BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Pendapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendapat. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 22, 2014

Potensi Diri Seorang Manusia

Ramai orang, suka atau tidak, cenderung untuk memandang rendah kebolehan diri sendiri. Mereka dengan zalimnya, membataskan potensi diri. Disebabkan itu, mereka cuma menjadi orang biasa-biasa dengan penglibatan biasa-biasa. Disebabkan mereka memandang rendah kebolehan diri, mereka juga cenderung melepaskan peluang. 

Apa yang kamu ingin jadi? Setiap orang ada matlamat hidup. Cita-cita. Namun adakah apa yang ingin kita jadi itu sesuai dengan kehendak kita?

Apa yang kamu suka? Setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza-beza. Mana mungkin kamu akan dapat terus hidup dengan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak kamu? Ini boleh mengundang konflik pada kemudian hari.

Apa matlamat hidup kamu? Sesetengah orang, sanggup mengorbankan apa sahaja termasuk kehendak diri demi mencapai matlamat hidup. Manusia dengan matlamat hidup yang jelas dan kuat, akan mudah berjaya.

Apa yang paling ingin kamu libatkan diri dalam dunia ini? Adakah kamu seorang yang suka bersosial, atau suka menyendiri. Pilihan yang salah akan menyebabkan kamu sentiasa merasai kehilangan dan mungkin juga kesunyian. Ini boleh menjurus kepada kemurungan.

 Apa yang ingin kamu bawa bersama ke akhirat nanti? Jika kita cuma berjuang semata-mata untuk dunia sahaja. Hidup ini penuh dengan kerugian dan penyesalan pada kemudian hari. Jangan lupa, setiap matlamat yang kita usahakan, pastikan ada bahagian akhiratnya.
 
Bagaimana pula jika kamu berpotensi tetapi ada orang memandang rendah kamu? Dalam situasi ini, ingatlah, kamu bukan hidup untuk dia. Kamu terus lakukan apa yang kamu mahu lakukan. Kejayaan kamu di dunia ini adalah milik kamu, kebaikan yang kamu lakukan di dunia ini juga adalah milik kamu di akhirat nanti.

Selasa, November 13, 2012

Ramalan Albert Einstein Kini Jadi Nyata - Bahaya Teknologi

Manusia Hamba Teknologi
Pandangan: Amiene Rev (C) 2012

"I fear the day that technology will surpass our human interaction. The world will have a generation of idiots." - Albert Einstein.

"Saya takut akan hari di mana teknologi mengatasi hubungan sesama manusia. Dunia akan dihuni oleh generasi yang bodoh." - Albert Einstein
.

Pada hari ini kita lihat tak kira di mana-mana, teknologi telah menguasai hidup manusia, menjadi satu bentuk ketagihan yang tidak dihindari. Teknologi komunikasi merupakan satu cara mudah untuk manusia menghubungi antara satu sama lain, mencari maklumat dan khabar berita terkini. Kepantasan teknologi dalam menyampaikan maklumat kepada manusia menyebabkan manusia kini tidak lagi tertarik pada hubungan kemasyarakatan.

Seterusnya ini membongkar sifat sebenar manusia yang mementingkan diri sendiri. Manusia yang lemah iman dan jati diri keagamaannya mudah dikuasai teknologi. Cuba bayangkan bagaimana dunia ini apabila manusia sentiasa menggunakan teknologi biarpun pada ketika itu, mereka sepatutnya memberi perhatian kepada orang di samping mereka?

Anak-anak muda leka mengurungkan diri bermain internet. Anak-anak keluar makan dengan ibu bapa sambil membawa Ipad, Samsung Galaxy Tab dan lain-lain teknologi komunikasi. Mereka tidak lagi tertarik untuk berkongsi cerita dengan ahli keluarga mereka, rakan-rakan mereka. Masing-masing di tangan bermain gajet canggih masa kini.

Mungkin ada ibu bapa yang tersenyum pahit, merasa lucu dan comel melihat anak-anak mereka leka menggunakan gajet tetapi ketahuilah, mereka sebenarnya sedang menyaksikan dunia teknologi yang mengatasi hubungan manusia yang ditakuti oleh Albert Einstein.

Ini adalah permulaan kiamat sosial bagi umat manusia.

Rabu, Julai 25, 2012

Isu Kahwin Muda Bukan Lagi Soal Tanggungan Tetapi Soal Menghalang Pergaulan Bebas

 Amiene Rev Sokong Perkahwinan Usia Muda Demi Bendung Zina

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Pada zaman moden yang dipenuhi dengan teknologi ini, perkahwinan muda sepatutnya digalakkan untuk menghindari zina dan pergaulan bebas antara bukan muhrim. Islam tidak pernah melarang umatnya untuk berkahwin pada usia terlalu muda jadi kenapa kita harus menghalang anak-anak kita daripada berkahwin muda.

Soalnya kini, kepada ibu bapa, cuba renungkan, mana satu pilihan anda. Anak lelaki anda atau anak perempuan anda melakukan maksiat dan zina dengan kekasihnya sehingga lahirnya anak luar nikah, atau anak lelaki anda dan anak perempuan anda berkahwin secara sah dan melakukan hubungan jenis secara halal dan anda mendapat cucu yang sah. Renung-renungkan.

Satu-satu caranya untuk membendung pembuangan bayi, kelahiran anak luar nikah yang hidup menderita tanpa layanan sewajarnya, pergaulan bebas antara bukan muhrim yang sukar dihalang pada zaman teknologi maklumat serba canggih di kalangan anak muda masa kini adalah menerusi pernikahan pada usia muda.

Menikah juga tidak semestinya perlu anak segera. Teknologi moden hari ini mampu membolehkan pasangan yang telah berkahwin untuk merancang keluarga. Jadi, apa yang perlu risau kalau anak yang masih bersekolah mengandung sedangkan mereka tidak perlu mengandung dengan merancang keluarga.

Jika anak yang masih bersekolah sudah melahirkan anak sekali pun, jika ibu atau nenek sanggup menjaganya, maka tidak salahlah untuk membenarkan anak yang sudah berkahwin untuk memiliki anak biarpun masih belajar.

Perkahwinan pada usia muda adalah satu-satu caranya untuk membendung menularnya pengaruh budaya Barat yang saban hari menyiarkan pelbagai kelucahan dan separa lucah di pelbagai bentuk media untuk meracuni minda umat Islam kita.

Perkahwinan pada usia muda kini adalah relevan. Jika anak anda ingin berkahwin, kahwinkan sahaja mereka. Jauhi zina!

Ahad, Disember 04, 2011

Bahasa SMS Simbolik Kemalasan Orang Melayu?

Bahasa SMS Simbolik Kemalasan Orang Melayu?
Bahasa SMS, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Hadir rasa Amiene Rev (C) 2011

Pada permulaannya Malaysia ini merupakan tanah agung untuk Bahasa Melayu, yang juga diangkat sebagai Bahasa Kebangsaan - Bahasa Malaysia. Malaysia wujud selepas era penjajahan British berakhir, dan pada ketika itu orang-orang Melayu di serata negara, di seluruh pelusuk negeri, bahagia menuturkan bahasa ibunda mereka. Hal ini walau bagaimana pun, cuma mampu berlanjutan selama hampir setengah abad sahaja.

Ancaman baru kini, Bahasa SMS, perosak bahasa, parasit yang meracuni darah daging dan jati diri anak bangsa. Seluruh dunia digegarkan dengan Bahasa SMS. Seluruh dunia siber juga  turut digegarkan dengan Bahasa SMS. Teks-teks ringkas dengan ejaan-ejaan yang cuma mewakili maksud, pada akhirnya bukan sahaja telah merebak keluar dari dunia telefon bimbit ke dunia penulisan di bangku sekolah, malah kini telah mencemari tesis-tesis di peringkat universiti dan sarjana muda! Betapa kuatnya pengaruh Bahasa SMS ini.

Anak-anak generasi baru, begitu malas untuk menggunakan ejaan, begitu gopoh dan tidak sabar untuk menyatakan isi hati dan suara mereka. Mereka lantas melangkah bendul peradaban dan kehormatan, lalu melompat dan menyergah masyarakat dengan bahasa SMS. Tidak perlu tulis panjang-panjang, pedulikan susunan huruf dan ejaan, yang penting bagi mereka ini, adalah orang ramai faham apa yang mereka ingin katakan. Mereka tidak perlu faham orang lain!

Sememangnya padan sikap anak-anak generasi baru ini dengan sistem makan suap, di mana cuma guru-guru yang jauh lebih penat berusaha dan memberikan gred markah kepada mereka, tanpa perlu mereka bersusah payah untuk mendapatkan kecemerlangan akademik untuk diri mereka dan keluarga mereka.

Bahasa SMS adalah bukti nyata, bahawa anak-anak hari ini semakin malas berusaha, semakin individualistik, hanya berusaha jika sesuatu itu memberi makna keuntungan pada diri mereka sahaja.  Tidak ada lagi anak-anak generasi muda yang mahu memikul beban kemasyarakatan, tidak ada lagi anak-anak generasi muda hari ini yang mahu menjadi pejuang bangsa. Jika benar kenyataan ini, maka sudah nyata, bahawa dunia bangsa Malaysia kita ini, sudah berada di penghujung zaman.

Apakah nasib kita semua pada ketika kita telah muncul sebagai orang-orang tua, yang berdepan dengan perkhidmatan dan layanan anak-anak muda di serata ceruk pekerjaan yang gunanya untuk melayan kita, manusia, bangsa Malaysia sebagai pelanggan? Adakah pada ketika itu sistem layan diri akan mula menguasai sektor-sektor kehidupan kita? Ini satu persoalan yang sudah mula boleh dipanaskan enjinnya dalam pemikiran kita, tentang masa depan kita, tentang masa depan negara kita.

Apakah jenis bangsa Malaysia yang akan muncul pada kemudian hari? Dunia masa depan kita, mungkin akan menjadi padang pasir yang tandus. Kita ketandusan pelapis kepimpinan Kita kekurangan orang-orang muda yang mempunyai kesedaran untuk memperjuangkan bahasa kita. Bahasa melambangkan bangsa.

Baru-baru ini satu usaha untuk meluaskan semula penggunaan bahasa Melayu kita ke seluruh Asia Tenggara. Ini satu langkah yang perlu dilaksanakan pada sekitar dasawarsa ini. Kita adalah generasi terkini, dan kitalah yang akan menentukan sama ada Bahasa Melayu merangkap Bahasa Malaysia ini, akan terus berkembang dan digunakan dengan penuh kedaulatan dan kehormatan.

Mari, berjuang demi bangsa. Mari, mulakan perjuangan ini, dengan Bahasa Ibunda kita. 

Bagaimana jika pada esok hari, blog Duke Amiene Rev ini ditulis dalam Bahasa Inggeris? Seringkali apabila ada orang menulis dalam Bahasa Inggeris, mungkin akan ada orang yang bukan Inggeris mahu menunjuk kepandaian menegur jika ada kesilapan ejaan atau tatabahasa bagi perkataan-perkataan atau struktur ayat yang ditulis itu. Bagaimana pula dengan Bahasa Melayu? Beribu-ribu dan mungkin berjuta-juta orang dengan sengaja menggunakan ejaan-ejaan yang salah dalam perkataan-perkataan Bahasa Melayu, tetapi tidak ada seorang pun cuba menunjuk pandai untuk membetulkannya? Oh, dunia. Betapa agungnya bahasa asing pada minda mereka, betapa hinanya bahasa ibunda pada mata mereka.

Adakah ini tandanya kemajuan bangsa? Bangsa maju, bahasa tergadai. Ini bukan sesuatu yang kita mahu saksikan.

Bahasa SMS digunakan di Twitter? Itu barangkali, satu cerita yang lain.

Ahad, November 06, 2011

MAKAN BABI PUNCA MANUSIA HILANG NILAI KEMANUSIAAN? Aku Sedih dan Murung Kerana Nilai Kemanusiaan Semakin Pudar

Manusia pada hari ini semakin pudar nilai kemanusiaanya. Wang Yue di China digilis beberapa kali, dibiar begitu sahaja, malah digilis sekali lagi oleh pemandu yang lain pula, selepas pemandu itu mengangkat tinggi lampu depannya. Sudah pasti dia tahu bahawa ada budak sedang menderita sakit di depannya. Tidak kira orang dewasa, lelaki atau wanita, malah seorang ibu yang memimpin anaknya, juga berlalu pergi tanpa mempedulikan anak kecil yang kesakitan itu. Celaka betul manusia di China, begitulah yang akan aku katakan sekiranya bukan kerana seorang pengemis wanita yang mendukung anak kecil bernama Wang Tue, dan memindahkannya ke tepi jalan, sebelum diselamatkan. Tapi di hospital, Wang Yue meninggal dunia juga. Pengemis Wanita itu bukan sahaja telah berusaha menyelamatkan Wang Yue, tetapi juga telah menyelamatkan maruah orang-orang di negara China.

Aku pernah bertanya kepada seorang rakan, kenapa begitu teruk sikap dan hati orang-orang di negara China, kalau bukan kerana pengemis wanita yang perwira itu, sudah pasti aku akan membenci China seumur hidupku. Kawan aku kata, sebab orang-orang di negara China suka makan daging babi. Sikap dan hati manusia biasanya akan dipengaruhi oleh apa yang mereka makan. Kalau makan benda haram, maka matilah hati mereka. Hilanglah perikemanusiaan mereka. Kalau makan daging babi, maka jadilah mereka golongan yang tidak peduli tentang orang lain. Ini kerana babi cuma tahu peduli hal diri sendiri sahaja. Apabila manusia makan babi, maka mereka juga akan bersikap seperti babi. Itu pendapat kawan aku.

Aku rasa saintis dan pakar pemakanan, atau pakar psikologi mesti mengkaji kenapa daging babi diharamkan untuk umat Islam. Mungkin ada benarnya daging babi menjadi penyebab kenapa manusia berperangai macam babi apabila mereka makan daging babi. Ini isu yang sangat sensitif, namun sekiranya kajian dijalankan dan dapat membuktikan sesuatu tentang pengaruh daging babi terhadap sikap manusia, maka mungkin ramai manusia akan dapat diselamatkan.

Tetapi selepas itu aku terbaca lagi, surat daripada seorang individu yang menyatakan rasa kecewanya terhadap rakyat Malaysia yang tidak berotak, dan tidak tahu menghormati tragedi yang menimpa semasa perlumbaan motosikal berlangsung di negara Malaysia tempoh hari. Jadi, aku mula rasa betulkah daging babi mempunyai pengaruh terhadap sikap pentingkan diri sendiri atau sikap tidak pedulikan orang lain atau sikap tidak ada rasa simpati terhadap orang lain?

Jadi, mungkin daging babi bukan punca manusia berperangai macam babi. Perkataan babi sebenarnya dianggap sebagai satu perkataan yang amat hina dan terkutuk. Ini kerana sifat babi itu sendiri sangat pengotor, suka makan najis dan tidak suka mempedulikan orang lain. Babi cuma tahu buat hal sendiri sahaja. Babi tidak ada sifat kemasyarakatan. Babi tidak ada rasa simpati. Babi cuma tahu fikir keuntungan diri sendiri sahaja.

Baru-baru ini kek lapis Sarawak menjadi satu makanan mimpi ngeri buat umat Islam, apabila dilaporkan bahawa mentega yang digunakan untuk membuat kek tersebut mengandungi lemak babi. Kasihan umat Islam di Sarawak.

Aku berharap daging babi diharamkan sepenuhnya dan kajian mengenai bahaya daging babi terhadap manusia secara psikologi mungkin perlu dibuat. Hikmah pengharaman daging babi mungkin akan dapat diketahui dan mana-mana saintis yang berjaya membuktikan kesan buruk daging babi dari aspek psikologi perlu diberikan hadiah Nobel Islamik. Ini merupakan penemuan yang akan mengubah manusia.

Mungkin ada orang kata tindakan mendedahkan idea yang agung iaitu eksperimen  untuk mengkaji adakah teori daging babi boleh menyebabkan manusia hilang sifat simpati dan perikemanusiaannya ini benar atau tidak kerana jika aku sendiri yang melaksanakan kajian ini, maka akulah yang akan mendapat nama.

Aku adalah pencetus kepada kajian ini. Aku adalah orang yang memberi idea tentang kajian ini. Apa pun, aku percaya, daging babi, lemak babi, DNA babi kini tersebar dalam banyak jenis makanan yang dimakan manusia, dan mungkin telah menyerap ke dalam darah daging manusia. Maka tidak hairanlah kalau ada orang Malaysia yang bersikap begitu barbarik sehingga tidak ada rasa simpati terhadap tragedi yang menimpa pelumba motosikal Honda tempoh hari.

Sudah beberapa minggu aku diserang perasaan murung dan marah. Aku marah apabila mengetahui betapa ramainya manusia yang sudah tidak ada lagi perikemanusiaan. Aku marah kerana ada manusia yang sanggup mempergunakan manusia lain untuk kepentingan dirinya. Aku marah kerana ada manusia yang tidak tahu mengenang budi dan tidak tahu menghormati nyawa dan kehidupan seorang manusia yang lain. Apabila memikirkan nasib malang yang menimpa segelintir insan malang yang tertentu. Aku berasa sangat murung.

Apabila aku mengepos berita yang menggembirakan di status Facebook, ada-ada sahaja manusia yang "Like" atau suka status tersebut. Namun apabila aku mengepos tentang kisah penderitaan manusia lain, ada pula yang mahu menenggelamkan status tersebut seolah-olah supaya status tersebut tidak dibaca oleh orang lain, malah berpeluang pula mempromosikan perniagaan sendiri di ruang Facebook aku.

Aku masih terharu mengenangkan nasib seorang anak kecil yang mengalami barah otak peringkat akhir, yang terlantar di atas katil di Wad Neuro di sebuah Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru. Aku melihat tangisan ahli keluarga bagi beberapa orang pesakit di wad tersebut, walaupun mereka bukan sebangsa atau sama kaum atau sama agama denganku. Masih ramai manusia yang mengalami nasib malang di muka bumi ini pada ketika kita pula masih mampu mengecapi pelbagai kesenangan, keseronokan hidup di muka bumi ini.

Dunia ini memang tidak adil. Itu benar. Namun aku amat percaya bahawa Tuhan itu Maha Adil. Setiap kali aku mengenangkan nasib orang-orang malang yang telah aku baca, dengar atau temui, aku akan hilang selera makan dan dilanda kemurungan. Di dunia ini terlalu ramai manusia yang tidak benasib baik, tetapi pada masa yang sama pula ada ramai manusia yang bernasib baik tetapi tidak tahu menghargai saat-saat kehidupan mereka.

Ini membuatkan aku berasa sangat marah dan pada masa yang sama sangat sedih. Sesekali air mataku menitis. Namun aku tahu, setiap air mata yang menitis itu tidak akan membantu meringankan beban orang-orang yang menderita di Wad Neuro, Tingkat 4 Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, atau di mana-mana wad kritikal, di rumah-rumah anak-anak yatim, atau di Somalia, Palestin dan di mana ceruk dunia pun.

Namun aku percaya, apa yang aku tulis di blog aku ini, mungkin akan dapat membantu menyedarkan individu-individu tertentu dan mungkin mereka juga akan berbuat sesuatu untuk membantu.

Berjuang melalui penulisan blog, adalah cara untuk aku menyatakan sesuatu kepada dunia.

For those who do not understand Malay Language, use Google Language Tool and translate my writing into English, and you may understand what my voice are about to. I am talking about humanity that are going to fade out from the heart of the terran.

Orang Putih Kecewa Rakyat Malaysia Tidak Hormat Kematian Marco Simoncelli

Saya tersentuh hati membaca tulisan MAT LAN MAT DIN dari Klang, Selangor mengenai sikap sesetengah rakyat Malaysia yang lebih mengutamakan duit membeli tiket berbanding tragedi yang telah menimpa pelumba motosikal Honda, Marco Simoncelli. Di sini ingin saya bandingkan dengan peristiwa kematian seorang budak perempuan Cina di negara China, yang dibiarkan terseksa menghadapi kesakitan oleh beberapa belas penduduk warga China sebelum diselamatkan oleh seorang pengemis wanita. 

Ketika Marco Simoncelli menemui ajalnya, dan perlumbaan dibatalkan, masih ada penonton Malaysia yang masih mahu perlawanan itu diteruskan. Apa bezanya taraf nilai perikemanusian golongan ini dengan golongan warga China yang dikutuk seluruh dunia tempoh hari? 

Sebelum ini, satu dunia, malah blogger dari China sendiri pernah menulis bahawa kalau budak perempuan tersebut yang bernama Yue Tue, supaya sekiranya dilahirkan semula, jangan lagi dilahirkan di China. Kemudian, sikap rakyat Malaysia itu sendiri yang tidak ada langsung rasa sedih atau bersimpati apabila berlakunya kematian. Berita ini sebenarnya telah menghilangkan rasa hormat saya terhadap sesetengah perkara, berkaitan dengan sikap manusia pada hari ini.

Manusia hari ini mempunyai satu nafsu yang sangat pelik, iaitu nafsu memanjakan anak-anak sehingga apabila mereka besar, mereka menjadi orang yang mementingkan diri sendiri, sanggup menjadi parasit, sanggup menyusahkan orang lain demi kepentingan diri sendiri, suka meminta-minta, memberontak dan bertindak liar apabila kepentingan diri tidak dipenuhi, tidak mengenang budi dan sebagainya.

Telah lahir banyak manusia pada akhir zaman ini yang tidak lagi memiliki perikemanusiaan dalam diri mereka. Mungkin suatu ketika nanti, akan lahir sekumpulan manusia pejuang kemanusiaan yang bertindak membunuh semua manusia yang tidak berperikemanusiaan ini dan akhirnya wujud dunia baru di mana cuma manusia yang berperikemanusiaan sahaja yang tinggal. Logikkah begitu?

Peradaban manusia semakin hari semakin hilang. Cuma ada teknologi yang canggih yang menyenangkan hidup manusia, menyebabkan manusia tidak perlu lagi bersusah payah dalam banyak perkara. Oleh kerana mereka tidak merasai apa maksud kesusahan hidup, mereka tidak lagi menghargai pertolongan atau kehidupan orang lain. Kerana itu pada suatu hari nanti, manusia akan kembali semula ke zaman di mana kuda dan unta menjadi kenderaan, dan, kapak, pedang, busur dan anak panah akan kembali menjadi senjata untuk berburu dan berperang. Pada ketika itu, ilmu agama dan kitab Allah akan menjadi panduan hidup yang paling berharga, persaudaraan sesama manusia kembali meningkat. Buat masa ini, umat manusia cuma perlu bertahan, hidup dalam dunia moden yang dihuni juga oleh binatang-binatang yang tidak tahu menggunakan akal dan tidak mahu menghayati nilai perikemanusiaan.

Mat Salleh Melihat Gelagat Penonton Malaysia Dengan Penuh Kehairanan

SAUDARA PENGARANG,

SAYA mengambil masa lebih kurang seminggu untuk menulis perihal perkara ini kerana menghormati mendiang Marco Simoncelli yang meninggal dunia dalam kemalangan ngeri dalam perlumbaan MotoGP Malaysia di Litar Sepang 23 Oktober yang lalu.

Saya adalah sebahagian daripada beribu peminat MotoGP yang berada di tempat duduk utama ketika kejadian itu berlaku.

Kami dapat menyaksikan dengan jelas kemalangan yang berlaku itu menerusi paparan skrin besar yang terletak di atas bangunan paddock bertentangan dengan tempat duduk utama.

Namun begitu apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah gelagat sebahagian besar penonton di tempat duduk utama yang memperlihatkan sisi buruk mereka kepada bukan sahaja para tetamu luar yang turut hadir menyaksikan perlumbaan tersebut tetapi juga kepada anggota-anggota pasukan yang mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.

Lebih kurang sejam selepas skrin besar di hadapan tempat duduk utama menyiarkan kenyataan ringkas bahawa perlumbaan dibatalkan, para penonton telah bertindak membaling apa sahaja yang ada di tangan mereka - botol air mineral, payung, air kotak dan juga bungkusan makanan di atas trek sambil melaung-laungkan kata-kata maki ke arah anggota-anggota pasukan yang bertanding.

Gelagat mereka ini telah mencetuskan kehairanan kepada para anggota pasukan yang berada di paddock kerana keputusan untuk menghentikan perlumbaan adalah keputusan pihak penganjur dan pemegang lesen perlumbaan.

Mereka melihat gelagat rakyat Malaysia sambil mengeleng-geleng kepala tanda kecewa seolah-olah rakyat Malaysia tidak memahami mengenai protokol perlumbaan apabila sesuatu kemalangan besar berlaku.

Adalah menjadi amalan bahawa perlumbaan akan dibatalkan jika berlakunya kemalangan besar yang mengancam nyawa pelumba. Kita telah menyaksikan peristiwa ini berulang-ulang kali tetapi malangnya penonton Malaysia memilih untuk memperlihatkan sikap tidak bertamaddun mereka dengan bertindak membaling botol ke atas trek malah menghamburkan kata-kata makian ke arah pelumba dan pasukan mereka. Mereka tidak bersalah apa-apa di atas keputusan untuk membatalkan perlumbaan.

Ya, memanglah amat malang wang yang dibayar untuk membeli tiket MotoGP ini tidak kelihatan berbaloi jika dibandingkan dengan hanya sempat menyaksikan dua pusingan perlumbaan sahaja. Tetapi perlumbaan yang mengorbankan pelumba dari Itali itu sememangnya patut dihentikan.

Jika ada sekali pun kelemahan di pihak penganjur yang boleh diambil iktibar agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi ialah mereka tidak mengumumkan mengapakah perlumbaan itu terpaksa dibatalkan.

Satu-satunya pengumuman yang dibuat pada hari itu ialah "Perlumbaan Dibatalkan". Itu sahaja. Tiada sebab tiada alasan yang diberi. Ada yang mengatakan, pengumuman mengenai punca pembatalan perlumbaan memang tidak patut diumumkan selagi pasukan perubatan tidak mengesahkan status kecederaan Marco atau keluarganya perlu dimaklumkan terlebih dahulu.

Tetapi orang Malaysia tidak faham akan semua ini. Yang mereka tahu ialah mereka telah membayar wang yang banyak untuk membeli tiket bagi menonton perlumbaan 500cc tetapi kenapa tiba-tiba dibatalkan. Jadi akhirnya mereka mengamuk dengan melakukan sesuatu yang akhirnya memalukan imej negara dan sukan moto negara.

Saya perhatikan ramai mat salleh yang takut melihat gelagat barbarik penonton Malaysia dengan segera meninggalkan litar Sepang. Saya kurang pasti, apakah insiden yang menakutkan ini akan membawa mereka kembali ke sini tahun hadapan.

MAT LAN MAT DIN
Klang, Selangor


Kanak-kanak China Digilis Dua Kali, Tidak Diendah Warga China, Kecuali Seorang Pengemis Wanita
KIRA-KIRA 18 pengguna jalan raya membiarkan seorang budak perempuan terbaring nazak di tengah jalan selepas dua kali dilanggar kenderaan berdekatan kedai perkakas Guangfo di Huangqi, bandar Foshan, China.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, orang ramai tidak menghiraukan budak berusia 2 tahun dikenali sebagai Yue Tue terbaring selepas dirempuh sebuah van. Kemudian sebuah kenderaan lain turut menggilisnya sekali lagi di luar kedai milik keluarganya itu.

Seorang pengutip sampah, di mana individu ke-18 yang melalui jalan itu akhirnya datang membantu budak kecil itu dengan mengangkatnya ke tepi jalan sambil menjerit meminta tolong.

Dilaporkan, pemandu van itu berjaya ditahan pihak berkuasa tempatan. Video yang mencetuskan kemarahan meluas penduduk China itu, di kongsi dan dilihat hampir 700 ribu pengguna internet sejak ia dimuat turun semalam.

(Kemaskini) 19/10/2011 - Kanak-kanak malang itu yang hanya dikenali sebagai Wang Yue, meninggal dunia selepas disahkan mati otak akibat kemalangan itu, kata akhbar China Daily.

Selasa, September 14, 2010

Kesialan Sosial - Apabila Akhlak Disama-ratakan Dengan Kejayaan Akademik, Ko-Kurikulum dan Sukan

"Walau dalam apa cara sekali pun Akhlak lebih penting berbanding Akademik, Ko-Kurikulum dan Sukan. Akhlak tidak boleh diletakkan sebaris dengan ketiga-tiga bidang tersebut, kerana Akhlak seharusnya menjadi tunjang atau tulang belakang untuk ketiga-tiga bidang tersebut. Jika Akhlak disamakan dengan ketiga-tiga bidang tersebut, maka selagi itulah punca permasalahan kesialan sosial masyarakat hari ni tidak dapat diselesaikan kerana salah formulanya." - Amiene Rev, 2010.
Gejala sosial, sikap biadab dan keruntuhan akhlak di kalangan pelajar terutama pada peringkat pertengahan atau kolej bukan sesuatu yang baru. Malah semakin teruk kerana masyarakat seolah-olah menerima tanpa mahu mengambil tindakan membendungnya daripada terus merebak. Sebahagian besar krisis dicetuskan masyarakat miskin dan terpinggir disebabkan terpaksa bersesak di sekolah awam.

Tambahan:

CONTOH-CONTOH Petikan Di Atas:

  • Ada ibu bapa, guru atau orang tua melihat anak-anak atau pelajar berkata-kata dengan biadab (biarpun niat asal pelajar itu untuk bergurau). Ibu bapa, guru atau orang tua cuma bersikap "alah budak-budak, malas aku nak layan". Akibatnya anak-anak atau pelajar semakin berani untuk bertindak sedemikian rupa (biadab) kerana tidak ada sesiapa pun bersungguh-sungguh menghalang mereka.
  • Ada ibu bapa, guru atau orang tua melihat anak-anak atau pelajar berlaku biadab, tetapi mereka pula menyertainya dengan melakukan perkara yang sama, dan menganggap itu sekadar satu cara untuk berkomunikasi atau bergaul dengan anak-anak atau pelajar. Akibatnya pelajar atau anak-anak merasakan mereka tidak bersalah jika berlaku biadab dan meneruskannya.
  • Ada pelajar atau anak-anak yang berlaku biadab di luar sana, tetapi tidak ada sesiapa pun mahu menegurnya. Maka kerana tidak ada orang yang menegur atau menghalang, maka pelajar atau anak-anak merasakan berlaku biadab itu merupakan perkara biasa, tak ada sesiapa nak menghalang pun.
  • Golongan tua dan ibu bapa pada hari ini lebih suka mengambil sikap tidak suka menjaga tepi kain orang, (padahal sesetengah orang, bab mengumpat dan bergosip tentang orang yang tak ada kena-mengena dengan diri mereka, rajin pula), dan mengamalkan budaya "kau-kau" dan "aku-aku" sehinggakan apa pun yang dilakukan oleh budak-budak pada hari ini, langsung tidak ada yang peduli.

KESAN-KESAN YANG KITA LIHAT:

  • Budak-budak sudah berani bersentuhan, bergambar, bergaul sesama bukan muhrim (pergaulan bebas lelaki dan perempuan) tetapi tidak ada orang tua, ibu bapa atau guru-guru (sesetengah daripada mereka) yang merasakan itu salah, dan langsung tidak berminat untuk memberi teguran.
  • Kebanyakan ibu bapa dan orang tua tidak mahu masuk campur hal-hal tegur-menegur kesalahan pelajar dan anak-anak, mereka ambil mudah dengan menganggap "alah, kalau dah besar nanti budak-budak tu tahu fikir sendiri", akibatnya kerana jarang yang hendak menegur, maka anak-anak itu membesar dengan konsep bahawa apa yang melakukan itu tidak salah padahal ianya bertentangan dengan agama. Kerana itulah, ramai pelajar dan anak-anak kini berani melakukan kesialan sosial secara terbuka di depan mata orang ramai, malah ada yang tidak kisah dan berani memaparkan gambar-gambar kesialan sosial mereka di dalam dunia siber.
  • Kebanyakan ibu bapa, sesetengah guru dan orang tua tidak mahu menanggung risiko dibenci, dihentam, dikutuk, dimaki oleh anak-anak muda atau pelajar-pelajar. Oleh itu mereka lebih suka 'play safe" dalam bab-bab seperti ini. Ini kerana undang-undang dunia hari ini tidak adil dan berat sebelah di mana, pembelaan yang tidak sewajarnya telah diberikan kepada golongan pelajar. Hukuman yang dibenarkan pula masih ringan, termasuk hukuman rotan, kerana itu ada pelajar yang telah dirotan, bukan sahaja tidak insaf, malah berasa bangga dan besar diri kerana menganggap hukuman rotan itu perkara biasa dan mereka tidak takut dirotan berulang-ulangkali.
  • Sesetengah guru pula menganggap hubungan guru dengan pelajar perlulah 'profesional', mereka langsung tidak peduli apa yang anak murid mereka lakukan di luar sana. Mereka tidak mahu memberi masalah kepada diri sendiri, lalu berpendapat lebih baik menjaga hal diri sendiri daripada menjaga hal-hal anak murid di luar sana. Akibatnya, para pelajar bebas melakukan apa sahaja gejala sosial di luar sana tanpa rasa segan silu atau takut. Ini kerana para pelajar beranggapan guru tidak akan berani mengambil tahu hal-hal mereka di luar sekolah, kerana 'batas profesional'. Tambahan pula kini, kebanyakan orang tua dan golongan dewasa berpendapat, jika mereka masuk campur dalam hal anak-anak orang lain tidak kena pada tempatnya, maka berkemungkinan besar mereka akan 'diserang' atau dikritik atau 'dihentam' kerana dianggap mengganggu atau masuk campur dalam kehidupan orang lain biarpun teguran yang diberikan mereka adalah kepada pelajar mereka sendiri.
Cuba perhatikan gambar anak-anak, adik-adik atau pelajar-pelajar anda di internet. Berapa ramai pelajar yang berani berpakaian ketat hingga menampakkan bentuk buah dada (biarpun bertudung)? Berapa ramai pelajar lelaki yang berani memakai lantai leher, subang dan gelang di khalayak ramai? Berapa ramai pelajar lelaki dan perempuan yang berani bersentuhan kulit atau bergesel-gesel anggota badan untuk bergambar di khalayak ramai? Mereka berani melakukannya di khalayak ramai! Mereka berani menyebarkan gambar mereka untuk ditonton oleh orang ramai. Anak siapalah itu? Adik siapalah itu? Cucu siapalah itu? Anak murid siapakah itu? Pelajar sekolah manakah itu? Pelajar universiti manakah itu? Bekas pelajar siapakah itu?

ADAKAH INI YANG KITA MAHUKAN UNTUK GENERASI KITA? ANAK-ANAK KITA DALAM BAHAYA! KITA MESTI BERANI BERTINDAK MENGHALANG GEJALA SOSIAL DAN SIKAP BIADAB ANAK-ANAK MUDA PADA HARI INI!

Sabtu, Jun 19, 2010

Sudah Terhantuk Baru Terngadah - Pandang Ke Depan

Keretapi kelas 1 menunggu ku. Kemungkinan besar selepas ini, aku akan memperbaharui passport untuk ke luar negara. Seperti kebanyakan manusia, aku tidak suka menetap di satu-satu tempat dalam kadar yang terlalu lama. Sudah nyata, maksudku ini ialah, berpindah.


Kebanyakan manusia pada zaman ini sudah hilang toleransi. Kebanyakan mereka, manusia, cuma tahu mengaut keuntungan daripada bangsa mereka sendiri. Ada juga sekumpulan manusia yang bodoh, tidak tahu merebut peluang, dan mereka inilah yang bakal membebankan kerajaan dan masyarakat pada masa akan datang. Mereka inilah yang akan terus merayu-rayu subsidi daripada kerajaan, meminta belas kasihan agar kerajaan dan masyarakat mengampuni dosa dan kesalahan mereka kerana berlaku malas, alpa dan leka semasa usia muda dan remaja, sehingga mereka gagal meraih pencapaian cemerlang dan memberi sumbang bakti yang mengharukan kepada kerajaan dan masyarakat.

Bak kata orang-orang tua, sudah terhantuk baru terngadah. Terngadah maksudnya mendongak. Mungkin disebabkan terlalu banyak subsidi, atau mungkin disebabkan kerajaan atau masyarakat kita sering menyuap rakyat kita, bangsa kita sendiri sehingga mereka berkahwin, beranak dan kemudian anak mereka pula sudah menjadi lemah dan tidak berupaya untuk berdikari? Sudah sekitar 3 generasi berlalu dan semakin ramai manusia yang tidak tahu berdikari.

Hal ini menyebabkan sebilangan manusia berputus asa dengan sikap sesetengah manusia di sekeliling mereka. Manusia ini akhirnya memutuskan untuk mengikut undang-undang rimba. Mereka tidak lagi peduli dengan jurang kemiskinan.

"Mereka miskin sebab mereka malas dan tak mahu mengubah nasib mereka sendiri, sebab itu memang padanlah mereka terus jatuh miskin. Ilmu tak mahu dicari. Apa yang mereka tahu ialah mencari orang untuk disusahkan," kata seorang kaya yang berjaya kepada jurnalis.

"Buat apa kita nak sibuk-sibuk buang tenaga, buang duit nak tolong orang yang pemalas macam tu? Kalau dia orang nak, dia orang datang cari kita, bukan kita cari orang malas. Dah memang pemalas, biarlah mereka rasa sendiri hidup pemalas," kata seorang kaya yang berjaya yang lain.

"Orang kalau rajin, pandai-pandailah mereka cari saluran dan peluang untuk berjaya. Kalau mereka rajin mencari, mesti jumpa peluang, mesti jumpa laluan untuk berjaya. Kalau ada yang bagi alasan sudah berusaha tapi tak jumpa-jumpa itu maksudnya mereka pembohong besar! Kalau betul, di dunia ini aku boleh jumpa ada orang yang tak pernah jumpa satu pun peluang untuk berjaya, aku rela murtad sebab itu tandanya Tuhan tu tak adil. Tuhan tu zalim. Tuhan zalim? Tuhan tu tak zalim, kalau manusia berusaha, mesti dia jumpa peluang kejayaan," kata orang kaya yang berjaya yang lain pula.

Rata-rata berpendapat, di dunia sekarang ini terlalu ramai pemalas. Oleh kerana itu, kebanyakan mereka lebih suka membiarkan sahaja jurang kemiskinan meningkat. Kerana mereka berpendapat, sesiapa yang berusaha pasti boleh berjaya. Cuma orang yang pemalas sahaja yang akan kata susah untuk berjaya.

Seperti ulat dalam batu pun boleh hidup. Begitulah perkaitan antara usaha dengan kejayaan. Kerana ulat itu rajin berusaha mencari makanan, ulat itu tetap boleh hidup biarpun tinggal di dalam batu. Mungkin ulat itu telah menemui sejenis mikroorganisma yang boleh ditelan, itulah peluang untuk ulat itu hidup di muka bumi ini.

Semasa di bangku sekolah dahulu, guru-guru sering mengulang kata-kata ini. "Tak guna bersusah payah mengajar orang malas. Orang malas belajar, kalau diajar menggunakan kaedah atau penerangan konsep yang paling hebat mana pun, esok lusa dia akan lupa balik apa yang dipelajarinya. Kalau murid-murid mahu cikgu bersungguh-sungguh mengajar kalian, kalian mesti buktikan kalian bersungguh-sungguh mahu belajar. Kalau tidak sia-sia sahaja."

Ahad, Mac 28, 2010

Anjing-Anjing Berkeliaran - Hukum Memelihara Anjing

Anjing terkenal sebagai binatang yang setia. Saya masih ingat suatu ketika dahulu, saya terpaksa berdepan dengan beberapa ekor anjing garang yang cuba menyerang saya. Sejak itu, saya dan anjing seperti musuh. Namun, setiap kali saya melihat anjing, khususnya anjing liar yang kelaparan, perasaan simpati tetap akan terdetik. Sejak itu saya menyedari perasaan bermusuhan yang saya alami selama ini dengan anjing sebenarnya adalah sejenis trauma. Saya juga menyedari, saya bukanlah seorang yang anti-anjing, walaupun saya tidak suka melihat anjing berhampiran dengan saya. Saya juga menyedari, semakin takut saya kepada anjing, semakin kuat perasaan saya untuk mendekati, mengetahui dan memahami tentang anjing.

Saya menemui hal ini:
Sesiapa mengambil anjing (sebagai peliharaan) kecuali anjing menjaga tanaman atau anjing menjaga ternakan atau anjing berburu maka setiap hari pahalanya berkurang satu qiraat.[12] [Shahih Muslim – no: 1574]

Terhadap hadis di atas para fuqaha berbeza pendapat adakah haram atau makruh untuk memelihara anjing atas sebab-sebab selain menjaga kemaslahatan dan menolak kemudaratan. Pendapat yang rajih (kuat) adalah makruh hukumnya, sebagaimana ulas al-Syaukani: [13]

Ini menjadi dalil atas kebolehan memelihara anjing atas sebab-sebab selain daripada apa yang disebut (dalam hadis di atas). Sesungguhnya ia tidak haram kerana sesuatu yang jika penggunaannya adalah haram ia tidak boleh digunakan dalam semua keadaan tak kira sama ada ia mengakibatkan pengurangan pahala atau tidak. Maka ini menunjukkan bahawa penggunaannya (memelihara anjing selain daripada tujuan menjaga tanaman, ternakan dan berburu) adalah makruh dan bukan haram.

Kesimpulannya, makruh hukumnya untuk memelihara anjing kecuali jika memiliki sebab-sebab yang tertentu demi menjaga kemaslahatan dan menolak kemudaratan. Adapun hikmah hukum makruh ini antara lain adalah kerana memelihara anjing akan menyebabkan malaikat rahmat menjauhi rumah kita, menimbulkan rasa takut kepada tetamu dan salakannya mengganggu ketenteraman jiran.

PETIKAN SUMBER:
Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahwa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.

Pertama : Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang. Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.

Kedua : Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap. Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya. Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakal kepada Allah.

Ketiga : Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja. Dia selalu berjaga-jaga. Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat : Jika anjing mati, dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris. Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.

Kelima : Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah. Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya. Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.

Keenam : Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah, tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia. Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.

Ketujuh : Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

Kelapan : Jika ia dipukul, dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan, dia menerimanya.Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk.

Kesembilan : Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu. Jika diberi makan atau tidak diberi, dia diam sahaja. Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t.

Kesepuluh : Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang. Inilah tanda-tanda orang yang susah.

Khamis, Disember 10, 2009

Kerajaan Malaysia Belanja RM30 Sehari Untuk Seorang Pendatang Tanpa Izin

Alangkah bagusnya jika nilai RM30.2 juta itu digunakan kerajaan untuk menampung keperluan pembangunan moral generasi muda rakyat Malaysia yang rata-rata masih cenderung untuk merugikan duit kerajaan. Kos yang digunakan untuk menanggung perbelanjaan sehari bagi seorang Pati pula ialah RM30. Baik sungguh kerajaan Malaysia. Betapa pemurahnya kerajaan Malaysia. Syabas! Syabas! RM30 atau nilai tiga puluh ringgit untuk seorang pendatang tanpa izin bukan satu nilai kecil. Sebulan, sudah RM900.

Berdasarkan nilai mata wang Malaysia pada hari ini, nilai perbelanjaan untuk makan minum yang biasa bagi seorang rakyat Malaysia, khususnya yang tinggal di sekitar bandar-bandar besar adalah seperti berikut:
Sarapan Pagi = RM4
Makan Tengah Hari = RM6
Makan Malam = RM6
Secara purata, untuk makan minum, kos perbelanjaan makanan harian individu ialah RM16. Kos ini meliputi sepinggan lengkap hidangan untuk satu-satu waktu dan minuman. Sudah pasti, bukan air paip. Kos RM16 ini meliputi sebarang air berperisa.

Rata-rata pendatang tanpa izin terdiri daripada golongan yang tidak bersekolah, tidak tamat bersekolah dan kurang berjaya dalam pelajaran. Barangkali mereka hidup miskin hingga tidak mampu menyara yuran sekolah atau sememangnya mereka malas belajar semasa di sekolah. Melihatkan pada jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing sama ada yang datang dengan izin atau pun secara haram, satu rumusan dapat dibuat di sini bahawa pendatang asing ini berpelajaran rendah dan mungkin merupakan pelajar bermasalah semasa di sekolah.

Pendek kata, duit kerajaan Malaysia habis begitu sahaja untuk dibelanjakan secara percuma kepada warga asing yang bermasalah ini. Datang ke Malaysia mendatangkan masalah. Tidak tahu melintas jalan, merompak, mencuri, lanun, membunuh, tidak berpuasa di bulan Ramadhan, berambut panjang dan melepak di merata tempat, memotong barisan semasa beratur menaiki bas awam dan sebagainya. Semua ini, adalah kisah benar sama ada dibaca di dalam akhbar atau dilihat di depan mata.

Apa yang dapat disimpulkan di atas, kalau seseorang itu malas belajar, maka mereka akan menyusahkan kerajaan, dan menyusahkan orang ramai. Kerajaan Malaysia sangat baik kerana tidak menghantar golongan muda di Malaysia yang bermasalah ini ke negara-negara jiran untuk bekerja.

Kerajaan Malaysia belanja RM30 sehari untuk seorang pendatang tanpa izin. Namun ada media-media di negara jiran begitu agresif menghentam Malaysia. Sedar atau tidak di sini, kerajaan siapa lebih teruk? Rakyat negara siapa lebih teruk? Apa pun, pendatang tanpa izin berhak untuk hidup dan memperbaiki gaya kehidupan mereka. Tetapi apa gunanya jika mereka dapat menyara hidup tapi masih membuat onar di negara orang! Apa yang kerajaan negara mereka lakukan selama ini? Ternyata kerajaan negara mereka lebih teruk berbanding kerajaan Malaysia? Media-media di negara mereka buta sehingga sanggup mengutuk Malaysia. Buka matalah media-media asing yang kuat mengutuk kerajaan Malaysia selama ini. Rakyat di negara mereka jauh lebih teruk, kerajaan mereka jauh lebih teruk dan tidaklah begitu bertanggungjawab sehingga menimbulkan masalah kepada negara Malaysia dan rakyat Malaysia. Kalau betul kerajaan Malaysia teruk, kenapa rakyat di negara mereka lebih tertarik untuk datang ke negara ini? Ada yang sanggup tukar kerakyatan pula. Negara siapa lebih teruk? Kenapa rakyat mereka lari ke negara ini? Jawablah sendiri.

Negara Malaysia banyak bersabar kerana dibuli dan dianiayai oleh negara-negara lain yang tertentu. Semoga negara Malaysia akan terus aman makmur dan mampu menghadapi cabaran dengan lebih baik dan bahagia. Semoga Malaysia dijauhi daripada sebarang bencana alam dan wabak penyakit. Amin.

CEBISAN KATA-KATA: Ramai lagi pesakit kronik di Malaysia yang boleh mendapat manfaat daripada nilai RM30.2 juta itu. Tidak lupa juga anak-anak yatim dan ibu tunggal di Malaysia. Masih ada rakyat Malaysia yang terpaksa tinggal di dalam rumah buruk tanpa bekalan air dan elektrik. Teringat kisah seorang ibu tunggal (warga Malaysia) yang tabah menyara tujuh orang anak di sebuah rumah buruk tanpa sebarang bekalan air dan elektrik. Golongan seperti ini lebih layak menerima RM30 sehari berbanding pendatang tanpa izin yang banyak menyusahkan negara. RM30 juta... RM30 juta...
KUALA LUMPUR: Kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah RM30.2 juta untuk menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara asal mereka bagi tempoh 2007 hingga 2009, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata jumlah itu digunakan untuk menampung kos pengusiran seramai 154,729 orang Pati.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga terpaksa membelanjakan kos sebanyak RM30 sehari bagi seorang Pati yang ditahan di Depot Imigresen.

"Kos-kos yang terpaksa ditanggung kerajaan adalah meliputi kos harian dan kos rawatan sahaja. Kos ini tidak termasuk kos perubatan.

"Manakala, kos bagi urusan pengusiran Pati ke negara asing iaitu udara, laut dan darat pula adalah di bawah tanggungjawab kerajaan," katanya ketika menjawab soalan Mohsin Fadzli Samsuri (PKR-Bagan Serai) di Parlimen di sini mengenai kos pengendalian Pati yang ditahan dan siapa yang menanggung kos pengembalian ke negara asal mereka.

Mohsin Fadzli juga mahu tahu bilangan Pati yang telah ditahan untuk tahun 2006-2008 mengikut pusat-pusat tahanan dan tempoh seseorang itu ditahan.

Abu Seman berkata, jumlah keseluruhan bilangan Pati yang ditahan di Depot Imigresen seluruh negara bagi tempoh tersebut ialah seramai 248,939 orang.

Beliau berkata, sebelum seseorang Pati itu dihukum dan kemudian diusir ke negara asal, mereka akan ditahan di Depot Tahanan Sementara.

Katanya, Pati yang ditahan adalah tertakluk kepada urusan pemeriksaan, identifikasi, siasatan dan dakwaan oleh pegawai-pegawai imigresen.

"Setelah Pati tersebut disiasat dan dikenakan hukuman (dipenjarakan atau dikompaun atau kedua-duanya sekali), Pati berkaitan kemudiannya akan diusir ke negara asal mereka," katanya.

Selain itu, beliau berkata tempoh penahanan seseorang Pati ditahan turut bergantung kepada beberapa faktor lain seperti dokumen perjalanan Pati, tiket kapal terbang dan pengesahan oleh pihak kedutaan. - Bernama

Penagih Punca Ragut - Antara Kambing Dan Peragut

Kambing yang sedia kita tahu adalah binatang yang tidak berdosa. Kambing tidak meragut beg tangan wanita. Kambing tidak menagih dadah. Manusia? Ada manusia yang ketagih dadah. Ada manusia yang meragut beg tangan wanita dan nenek tua. Terkutuk sungguh manusia itu. Jadi, siapakah yang lebih mulia? Kambing yang tidak berdosa atau manusia yang meragut beg tangan wanita? Bagaimana pula dengan kambing yang ego seperti yang diceritakan oleh kartunis Bawang dalam majalah Ujang sekitar awal tahun 2000 dahulu? Sesungguhnya isu ragut kini telah menjadi satu isu negara. Peragut-peragut kini semakin dajal menimbulkan kecelakaan di jalan raya dan di laluan pejalan kaki. Di mana-mana. Peragut. Di situ. Peragut. Di sana. Peragut. Di padang, kambing meragut rumput.

Gambar menunjukkan seekor kambing yang tidak berdosa
sedang meragut rumput.


Keterangan gambar: Betapa tidak berdosanya kambing ini meragut rumput. Betapa bahagianya kambing ini meragut rumput. Kenapa peragut tidak meragut rumput? Kenapa? Mari kita renung-renungkan fakta di bawah ini:
Penagih dadah yang semakin bertambah dengan lima penagih baru dikesan setiap hari menjadi punca kes ragut sehingga meragut nyawa, sukar dibendung.

Pensyarah Kriminologi Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. P. Sundramoorthy berkata, 70% kes ragut di Malaysia dilakukan oleh penagih dadah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula menyatakan selagi ada penagih dadah, selagi itu akan ada jenayah ragut.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zainal Abidin Kamarudin semalam memerintahkan seorang tertuduh kes ragut membaca dengan suara kuat laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai kematian seorang mangsa ragut, Abdul Rahman Mohd. Khadla’din.

Sumber: Utusan Malaysia
Isu peragut di jalanan semakin kuat kedengaran. Bukan lagi laungan strategi politik untuk mengalihkan isu-isu berkenaan pengaruh individu dalam pilihan raya. Isu ragut kini isu nasional. Penagih dadah perlukan duit. Penagih dadah dipandang serong. Penagih dadah sukar mencari kerja. Kadangkala ada penagih dadah yang malas mencari kerja. Ada juga penagih dadah yang pernah bekerja tetapi dibuang kerja. Oleh kerana masyarakat tidak menerima lagi kebanyakan pekerja yang didapati positif menagih dadah, maka penagih dadah menjadi penganggur yang tidak terhormat, dan seterusnya hidup dengan menagih dadah. Saya, bersimpati besar, dengan golongan seperti ini.

Atas dasar itu, adalah elok sekiranya para penagih dadah pergi mengubati diri di Pusat Serenti atau di mana-mana pusat pemulihan dadah. Nescaya, mereka tidak perlu lagi meragut beg tangan orang lain semata-mata untuk mendapatkan wang yang tidak halal bagi memenuhi nafsu ketagihan mereka terhadap dadah.

Dadah merosakkan akal. Apabila saraf otak telah rosak, maka pemikiran pun tidak lagi waras. Lalok. Memalukan. Mengaibkan. Dadah musuh durjana. Dekati dadah membawa padah. Semasa di sekolah dahulu, kerap kali guru lukisan memberi tugasan melukis poster berkenaan anti-dadah. Di sekolah juga ada Kelab Anti-Dadah. Malah Mawi juga ada melaungkan kata-kata "Belia Benci Dadah!" semasa di pentas Akademi Fantasia dahulu.

Setiap hari, bilangan penagih dadah bertambah sebanyak lima orang. Sebulan ada lebih kurang tiga puluh hari. Maka, 150 orang penagih dadah dihasilkan secara tidak sengaja dalam masa satu bulan. Penagih dadah tidak dilahirkan menerusi hubungan seks. Bak kata, bukan salah ibu mengandung. Penagih dadah dilahirkan menerusi pengaruh kawan, setiap hari, setiap bulan, setiap tahun. Setahun ada 12 bulan. 12 darab dengan 150 sudah menjadi 1800 orang penagih dadah. Itulah yang jadi kalau tidak mahu dengar nasihat ibu bapa. Emak dan ayah pesan jangan bergaul dengan orang yang bukan-bukan, degil. Sekarang sudah terpengaruh dengan dadah, apa nak jadi?

Kos untuk memulihkan penagih dadah akan meningkat. Katakan 1800 orang dadah setiap tahun berjaya ditangkap dan dimasukkan ke pusat pemulihan dadah atau ke pusat Serenti. Berapa banyak perbelanjaan dibazirkan untuk memulihkan penagih dadah? Ada pula penagih dadah yang setelah dilepaskan keluar dari pusat-pusat pemulihan, mereka kembali menagih dadah kerana bergaul dengan kawan-kawan lama. Apa boleh buat, kawan-kawan mereka yang masih terlepas di luar sana sudah rosak akal fikirannya. Dadah telah merosakkan saraf otak yang menjadi tunjang penjana idea dan pemikiran logik lagi bernas. Dadah menjadikan fantasi menjadi semakin hebat sehingga mampu menakluki realiti.

Penagih dadah meragut beg tangan orang lain kerana ketagihan dadah. Di Malaysia tidak ada akademi dadah. Jadi, sudah pasti penagih dadah ini menjadi penagih dadah bukan kerana undian rakyat Malaysia. Penagih dadah ini menjadi peangih dadah kerana pengaruh kawan. Ini berbalik semula kepada kepentingan mengajar adab kepada manusia. Apa pun gejala yang berlaku di negara ini, semuanya mestilah berbalik kepada soal moral dan perikemanusiaan. Soal mengenang budi dan jasa. Soal menghormati orang lain. Jika anak menghormati ibu bapa, jika anak tahu mengenang budi dan jasa ibu bapa, maka pastilah si anak itu akan mendengar cakap ibu bapa. Ibu bapa kata jangan bergaul dengan budak menagih dadah, maka anak yang tahu mengenang budi pasti akan akur. Bagaimana pula kalau ayah atau ibu pun penagih dadah? Si anak sebagai seorang yang dilahirkan oleh ibu, perlu membalas jasa kesusahan ibu mengandung dan keperitan ibu melahirkan anak dengan membawa ibu bapanya kembali ke jalan yang benar.

Isnin, Disember 07, 2009

Kejayaan Dunia Dan Dosa Menganiayai Orang Lain

Saya diberitahu oleh seorang kawan lama mengenai tingkahlaku segelintir kakitangan kerajaan yang menjawat jawatan pembantu am rendah dan kerani kerajaan yang sangat tidak memuaskan. Kebiasaannya urusan-urusan seperti gaji, elaun dan sebagainya diuruskan oleh golongan ini. Hakikatnya jawatan mereka adalah lebih rendah berbanding kakitangan kerajaan yang lain seperti guru atau pun pensyarah. Namun, disebabkan merekalah orang yang bertanggungjawab menguruskan soal gaji terutamanya, maka ada di kalangan mereka yang menjadi besar kepala. Pada pandangan mereka ini, mereka berkuasa dalam menentukan cepat atau lambatnya kemasukan gaji atau elaun bagi kakitangan yang menjawat jawatan atau gred yang lebih tinggi daripada mereka.

Golongan ini silap. Mungkin benar, kerana kelulusan mereka cuma sekadar sijil, menyebabkan mereka tidak mampu berfikir secara lebih bijak. Mereka lupa maksud tanggungjawab atau mungkin mereka jahil tentang tanggungjawab.

Mungkin mereka rasa mereka boleh menganiayai atau menyeleweng sedikit daripada tanggungjawab dengan melambat-lambatkan hak seseorang untuk menerima gaji, elaun, kenaikan pangkat, pengesahan jawatan dan sebagainya, tetapi mereka tidak tahu bahawa perbuatan mereka itu pertamanya akan menyusahkan orang lain, dan keduanya mereka berdosa dan harus mencari alasan yang sesuai sebelum diseksa di akhirat kelak.

Menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan amanah atau lebih tepat tidak bertanggungjawab serta menzalimi orang lain sememangnya satu dosa. Dosa ini menjadi berkait-kait. Contohnya seorang kakitangan kerajaan tidak dapat mengirimkan wang untuk ibu bapanya, atau perbelanjaan sekolah anak-anaknya atau untuk tujuan-tujuan perubatan dan kebajikan keluarga yang lain. Bagaimana seorang pembantu am rendah atau kerani itu boleh menebus dosanya selepas melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut?

Ada juga pembantu am rendah atau kerani yang berasa seolah-olah dirinya berkuasa atau orang penting apabila ada kakitangan kerajaan yang perlu terikat seperti meminta pengesahan tandangan dan sebagainya daripadanya. Secara logiknya, itu adalah satu tanggungjawab dokumentasi untuk memudahkan penyemakan atau pembuktian pada masa akan datang. Namun kerana ceteknya pemikiran segelintir kakitangan am rendah menyebabkan mereka tersalah anggap bahawa itu sebagai satu lambang kuasa dan kemegahan bagi diri mereka.

Saya bersimpati dengan golongan pembantu am rendah yang berfikiran seperti ini. Mereka mungkin kabur atau tidak tahu maksud tanggungjawab yang sebenarnya. Catatan dosa tetap wujud. Mereka lupa, tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka itu sangat besar. Maka jika mereka melakukan sesuatu yang menyebabkan penganiayaan kepada kakitangan lain, maka hukuman akhirat sedang menanti. Ketika itu barulah ada yang menangis dan menyesal kerana jahil dalam membezakan antara tanggungjawab dengan kuasa. Kuasa manusia tidak sama dengan kuasa Tuhan. Kuasa manusia bermaksud tanggungjawab. Semakin besar kuasa, semakin besar dosa yang harus dipikul jika mereka menyalahgunakan kuasa tersebut.

Ahad, September 13, 2009

Petua: Rotan Mengubah Anak / Murid Biadab Menjadi Matang, Bijak dan Suka Berdikari

SERINGKALI saya dengar rotan mempunyai kuasa ajaib dalam mengubah sikap seseorang. Istimewanya rotan ini adalah kerana apabila digunakan dalam usaha untuk mendidik anak-anak atau pelajar-pelajar, maka hasil yang diinginkan akan menjadi. Rotan sangat berkesan untuk menghapuskan perilaku yang tidak diingini dalam diri anak-anak atau pelajar.

Hukuman Rotan Boleh Membentuk Anak Berfikiran Matang dan Bijak
Seboleh-bolehnya rotan dilaksanakan oleh orang yang berada dekat dengan anak-anak atau pelajar pada ketika sesuatu kesalahan itu berlaku. Misalnya, seorang anak berlaku biadab di depan ibunya, maka si ibulah yang patut merotan anak tersebut, bukan menunggu orang lain untuk melaksanakan hukuman rotan. Tindakan serta-merta ini didapati boleh menghapuskan riak ego, atau berani melakukan kebiadaban di kalangan anak-anak atau pelajar-pelajar.

Anak Atau Pelajar Yang Pernah Dirotan Akan Lebih Pandai Berdikari
Jika seseorang itu mahukan anak mereka supaya menjadi lebih matang berfikir, bijak dan pandai berdikari maka sokonglah usaha guru di sekolah untuk merotan anak sendiri apabila anak tersebut didapati malas belajar atau main-main di sekolah.

Rotan seolah-olah mempunyai satu cas elektrik yang ajaib, mampu mengaktifkan sel-sel otak dan merangsang emosi dan pemikiran pelajar untuk berubah dan menerima ajaran yang baik-baik, seterusnya mendorong mereka untuk berubah menjadi lebih matang, lebih bijak dan suka berdikari.

Merotan Pelajar Serta-Merta Lebih Berkesan Untuk Mengubah Sikap Biadab Pelajar
Di sekolah pula, sekiranya ada pelajar berlaku biadab, maka guru yang berada di dalam kelas itulah yang sepatutnya merotan pelajar, bukannya menunggu pelajar tersebut diserahkan kepada guru lain atau pengetua. Ini kerana hasil hukuman rotan akan menjadi sangat berkesan apabila dilaksanakan serta-merta selepas pelajar tersebut membuat sesuatu kesalahan. Ini kerana pada ketika itulah perasaan ego atau semangat berani berlaku biadab atau semangat biadab sedang wujud dalam diri pelajar. Penggunaan rotan secara serta-merta untuk merotan pelajar yang sedang bersemangat biadab boleh membantu menghapuskan sikap biadab dalam diri pelajar.

KISAH BENAR: Dirotan Dua Kali - Anak Jadi Matang dan Bijak
Dipetik dan disusun semula dari KOSMO!

Adelina Raisa Sufian, 21, memperoleh Anugerah Pelajar Keseluruhan Terbaik Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris di Kolej Queen Mary, Universiti London, baru-baru ini. Semasa kecilnya dia pernah dirotan apabila melakukan kesalahan, dan hasil daripada dirotan, dia kini mempunyai sikap yang matang dan bijaksana.

Sebagai ibu dan juga wanita yang paling rapat dengan Adelina, Alissa tidak pernah berkompromi dalam mendidik anak gadisnya itu.

Walaupun amat menyayangi Adelina, si ibu mengakui dia pernah merotan anak sulungnya itu seawal usia empat tahun.

“Saya merotan Adelina pada usia empat tahun kerana dia bersikap kurang sopan dengan pembantu rumah. Kali terakhir saya merotannya ketika dia berumur 10 tahun. Tetapi lima hari selepas itu saya masih sedih kerana terpaksa merotannya.

“Namun, Alhamdulillah, penangan rotan itu banyak mematangkan Adelina. Dia lebih patuh dan lebih berdikari,” katanya.

Selasa, September 01, 2009

Budaya Hedonis Di Malaysia - Lebih Berbahaya Berbanding Wabak H1N1

Budaya Hedonis Menjajah Generasi Muda:
Kemerdekaan Disambut Dengan Jiwa Yang Dijajah
Penulis: Amiene Rev (C) 2009

Negara kita sudah merdeka melebihi separuh abad kini. Generasi muda hari ini barangkali tidak akan dapat memahami pengorbanan orang-orang dahulu. Perjuangan sudah bertukar menjadi permainan. Berjuang kini sudah bertukar menjadi berhibur. Perspektif anak-anak muda Malaysia pada hari ini terhadap konsep perjuangan, secara umumnya lebih kepada berjuang mengutamakan kepentingan sendiri.
Melaunglah kerajaan, melaunglah
Bahaya! Bahaya! Bahaya!
Angkara hedonisme menguasai diri
anak-anak muda mana mungkin
takutkan H1N1
fikiran sudah singkat
lebih singkat daripada usia manusia
hedonisme lebih berbahaya
lebih kuat meracuni manusia
meniduri minda generasi muda
Saya tidak pasti, berapa ramai anak muda pada hari ini, ada meluangkan masa untuk merenung dan berfikir secara mendalam mengenai anak-anak bangsa mereka. Bilangan remaja atau belia yang mampu untuk berfikir terhadap masalah bangsa dan isu kebajikan dan pembangunan bangsa semakin kurang. Bilangan remaja berkesedaran terhadap kemanusiaan dan kebajikan sangat kurang. Jika saya sebagai seorang mentor, saya suka mencari mentee-mentee sebegini. Jika saya sebagai seorang guru, saya suka mencari dan rapat dengan anak-anak murid yang mampu berfikir seperti ini. Jika saya seorang bapa, maka sudah pasti saya akan mewajibkan anak-anak saya untuk mempunyai kesedaran berfikir seperti ini.

Bagi saya, kewujudan golongan yang berkesedaran terhadap kebajikan dan keperluan manusia adalah penyumbang kepada pembangunan rohani, intelektual, jasmani dan emosi yang amat baik. Golongan berkesedaran tinggi seperti ini mudah rapat dan menjalinkan hubungan baik dengan saya. Dalam hati mereka tidak ada iri hati, hasad dengki, tamak, prejudis, pembenci dan seumpamanya. Mereka lebih suka bersenang hati melihat pencapaian, kejayaan dan kebahagiaan orang lain. Golongan berkesedaran seperti ini memiliki haluan yang sama, dan mudah mencapai kesefahaman apabila bergaul dengan saya.

Sayang sekali, bilangan manusia seperti ini mungkin cuma 1 dalam 100, atau 1 dalam 1000. Katakan terdapat sekitar 2500 orang manusia. Mungkin cuma 3 hingga ke 25 orang sahaja yang memiliki kesedaran seperti ini. Saya berasa sunyi melihat betapa kurangnya bilangan manusia seperti ini. Seharusnya, apabila saya menemui golongan ini, maka adalah sesuatu yang sangat bermakna apabila mereka menjadi kawan karib, saudara atau sesuatu yang rapat dengan kita. Mewujudkan satu perjuangan yang sama. Tidak kira sebagai sahabat seperjuangan, perantis atau sebahagian daripada legasi sendiri.

Apabila Islam itu mengatakan semua umat Islam adalah bersaudara, pada pandangan saya, itu sebenarnya merujuk kepada matlamat perjuangan yang sama. Konsep perjuangan yang sama bermaksud, pemikiran, sikap dan perbuatan yang mendorong ke arah mencapai matlamat tersebut. Jadi, apabila seorang individu itu mempunyai percanggahan matlamat dengan seorang individu yang lain, maka adakah mereka bersaudara?

Pernyataan seperti "Musuh kepada sahabat saya ialah musuh saya. Musuh kepada musuh saya ialah sahabat saya." boleh dianggap ada kebenarannya.

Apa yang saya lihat, kebanyakan manusia pada hari ini lebih suka membuat perbandingan antara kekurangan dalam diri mereka dengan kelebihan yang ada pada orang lain. Hal ini mencetus rasa keperluan diri, dan mendorong ke arah kepentingan diri yang ada di dalamnya rasa iri hati, benci dan tamak.

Memalukan: Generasi Muda Kini Kurang Aktif Menonjolkan Diri
Satu perkataan yang semakin popular pada hari ini, iaitu 'poyo' umpama racun yang menyekat kebanyakan generasi muda daripada menonjolkan diri. Mana-mana generasi muda yang cuba melontarkan buah pemikiran secara terbuka dan memberi sumbangan secara terbuka dilabelkan sebagai 'poyo'. Saya sendiri tidak pasti betapa banyak ' dosa' yang dihimpun oleh pencipta perkataan 'poyo' kerana perkataan yang diciptanya ini telah banyak membantutkan usaha remaja untuk memberi sumbangan secara kebajikan. Justeru, generasi muda hari ini lebih gemar mengutamakan pencapaian dan kejayaan untuk diri sendiri, berbanding pencapaian untuk membantu masyarakat. Justeru takut dilabel atau dianggap sebagai 'poyo', kebanyakan generasi muda lebih cenderung melakukan sesuatu secara diam-diam untuk keperluan diri sendiri sahaja.

Cuba kita lihat pada hari ini, berapa ramaikah anak muda yang sanggup tampil ke hadapan menonjol diri, untuk membimbing masyarakat, atau sekurang-kurangnya golongan muda yang lain untuk melakukan sesuatu. Kita ambil satu contoh yang mudah, sebelum melakukan satu-satu aktiviti sukan, seorang pengacara meminta seorang wakil dari kalangan kelompok ahli sukan itu untuk tampil ke hadapan untuk menguasai aktiviti memanaskan badan dan meregangkan otot dan urat saraf badan, adakah ada sesiapa yang akan bersikap aktif, untuk tampil ke hadapan, dan mengetuai ahli-ahli sukan tersebut?

Contoh yang lain pula, di dalam satu perhimpunan besar, seorang pengerusi meminta beberapa orang wakil untuk tampil ke hadapan untuk memberi ucapan dan idea mengenai sesuatu perkara, berapa ramaikah yang akan tampil untuk mengemukakan pandangan? Mungkin daripada satu ribu orang, cuma 1, 2 atau 5 orang sahaja.

Apa yang dapat dilihat pada hari ini, generasi muda lebih cenderung untuk bertanya tanpa berfikir atau berusaha memberi pandangan sendiri. Mereka lebih cenderung untuk meminta-minta berbanding berdikari untuk mencari penyelesaian bagi sesuatu perkara. Mereka menganggap yang lebih tua atau yang lebih dewasa patut menyediakan keperluan untuk diri mereka. Mereka menganggap jika orang dewasa tidak menyediakan keperluan tersebut, maka orang dewasalah yang bersalah. Hal seperti ini telah berlaku di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

Saya dapati kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi hari ini kurang berkesedaran untuk menjaga kebajikan masyarakat. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat. Memijak tempat duduk di tempat menunggu bas awam. Menconteng dinding lif. Mengoyak dan membakar surat pekeliling yang ditampal di papan informasi.

Bala Bencana: Generasi Muda Kini Memilih Pemimpin Berlandaskan Rupa Paras dan Bukan Lagi Faktor Kebolehan Memimpin
Dalam soal memilih pemimpin juga, saya dapati kebanyakan mahasiswa pada hari ini tidak peka akan tujuan pemilihan ketua. Sebagai contoh, saya bertanya kepada sekumpulan siswi, apakah yang menjadi kriteria utama yang mereka tetapkan untuk mengundi wakil pelajar di universiti? Siswi-siswi ini menjawab, mereka akan melihat rupa paras terlebih dahulu. Mana-mana calon yang memiliki rupa paras yang menarik, menjadi pilihan mereka. Saya menggeleng kepala.

Saya ingin menegur pihak penasihatan yang bertugas memantau pergerakan persatuan atau organisasi pelajar, tidak kira di sekolah atau pun di institusi pengajian tinggi. Anak-anak muda sepatutnya diberi peluang dan diajar untuk berkempen dan menyatakan idea sebelum mereka boleh dilantik sebagai pemimpin. Contohnya dalam pemilihan pemimpin pelajar, barisan majlis tertinggi dan jawatankuasa, sewajarnya pihak penasihat membiasakan pelajar-pelajar untuk mengenali calon-calon pemimpin mereka. Seharusnya calon-calon pemimpin ini disyaratkan supaya tampil di khalayak ramai dan menyatakan pandangan mereka, visi dan malamat mereka sebagai pemimpin. Pelajar-pelajar pula harus ditekankan untuk memilih pemimpin berdasarkan lontaran pemikiran, matlamat, penampilan kendiri dan sahsiah diri calon pemimpin tersebut. Sayang sekali, saya tidak nampak dengan jelas usaha-usaha untuk mendidik generasi muda supaya memiliki kesedaran dalam memilih ketua dibuat di kebanyakan sekolah atau institusi pengajian tinggi.

Budaya hedonis, seperti yang pernah digambarkan oleh saudara Faisal Tehrani di dalam bukunya Advencer Si Peniup Ney kini semakin jelas bertapak di negara ini. Generasi muda merupakan bilangan majoriti di Malaysia. Setiap tahun, ada bayi dilahirkan. Setiap tahun, ada kanak-kanak mencapai usia baligh dan menjadi remaja. Setiap tahun, golongan remaja akan meningkat usianya menjadi belia dan dewasa. Jika budaya hedonis sudah menyaluti usia mereka hingga ke usia dewasa, maka adalah menjadi satu mimpi ngeri apabila golongan dewasa ini memimpin generasi-generasi seterusnya dengan menerapkan budaya hedonis sebagai asasnya.

Bahaya: Budaya Hedonis Membantutkan Pemikiran dan Kesedaran Manusia
Pada pandangan peribadi saya, kesan-kesan budaya hedonis yang paling ditakuti ialah bagaimana budaya hedonis ini mempengaruhi mentaliti manusia supaya berfikir secara singkat. Manusia mula menganggap hidup ini untuk berseronok, oleh itu minda manusia tidak perlu dibebankan untuk berfikir pelbagai masalah.

Apabila minda manusia sudah mula berfikir secara mudah, sudah tidak sensitif dengan isu-isu semasa, maka manusia akan mula tertumpu terhadap keperluan diri, khususnya kemahuan dan nafsu. Mereka mula membelakangi hal-hal kebajikan. Menjaga kebersihan sudah tidak menjadi satu perkara wajib. Vandalisme berleluasa. Manusia mula merasakan mereka wajar melakukan pemberontakan secara fizikal. Menconteng dinding, merosakkan harta benda awam dan sebagainya. Sebarang usaha untuk membolehkan manusia menggunakan akalnya secara mendalam, dan tingkah laku pemikiran ke arah mengutamakan kebajikan dan sumbangan mereka terhadap masyarakat dianggap sebagai satu bebanan.

Usaha menyuburkan budaya hedonis kini semakin rancak diadakan di Malaysia. Segelintir warga Malaysia sudah mula menyedari kesan buruk budaya ini terhadap mentaliti masyarakat Malaysia dan mula menentang pergerakan budaya hedonis ini. Ganjaran-ganjaran seperti wang tunai dah hadiah yang mewah disalurkan kepada pemenang-pemenang pertandingan dan peraduan berteraskan budaya hedonis. Tidak cukup dengan itu, elemen emosi seperti simpati, kasihan, perasaan kehilangan, cinta, benci, geram, sayang dan seumpamanya diterapkan dalam setiap pertandingan dan peraduan yang diadakan. Sesungguhnya umat manusia begitu mudah dilemahkan apabila emosi dan nafsu mereka diperalatkan. Maka dengan adanya permainan emosi, nafsu dan ganjaran yang lumayan, budaya hedonis semakin subur, bercambah dan berbuah. Buah inilah yang disajikan kepada generasi muda hari ini.

Kelahiran generasi yang mementingkan keseronokan berbanding kebajikan merupakan bala yang lebih serius berbanding wabak H1N1. Wabak H1N1 gelombang pertama dahulu telah mengorbankan puluhan umat manusia di negara kita. Tidak lama lagi gelombang kedua wabak H1N1 akan melanda negara. Ribuan manusia diramalkan menjadi korban. Virus H1N1 berupaya mengubah dirinya menerusi proses mutasi dan menjadi semakin kebal terhadap sebarang bentuk vaksin yang digunakan untuk mencegahnya.

Jika wabak H1N1 tidak mempunyai penyokong atau pengikut, budaya hedonis pula telah dianggap sebagai satu cara hidup, perjuangan, permainan, diikuti dan disokong oleh beribu-ribu warga Malaysia. Malah, ramai pula warga tempatan yang sanggup menyumbang wang, tenaga dan pemikiran untuk mengembangkan lagi budaya hedonis di negara ini. Ketika gelombang kedua wabak H1N1 melanda dan menyerang beribu-ribu manusia, pada masa yang sama berjuta-juta manusia sudah diracuni pemikiran hedonisme.

Budaya hedonis, yang menggalakkan manusia untuk berfikir secara singkat, membantu penularan wabak H1N1 dengan semakin mudah. Apabila manusia sudah tidak lagi sensitif dan peka terhadap persekitaran mereka, maka segala seruan dan saranan pihak kerajaan sudah pasti tidak mudah untuk mereka ikuti. Melaunglah kerajaan menyatakan bahayanya H1N1 tetapi sekiranya budaya hedonisme tidak terbendung, maka segala usaha itu akan sia-sia. Budaya hedonis tampak lebih berbahaya berbanding H1N1 dan mampu membantu penularan pelbagai jenis penyakit berbahaya yang lain pula.

Selagi hedonisme terus menjajah mentaliti anak-anak muda, maka zaman mundur, proses kemunduran dari segi rohaniah dan seterusnya intelektual akan terus berlaku. Selepas emosi, rohani dan intelektual masyarakat Malaysia musnah diracuni hedonisme, seterusnya aspek terakhir dalam ciri-ciri insan kamil akan terjejas. Aspek terakhir, iaitu jasmani akan perlahan-lahan menjadi rapuh pertahanannya. Pelbagai jenis penyakit berbahaya akan meratah jasmani manusia dan seterusnya mengancam tamadun manusia.

Khamis, Ogos 27, 2009

Bantuan Pihak Berkuasa Untuk Menjejaki Pembuli Siber

Pembuli Siber atau Pengganggu Misteri: Tertarik Tetapi Takut Untuk Berdepan Dengan Mangsa
Penulis: Amiene Rev (C) 2009

Saya ada satu kisah benar. Seorang kenalan saya yang juga merupakan seorang blogger telah diganggu oleh 'stalker' atau barangkali mungkin 'secret admirer' atau juga dikenali sebagai 'pemerhati tersembunyi'. Hal ini merupakan perkara yang biasa berlaku bagi sesiapa yang mempunyai laman web peribadi. Saya mencadangkan kepada beliau supaya meminta bantuan pihak berkuasa untuk menjejaki penjenayah siber ini. Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan kes di mana seorang artis menghentam seorang artis yang lain, juga kes di mana seorang pembuli siber atau pengganggu misteri ditangkap kerana mengganggu ketenteraman seorang artis menerusi blog artis tersebut.

Dari segi psikologi, 'pemerhati tersembunyi' ini mempunyai rasa tertarik terhadap mangsa dan pada masa yang sama cemburu terhadap orang yang diperhatikannya secara diam-diam itu. Ini adalah satu penyakit mental minor di mana 'pemerhati tersembunyi' ini merasakan dirinya perlu atau mungkin 'terpaksa' melibatkan dirinya dalam kehidupan mangsa. Biasanya 'stalker' akan cuba mengganggu ketenteraman mangsa dengan menghantar mesej yang mengandungi elemen 'taunting', 'troll' atau 'mengganggu' dengan harapan mangsa akan berasa sakit hati atau bersedih dengan tindakannya. Bagi merujuk kepada tingkah laku abnormal 'pemerhati tersembunyi' ini, istilah peracau juga boleh digunakan.

Pembuli Siber atau Pengganggu Misteri: Ketakutan dan Tarikan Terhadap Mangsa
Pemerhati tersembunyi biasanya takut untuk berdepan dengan mangsa, justeru, dunia siber merupakan jalan belakang bagi pemerhati tersembunyi untuk menghentam, mengganggu, atau melepaskan geram atau nafsunya terhadap mangsa. Pemerhati tersembunyi barangkali adalah seorang fanatik, pendendam, seorang pendengki, seorang gila seks, dan kemungkinan juga merupakan pengamal seks songsang. Disebabkan pemerhati tersembunyi tidak dapat meluahkan perasaan atau hajatnya secara langsung kepada mangsa, maka terdorong oleh kegagalan pemikiran untuk berfikir secara normal dan matang menyebabkan pemerhati tersembunyi cuba mendekati dan mengganggu mangsa menerusi alam siber.

Terdapat beberapa kes 'pemerhati tersembunyi' yang agresif di seluruh dunia. Berikut adalah contoh beberapa kes 'pemerhati tersembunyi' atau 'pembuli siber atau pengganggu misteri' yang berjaya diselesaikan di serata dunia:
  • VN seorang gadis yang bekerja di sebuah firma kewangan. Beliau diminati secara diam-diam oleh seorang rakan sepejabatnya yang bernama DJ. Disebabkan VN tidak melayan atau memberi perhatian terhadap DJ, maka perasaan tertarik DJ kepada VN bertukar mencari cemburu apbila VN didapati lebih mudah mesra dengan lelaki lain. DJ mengetahui VN memiliki laman peribadi, lalu dengan menggunakan nama samaran, DJ mengganggu ketenteraman VN. VN membuat laporan kepada pihak berkuasa dan DJ didakwa di atas kesalahan cuba mengganggu ketenteraman VN.
  • RK merupakan seorang 'happy go lucky' dan kelakar. Hal ini menyebab RK diminati ramai rakan sekerjanya. Pada masa yang sama SD yang berbadan gempal dan berkepala botak telah tertarik dengan RK kerana keistimewaan RK. SD yang juga merupakan seorang homoseks mula meminati RK dalam diam dan tidak berani meluahkannya kerana takut ditolak oleh RK. Apabila SD mengetahui RK memiliki laman blog peribadi, SD sering mengunjungi laman blog tersebut dengan nama samaran dan berharap RK akan memberi perhatian terhadap komentarnya. Namun, setelah didapati RK tidak begitu melayan SD, SD telah bertukar menjadi agresif dan mula menggunakan nama samaran untuk mengganggu RK. RK membuat laporan kepada pihak berkuasa dan alangkah terkejutnya RK apabila mendapati SD adalah adalah seorang pekerja yang bekerja di syarikat yang sama dengannya.
  • NN sering aktif di internet. Ini kerana NN bekerja dari rumah dan memperolehi pendapatan menerusi internet. Kerja NN ialah mencari seberapa banyak prospek untuk membeli produk jualannya. NN juga sering dipuji oleh majikannya kerana banyak menulis artikel yang berguna untuk produk-produk yang dijual selain cadangan-cadangan yang bermakna. Hal ini menyebabkan sesetengah pekerja yang lain berasa cemburu dengan NN. Pada suatu hari NN telah mengkritik sikap segelintir promoter yang menyebabkan jualan mereka tidak laris. Salah seorang promoter yang dikritik itu bernama KJ. KJ mula berasa tidak puas hati terhadap NN dan menyerang NN secara anonymous di blog NN. Pada mulanya NN tidak menghiraukan KJ, namun ini menyebabkan KJ semakin panas hati dan agresif mengganggu NN. NN membuat laporan kepada pihak berkuasa dan KJ berjaya dikesan dan ditangkap.
  • TK suka menulis tentang kejayaan dirinya dan harapan masa depannya di blog peribadinya. Kebetulan ada seorang pengunjung bernama LK sering mengunjungi blog TK. Entah bagaimana LW berasakan seperti ada tarikan dalam penulisan TK. Disebabkan TK selalu menulis perkara-perkara yang berkaitan dengan cita-cita dan kehidupan TK yang bahagia, LW menjadi cemburu dan berasa tidak puas hati terhadap TK. LW cuba merosakkan kebahagiaan dan ketenteraman TK dengan menafikan apa yang ditulis oleh TK atau apa yang dirasai oleh TK. LW pada mulanya menggunakan 'chat box' untuk menyerang TK, tetapi selepas TK memadamkan 'chat box' itu LW mula bertindak menyerang TK menerusi ruangan komentarnya. LW mencabar dan melakukan provokasi terhadap TK beberapa kali. Disebabkan tindakan LW itu sudah melampau batas dan biadab, TK telah membuat laporan kepada pihak berkuasa. LW ditangkap beberapa minggu kemudian.
  • CT merupakan seorang pekerja yang popular di tempat kerjanya. CT juga sering mendapat sesuatu kelebihan di tempat kerjanya berbanding pekerja lain. Hal ini mengundang rasa dengki dan tidak puas hati oleh beberapa pekerja lain. CT sering menulis di blog mengenai pengalaman bekerjanya setiap hari. Kemudian, datang seorang pengganggu bernama JP yang mengganggu ketenteraman CT dengan menulis sesuatu yang berunsur provokasi dan memperkecil-kecilkan tulisan CT. CT tidak memberi perhatian pada mulanya, dan ini menyebab JP semakin ketagih untuk mengganggu ketenteraman CT. Pada masa yang sama, JP tertarik dengan CT tetapi tidak berani untuk meluahkan perasaannya terhadap CT. CT kemudiannya membuat laporan kepada pihak berkuasa dan JP berjaya ditangkap.
Ketagihan Pembuli Siber atau Pengganggu Misteri
Berdasarkan beberapa kes yang disebutkan di atas, didapati 'pemerhati tersembunyi' biasanya akan tertanam rasa ketagih di dalam dirinya untuk terus mengganggu mangsa. Pemerhati tersembunyi juga ada kalanya mempunyai tekanan dalam kehidupannya dan memilih mangsa tertentu untuk melepaskan geramnya. Kes ini boleh dikategorikan sebagai 'buli siber'. Rasa ketagihan untuk mengganggu mangsa ini semakin meningkat, umpama satu kepuasan seks bagi 'pembuli siber atau pengganggu misteri' untuk merapati mangsa. Hakikatnya, 'pembuli siber atau pengganggu misteri' sukar untuk merasa puas dan berhenti. Jiwa 'pembuli siber atau pengganggu misteri' tidak tenang. Mereka juga berharap mangsa tidak tenang. Hakikatnya mereka lupa, mangsa mungkin telah menunjukkan segala tulisan komentar pembuli siber atau pengganggu misteri itu kepada ahli keluarga, rakan-rakan atau pihak berkuasa. 'Pembuli siber atau pengganggu misteri' tidak sedar mereka mungkin menjadi bahan jenaka atau ditertawakan atau dikutuk oleh ahli keluarga, rakan-rakan mangsa, dan mungkin juga mangsa tertawa geli hati membaca tulisannya.

Perasaan tertarik, takut cinta tidak berbalas, tidak mendapat perhatian, cemburu, dengki antara punca utama seseorang pemerhati siber cuba mendekati mangsa secara diam-diam. Pemerhati tersembunyi biasanya mempunyai masalah dengan persepsi diri sendiri. Mungkin pemerhati siber tersebut memiliki berat badan yang berlebihan, bentuk tubuh yang tidak menarik atau tidak memiliki ciri-ciri idaman mangsa dan ini menyebabkan pemerhati tersembunyi merasakan mereka mungkin tidak dapat menarik perhatian mangsa. Ada juga kes di mana pemerhati tersembunyi merasakan mangsa mempunyai kelebihan dan lebih keistimewaan berbanding dirinya. Perasaan inferior ini telah mendorong pemerhati tersembunyi untuk mula bertindak menyerang mangsa.

Hakikatnya, blog peribadi umpama rumah bagi seseorang blogger di mana kedatangan pengunjung dialu-alukan tetapi pengunjung perlulah menghormati tuan rumah. Sikap cemburu 'pemerhati tersembunyi' yang tidak senang dengan kebahagiaan mangsa menyebabkan 'pemerhati tersembunyi' berubah menjadi 'pembuli siber atau pengganggu misteri' dan mula menyerang mangsa dengan perkataan. Kesudahannya, 'pembuli siber atau pengganggu misteri' berasa tidak tenteram apabila mendapati dirinya diburu oleh pihak berkuasa, atau menerima hukuman di akhirat kelak atau kedua-duanya.

Pembuli Siber atau Pengganggu Misteri Yang Diketawakan
Rakan blogger saya telah menunjukkan komen-komen pembuli siber atau pengganggu misteri tersebut kepada rakan-rakan dan ahli keluarganya. Komen tersebut juga telah ditunjukkan kepada saya. Kami ketawa lucu. Hal ini juga mendorong saya untuk menulis tentang pembuli siber atau pengganggu misteri di blog saya. Perasaan kelakar. Sambil ditemani oleh seorang seorang ahli keluarga saya yang turut membaca tulisan-tulisan di blog saya, kami sama-sama merancang isi mengenai pembuli siber atau pengganggu misteri di blog ini. Saya juga menunjukkan komen-komen di blog saya yang sengaja tidak disiarkan kepada beliau. Biasanya saya akan meluluskan komen-komen daripada kenalan blogger sahaja atau komen-komen yang saya rasa wajar dibalas, atau komen-komen yang unik dan tidak 'klise'. Ruangan komen ini saya wujudkan untuk teman-teman rapat saya yang berjauhan. Sekiranya komen tersebut melibatkan perkara peribadi yang tidak perlu diposkan (saya boleh balas dengan SMS) maka komen tersebut tidak disiarkan.

Kebetulan selepas ini saya akan mengikuti ayah saya untuk membuka akaun baru di sebuah bank, dan juga akaun Tabung Haji, oleh itu ahli keluarga saya sedang menunggu saya menyiapkan tulisan ini. Cita-cita saya untuk menunaikan umrah atau haji selepas wabak H1N1 mungkin akan tercapai tidak lama lagi. Semoga wabak H1N1 yang merupakan bala yang diturunkan oleh Tuhan ini akan tamat tidak lama lagi.

Balasan Di Dunia atau Di Akhirat atau Di Kedua-duanya
Mangsa-mangsa 'pembulian siber' perlu ingat, setiap perbuatan buruk, khianat atau jahat yang dilakukan oleh 'pembuli siber atau pengganggu misteri' pasti akan dibalas dengan keburukan juga. Ini kerana adalah amat sukar untuk mangsa memaafkan 'pembuli siber atau pengganggu misteri' selagi 'pembuli siber atau pengganggu misteri' tidak memperkenalkan dirinya. Oleh itu, kepada blogger-blogger yang menjadi mangsa pembulian siber, teruskan menulis dan berkarya dengan gembira, kerana seperti satu permainan, dalam perjalanan hidup seorang blogger, pasti akan ada watak jahat. Bezanya, ini permainan realiti di mana watak jahat akan dihukum sama ada di dunia atau di akhirat atau di kedua-duanya. Anda yang menjadi mangsa 'pembulian siber' tidak akan mengalami apa-apa kerugian malah mendapat pengalaman yang mengajar kita betapa rapuhnya hati sesetengah orang sehingga mudah menghasut diri sendiri untuk bertindak jahat.

Kehidupan blogger adalah permainan realiti. Kita bebas berkarya, tentang fantasi atau kehidupan peribadi. Mangsa adalah pemenang manakala 'pembuli siber atau pengganggu misteri' adalah orang yang tewas. Mereka tewas kerana tunduk kepada niat jahat untuk mengganggu ketenteraman orang lain. Laporkan kepada pihak berkuasa dan biarkan pihak berkuasa mengendalikan kes jenayah pembuli siber atau pengganggu misteri tersebut.

Rabu, Ogos 26, 2009

Semua Kanak-kanak Adalah Pintar DAN Kempen Biadab Sifar

Semua kanak-kanak adalah pintar, namun tidak semua kanak-kanak dapat menonjolkan kepintaran mereka pada usia atau masa yang sama. Faktor persekitaran banyak mempengaruhi perkembangan kepintaran individu. Berdasarkan penyelidikan yang saya lakukan di beberapa buah sekolah tempoh hari, saya mendapati tahap perkembangan kepintaran kanak-kanak ada di antaranya hanya boleh dilihat semasa usia remaja. Beberapa prosedur telah dilakukan untuk meneliti perkembangan kepintaran bagi satu-satu remaja.
  • Sampel dibiarkan menentukan minatnya sendiri.
  • Sampel didedahkan kepada pelbagai situasi kemahiran dan bidang untuk membangkitkan keistimewaan di dalam diri.
  • Sampel dibenarkan untuk melakukan pembetulan bagi kesilapan yang dilakukan dalam usaha mencari minat dan keistimewaan dirinya.
Cadangan kepada ibu bapa, penjaga dan golongan pendidik:
  • Banyakkan berinteraksi dengan sampel. Kemukakan soalan-soalan yang dapat mencetus pemikiran sampel dari pelbagai bidang.
  • Sampel tidak perlu diberi tekanan dalam pembelajaran. Setiap sampel dianggap memiliki gaya pembelajaran yang tersendiri.

Kempen Biadab Sifar

Kanak-kanak atau remaja pintar dianggap tidak berhasil sekiranya mereka bersikap biadab dan kurang ajar. Pada masa yang sama, dalam usaha menjayakan Kempen Biadab Sifar, saya menyarankan pihak-pihak yang terlibat untuk membentuk sampel-sampel yang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak untuk turut melaksanakan perkara-perkara berikut:
  • Mengucapkan salam apabila bertemu dengan orang yang lebih tua atau dewasa.
  • Mencium tangan ibu bapa, penjaga, pendidik dan golongan yang lebih tua apabila bersalaman.
  • Bercakap dengan gaya bahasa dan susunan bahasa yang sopan.
  • Tidak mengeluarkan kata-kata untuk menyakiti orang lain.
  • Memberi salam apabila mengunjungi ke rumah atau ke tempat orang lain.
  • Menghindari konflik dan mengelakkan diri daripada terlibat dalam pertelingkahan yang sia-sia.
  • Sentiasa menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah di merata-rata tempat.
  • Sentiasa menjaga keselamatan harta-benda awam.
  • Menghindari diri daripada sifat prejudis, dendam, cemburu, hasad dengki dan khianat.
  • Sentiasa melihat pada kebolehan diri dan tidak membandingkan kelemahan diri dengan orang lain.
  • Sentiasa bersyukur apabila melihat kegembiraan dan kebahagiaan orang lain.
Dewasa ini, didapati kemunculan warga biadab di negara Malaysia semakin ramai. Ekoran itu, Kempen Biadab Sifar atau seumpamanya perlu dilaksanakan dengan segera bagi membendung gejala biadab daripada terus menjangkiti umat manusia. Kemunculan internet dan dunia siber memudahkan lagi individu-individu yang berniat buruk untuk melepaskan hajat terkutuk mereka bagi mendekati dan mengganggu mangsa-mangsa mereka secara anonymous atau tersembunyi. Bagi kes seperti ini, sokongan pihak berkuasa tempatan adalah wajar bagi mengesan penjenayah-penjenayah siber terbabit bagi dikenakan tindakan undang-undang.

Semoga Kempen Biadab Sifat atau Kempen Anti-Biadab akan dapat dilaksanakan pada suatu hari nanti bagi memupuk budaya bersopan santun, berbudi bahasa dan pencinta kedamaian di kalangan generasi baru di Malaysia.

Sabtu, Mac 07, 2009

Amiene Rev Berbicara Tentang Kejadian Binatang dan Haiwan

Menyayangi Binatang Atau Menghargai Haiwan?
Penulis: Amiene Rev (C) 2009
Hari ini hari minggu. Saya rasa sungguh penat. Sejak akhir-akhir ini saya sibuk. Tiba-tiba saya teringatkan masa silam saya. Saya terlalu sibuk dengan tanggungjawab tetapi ini bukan alasan untuk tidak menulis novel. Oh, ya. Saya penat lagi. Saya kini berada di kampung halaman untuk satu bulan, barangkali. Kampung yang jauh dari ibu kota, jauh dari sinaran lampu neon dan kalimantang.

Semakin lama, semakin banyak cicak di rumah saya. Semalam, semasa hendak memandu kereta keluar dari perkarangan rumah untuk pergi sembahyang Jumaat, saya lihat seekor biawak sedang memanjat dinding dapur sebuah rumah tamu yang berada bersebelahan dengan rumah saya. Dinding rumah tamu itu diperbuat daripada bata-bata bersimen yang tidak dicat. Oleh itu biawak boleh memanjat hingga ke atap seperti cicak memanjat dinding. Tiba-tiba, "Bukk!!" Biawak itu jatuh ke tanah. Sepandai-pandai biawak memanjat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Saya mendapati setiap kali saya membuka tingkap bilik tidur saya, pelbagai jenis cicak hutan akan berkerumun di kaca tingkap bilik tidur saya. Cicak-cicak ini bertindak sebagai kastam, mengawasi nyamuk pendatang tanpa izin yang mahu masuk ke bilik tidur saya. Di luar sana, hutan tebal seperti biasa dengan rimbunan pepohon keladi gergasi selebar hampir dua meter.

Kenangan berbaring di atas timbunan salji di atas tanah masih kekal dalam ingatan. Saya tidak suka memakai sarung tangan tebal dan kasut salji yang basah. Namun, kesejukan udara di luar sana lebih berbahaya apabila tangan kita dalam keadaan basah. Jika kita menanggal sarung tangan yang dibasahi air atau salji sambil meredah kesejukan salji, tangan kita mungkin akan kebas. Oleh itu, walau seteruk mana saiz sarung tangan salji, wajib dipakai juga. Bayangkan betapa dinginnya percikan-percikan salji yang jatuh di atas kepala. Oleh itu pakailah penutup kepala. Ketika itu saya sedang berfikir, "Bagaimana penguin dan beruang kutub mampu berjalan di atas salji tanpa terasa sejuk membeku?"

Saya mendapat jawapannya apabila melihat ayam jantan di rumah saya meredah arang-arang yang masih berasap panas dengan selambanya tanpa berasa sakit. Rupa-rupanya tapak kaki ayam memiliki kulit yang sangat tebal. Oleh itu, tidak hairanlah kenapa burung-burung mampu bertenggek di atas kabel elektrik tanpa terkena renjatan elektrik. Sesungguhnya Tuhan Maha Berkuasa, diciptanya sifat fizikal kaki burung-burung pada zaman dahulu sehingga kini dengan penebat khas, kerana Tuhan sudah tahu, pada masa akan datang, manusia akan mencipta kabel elektrik.

Walaupun rumah saya dikelilingi hutan, tetap tidak kedengaran sebarang suara burung hantu. Cuma ada burung merak yang bunyinya kadangkala lebih menakutkan daripada burung hantu. Patutlah ada kaum-kaum tertentu yang menganggap burung merak sebagai hantu atau syaitan. Namun, lain pula ceritanya dengan burung hantu. Burung hantu kelihatan sungguh bijak sehingga burung merak selalu digambarkan sebagai unggas yang memakai cermin mata dengan rambut disikat belah tengah. Dahulu, saya masih ingat, burung hantu dibela di ladang-ladang kelapa sawit sebagai pemburu tikus-tikus yang merosakkan pokok-pokok kelapa sawit di ladang kelapa sawit. Haiwan-haiwan sebenarnya mempunyai banyak kegunaan. Jika kita rajin mengkaji mereka, mungkin kita akan mengetahui lebih banyak cara untuk memanfaatkan binatang-binatang. Sayangilah binatang.

Namun begitu, saya tetap tidak suka dengan nyamuk. Bagaimanakah caranya untuk menyayangi nyamuk? Nyamuk suka menghisap darah dan memberi penyakit kepada pelbagai hidupan. Apakah kegunaan nyamuk yang sebenarnya?

Adakah nyamuk langsung tidak ada kegunaan? Pada suatu ketika dahulu, nyamuk pernah mengajar Raja Namrud yang sangat ego itu supaya beradab dengan Nabi Ibrahim AS dengan masuk ke dalam rongga kepalanya dan menyerang otak Raja Namrud. Dalam erti kata lain, dalam catatan sejarah kita, nyamuk tetap menyumbang sesuatu yang baik untuk diingati.

Jadi adakah kita patut menyayangi binatang, atau menghargai binatang? Barangkali perkataan menghargai kewujudan binatang dan haiwan lebih tepat. Ya, jika kita menyayangi kambing dan lembu kita, tentu kita tidak sanggup menyembelih mereka. Namun begitu, jika kita menghargai binatang, maka barangkali kita tidak sanggup membiarkan kambing dan lembu yang kita pelihara untuk terus hidup makan dan tidur seumur hidup. Tentu kita menghargai daging, susu, kulit dan tenaga yang boleh dimanfaatkan daripada lembu dan kambing kita.

Kalau begitu, ada baiknya kita bersyukur dengan nikmat Tuhan kepada kita. Bukankah begitu?