BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Poster Filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Poster Filem. Papar semua catatan

Ahad, Jun 05, 2011

TRANSFORMERS: THE DARK OF THE MOON SYNOPSIS AND POSTERS

SYNOPSIS VERSION 1: TRANSFORMERS: THE DARK OF THE MOON
When the war on Cybertron between the Autobots and Decepticons appears lost to the Autobots, their leader, Sentinal Prime, attempts to launch the Ark from their planet, containing technology that could have saved his people. Attacked by Starscream, it crashes on Earth's moon in 1961. President John F. Kennedy makes his famous promise to the nation to put a man on the moon. The 1969 NASA moon landing is actually an investigation of the wrecked spacecraft.

As Sam Witwicky goes into adulthood and tries to move on from Mikaela, the Autobots are busy as they learn of a Cybertronian spacecraft on the Moon and must race against the Decepticons to find it and learn its secrets, which could turn the tide in the Transformers' final battle.

TRANSFORMERS: THE DARK OF THE MOON
MOVIE POSTER VERSION 1


TRANSFORMERS: THE DARK OF THE MOON
MOVIE POSTER VERSION 2


SYNOPSIS VERSION 2: TRANSFORMERS: THE DARK OF THE MOON
The Autobots Bumblebee, Ratchet, Ironhide and Sideswipe led by Optimus Prime, are back in action, taking on the evil Decepticons, who are determined to avenge their defeat in 2009s Transformers Revenge of the Fallen. In this new movie, the Autobots and Decepticons become involved in a perilous space race between the U.S. and Russia, and once again human Sam Witwicky has to come to the aid of his robot friends. There's new characters too, including a new villain in the form of Shockwave, a longtime "Transformers" character who rules Cybertron while the Autobots and Decepticons battle it out on Earth.

TRANSFORMERS: THE DARK OF THE MOON
MOVIE POSTER VERSION 3

TRANSFORMERS: THE DARK OF THE MOON
MOVIE POSTER VERSION 4

Jumaat, Disember 10, 2010

TRON LEGACY - TRON MOVIE POSTER REVIEW

Poster TRON Legacy dalam bentuk teks.
Pengulas: Amiene Rev (C) 2010

Ulasan Ringkas Poster, Watak dan Prop dalam Filem TRON Legacy menerusi gambar-gambar dalam filem TRON Legacy, oleh Amiene Rev (C) 2010. Amiene Rev melakukan sedikit kajian untuk mempersembahkan data-data dan fakta-fakta berkenaan filem TRON Legacy untuk para pengunjung blog Duke Amiene Rev sebagai satu lagi tanda penghargaan Amiene Rev kepada para pengunjung blog Duke Amiene Rev.

Poster Tron Legacy ini sesuai untuk papan-papan yang besar, dipasang pada bas dan juga pada jejantas. Poster TRON Legacy ini mungkin juga patut ditambah, "Jangan merempit, kerana kamu di alam nyata." Kenderaan yang dinaiki oleh program ini dikenali sebagai LightCycle Generation 5. Dalam dunia Sistem Tron atau Tron System, manusia adalah dalam bentuk program.

Poster TRON Legacy ini juga masih memaparkan watak utama, sebuah program lelaki, sedang memandu sebuah kenderaan yang dikenali sebagai Roda Cahaya Generasi Ke-5 atau LightCycle Generation 5. Rekabentuk kenderaan LightCycle ini dikemaskini daripada rekabentuk LightCycle semasa filem pertamanya, iaitu TRON.

Poster TRON Legacy yang ini memaparkan beberapa watak dalam filem apa? Sudah pasti, filem TRON Legacy. Dua orang watak di dalam filem ini kemungkinan dari Jabatan Pencegah Maksiat. Ini kerana mereka sedang mendapati ada dua orang pasangan bukan muhrim saling berpeluk-pelukan. Pakcik Tua itu pula tidak sanggup melihat aksi anak-anak muda yang tidak senonoh itu sambil berpaling ke arah para penonton. Pastinya dia berkata, "Astaghfirullahazim, anak-anak muda zaman sekarang. Punah, akhlak mereka."

Poster TRON Legacy atau TR2N yang memaparkan kerosakan akhlak secara nyata di mana pasangan bukan muhrim berpeluk-pelukan. Apa pun, mereka ini bukanlah beragama Islam. Oleh itu, wahai pembaca-pembaca yang beragama Islam sekalian, janganlah kalian meniru aksi seperti ini.

Wanita ini adalah satu program. Di dalam dunia TRON ini, manusia adalah dalam bentuk program. Program wanita ini berbangga dengan senjata yang berada di belakang badan beliau. Senjata tersebut dikenali sebagai Identity Disc atau Cakera Pengenalan. Gunanya adalah untuk merekodkan semua pengalaman yang dialami, sama ada dilihat, dibuat atau dipelajari oleh satu-satu program.

Clu dan Clu 2 bertembung. Clu adalah satu program yang menyerupai pereka program tersebut iaitu Kevin Flynn. Namun, Clu 2 adalah versi kedua yang merupakan salinan kepada Clu yang asal. Mungkinkan Clu yang kelihatan lebih tua itu adalah Kevin Flynn yang asal, yang telah membantu Tron atau Alan Bradley, atau Alan-One melepaskan diri dari dunia digital?

Poster ini memaparkan Quorra dan Sam Flynn yang berusia 27 tahun dengan Cakera Pengenalan atau Identity Disc masing-masing. Berdasarkan warna garis cahaya pada pakaian mereka, ternyata mereka ini adalah dalam satu pasukan yang sama.

Lagi aksi kurang sopan di Tron City atau Bandaraya Tron. Bandaraya Tron ini ditadbir oleh Clu.

Sam Flynn, berusia 27 tahun, anak kepada Kevin Flynn yang menggubah program Clu. Sam Flynn bergambar dengan Identity Disc atau Cakera Pengenalan miliknya.

Sebuah atau mungkin seorang program sedang menunggang laju sebuah LightCycle Generation 5. LightCycle Generation 5 berbeza dengan LightCycle Generation 2, di mana terdapat banyak garisan cahaya pada badannya, serta jika LightCycle Generation 5 terhempas, sejenis cecair misteri akan dikeluarkan. Ini bermaksud LightCycle Generation 5 menggunakan Energy atau Tenaga untuk dihidupkan.

Lelaki misteri dengan Cakera Pengenalan atau Identiy Discnya. Tron adalah sebuah program sekuriti atau program keselamatan yang dicipta oleh Alan Bradley, juga dikenali sebagai Alan-One atau Tron. Program ciptaan beliau telah diceroboh oleh Kevin Flynn. Alan Bradley merupakan hero dalam TRON Evolution.

Pertembungan antara dua pasukan. Warna litar cahaya yang berbeza adalah warna kod yang menentukan pendirian satu-satu program atau manusia elektronik. Program dengan litar berwarna biru bermaksud program tersebut percaya dan berjuang untuk Users atau pengguna, manakala program dengan litar berwarna kuning menandakan program itu mewakili Hacker atau Penceroboh dan berjuang untuk kebebasan program yang dipanggil sebagai Independent Programs.

Poster TRON Legacy dalam bentuk teks yang menyatakan secara ringkas tentang dunia yang dikenali sebagai TRON City.

Quorra, program wanita yang mampu menunggang LightCycle Generation 2. Beliau bergaya dengan Cakera Pengenalan milikknya. Cakera Pengenalan atau Identity Disc ini juga boleh digunakan sebagai perisai untuk menangkis serangan musuh, selain boleh juga dilontarkan sebagai senjata. Apabila sebuah program yang lain terkena serangan Identity Disc ini, maka program itu akan derez. Derez bermaksud program tersebut akan dipadamkan, atau dalam erti kata lain, mati.

Quorra, program yang setia kepada Kevin Flynn. Beliau akan membantu Sam Flynn mencari ayahnya, Kevin Flynn.

Poster Filem TRON Legacy dalam bentuk lebar, memaparkan seorang program sedang menunggang Roda Cahaya Generasi Ke-5.

Roda Cahaya Generasi Ke-5 atau LightCycle Generation 5, tampak popular dalam mana-mana poster filem TRON Legacy.

Poster Filem TRON Legacy dalam bentuk lebar, sekali lagi memaparkan aksi antara dua program berlainan warna cahaya litar yang mewakili Hacker (kuning) dan User (biru).

Poster Filem TRON Legacy yang memaparkan Identity Disc atau Cakera Pengenalan sebagai subjek utamanya. Identity Disc yang dimiliki oleh semua program atau manusia elektronik di alam siber.

Perbandingan antara poster filem Star Wars dengan poster filem TRON.

Poster Filem TRON Legacy yang memaparkan Identity Disc atau Cakera Pengenalan sebagai subjek utamanya. Identity Disc yang dimiliki oleh semua program atau manusia elektronik di alam siber. Kali ini berwarna kuning, yang sudah semestinya mewakili program-program yang menyokong Hacker.

Roda Cahaya Generasi 5 yang dipenuhi dengan litar-litar bercahaya.

Poster Filem TRON Reborn Legacy, memaparkan pakaian litar lama yang digunakan oleh program dalam filem terdahulu.

Sam Flynn berusia 27 tahun, anak kepada Kevin Flynn, bergaya dengan Identity Disc atau Cakera Pengenalan miliknya. Beliau adalah manusia, jadi tidak hairanlah dia muncul sebagai program berlitar biru, yang menunjukkan dia menyokong dan berjuang untuk User. User adalah pengguna, pengguna adalah manusia.

TRON: Legacy Movie Synopsis
TRON: Legacy is a 3D high-tech adventure set in a digital world that's unlike anything ever captured on the big screen. Sam Flynn (Garrett Hedlund), a rebellious 27-year-old, is haunted by the mysterious disappearance of his father Kevin Flynn (Jeff Bridges), a man once known as the world's leading video-game developer. When Sam investigates a strange signal sent from the old Flynn's Arcade—a signal that could only come from his father—he finds himself pulled into a digital world where Kevin has been trapped for 20 years. With the help of the fearless warrior Quorra (Olivia Wilde), father and son embark on a life-and-death journey across a visually-stunning cyber universe—a universe created by Kevin himself that has become far more advanced with never-before imagined vehicles, weapons, landscapes and a ruthless villain who will stop at nothing to prevent their escape.

Terjemahan sinopsis Filem Tron Legacy
Sam Flynn, seorang anak muda berusia 27 tahun yang suka memberontak, telah dihantui dengan misteri kehilangan ayahnya, Kevin Flynn, yang pada suatu ketika dahulu amat terkenal sebagai raja dalam industri pembangunan permainan video. Suatu hari, Sam telah pergi menyiasat satu isyarat aneh yang terpancar dari permainan Arcade Flynn yang lama, dan isyarat itu menyerupai isyarat yang hanya boleh dilakukan oleh ayahnya. Sam kemudian telah disedut masuk ke dalam dunia digital, di mana Kevin Flynn terperangkap selama 20 tahun. Dengan bantuan wirawati berani bernama Quorra, maka bermulalah perjuangan hidup dan mati antara ayah dan anak di dalam alam semesta siber yang serba luas. Dapatkah kedua anak-beranak Flynn keluar dari alam permainan digital itu?

Khamis, November 04, 2010

Poster Filem Terbaik 2009 - The Imaginarium of Doctor Parnassus

The Imaginarium of Doctor Parnassus (2009)
POSTER FILEM PILIHAN AMIENE REV

Poster filem ini menggabungkan pelbagai imej unik yang digabungkan dengan sempurna. Melihat poster filem ini dari pelbagai perspektif, akan mendatangkan pelbagai idea baru. Syabas kepada pereka filem ini, iaitu Terry Gilliam.

Rabu, Oktober 27, 2010

Poster Filem Paling Menyeramkan 2009 - Antichrist

Antichrist (2009)
POSTER FILEM PILIHAN AMIENE REV
Gunting berkarat, darah dan pasangan bercumbu sebagai pemegang gunting, pasti memberi kesan yang amat tidak menyenangkan pada pembayang mesejnya.

Rabu, Oktober 20, 2010

Tagline Poster Filem Paling Serius 2009 - The Girlfriend Experience

POSTER FILEM: The Girlfriend Experience
TAGLINE: See it with someone you ****

Penggunaan 'censorship' pada tagline filem ini pasti menimbulkan pelbagai jawapan kepada para pembacanya. Bak kata Nabil, "Lu fikirlah sendiri!"

Rabu, Oktober 13, 2010

Poster Filem Paling Berani 2009 - Up in the Air (2009)

Up in the Air (2009)
POSTER FILEM PILIHAN AMIENE REV
Bintang-bintang filem di dalam poster filem ini tidak ditayangkan dengan jelas. Tanpa menggunakan pengaruh mereka, rekabentuk poster ini merupakan salah satu perkara paling berani dilakukan dalam dunia pengiklanan filem.

Rabu, Oktober 06, 2010

Poster TV Terbaik 2009

True Blood (TV)
POSTER TV PILIHAN AMIENE REV 2009
Dengan menggunakan darah merah dan warna hitam, imej seorang pontianak terpapar dan seterusnya menceritakan tentang cerita ini.

Rabu, September 29, 2010

Poster Filem Paling Kelakar 2009 - The Men Who Stare at Goats

The Men Who Stare at Goats (2009)
POSTER FILEM PILIHAN AMIENE REV 2009
Apabila wajah-wajah hero dibariskan dengan seekor kambing berjanggut, keseriusan dan ketenangan watak-watak hero telah berubah kepada sesuatu yang kelakar.

Rabu, September 22, 2010

Poster Paling Menarik Perhatian 2009 - UP 2009

Movie Poster: UP
POSTER FILEM PILIHAN AMIENE REV 2009

Sebuah poster yang amat ringkas dan cantik. Belon gas yang membawa rumah kelihatan kecil, seterusnya menarik perhatian orang ramai untuk mengetahui misteri di sebalik rumah yang diterbangkan belon itu dengan lebih mendalam.

Isnin, Oktober 12, 2009

Poster Filem Terbaik 2007 - Sweeney Todd 2007

Seorang tukang gunting rambut yang memegang pisau cukur perak yang tajam, duduk di atas kerusi kedai gunting yang berwarna merah darah. Pada riak mukanya tersirat niat jahat dan kejam, menunggu mangsa untuk disembelih. Poster kegelapan ini mampu menimbulkan kesan yang mengganggu emosi penghayat seni. Sebuah karya yang berkesan dan luar biasa.

Ahad, Oktober 11, 2009

Poster Paling Menarik Perhatian - Cloverfield 2008

Apa perasaan anda apabila barang kesayangan anda atau barang kebanggaan anda dimusnahkan? Apa perasaan anda apabila Menara Petronas hancur di depan mata anda? Apa perasaan anda apabila melihat Jeremy Klarkson menghancurkan kereta kesayangan anda? Filem Cloverfield menjadikan persoalan ini sebagai idea untuk menghasilkan poster filemnya. Filem ini pasti mencetus sensitiviti, kontroversi dan persoalan di kalangan penghayat seni.

Sabtu, Oktober 10, 2009

Tagline Poster Paling Tajam - My Kid Could Paint That (2007)

My Kid Could Paint That (2007)
"innocence is priceless"

Ringkas, tetapi maksudnya amat jelas. Budak yang masih kecil ini berjaya menghasilkan lukisan yang tidak terhingga nilainya. Tagline ini mampu membuatkan penghayat seni merenung jauh untuk menghayati maksudnya secara mendalam.

Jumaat, Oktober 09, 2009

Rekabentuk Poster Paling Berani - Before the Devil Knows You're Dead (2007)

Before the Devil Knows You're Dead (2007)
Poster yang kelihatan amat ringkas ini bukan calang-calang filem. Poster milik filem yang memenangi dua Anugerah Oscar, dan dua pencalonan Oscar ini boleh dianggap berani kerana langsung tidak memaparkan mana-mana pelakon berpengaruh dalam rekaan posternya.

Khamis, Oktober 08, 2009

Poster Filem Blockbuster Terbaik - I Am Legend (2007)

This poster gives us exactly what the teaser poster was missing. A powerful image that conveys the plot of the film. The last man on earth set against the disturbing sight of a destroyed city in the background. Gambaran kemusnahan, dan seorang lelaki dan seekor anjing yang rupanya tidak bersalah, berjalan-jalan di sekitar kawasan yang hancur-lebur. Pandangan ini pastinya menarik perhatian. Konsep yang sama seperti filem Cloverfield. Tidak syak lagi, inilah poster filem blockbuster terbaik untuk tahun 2007.

Isnin, Oktober 05, 2009

Tagline Filem Paling Serius - The Curious Case of Benjamin Button (2008)

"We are defined by opportunities, even the ones we miss".

Saya suka tagline ini.

Jumaat, Oktober 02, 2009

Tagline Filem Paling Kelakar - Walk Hard: The Dewey Cox Story (2007)

"Life made him tough. Love made him strong. Music made him hard."

Hidup menjadikan dia tabah. Cinta menjadikan dia kuat. Muzik menjadikan dia keras. Filem ini boleh dilabelkan 18SX dan tidak hairanlah kenapa tagline filem ini sebegitu rupa. Tagline tersebut menggambarkan keasyikan watak utama dalam filem ini terhadap muzik.

Khamis, Oktober 01, 2009

Poster Filem Paling Biadab - Evan Almighty (2007)

Sebuah poster filem yang memaparkan gambar Evan, yang berpakaian ala-ala Nabi Nuh, dengan jubahnya ditiup angin, menampakkan kaki yang berbulu. Kemungkinan besar di Barat, poster sebegini dianggap kelakar, namun bagi saya ini adalah salah sebuah poster filem yang paling biadab. Barangkali orang Barat tidak tahu membezakan antara kelakar dengan biadab. Mereka mungkin menganggap lawak dan perbuatan kurang ajar itu perkara yang serupa.

Sabtu, September 26, 2009

Poster Filem Paling Seram 2007 - Captivity

Captivity (2007)
Wanita atau kanak-kanak selalunya dijadikan watak dalam poster filem seram. Watak wanita dalam keadaan mencemaskan juga sering digunakan sebagai elemen utama dalam filem seram. Poster ini memaparkan seorang wanita yang berada dalam ketakutan, tertimbus di dalam tanah. Wanita ini meronta-ronta, dan sekiranya kita lihat pada cara dia menekan cermin kaca, dan wap air hembusan nafasnya di dinding kaca, maka sudah pasti kita yang boleh berfikir ini boleh menyimpulkan bahawa wanita ini ditanam hidup-hidup. Bagaimana perasaannya ditanam hidup-hidup?

Poster Filem Paling Berkesan - The Simpsons Movie (2007)

Warna kuning, perkataan The Simpsons dan donat 'pink' sudah cukup berkesan untuk menerangkan filem ini filem apa. Siapa tidak kenal The Simpsons? Siri kartun yang amat popular.

Poster Filem Paling Ngeri - The Eye (2008)

Saya percaya, tidak ramai yang mampu merenung poster filem The Eye ini lama-lama. Kebetulan saya peminat Jessica Alba. Oh, tidak, ini tidak ada kaitan dengan poster filem ini. Sebenarnya, salah satu faktor yang menarik tentang poster ini ialah objek di dalam mata. Sesiapa pun akan berasa terganggu apabila melihat poster filem ini, seolah-olah ada sesuatu di dalam mata. Poster filem ini berjaya merangsang sel-sel otak untuk mengalirkan air mata atau membuatkan penghayat seni merasa sakit mata!