BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Radio IKIM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Radio IKIM. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 13, 2011

Laporan khas Haji IKIM fm 20 Oktober 2011

Siaran bermula 20 Oktober sempena musim haji

KELUARGA dan sanak saudara yang ditinggal tidak lagi perlu merasa risau biarpun warisnya kini berada jauh di Tanah Suci bagi mengejarkan ibadah Haji. Semua perkembangan terkini jemaah haji boleh diketahui setiap hari menerusi program Laporan Haji dan Debaran Mabrur apabila stesen radio IKIMfm menerbitkan program istimewa sempena musim Haji tahun ini. Program akan bermula 20 Oktober hingga 11 November depan menyediakan laporan khas perkembangan perjalanan jemaah haji negara ini selain perbincangan ilmiah bersama beberapa tokoh kenamaan yang dijumpai di Tanah Suci Makkah.

Laporan Haji akan disiarkan selama 10 hingga 15 minit setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 12.15 tengahari. Program Debaran Mabrur yang bersifat tazkirah juga disediakan setiap Isnin hingga Jumaat selama 10 minit bermula jam 1.30 tengah hari.

Biarpun IKIMfm bukan saluran media pertama yang menyediakan laporan khas perkembangan jemaah Haji di Makkah, namun stesen radio itu mengambil pendekatan berbeza menyediakan laporan khas kali ini.

Pengarah Radio IKIMfm, Nik Roskiman Abdul Samad berkata, IKIMfm mengambil inisiatif berbeza penyediaan laporan haji yang tidak seperti laporan khas daripada media atau penerbitan program tv atau radio lain.

Jika sebelum ini kebanyakan program haji disajikan dengan format penceritaan yang digambarkan daripada pemerhatian pemberitanya, kami pula bukan saja menyediakan laporan tetapi ilmu yang memberi manfaat kepada pendengar setia IKIMfm.

“Kelainannya laporan yang akan disediakan dua wartawan IKIMfm adalah menerapkan unsur pengajaran dan pengetahuan daripada perbuatan seperti wukuf, melontar, bermalam di Mina dan pelbagai lagi rukun Haji. Ia lebih bersifat falsafah yang terkandung di dalam semua perbuatan yang kita lakukan ketika mengejarkan Haji,” katanya pada sidang media pelancaran dua program itu baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Hal Ehwal Awam Bank Rakyat, Saliman Zainal, Pengurus Besar Kanan Operasi & Domestik Tabung Haji, Anuar Ahmad.

Kedua program yang diterbitkan itu bermatlamat memberi maklumat bukan saja buat umat Islam yang berniat untuk mengejarkan Haji, tetapi kepada mereka yang bukan beragama Islam dan ingin mengetahui mengenai Islam. Selain itu ia dapat berkongsi mengenai falsafah, kelebihan dan keistimewaan Haji serta galakan kepada generasi baru.

Program khas ini adalah kerjasama dengan Lembaga Tabung Haji dan di taja Bank Rakyat serta Ar-Rahnu Exchange.

Program ini akan dikendali penerbitnya sendiri Nik Hasnah Ismail dan dibantu oleh ustaz jemputan mengikut topik yang akan dibahaskan.

Sabtu, Februari 05, 2005

Ikim FM - Pilihan Utama

Online Live Radio Streaming - Islam dan Nasyid
Website: www.ikim.gov.my



Ikim FM beroperasi di bawah Institut Kefahaman Islam Malaysia. Percubaan bermula pada 13 June 2001, sebelum dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai 2001. Frekuensi radio yang digunakan untuk Ikim FM ialah 91.5 MHz untuk area Kuala Lumpur. Bahasa penyampaian utama adalah Melayu. Sekiranya anda berminat untuk mendengar lagu-lagu nasyid, atau Bahasa Arab, stesen radio ini adalah pilihan anda.

Live Internet Radio Streaming Online


More about Online Live Radio Streaming
Resource: Wikipedia.com

One of the most common ways to distribute internet radio is via streaming technology using a lossy audio codec. The MP3 codec is most popular, followed by Ogg Vorbis, Windows Media Audio, and RealAudio; use of HE-AAC (sometimes called aacPlus) is gaining in popularity. The bits are "streamed" over a TCP/IP connection, then reassembled and played within about 2 seconds. Therefore, streaming radio has about a two-second lag time.