Memaparkan catatan dengan label Hari Kemerdekaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Kemerdekaan. Papar semua catatan
Khamis, September 01, 2016
Kata orang, negara kita sudah merdeka. Maka, setiap tahun pun kita sambut, kita rayakan Hari Kemerdekaan. Secara luarannya kita semua kelihatan sudah merdeka. Dalaman kita, barangkali antara satu ratus orang, cuma sepuluh orang yang benar-benar merdeka.
Kita menyambut hari kemerdekaan, kita meriahkan dengan pelbagai aktiviti dan persembahan. Tidak kelihatan hipokritnya di situ kerana kita semua menyambut kemerdekaan negara, bukan kemerdekaan peribadi.
Adakah diri kita merdeka, dengan hanya menjadi rakyat di sebuah negara yang telah merdeka?
Perjuangan untuk memerdekakan negara barangkali sudah selesai, namun perjuangan untuk memerdekakan kehidupan kita, barangkali belum benar-benar selesai.
Selasa, Ogos 02, 2011
Sambutan Kemerdekaan ke-54 Negara Ditunda Ke 16 September 2011
Sambutan Kemerdekaan Serentak Hari Malaysia
Pada 16 September 2011
Pada 16 September 2011
KUALA LUMPUR, 16 Julai — Sambutan Kemerdekaan ke-54 negara ditunda kepada 16 Sept, serentak dengan sambutan Hari Malaysia.
Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata keputusan itu dibuat berikutan tarikh kemerdekaan jatuh pada penghujung Ramadan.
“Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan membuat keputusan (16 Sept) sesuai berikutan ia adalah juga tarikh Hari Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2011 di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya aktiviti lain Bulan Merdeka akan diadakan seperti biasa bersesuaian dengan Ramadan.
Mengenai venue sambutan Hari Kemerdekaan kali ini, Kamaruddin berkata ia mungkin diadakan di Dataran Merdeka.
Mengenai Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan itu, beliau berkata pertandingan itu diadakan berikutan sambutan menggalakkan pada program itu tahun lepas.
“Kira-kira 61 pihak yang layak telah dinilai pada tahun lepas. Kita jangka lebih banyak pihak akan menyertainya pada tahun ini,” katanya.
Menurutnya fokus utama program itu ialah pengibaran Jalur Gemilang di kawasan, bangunan dan premis dengan menggunakan daya kreativiti untuk membantu meningkatkan penghayatan orang ramai terhadap erti kemerdekaan.
Kamaruddin berkata tujuh kategori dipertandingkan tahun ini iaitu bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung (tradisi, kampung baru cina, kawasan estet, felda), sekolah (Menengah, kebangsaan, jenis kebangsaan), taman perumahan, individu dan pintu gerbang.
Program itu dilaksanakan mulai 1 Ogos sehingga minggu ketiga Ogos, dan penilaian bermula dari 31 Ogos sehingga 16 Sept meliputi aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah, katanya.
Maklumat lanjut mengenai pertandingan itu boleh didapati di laman web Jabatan Penerangan.
Ditulis oleh Amiene Rev pada Ogos 02, 2011
Label: Hari Kebangsaan, Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia, Merdeka
Langgan:
Comment Feed (RSS)


