Bagi pengunjung Singapura, terdapat pilihan untuk menggunakan pengangkutan feri di Changi Point, Singapura yang akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Feri ini mampu menempatkan kira-kira 400 penumpang dan 70 buah kereta.

Sajak Air Terjun Kota Tinggi
Penulis: Amiene Rev

15 Kilometer dari Bandar Kota Tinggi
pastilah Air Terjun Kota Tinggi tempat dikunjungi
Mengalir deras di kaki Gunung Muntahak
setinggi 634 meter
jika ingin berenang ke mari
sungai dingin dan kolam hijau sedia menanti

Chalet dan tapak perkhemahan
bagi pengembara
kalau mahu makan
gerai makan pun ada

Lokasi Air Terjun Kota Tinggi - Air Terjun Kota Tinggi terletak di barat laut Bandar Kota Tinggi. Oleh itu, jika anda dari Bandar Kota Tinggi, sila ikut Jalan Lombong.

Pantai Tanjung Balau
Penulis: Amiene Rev

Indah sungguh panorama Tanjung Balau
perkampungan nelayan lokasi diberi
Muzium Nelayan Tanjung sedia dikunjungi

Penduduk di sini amatlah mesra
para pelancong dijemput homestay
rasailah kelazatan makanan tradisi

Sejarah Ringkas Muzium Nelayan Tanjung Balau - Muzium Nelayan Tanjung Balau telah dibina dalam tahun 1985. Muzium ini menyimpan pelbagai khazanah berkaitan cara hidup, teknik dan perkakasan nelayan sejak zaman-berzaman.

Lokasi Pantai Tanjung Balau - Dari Bandar Kota Tinggi, anda bergerak terus sejauh 47 km. Apabila tiba di satu simpang di mana terdapat stesyen minyak Petronas di sebelah kiri, anda masuk ke selekoh sebelah kiri. Lebih kurang 5km dari simpang tersebut, anda akan menemui bulatan (round-about) yang pertama. Masuk simpang ke kanan (pukul 3) dan anda akan tiba di Pantai Tanjung Balau kira-kira 1km dari simpang tersebut.

Pantai Teluk Mahkota
Penulis: Amiene Rev

Dahulu namanya Teluk Jason
Kini 'muallaf' namanya Teluk Mahkota
Pantainya luas, kuat berangin
ombak berderu menghempas pantai
alangkah indah bunyian alam.

Singgahlah ke chalet dan kedai makan
irama malam indah sentiasa

Lokasi Pantai Teluk Mahkota - Jika anda dari Bandar Kota Tinggi, anda boleh bergerak terus ke utara. Kira-kira 13 km dari Bandar Kota Tinggi, anda belok ke kanan dan terus begerak sejauh 23km. Belok ke kanan sekali lagi dan kira-kira 2km dari simpang tersebut anda akan tiba di Pantai Teluk Mahkota.

Jika anda dari Bandar Mersing, anda bergerak ke selatan sejauh 79km. Kemudian, belok ke kiri. Anda akan tiba di Pantai Teluk Mahkota setelah bergerak sejauh kira-kira 25km.

Pantai Teluk Ramunia
Penulis: Amiene Rev

Jauh 90 kilometer dari Bandar Kota Tinggi
Pantai Teluk Ramunia nama tersohor
lokasi popular dipenuhi resort
Berbasikallah menikmati panorama indah

Sukan air menanti di sini
kayak, jet-ski dan juga menyelam
ada lagi perkampungan nelayan
jangan segan singgahlah ke mari.

Lokasi Pantai Teluk Ramunia - Dari Bandar Kota Tinggi, anda bergerak terus sejauh 47 km. Apabila tiba di satu simpang di mana terdapat stesyen minyak Petronas di sebelah kiri, anda masuk ke selekoh sebelah kiri. Lebih kurang 5km dari simpang tersebut, anda akan menemui bulatan (round-about) yang pertama. Masuk simpang ke kanan (pukul 3) dan anda akan tiba di Pantai Teluk Ramunia kira-kira 24km dari simpang tersebut.

Ahad, November 08, 2009

Hong Kong Disneyland Video Gallery List- The Best Collections

Hong Kong Disneyland YouTube Video Gallery List - The Best Collections
Movie Organised by Amiene Rev (C) 2009

If you ever wanted a trip to Hong Kong Disneyland, here I share some of the links of YouTube video that might interest you. The movies of Hong Kong Disneyland include the place, event and hotel. You might love to see the Haunted Hotel in Disneyland.

TITLE: Disneyland HongKong 香港迪士尼乐园
LINK: http://www.youtube.com/watch?v=wVvYLdQj-3c
NOTE: Compressed the whole trip about Disneyland HongKong in to 10mins is a hard working for me. Anyway, wish you all enjoy this short clip.

TITLE: Your Magical Guide to Hong Kong Disneyland - Part 1 of 3
LINK: http://www.youtube.com/watch?v=Ao4PSWEdahY
NOTE: From the Disney Parks Holiday Planning DVD © Disney. Part 1 of 3 covers Main Street, the Parade, Jungle River Cruise and Festival of the Lion King. Hosted by Jacky Cheung.

TITLE: Your Magical Guide to Hong Kong Disneyland - Part 2 of 3
LINK: http://www.youtube.com/watch?v=hfSXWzDPDts
NOTE: From the Disney Parks Holiday Planning DVD © Disney. Part 2 of 3 covers Adventureland, Fantasyland, Tomorrowland, the Cast Members and the Disney in the Sky Fireworks. Hosted by Jacky Cheung.

TITLE: Your Magical Guide to Hong Kong Disneyland - Part 3 of 3
LINK: http://www.youtube.com/watch?v=pYUyL2-p8sA
NOTE: From the Disney Parks Holiday Planning DVD © Disney. Part 3 of 3 covers Disney's Hollywood Hotel, Hong Kong Disneyland Hotel, Must See Attractions, and the Seasons of Halloween and Christmas. Hosted by Jacky Cheung.

TITLE: Hong Kong Disneyland - Hollywood Hotel (Inside)
LINK: http://www.youtube.com/watch?v=1C-6mNuDV6E
NOTE: Have a look around the inside of this amazing hotel.

TITLE: Hong Kong Disneyland Haunted Halloween
LINK: http://www.youtube.com/watch?v=HVmizE8Xvrs
NOTE: Sep25,2007 - Oct31,2007 The Haunted Hotel at Disney Haunted Halloween

TITLE: Quick look at Disney's Hollywood Hotel in Hong Kong
LINK: http://www.youtube.com/watch?v=SrOQd31L2vI
NOTE: Quick summary of what the room and grounds are like at Disney's Hollywood Hotel in Hong Kong. This is a moderate rate resort, and seems similar in theming to the Disney Ambassador hotel at Tokyo Disneyland.

TITLE: Disneyland Hotel Hong Kong
LINK: http://www.youtube.com/watch?v=qHOPUPeXTkM
NOTE: Disneyland Hotel Hong Kong

TITLE: The Maze at Disneyland Hotel, Hong Kong
LINK: http://www.youtube.com/watch?v=nnUqYNwN_YU
NOTE: The maze featured in this iMovie was front and centre at the Disneyland Hotel in Hong Kong. It provided much amusement for our kids. Highly recommended if you are visiting Disneyland HK and looking for a place to stay for a night.

TITLE: 迪士尼全新驚嚇領 Haunted Halloween Event at Hong Kong Disneyland ハロウィーン
LINK: http://www.youtube.com/watch?v=mrA8j8-niyU
NOTE: HKDL Glow in the Park Halloween Parade Hong Kong Disneyland Haunted mansion disney halloween parade 夜光鬼魅巡遊 迪士尼黑色世界香港迪士尼樂園 ホーンテッド パレード ディズニー ミッキー ハロウィーン ハロウィン 動画 香港 ディズニーランド 2007 香港 迪士尼樂園 Marilyn Manson This Is Halloween Nightmare Before Christmas Cover Re-release Tim Burton Danny Elfman Disney's Halloween Happy Haunted Parade at Tokyo Disneyland the haunted mansion parade TDL: Halloween 2007 - Happy Haunted Parade Pt. 1 disney land tokyo halloween TDL ディズニー・ハロウィーン・ハッピーホーンテッド・パレード 2007 ホーンテッド マンション ハッピー ホーンテッド ハロウィーン パレードディズニー ランド 東京 ハロウィン 動画 Halloween Happy Haunted Parade 2007 東京ディズニーランド ハロウィーン パレード MARILYN MANSON :: This Is Halloween Disney's Halloween Parade Let's Go,Villains! レッツゴー ヴィランズ Disney Halloween Parade Let's Go Villains TDL ハロウィン ハロウィーン ハロウィン ミッキーディズニーランド レッツゴー ヴィランズ カストーディアルキャスト 東京ディズニーランド エレクトリカルパレードドリームライツ 東京ディズニーランド Tokyo Disney Land エレクトリカルパレード パレード ディズニーハロウィーン2007 pop'n music動画 エレクトリカルパレード ポップンミュージックDisney's Halloween Happy Haunted Parade at Tokyo Disneyland the haunted mansion parade TDL: Halloween 2007 - Happy Haunted Parade Pt. 1 disney land tokyo halloween TDL ディズニー・ハロウィーン・ハッピーホーンテッド・パレード 2007 ホーンテッド マンション ハッピー ホーンテッド ハロウィーンパレード ディズニー ランド 東京 ハロウィン 動画 ハロウィーン パレード レッツゴー ヴィランズ Halloween Parade Let's Go,Villains! Disney's Halloween Parade Let's Go Villains! tokyo disnyeland 東京 ディズニーランド ディズニー ハロウィン ハロウィーン パレード 動画 振り付け カストーリアル カストーキャスト ダンスレクチャー 25周年 エレクトリカルパレード ディズニーシー レッツゴー ヴィランズ: 香港 迪士尼黑色世界 黑色世界香港迪士尼樂園 萬聖節 hong kong disney halloween 2008 大街詭異酒店 森魔探險路 ディズニー香港ディズニーランド ハロウィーン パレード Glow in the Park Halloween Parade 香港迪士尼樂園夜光鬼魅巡遊レッツゴー ヴィランズ Let's GoVillains 飛輪海 迪士尼黑色世界 黑色世界 香港迪士尼樂園黑色世界 迪士尼萬聖節香港迪士尼樂園萬聖節 disney halloween 2008 森魔詭域 大街詭異酒店 森魔探險路 香港萬聖節 Hong Kong Halloween ディズニーランド パレード ディズニー ハロウィーン パレード Glow in the Park Halloween Parade 香港迪士尼樂園夜光鬼魅巡遊 ハロウィーン パレード レッツゴー ヴィランズ #2 Halloween Parade Let's GoVillains

TITLE: HK Disney Hotel
LINK: http://www.youtube.com/watch?v=lToCa8wQFgY
NOTE: 2006/06/21-23 family trip to HK Disney and stay in Disney Hotel with "sea view'

THAT'S ALL FOR NOW. HAPPY VISITING HONG KONG DISNEYLAND.