BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Resepi Resipi Daging Lembu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Resipi Daging Lembu. Papar semua catatan

Selasa, November 16, 2010

Resepi Singgang Daging Kelantan - Kelantan Beef Stew

Resepi Daging Singgang Kelantan Ulam Raja
Kelantan Beef Stew (menurut kata sesetengah orang)
Oleh Amiene Rev

Bulan November nanti, umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha. Di Kelantan, ada tradisi di mana pihak yang menjual lembu yang hendak dikorbankan akan memasak sedikit (bukan sedikit juga), daging-daging yang segar untuk jadikan tiga jenis lauk. Salah satu lauk yang paling popular ialah Singgang Daging Kelantan. Singgang Daging Kelantan sangat mudah dimasak. Oleh sebab itu menu Singgang Daging Kelantan ini menjadi salah satu menu pantas yang disediakan untuk mereka yang turut bergotong-royong dalam aktiviti korban sempena Hari Raya Aidil Adha.

Resepi Singgang Daging Kelantan memerlukan bahan-bahan seperti berikut:
  1. Daging lembu yang telah dihiris nipis-nipis
  2. Lengkuas (bahan masakan utama dalam mana-mana menu singgang)
  3. Halia (boleh letak sekiranya perlu, tapi jarang-jarang digunakan)
  4. Asam keping (jika suka masam, tambah lebih sedikit)
  5. Bawang putih dipotong nipis-nipis (supaya rasanya merebak)
  6. Bawang merah dipotong nipis-nipis (supaya rasanya merebak)
  7. Ketumbar yang telah ditumbuk sedikit (supaya aromanya sedap)
  8. Cili kering (boleh ditumbuk atau dilumatkan)
  9. Gula melaka (letak sedikit sahaja
  10. Budu (inilah identiti Singgang Daging Kelantan)
  11. Garam secukup rasa
  12. Gula secukup rasa (satu lagi identiti masakan Kelantan)

Cara-cara memasak Singgang Daging Kelantan
  • Pastikan daging yang hendak dimasak singgang tadi telah dihiris senipis-nipisnya. Semakin nipis, semakin sedap rasanya, semakin lembut dan enak untuk dikunyah.
  • Masukkan semua bahan, gaulkan dengan daging dan perap seketika. Jika tidak mahu perap pun tidak apa sebab kita mahu masak singgang, sudah pastilah semua perisa akan menyerap masuk ke dalam daging (jika daging sudah dihiris nipis-nipis, tak perlu perap).
  • Renehkan daging sehingga masak dan empuk. Hidangkan dengan nasi putih. Singgang Daging Kelantan sangat sedap dimakan dengan nasi putih dan Ulam Raja.
Bagi sesetengah orang, ada yang menyebut singgang sebagai singang (disebut sin-gang) dan ada juga yang menyebutnya sebagai singam atau singgam. Namun istilah yang paling kerap digunakan ialah singgang.

Selasa, Disember 09, 2008

Masakan: Roti John

Resepi Resipi Roti John Resepi Resipi Roti John

Bahan:
  • 200gm daging cincang
  • 3 biji roti perancis yang kecil
  • 6 biji telur
  • 2 biji bawang besar
  • 1 batang cili merah dihiris
  • sedikit serbuk lada hitam dan garam

Sos Roti John:
  • 15 tangkai lada kering kisar
  • 5 sudu makan tomato sos
  • sedikit cuka, air dan sedikit gula dan garam
  • Campurkan semua bahan-bahan diatas dan masak hingga mendidih

Cara membuat:
  1. Daging cincang disangai dengan sedikit rempah sop.
  2. Pukul telur dengan sedikit garam dan lada hitam.
  3. Masukkan daging, bawang besar dan hirisan cili merah.
  4. Roti dibelah dua dan letakkan adunan telur diatas roti dan masak di kuali yang telah dilengseri dengan sedikit minyak masak.
  5. Balik-balik kan. Setelah masak, hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan daun salad.

Resepi Resipi Roti John Resepi Resipi Roti John

Isnin, Disember 08, 2008

Masakan Daging Goreng Masam Manis

Resepi Resipi Daging Goreng Masam Manis Resepi Resipi Daging Goreng Masam Manis

Bahan:
  • 1 kilo daging lembu (dipotong nipis)
  • 10 ulas bawang merah (dimayang nipis)
  • kicap pekat
  • minyak masak
  • 1 biji limau nipis
  • gula
  • garam
  • kunyit

Cara membuat:
  1. Daging tersebut dicampur bersama garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Angkat daging tersebut.
  2. Gorengkan bawang merah yang dimayang sampai kekuningan.
  3. Masukkan daging yang telah digoreng tadi.
  4. Masukkan kicap pekat, gula, garam dan satu biji limau nipis secukup rasa.
  5. Kacau sehingga sebati
  6. Setelah itu bolehlah dihidangkan.

Resepi Resipi Daging Goreng Masam Manis Resepi Resipi Daging Goreng Masam Manis

Masakan: US Sirloin Steak

Resepi Resipi US Sirloin Steak Resepi Resipi US Sirloin Steak

Bahan-bahan ( 2 )
  1. 400g stik US sirloin
  2. 1 biji kentang - dibakar
  3. 1 biji jagung
  4. 1 biji tomato
  5. Sedikit lobak merah, bunga kobis dan brokoli
  6. Seasoning steak

BAHAN UNTUK SOS
  • 1 ulas bawang putih- cincang
  • 2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar sos worchestershire (Lea & Perrins)
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
  • 2 biji tomato - buang biji + cincang
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara
  1. Bersihkan daging. Perap daging dengan seasoning steak selama 1 jam
  2. Panggang daging hingga masak. Boleh juga dimasukkan ke dalam oven.
  3. Sementara menunggu daging siap dipanggat, rebuslah lobak, bunga kubis dan jagung dengan secubit garam hingga lembut. Toskan.
  4. Panaskan mentega dalam periuk. Tumis bawang yang dicincang tadi sampai berbau. Masukkan bahan sos yg lain dan kacau hingga pekat.
  5. Bubuh daging dan sayuran dlm pinggan. Hidangkan dengan sos yang telah dibuat tadi.

Resepi Resipi US Sirloin Steak Resepi Resipi US Sirloin Steak

Masakan: Daging Hitam Manis

Resepi Resipi Daging Hitam Manis Resepi Resipi Daging Hitam Manis

Bahan-bahan:
  1. Daging
  2. 1 inci halia} dikisar
  3. 3 ulas bawang merah} dikisar
  4. 2 ulas bawang putih} dikisar
  5. 1 biji bawang besar} dimayam
  6. 1 sudu cili kisar
  7. 3 sudu kicap manis
  8. 2 sudu sos tiram
  9. 2 sudu cili sos
  10. Sedikit air
  11. Minyak
  12. Garam secukup rasa.


Cara penyediaan:
  1. Goreng daging sehingga masak.
  2. tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  3. kemudian masukkan cili dan digoreng sehingga garing.
  4. masukkan kicap manis,sos tiram,cili sos dan sedikit air.
  5. akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng dan bawang besar.
  6. kacau seketika dan sedia untuk dihidang.

Resepi Resipi Daging Hitam Manis Resepi Resipi Daging Hitam Manis