BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Bogel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bogel. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 17, 2012

Mimpi Berbogel Tawaf Di Kaabah

Pernahkah anda berbogel di dalam mimpi? Apa perasaan anda ketika berbogel? Kali ini kita dengar kisah seorang imam atau ulama yang berbogel di depan Kaabah menerusi mimpinya. Seketika, kedengarannya tidak senonoh tetapi sebenarnya mimpi berbogel dan tawaf mengelilingi Kaabah mempunyai maksud yang baik. Mari kita baca petikan cerita mengenai seorang individu yang bermimpi mnelihat seorang imam, ulama atau Tuan Guru berbogel sambil mengelilingi Kaabah.

Sheikh Sudais Menangis Selepas Tafsir Mimpi Orang Bogel Tawaf Di Kaabah

Kisah ini diceritakan oleh Tuan Guru Haron Din di salah satu kuliah beliau beliau suatu masa dahulu. Kuliah tersebut dibukanya dengan satu pertanyaan kepada hadirin.
 
Soalan beliau adalah: Pernahkah anda semua bermimpi melihat diri anda berbogel?
 
Hadirin sedikit tersetak kerana tidak menyangka soalan sebegitu yang akan dilontarkan oleh tuan guru. Namun tiada seorang pun di kalangan hadirin yang mengangkat tangan. Selepas beristighfar Tuan Guru Haron Din menyambung kuliah dengan menceritakan satu kisah. Menurut beliau kisah tersebut diambil daripada satu majalah berbahasa arab.

Dalam majalah itu ada satu artikel yang menceritakan tentang satu wawancara dengan Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman Sudais. Dalam program wawancara tersebut ada diselitkan sesi soal jawab melalui telefon. Kemudian satu panggilan telefon telah diterima daripada pendengar.Pemanggil itu bertanya berkenaan dengan tafsir mimpi. Sheikh Sudais berkata bukanlah orang yang arif sangat tentang tafsiran mimpi. Namun ada sebahagiannya beliau tahu.

Lantas pemanggil itu menceritakan mimpinya. Dalam mimpinya dia melihat seorang lelaki yang sedang bertawaf dalam keadaan bogel tanpa ada perasaan malu.

Sheikh Sudais menjawab: MasyaAllah! MasyaAllah! Tafsir mimpi ini ana tahu. Orang di dalam mimpi itu akan mendapat keampunan daripada Allah dan segala amalannya diterima. Dia seumpama anak yang dilahirkan tanpa sebarang dosa.

Pemanggil itu bertanya lagi: Bolehkah saya menceritakan khabar baik ini kepada lelaki yang saya nampak beliau dalam mimpi saya itu?

Sheikh Sudais menjawab:  Menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki yang sangat bertuah itu.

Pemanggil itu lantas berkata: Lelaki yang saya lihat dalam mimpi saya tersebut tak lain dan tak bukan adalah tuan sheikh sendiri.

Sheikh Sudais terkejut lantas menangis sehingga program wawancara tersebut terpaksa dibatalkan..

Subhanallah!!! Sememangnya Sheikh Abdul Rahman Sudais ini insan istimewa. Selain daripada beliau seorang hafiz, beliau telah dikurniakan oleh Allah menjadi insan istimewa di dunia lagi. Mana tidaknya, beliau dipilih oleh Allah menjadi Imam Besar Masjidil Haram. Tempat suci ummat Islam. Tempat yang digandakan beribu kebaikan di atas satu kebaikan yang dilakukan di dalamnya. Allahuakbar!

Ahad, Oktober 23, 2011

Filem Bogel What's Your Number - Filem Rosak Akhlak Yang Padat Dengan Bogel dan Lucah

Malam tadi entah bagaimana aku boleh terpilih untuk menonton filem What's Your Number. Niat asal untuk mengisi masa lapang dengan menonton filem, jadi aku menonton dua filem selepas pukul 7.00 malam. Waktu Maghrib pada ketika ini jatuh sebelum pukul 7.00 dan ini memberi peluang kepada aku untuk menonton dua filem pada satu malam serentak. Satu filem lagi yang aku tonton ialah filem Sektor 7. Filem Korea ini juga amat pelik kerana memaparkan tentang air mani binatang unik yang hidup di dasar laut yang dikatakan menyerupai air mani manusia. Nampaknya panggung wayang di negara ini sudah mula diserang oleh virus filem lucah sama ada pada paras kelucahan yang tinggi, sederhana atau rendah. Bukan filem Barat sahaja, filem Melayu tempatan juga ada memaparkan babak-babak lucah atau berunsur lucah yang diadun sebagai lawak jenaka di dalam filem.

Menonton filem What's Your Number pada malam tadi memang merupakan satu pengalaman yang memalukan. Bukan sahaja kerana babak-babak bogel dan babak-babak lucah yang tidak ditapis, malah apabila disebelah aku terdapat pula beberapa orang penonton wanita. Filem What's Your Number mungkin filem yang paling berani kerana memaparkan watak-watak utama berbogel tanpa seurat benang di depan kamera, dan di depan para penonton wayang. Malah gambar-gambar kemaluan seperti zakar dan testis walaupun dalam bentuk kartun yang dipaparkan memang memalukan. Begitu juga dengan video-video lucah yang terpapar pada skrin komputer riba pelakon wanita utama apabila pelakon wanita tersebut membuat carian nama bekas teman lelakinya dengan carian perkataan menggunakan perkataan-perkataan yang merujuk kepada ciri fizikal kemaluan lelaki.

Selain itu dialog-dialog lucah yang jelas dan tidak berselindung yang dijadikan bahan jenaka sama ada secara langsung atau tidak langsung memang memalukan. Antara babak bogel yang dipaparkan secara jelas dalam filem ini ialah watak pelakon utama wanita berbogel sambil mencatat nama lelaki yang pernah tidur bersama dengannya, babak pelakon utama wanita memakai pakaian jarang hingga menampakkan punggung, buah dada yang terdedah, babak pelakon lelaki bogel yang keluar dari rumahnya sambil bercakap dengan pelakon utama wanita yang juga merupakan jirannya. Babak pelakon utama lelaki yang bermain gitar dengan hanya memakai seluar dalam serta diselangi lawak lucah. Terdapat juga beberapa babak yang menjijikkan berkaitan dengan seks ditayangkan secara meluas tanpa tapisan.

Dialog-dialog lucah yang merujuk kepada perbuatan seks juga sering diulang-ulang dalam filem ini. Menonton filem ini di panggung wayang dengan adanya penonton-penonton wanita di sebelah memang merupakan satu pengalaman yang amat memalukan. Antara lawak lucah yang dipaparkan ialah pelakon wanita utama itu semata-mata untuk berjumpa salah seorang lelaki yang pernah berzina dengannya, dia terbang ke Miami dan mendaftar diri sebagai pesakit. Bekas teman lelakinya yang juga merupakan doktor sakit puan itu pada mulanya sudah lupa siapa pelakon wanita utama itu, tetapi selepas memeriksa kemaluan wanita tersebut, barulah dia ingat siapa pelakon wanita tersebut. Aku hairan kenapa terdapat banyak babak lucah dan bogel dalam filem ini yang tidak ditapis atau disensorkan walaupun filem ini berstatus 18 tahun ke atas.

Antara babak yang tidak dapat dilupakan ialah babak apabila pelakon utama wanita terjatuh dari pagar sambil menyebut perkataan lucah yang berkaitan dengan seks. Ketika itu ada beberapa orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang terdengar perkataan tersebut lalu mereka bertanya sesama mereka. Kemudian dipaparkan pula babak sekumpulan kanak-kanak, di mana di kalangan mereka adalah kanak-kanak yang terdengar perkataan lucah yang disebut oleh pelakon wanita utama itu tadi. Kumpulan kanak-kanak ini berlari-lari di sekeliling majlis perkahwinan sambil menyebut dan melagukan perkataan lucah itu tadi beramai-ramai. Entahlah, jenaka jenis apa yang cuba dipaparkan oleh filem What's Your Number ini.
Barangkali filem What's Your Number adalah filem jenaka lucah yang terlampau. Budaya zina yang terlampau dipaparkan di dalam filem ini yang menunjukkan betapa teruknya moral orang-orang Barat. Babak-babak lucah yang terlampau dijadikan lawak jenaka. Sebenarnya terdapat banyak aspek di dalam filem ini yang perlu ditapis. Namun apa yang dapat diperhatikan, makin hari makin longgar aras penapisan filem di Malaysia. Lucah dan bogel semakin hari semakin sebati dalam karya-karya filem. Ini adalah petanda keruntuhan moral yang serius dalam karya seni dunia.