BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Resipi dan Petua Masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resipi dan Petua Masakan. Papar semua catatan

Khamis, April 21, 2011

Petua Menghilangkan Kutu Beras

Petua Halau Kutu Beras - Hilangkan Kutu Beras (Rice Weevil)
Nama saintifik bagi kutu beras ialah Sitophilus Oryzae

Kutu beras sememangnya sejenis binatang yang tidak berdosa yang mampu mendatangkan masalah kepada para penyimpan stok beras. Kutu-kutu beras ini menyukarkan penanak-penanak nasi untuk memasak nasi. Setiap kali mahu menanak nasi, ada kutu beras, maka pastilah penanak nasi akan berfikir cara yang paling berkesan untuk menghalau dan menghilangkan kutu-kutu beras di dalam beras.

Jemur tengah panas
Cara yang paling mudah ialah tuangkan beras di atas dulang dan jemur di tengah panas. Kutu-kutu beras akan keluar dan lari.

Kain putih dan cili kering
Letakkan cili kering, kemudian tutup dengan kain putih. Kutu-kutu akan suka pada benda yang berwarna putih, apa lagi jika lebih putih daripada beras. Kutu-kutu tak suka dengan cili kering. Oleh itu cili kering sangat berguna untuk menghalau dan menghilangkan kutu beras. Cili kering hendaklah digaul bersama-sama dengan beras.

Hirisan bawang putih mampu halau kutu beras
Ada juga petua lain untuk menghilangkan kutu beras dengan menggunakan bawang putih. Kutu beras tidak suka bau bawang putih maka bau bawang putih boleh menghalau kutu beras. Bawang putih itu hendaklah dipotong-potong atau dihiris-hiris dahulu.

Daun pudina untuk halau kutu beras
Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan gaulkan bersama-sama dengan beras.

Punca kemunculan kutu beras
Kutu beras akan ada dalam beras kalau beras tu lama tak digunakan. Ini berlaku semasa saya masih menggunakan tong biasa untuk isi beras. Asal beras tinggal sedikit, kita akan tambahkan beras baru. Beras yang di bahagian bawah tu kita tak gunakan langsung. Setelah saya gunakan bekas beras yang membolehkan kita gunakan beras paling bawah, maka masalah kutu beras dah tak jadi masalah. (produk apa pun tak kisah, tapi teknik pengambilan beras tu yang membuatkan kutu tak hidup dalam beras, saya gunakan tupperware) masalah kutu beras selepas saya gunakan bekas ini langsung tak ada lagi.
Petua beras, petua kutu beras, tips halau kutu beras, petua menghalau kutu beras, petua hilangkan kutu beras cara menghilangkan kutu beras masalah kutu beras hilang

Sabtu, Oktober 23, 2010

Cooking Temperature Chart - Fish and Seafood


Fish and Seafood Cooking Temperature Chart

Fish (steaks, filleted or whole)

140 degrees F

flesh is opaque, flakes easily




Tuna, Swordfish, & Marlin

125 degrees F

cook until medium-rare (do not overcook or the meat will become dry and lose its flavor




Shrimp



Medium-size, boiling

3 to 4 minutes

cook until medium-rare (do not overcook or the meat will become dry and lose its flavor

Large-size, boiling

5 to 7 minues

cook until medium-rare (do not overcook or the meat will become dry and lose its flavor

Jumbo-size, boiling

7 to 8 minutes

cook until medium-rare (do not overcook or the meat will become dry and lose its flavor




Lobster



Boiled, whole - 1 lb.

12 to 15 minutes

meat turns red and opaque in center when cut

Broiled, whole - 1 1/2 lbs.

3 to 4 minutes

meat turns red and opaque in center when cut

Steamed, whole - 1 1/2 lbs.

15 to 20 minutes

meat turns red and opaque in center when cut

Baked, tails - each

15 minutes

meat turns red and opaque in center when cut

Broiled, tails - each

9 to 10 minutes

meat turns red and opaque in center when cut




Scallops



Bake

12 to 15 minutes

milky white or opaque, and firm

Broil


milky white or opaque, and firm




Clams, Mussels & Oysters


point at which their shells open - throw away any that do not open


Cooking Temperatures

INTERNAL TEMPERATURE REFERENCE
CHART FOR MEATS & POULTRY

Meat
Fahrenheit
Celsius
Beef:


Rare
120° - 125°
45° - 50°
Medium-Rare
130° - 135°
55° - 60°
Medium
140° - 145°
60° - 65°
Medium-Well
150° - 155°
65° - 70°
Well Done
160° and above
70° and above
Lamb:


Rare
135°
60°
Medium-rare
140° - 150°
60° - 65°
Medium
160°
70°
Well done
165° and above
75° and above
Poultry:


Chicken
165° - 175°
75° - 80°
Turkey
165° - 175°
75° - 80°

Ahad, Oktober 17, 2010

Resepi Burger Malaysia - Sedap - Mudah

Resepi Burger Malaysia - Teknik Menggoreng Burger
Petua Oleh Amiene Rev
Resepi Burger Malaysia
Pengenalan Resepi Memasak Yang Cepat, Sedap dan Mudah
Saya suka memasak, namun sejak saya mula bekerja, saya jarang-jarang memasak. Namun setiap kali ada peluang memasak, dan saya masak untuk rakan-rakan sekerja saya, mereka mula suka bercerita tentang masakan saya yang dilabelkan sebagai sedap. Saya anggap ini bakat kurniaan Tuhan kepada saya. Segalanya adalah kurniaan Allah, tidak perlu saya mendabik dada. Justeru, ada baik saya kongsikan sedikit idea-idea saya berkenaan masakan.
Resepi Burger Malaysia
Kadangkala, ada sesetengah gerai di tepi jalan, bila kita beli dan makan burger yang dijualnya, kita rasa burger tersebut sangat sedap. Selama ini mungkin ada di kalangan kita ingat resepi memasak burger ini sekadar mudah, cepat dan sedap. Bila kita cuba memasak sendiri burger untuk diri sendiri, kita mula terfikir, rupa-rupanya ada resepi khusus untuk memasak burger. Bukan sekadar memasak sahaja, malah teknik-teknik menggorengnya juga adalah khusus.
Resepi Burger Malaysia
Saya tahu, ramai anak muda dan rakyat Malaysia di luar sana menceburi bidang perniagaan burger. Kita ada burger Oblong, Ramly Burger, Ayamas, Otai Burger, Burger Mat Salai dan lain-lain. Semoga ilmu yang saya kongsikan ini akan dapat membantu melariskan lagi perniagaan burger-burger anda semua. Saya pun bukan ada masa untuk memasak sendiri sekarang ini, lantaran jadual kerjaya yang agak padat. Oleh itu, mana tahu jika suatu hari nanti, saya akan singgah dan membeli burger di gerai burger anda? Seperti mana-mana pelanggan, saya juga mahu membeli dan merasa burger yang sedap dan cepat dimasak.
Resepi Burger Malaysia

Peralatan Memasak Burger - Faktor Suhu dan Minyak
Sekarang ini zaman serba moden. Kalau anda berniaga burger di pasar raya, kemungkinan besar anda memiliki dua pilihan untuk menggoreng burger. Pertama, anda boleh gunakan peralatan dapur gas yang merupakan kaedah biasa kita gunakan untuk memasak burger. Kedua, anda mungkin berminat untuk menggunakan induction cooker atau dapur memasak elektrik.
Resepi Burger Malaysia
Kelebihan induction cooker ialah pengagihan haba yang sekata dan optimum. Kekurangannya, ia cuma boleh digunakan di tempat yang ada sumber elektrik. Dapur gas pula, sudah tentu boleh digunakan di mana-mana.
Resepi Burger Malaysia
Burger yang masak sepenuhnya sangat sedap untuk dimakan. Oleh itu pastikan pengawalan suhu api atau haba semasa memasak adalah sekata. Jika anda menggunakan induction cooker, sistem pengawal haba secara automatik mungkin memudahkan anda memasak burger dengan lebih baik. Namun jika anda menggunakan api dapur gas, pastikan sebelum menggoreng burger, anda panaskan kuali terlebih dahulu. Anda boleh gunakan api besar semasa memanaskan kuali, tetapi semasa hendak menggoreng burger, pastikan suhu api direndahkan. Gunakan api sederhana atau kecil.
Resepi Burger Malaysia
Sapukan sedikit marjerin ke atas kuali. Jika anda gunakan kuali yang jenis tidak mudah melekat, lagi bagus. Sekarang ini banyak jenama kuali yang tidak mudah melekat. Kalau kuali sedemikian rupa menjadi pilihan, pastikan anda menggunakan peralatan menggoreng yang diperbuat daripada kayu atau plastik untuk mengekalkan lapisan kalis lekat pada kuali. Jenis marjerin yang dicadangkan ialah Planta. Setakat ini, Planta merupakan jenama marjerin yang paling sedap untuk memasak apa jua jenis masakan.
Resepi Burger Malaysia
Burger yang hendak dimasak mestilah tidak beku. Masalah yang dihadapi oleh peniaga burger mungkin, ialah bilakah masa yang sesuai untuk mencairkan burger yang beku kerana kita tidak tahu bila pelanggan akan datang. Untuk situasi seperti ini, mudah sahaja, jangan letakkan marjerin. Biarkan burger yang beku di atas kuali dengan suhu api yang kecil supaya lapisan ais yang terdapat pada burger cair perlahan-lahan. Oleh kerana itu, dalam keadaan seperti ini, sebaik-baiknya anda dapatkan kuali yang kalis lekat.
Resepi Burger Malaysia

Kaedah Mempercepatkan Proses Menggoreng Burger
Satu kesilapan besar semasa memasak burger ialah penggoreng suka menekan burger yang dimasak di atas kuali dengan harapan burger cepat masak. Sebenarnya, pengawalan suhu adalah perkara yang paling penting. Alternatif lain untuk mempercepatkan burger masak ialah dengan menipiskan burger tersebut secara belah dua atau mencucuk burger sehingga berlubang-lubang.
Resepi Burger Malaysia
Menipiskan lapisan burger secara belah dua atau melubangkan permukaan burger sebenarnya bukan sahaja akan dapat mempercepatkan burger masak, tetapi akan memudahkan bahan-bahan perasa atau perencah untuk meresap masuk ke dalam isi daging burger dan seterusnya menjadikan rasa burger semakin enak dan lembut.
Resepi Burger Malaysia
Kelemahan teknik belah dua ialah, ia memerlukan kemahiran membelah. Teknik belah dua sesuai untuk burger yang tebal. Jika burger yang nipis, mungkin sukar untuk dibelah. Oleh itu, kaedah membuat lubang pada daging burger lebih mudah. Gunakan garfu juga boleh.
Resepi Burger Malaysia

Buang Minyak Berlebihan Pada Burger
Cara untuk membuang minyak pada burger ialah dengan memenyet burger tersebut supaya minyak dapat keluar menerusi lubang-lubang yang telah dibuat tadi, dan kemudian alihkan ke atas kertas tisu dapur atau kertas tuala dapur yang boleh dibeli di pasar raya. Jika anda ingin jimatkan perbelanjaan penggunaan minyak dan kertas tisu dapur, maka pada awal-awal lagi anda patut menggunakan kuali kalis lekat.
Resepi Burger Malaysia

Rahsia Perencah Burger Yang Sedap
Salah satu teknik rahsia ialah dengan memerap daging burger terlebih dahulu dengan perencah-perencah yang disediakan. Dengan cara ini, rasa daging burger akan menjadi lebih sedap dan enak.
Resepi Burger Malaysia
Bersyukurlah, pada zaman yang serba moden ini, telah wujud pelbagai jenis perencah atau perisa tambahan khusus untuk masakan bergoreng. Resepi ini saya dapat menerusi hasil pemerhatian saya selepas membeli pelbagai jenis burger yang dijual di tepi-tepi jalan.
Resepi Burger Malaysia
Bahan-bahan untuk memerap daging burger adalah kicap, kari daging, sos untuk barbeque, serbuk lada hitam, dan jus bawang putih atau air bawang putih. Kebanyakan bahan-bahan ini sudah ada di kedai. Anda juga boleh menggunakan serbuk perisa khusus untuk menggoreng daging. Jus bawang putih pula boleh dibuat sendiri dengan mengisar air dengan bawang putih. Pastikan anda membezakan antara kari daging dengan kari ayam untuk jenis burger yang dimasak.
Resepi Burger Malaysia
Begitulah teknik memasak dan menggoreng daging burger yang enak, cepat dan mudah.
Resepi Burger Malaysia
Profil Penulis: Amiene Rev semasa kecilnya (sejak berusia 7 tahun lagi) sering ditinggal bersendirian di rumah apabila ibu bapanya ke luar negeri untuk urusan kerjaya. Sejak itu, beliau mula memasak dan menggoreng dan memanggang daging untuk mengisi perutnya sendiri. Kerana sering mendapat peluang untuk memasak sendiri, maka sejak kecil lagi beliau telah memahirkan diri beliau dengan teknik-teknik memasak yang diilhamkan sendiri. Beliau juga akan cuba menganalisis setiap rasa yang ada pada satu-satu masakan, dan kemudian mencatat resepi untuk satu-satu masakan berdasarkan apa yang dilihat dan dirasai. Sehingga kini, beliau berjaya mempelajari berpuluh-puluh jenis resepi masakan dan kemudian menghasilkan beberapa resepi masakan sendiri dengan teknik lihat, rasa dan cuba. Atas galakan rakan-rakan dan keluarga, beliau kemudiannya mendapat idea untuk menulis tentang resepi-resepi masakan secara sendiri.

Sabtu, Oktober 16, 2010

Resepi Singgang Ikan Tongkol atau Ikan Kembung

Resepi Singgang Ikan Tongkol atau Ikan Kembung atau Ikan Selar Kuning
Cara Masakan Singgang Kelantan
Oleh Amien Rev

Mana-mana resepi singgang akan menggunakan lengkuas sebagai bahan utamanya. Bezanya, untuk singgang daging, kita akan masukkan ketumbar, manakala untuk singgang ikan, kita tidak letak ketumbar. Bahan-bahan lain untuk masakan singgang adalah seperti berikut:

Bahan Masakan Asas
  1. Air 4 cawan
  2. Lengkuas (bahan utama dalam masakan singgang)
  3. Asam keping (salah satu bahan utama dalam masakan singgang)
  4. Bawang putih 3 ulas(dipotong halus)
  5. Garam secukup rasa
  6. Gula sesudu
  7. 4 biji lada kecil atau 2 biji lada hijau besar
Bahan Masakan Tambahan
  1. Bawang merah 2 ulas dipotong halus (Merupakan bahan masakan pilihan. Tidak mahu letak pun tidak mengapa)
  2. Bendi (Bendi merupakan bahan masakan pilihan. Tidak mahu letak pun tidak mengapa)
  3. Serbuk kunyit (Kunyit merupakan bahan masakan pilihan. Tidak mahu letak pun tidak mengapa)
  4. Ikan tongkol (ikan aya) atau ikan kembung atau ikan selar kuning.
Cara-cara memasak
Cara-cara memasak singgang ikan tongkol atau ikan kembung atau ikan selar kuning adalah seperti berikut:
  • Masukkan bahan asas ke dalam periuk kecuali garam, gula dan lada.
  • Masukkan bawang merah sekiranya mahu.
  • Masak sehingga mendidih.
  • Setelah air mendidih, barulah masukkan ikan, lada dan bahan-bahan tambahan yang lain.

PETUA AMIENE REV: Kebiasaannya, jika menu ikan kembung atau ikan selar kuning digunakan, kuah ikan singgang ikan kembung akan lebih disukai dan habis dahulu berbanding ikannya. Untuk itu, sekiranya anda memasak singgang ikan kembung, pastikan anda menyediakan air dengan banyak dan gandakan sukatan bahan-bahan asas.

Semua jenis singgang sangat sedap dimakan dengan nasi putih. Nasi putih dicampur dengan kuah ikan singgang sahaja sudah sangat-sangat menyelerakan! Betapa sedapnya menu masakan ikan singgang ini.

Berbeza pula dengan singgang ikan tongkol, isi ikan tongkol selalunya menjadi pilihan. Rasa daging ikan tongkol yang masam masin sangat sedap dengan perisa asam keping dan lengkuasnya. Ada orang yang lebih suka isi ikan tongkol yang berwarna hitam kerana rasanya yang luar biasa sedap.

Selasa, Oktober 12, 2010

Cara Kukus Nasi - 30 Minit

Teknik Memasak Nasi Secara Kukus 30 Minit
Oleh Amiene Rev

Selain memasak nasi dengan menggunakan rice cooker, nasi juga boleh dimasak dengan cara kukus. Sebelum kita mengukus nasi, bahan-bahan berikut perlu disediakan.

Bahan-bahan untuk mengukus nasi:
  1. Beras - Disukat dengan cara biasa untuk hidangan berapa orang.
  2. Air panas yang baru mendidih.
  3. Mangkuk untuk mengukus nasi (mangkuk besi/aluminium)
  4. Bekas mengukus nasi (yang biasa kita guna untuk mengukus makanan)

Cara-cara mengukus nasi adalah seperti berikut.
  • Didihkan air yang cukup untuk satu mangkuk atau lebih.
  • Masukkan 3/4 (tiga per empat) beras yang telah dibasuh ke dalam bekas atau mangkuk kukus nasi.
  • Isikan air yang telah dididihkan tadi ke dalam mangkuk yang berisi beras tadi sehingga penuh.
  • Masukkan bekas mengukus nasi ke dalam bekas kukus.
  • Kukus sehingga 30 minit.
  • Selepas 30 minit, cuba buka dan periksa sama ada beras yang telah dikukus tadi telah bertukar menjadi nasi atau pun tidak. Jika nasi sudah masak, maka telangkupkan mangkuk kukus nasi tadi ke atas pinggan.
  • Hidangkan bersama apa jua jenis lauk yang anda suka. Kelebihan nasi kukus ialah anda tidak perlu memasak nasi secara berlebihan jika anda memasak untuk diri anda sendiri. Nasi kukus juga tidak ada kerak.

Jumaat, Februari 22, 2008

Petua Nasi dan Nasi Goreng

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, saya dapati, Blogger sudah dapat diakses, biarpun kadangkala terdapat gangguan internet. Saya sangat gembira dengan perkembangan ini.

Perut saya selalu lapar sejak akhir-akhir ini. Tidak sempat untuk makan, kadang kala saya cuma makan sekali sehari sahaja, atau menjamah mi segera.

Entah kenapa, tiba-tiba saya mengidam nasi goreng. Kalau sekarang saya boleh memasak di bilik ini, pasti sudah saya masak nasi dan goreng. Saya tiba-tiba terfikir bagaimana hendak memasak nasi goreng yang enak? Gunakan nasi sejuk, itulah jawapan yang keluar dari hati saya.

Nasi goreng yang sejuk, zarah-zarah setiap butir nasi itu sudah pasti rapat dan ini menyebabkan butiran nasi bertambah pejal dan apabila digoreng sungguh lazat dan enak.

Saya paling suka makan Nasi Goreng Ikan Masin. Masukkan ikan tenggiri yang disimpan di dalam minyak bersama garam, dicampur dengan bijiran jagung yang dimasak bersama marjerin, dan kacang hijau yang enak, pasti menimbulkan aroma yang menyelerakan. Lada kering yang dipotong-potong, ikan bilis dan kacang. Bunyinya semacam nasi lemak. Adakah nasi lemak goreng di dunia ini? Saya berfikir yang pelik-pelik tatkala lapar, tetapi perkara ini pasti tidak mustahil diadakan pada masa akan datang.

Saya pernah mendengar, ada orang kata, kalau hendak makan nasi basi, tidak mahu dibazirkan atau dibuang nasi basi itu, maka eloklah kalau nasi basi itu digoreng sehingga menjadi seperti bertih. Setelah itu, boleh dicampurkan bahan-bahan lain dan makan seperti biasa. Saya tidak pernah cuba, cuma mendengar kata orang. Jadi saya tidak menjamin kalau-kalau berlaku kes keracunan makanan.

Selain itu, saya pernah terfikir untuk makan nasi goreng yang dimasak dengan minyak zaitun. Entah kenapa, barangkali sebab saya terfikirkan nasi goreng yang harum mewangi. Adakah sesiapa pernah makan nasi goreng minyak zaitun? Kalau tidak ada, suatu masa nanti saya akan cuba menggoreng nasi dengan minyak zaitun.

Aduh, laparnya. Mi segera sudah boleh dimasak. Air panas sudah cukup.


Nota: Ketika blog ini ditulis, saya sentiasa memikirkan kisah seorang peminat yang memplagiat karya saya pada bulan lalu. Saya mengakui, saya ada rasa kasihan dan terharu, biarpun pada masa yang sama saya berasa sedih dan marah terhadap sikapnya. Biarlah, pihak Administrator web tersebut sudah pun mengambil tindakan, saya telah memaafkan dia. Saya sedih kerana sebenarnya saya pun tidak sampai hati hendak mengambil tindakan sebegitu rupa, seolah-olah saya telah berkasar terhadap orang yang lebih tua. Saya tidak senang hati kerana terpaksa bertindak menegur dia, namun, isu plagiat bukan isu main-main. Manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Rabu, September 12, 2007

Resipi Rendang Amiene Rev dan Ketupat Amiene Rev

Saya tidak tahu kenapa tiba-tiba ilham untuk memasak rendang tiba-tiba terlintas di fikiran saya. Pernah berlaku beberapa persamaan yang aneh-aneh. Suatu ketika saya teringin untuk bermain tenpin bowling, maka setelah beberapa bulan sudah, didapati, ayahanda saya juga sebenarnya ketika itu telah pun bermain tenpin bowling, malah menjuarai beberapa pertandingan pula. Ini adalah perasaan pertalian kekeluargaan yang istimewa. Naluri kekeluargaan. Tidak, sebab perkara yang sama juga boleh berlaku antara saya dengan teman-teman rapat saya. Ini ialah naluri silaturrahim. Naluri persaudaraan yang sangat utuh antara kami.

Justeru saya menyakini, resipi ini juga pasti pertembungan minda antara beberapa orang yang sedang memikirkan resipi masakan. Lalu saya mengilhamkan resepi sedemikian rupanya. Sesiapa yang ingin mengujinya, dipersilakan, sebab saya sendiri tidak pernah memasak rendang. Juga saya sekarang berada di kampus, di kolej, tidak dapat mencubanya di sini.


Resipi Rendang Amiene Rev:

Saya meletakkan rendang ini nama saya, sebab sekiranya tidak menjadi, maka tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan melainkan saya sendiri. Namun, tidak ada jaminan bahawa rendang ini pasti enak. Ini cuma ilham sahaja. Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

Bahan kalis lekat:
Minyak masak

Rempah:
2 batang kulit kayu manis - tumbuk kasar
5 biji buah pelaga - tumbuk kasar
3 kuntum bunga lawang - tumbuk kasar
5 biji bunga cengkih - tumbuk kasar


Bahan-bahan ini perlu dikisar:
½ mangkuk atau 1 inci halia
½ mangkuk atau 1 inci lengkuas
1 mangkuk atau 10 ulas bawang merah
½ mangkuk atau 5 ulas bawang putih
1 mangkuk atau 2 batang serai serai
½ mangkuk kunyit hidup


Bahan pemedas:
3 sudu makan lada giling


Daging:
1 kilo daging - dipotong dadu


Perasa:
1 kilo santan pekat
3 sudu besar kerisik
½ cawan air asam jawa
Garam secukupnya
Gula melaka/gula


Pewangi:
5 helai daun kunyit - hiris halus
3 helai daun limau purut


Langkah-langkah:

Panaskan minyak.
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan ditumbuk kasar sehingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan pemedas (lada giling).
Biarkan seketika.

Kemudian masukkan daging.
Kacau hingga rata.

Pastikan api sederhana kecil dan biarkan daging empuk sedikit.
Apabila daging sedikit empuk, masukkan santan.
Dengan api yang masih sederhana kecil, biarkan sehingga daging masak dan santan menjadi kering.

Sentiasalah mengacau.
Kemudian apabila santan kering sedikit, masukkan kerisik.
Kacau lagi.

Masukkan air asam jawa, garam dan hirisan daun-daun tadi.
Kacau dan biarkan ia selama 2 minit.
Angkat dan hidangkan.



Resipi Ketupat Amiene Rev:

Kupat kaliyan santen
Sedaya ngaku lepat nyuwun pangapunten


Bahan-bahan:
1 kilogram beras
kapur sirih
sedikit garam
3 helai daun pandan

Langkah-langkah:

  1. Cuci beras bersih-bersih dengan air.
  2. Kemudian tapis sehingga habis bersih dibuang semua airnya.
  3. Taburkan sedikit garam dan kapur sirih.
  4. Gaulkan beras dengan bahan-bahan ini sehingga sekata.
  5. Masukkan ke dalam bekas ketupat (3/4 penuh).
  6. Rebus bersama daun pandan.
  7. Sekiranya air berkurang, tambahkan air.
Masukkan ketupat ke dalam air dingin selepas masak dan setelah itu boleh disimpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.

Khamis, April 12, 2007

Resipi Telur Rebus - Teknik Merebus Telur Separuh Masak

Sebenarnya, sudah lama aku memikirkan teknik merebus telur separuh masak dengan menggunakan cerek elektrik. Masalah dengan cerek elektrik ialah, haba cepat turun. Telur separuh masak dikatakan memerlukan masa 3 minit untuk mencapai tahap separuh masak yang sempurna.

Pernah juga aku terfikir, untuk mencipta sebuah bekas seperti termos kecil untuk memerangkap haba supaya suhu tidak cepat turun supaya dapat dapat diminimumkan penggunaan air panas semasa merebus telur bagi kategori separuh masak.

Sebenarnya perkara ini ada penyelesaian yang mudah tetapi aku sahaja meluangkan masa untuk berfikir untuk mencipta teknik yang lebih murah tetapi efektif.

Pasti akan ada penyelesaiannya tidak lama lagi.

Ketika itu, kos belanja untuk makan sudah boleh dikurangkan lagi.

Ahad, September 24, 2006

Petua Masakan - Daging dan Ikan

Resepi masakan Melayu Malaysia sangat terkenal dengan penggunaan daging. Serunding daging, rendang daging, sate daging, kari daging, daging bakar, gulai daging dan macam-macam lagi daging. Malah, salah satu petua untuk mendapatkan anak lelaki juga dengan memakan daging. Berikut adalah beberapa panduan dan petua berkaitan dengan masakan daging.

Cara Memilih Daging
  • Daging yang disembelih (secara Islam) adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana daging yang disembelih, sudah dikeluarkan semua darah yang mengangkut pelbagai bahan-bahan yang boleh memudaratkan pemakan daging. Darah yang terpendam di dalam daging akan membiakkan kuman dan bakteria pada kadar yang lebih pantas, oleh itu daging akan lebih cepat busuk.
  • Jika membeli daging import, jangan terus simpan dalam peti sejuk, sila gantung daging itu untuk tujuan melembutkan serat-serat ototnya terlebih dahulu. Kemudian simpan dalam bahagian paling sejuk di dalam peti sejuk. Pastikan daging dimasak, tidak lebih tiga hari daripada tarikh membeli.
  • Daging digantung terlebih dahulu untuk tujuan melembutkannya. Contohnya, perhatikan daging-daging bagi tujuan eksport khasnya di luar negara. Daging akan digantung dalam bilik khas dalam jangka masa tertentu. Ia bertujuan meredakan kembali ketegangan serat otot lembu yang kejang akibat "ketakutan" ketika disembelih. Bagaimanapun mengikut hukum Islam, terdapat bacaan dan cara penyembelihan tertentu yang mencegah daging menjadi liat.
  • Sekiranya membeli daging beku, pengguna tidak dapat menikmati kesegaran dan perisa semula jadi daging. Sebaliknya daging menjadi kering dan liat. Ini disebabkan kehilangan air pada daging apabila proses melembutkannya dijalankan. Justeru itu, anda dinasihatkan mendapatkan daging segar yang baru disembelih untuk menjamin keenakannya apabila dimasak.

Cara Melembutkan Daging

Bagaimanapun daging yang liat masih bolih dilembutkan dengan pelbagai cara. Tetapi ingat, sebelum diperap atau direbus, biarkan daging setongkol untuk mengekalkan kandungan air didalamnya. Jangan dipotong-potong atau dikerat kebahagian yang lebih kecil kerana daging akan kecut dan hilang air dalam jumlah yang banyak.

Cara tradisional melembutkan daging - kaedah zaman dulu-dulu
  • Mengikut secara tradisi, sediakan sebiji betik atau nenas muda untuk daging lebih kurang 3 kilo. Kisar nenas atau betik. Perapkan bahan tersebut dengan daging tadi dan simpan selama sejam. Selepas itu, bersihkan daging dan bolehlah dipotong mengikut citarasa masing-masing.
  • Cara kedua, potong buah betik atau nenas. Kemudian rebus bersama dengan daging hingga mendidih. Angkat dan asingkan kedua-dua bahan tersebut. Setelah sejuk bolehlah dipotong mengikut kegemaran masing-masing.
  • Ada orang kata apabila merebus daging, letakkan sudu ke dalam daging yang direbus tu. Kaedah ini biasanya berkesan untuk daging yang segar atau baru dibeli.

Cara moden melembutkan daging - kaedah zaman sekarang
  • Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa. Selain mengempuk, daging juga lebih berasa lemak dan enak kerana telah diserap santan ke dalamnya.
  • Terdapat cara lain melembut daging, kini menggunakan serbuk yang diperbuat daripada betik dan nenas yang boleh didapati disesetengah pasar raya.

Hilangkan Bau Daging
  • Cara pertama, dengan menggunakan tepung gandum, ataupun dengan perahan air asam limau nipis atau asam jawa. Selepas daging dipotong, masukkan sesenduk tepung dan gaul rata-rata. Biarkan 10 minit dan bersihkan daging semula.
  • Cara kedua, jika menggunakan teknik melembutkan daging dengan buah betik atau buah nenas, anda bukan sahaja mengempukkannya tetapi bau hanyir daging turut hilang.
  • Cara lain: Untuk menghilangkan bau ayam yang baru di beli di pasar, anda hendaklah mengambil sedikit gandum dan merendam ayam atau pun daging.
  • Selepas itu basuhkan ayam/daging ini bersih. Sekiranya masih lagi berbau maka sila ulangi process rendaman ini ke dalam air gandum.

Tambahan: Petua Masakan Berkaitan Ayam dan Ikan

Bagaimana pula petua yang berkaitan dengan daging ayam dan ikan? Sudah tentu suri rumah akan merasakan kesukaran setiap kali menggoreng ayam jika ayam yang digoreng itu melekat pada kuali. Cuba petua ini. Ambil beberapa ulas bawang merah (bergantung pada ayam), belah dua bawang tersebut bersama ayam. Anda akan dapat hasilnya ayam yang digoreng tadi tidak akan melekat pada kuali.


Ikan Air Tawar

Ikan puyu, keli dan haruan yang dimasak akan berbau hanyir jika tidak kena dengan cara membersihnya. Untuk hilangkan baunya, ambil secekak daun pisang, ramas bersama ikan-ikan tersebut dan bilas bersih-bersih. Cara ini akan dapat membersihkan dan menghilangkan bau hanyir ikan darat tersebut selain menambahkan kelazatannya. Kalau tak orang tak makan atas daun pisangkan? Nasi lemak terasa lebih enak dan harum apabila dimakan di atas daun pisang.