BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan

Selasa, Januari 28, 2020

REGENESIS

Apa yang anda tahu tentang regenesis. Proses memperbaharui kehidupan. Kelahiran semula. Tidak ramai orang percaya tentang regenesis. Dalam konteks psikologi, regenesis boleh berlaku.

Hampir semua manusia memilih tempat baru untuk memulakan regenesis. Musuh utama regenesis adalah dunia siber. Menghalang regenesis daripada berlaku, membuatkan regenesistan kembali semula ke kehidupan lama.

Seorang regenesistan lahir dengan kehilangan memori lama. Untuk itu, regenesistan mesti berada di kawasan yang tidak mengenalinya, tidak memiliki apa-apa maklumat tentang dirinya.

Regenesistan boleh hidup di dunia barunya dengan dua cara. Tanpa sebarang memori implan. Juga dengan memori implan sebagai pemecut kebolehan barunya. Regenesistan boleh mengekalkan kebolehan atau kemahiran lamanya atau percaya bahawa dia memiliki kebolehan atau kemahiran yang berbeza daripada kehidupan lamanya.

Seseorang regenesistan juga perlu mengubah segala identiti tentang dirinya, supaya orang-orang berkaitan dengan dirinya dari dunia kehidupan lama tidak lagi dapat menghubunginya.

Bukan mudah menjadi regenesistan jika dahulunya seseorang itu adalah seorang yang terkenal. Teknologi mengubahsuai rupa menjadi sandaran rapat terhadap seorang regenesistan. Suara, rupa, anak mata, cap jari dan DNA adalah antara perkara paling asas perlu diubah.

Adakah anda salah seorang daripada regenesistan?




Selasa, April 09, 2013

Baju dalam kalis rogol dicipta

Baju dalam kalis rogol dicipta
2013-04-04 08:55 Disediakan oleh Berita Harian


Pakaian dalam dihasilkan penuntut kejuruteraan India didakwa mampu menghalang jenayah seksual itu.

New Delhi: Sekumpulan penuntut kejuruteraan di India mencipta baju dalam antirogol yang didakwa mampu menghalang jenayah rogol dan serangan seksual lain.

Baju dalam perlindungan itu dicipta untuk mengalirkan sehingga 82 kejutan elektrik kepada bakal penjenayah apabila pengesan tekanan pada bahan itu mengesan sebarang jenis paksaan.

Pakaian dalam yang dibantu teknologi itu, dinamakan sebagai Society Harnessing Equipment (SHE), juga boleh memberi amaran kepada polis, keluarga atau rakan, menerusi sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang.

“Pakaian dalam dengan sistem pengesanan global, sistem global bagi komunikasi telefon bimbit (GSM) dan pengesan tekanan mampu mengalirkan arus kejutan sehingga 3,800 kilovolt selain memberi amaran kepada ibu bapa dan polis.

“Penjenayah yang cuba mencabul gadis akan menerima kejutan dalam hidupnya sebaik pengesan tekanan diaktifkan manakala modul GPS dan GSM akan menghantar pesanan kepada nombor kecemasan India selain kepada ibu bapa mangsa,” kata Manisha Mohan, yang membantu membangunkan produk itu kepada Times of India. - AGENSI

Khamis, Ogos 02, 2012

Robot Serangga Amerika - Senjata Pembunuh Senyap Yang Sukar Dikesan Musuh

Artikel ini adalah berkenaan teknologi senjata terkini daripada beberapa buah negara Barat yang nyata mampu memberi kesan buruk kepada negara-negara lain yang dari segi kelemahan pertahanan terhadap risikan dan serangan secara senyap. Artikel ini juga mengandungi gambar-gambar robot serangga dan serangga Cyborg yang dikumpulkan dari pelbagai sumber internet. Berikut adalah petikan artikel tersebut:

AMERIKA CIPTA ROBOT SERANGGA YANG MEMBOLEH MEMBUNUH SECARA SENYAP
Sebuah laporan menunjukkan bahawa tentera AS telah menghabiskan berbilion-bilion dollar untuk membina pengawasan pesawat tanpa pemandu dan mengembangkan pesawat mikro yang boleh hadir dalam sekumpulan serangga sebagai mata-mata bersaiz kecil dan mampu terbang. Sebuah laporan menunjukkan bahawa tentera AS telah menghabiskan berbilion-bilion dollar untuk membina pengawasan pesawat tanpa pemandu dan mengembangkan pesawat mikro yang boleh hadir dalam sekumpulan serangga sebagai mata-mata bersaiz kecil dan mampu terbang.

Menurut sumber internet yang dihimpun dari pelbagai pasukan penyelidik di Johns Hopkins University kerjasama dengan Pejabat Penyelidikan Ilmiah Tentera Udara AS di Wright-Patterson Air Force Base di Arlington, Virginia, mengatakan bahawa mereka sedang mengembangkan apa yang mereka sebut dengan kenderaan udara mikro MAV yang akan melakukan tugas sebagai perisikan di pelbagai tempat dan negara. Serangga robot itu direka sedemikian rupa sehingga dengan mudah dapat menyusup kawasan bandar, walaupun faktor padatnya bangunan dan konsentrasi orang-orang, namun kewujudan enjin pembunuh ini tak terduga dan tanpa halangan dan sangat praktikal.

Robot serangga super mini ini juga boleh dikendalikan dari jarak jauh dan dilengkapi dengan kamera dan mikrofon built-in. Walaupun peranti perisikan baru ini mempunyai kemampuan untuk mendarat tepat pada kulit manusia, dengan menggunakan super-mikron jarum bersaiz kecil untuk mengambil sampel DNA dan terbang lagi dengan kelajuan tinggi. Orang hanya akan merasa sedikit rasa sakit seperti gigitan nyamuk tanpa sensasi terbakar dan bengkak. Drone serangga super surveilans ini sukar dikesan dan juga boleh menyuntik racun melalui pengenalan frekuensi radio mikro RFID sebagai peranti pengesan yang boleh menyusup di bawah kulit, dan dapat menyuntik racun ke tubuh musuh jika berlaku peperangan.

Pada awal tahun 2007, kerajaan AS dituduh secara diam-diam mengembangkan perisik serangga robot tersebut ketika para penunjuk perasaan anti perang di Amerika Syarikat menyaksikan beberapa benda terbang mirip dengan pepatung atau helikopter melayang-melayang di atas kepala mereka.

AS tidak sendirian dalam membuat drone ini, terdapat negara seperti Perancis, Belanda dan Israel juga mengembangkan peranti yang sama. Perancis juga telah mengembangkan kepakan sayap dengan bio-terinspirasi drone mikro. Sementara badan Netherlands BioMAV Biologically Inspired AI for Micro Aerial Vehicles juga telah mencipta drone burung Kakak tua AR.

Sementara itu, Israel Aerospace Industries IAI telah menghasilkan pesawat berbentuk kupu-kupu, beratnya hanya 20 gram, yang kemampuannya dapat mengumpulkan semua data perisikan yang disimpan di dalam bangunan. Sementara drone serangga AS ini dilengkapi dengan kamera 0,15 gram dan kad memori, yang dikawal dari jarak jauh dengan helm khusus. Mengenakan helm, pembekal akan mendapati diri mereka dalam "badan kupu-kupu" dan melihat drone tersebut tepat seperti kupu-kupu secara real.

Rabu, Jun 06, 2012

Proses Sendiri Sisa Makanan Untuk Dijadikan Baja Dengan Mawes-PL

Mawes-PL yang menggunakan teknik pemanasan pantas berulangan membolehkan sisa-sisa makanan diproses menjadi baja atau makanan ikan dan seterusnya menghindari kehadiran makhluk perosak seperti tikus dan lipas selain dapat menghindari bau busuk. Sesuai digunakan di kantin-kantin dan juga di restoran. Menurut kajian, 60% atau tiga perlima daripada jumlah sampah yang dibuang di Malaysia ialah sisa makanan. Dengan menggunakan alat Mawes-PL untuk memproses semula sisa makanan, maka kebersihan di Malaysia boleh ditingkatkan sebanyak 60%.

Proses sendiri sisa organik anda
Oleh ADLAN JAAFAR
Sumber: KOSMO!

SELAMA ini, Abdullah Hassan yang bekerja sebagai chef di Kelab Danau Golf, Bangi, Selangor perlu menyimpan sisa makanan sehingga menjangkau dua hari sebelum pihak berwajib datang untuk mengutip sampah tersebut.

Hasilnya, bau yang tidak menyenangkan daripada makanan yang bertindak balas dengan persekitaran mula menusuk hidung. Makhluk perosak seperti semut dan tikus berkeliaran umpama berpesta makanan.

Masalah boleh menjadi lebih parah apabila tiba musim cuti umum atau hari perayaan. Kehadiran ahli kelab yang ramai dan kontraktor mengutip sampah yang bercuti menyumbang masalah tersebut menjadi lebih kritikal.

Namun, itu semua sudah berlalu. Hal ini kerana setiap malam makanan yang dikumpul akan diproses dalam sebuah mesin menjadikan kuantiti sampah menjadi lebih sedikit, manakala bau busuk dan kotor sudah tiada lagi.

Selepas kerja pembersihan dapur dilakukan, saki-baki makanan yang dikumpul dibuang ke dalam sebuah kotak besi berukuran panjang 1.2 meter, kelebaran satu meter dan mempunyai ketinggian 1.1 meter.

“Cara menggunakannya mudah, hanya memerlukan empat langkah iaitu masukkan sampah, tekan butang mula, tunggu dan apabila siap, hasilnya dikeluarkan,” kata Abdullah yang bertanggungjawab menguruskan kotak besi itu.

Baru tiga bulan diperkenalkan di kelab golf itu, kotak besi yang dikenali sebagai Mawes-PL menggunakan teknologi dari Korea Selatan dalam memproses sisa makanan menjadi sejenis bahan yang boleh dijadikan baja atau makanan ikan.

Cara penggunaannya berdasarkan konsep ‘plug dan pergi’ iaitu pengguna hanya perlu menekan suis untuk memulakan proses dan ia dibiarkan sahaja sehingga selesai.

Bahan yang terhasil adalah dalam bentuk seakan-akan hampas kayu lembap berwarna hitam atau hitam kemerahan. Baunya pula seperti makanan proses yang baru lepas dimasak.

Bahan hasil tersebut digunakan oleh pihak kelab Danau-Golf menjadi baja organik di persekitaran padang golf tersebut. Mesin tersebut telah dapat menjimatkan kos pengambilan sampah dan kos membeli baja untuk pokok hiasan sekali gus menyelesaikan masalah sampah makanan berlonggok tidak dikutip.

Kata Pengarah Eksekutif Waste Engineering Solutions (Mawes), Noor Asmaraini Megat Hussain, Mawe-PL menggunakan konsep Rapid Heating (sistem pemanasan pantas) dalam proses kitar semula sisa makanan itu.

ASMARAINI menjelaskan Mawes-PL tidak melepaskan karbon, menjimatkan ruang penyimpanan dan sisa makanan boleh dijadikan baja.

Saki-baki makanan yang dimasukkan ke dalam mesin tersebut akan diproses dengan kaedah putaran bagi menyamarata bahan sambil dipanaskan sehingga suhu 100 darjah celsius.

Proses mengitar semula akan berhenti secara automatik apabila kuantiti air pada bahan buangan mencapai bacaan isipadu lima peratus atau mengikut masa yang ditetapkan pada jumlah masa tertentu.

Jika hasil bahan kitar semula tersebut mahu dijadikan makanan penternakan, ia sudah tentu tidak akan mendatangkan bahaya kepada haiwan kerana ia diproses pada suhu yang diperlukan supaya kuman dan bakteria jahat mati.

“Disebabkan menggunakan kaedah pemanasan, jika pengguna rajin mengasingkan saki-baki makanan pepejal dengan membuang bahan cecair, bahan boleh terhasil dengan lebih cepat,” terang wanita berusia 37 tahun itu.

Bahan hasil kitar semula makanan boleh disimpan antara dua hingga tiga bulan. Julat hasil terbahagi pada dua bahagian iaitu berkualiti tinggi dan rendah.

Kualiti tinggi adalah untuk dijadikan makanan penternakan seperti ikan, manakala bahan yang dikategori sebagai kualiti rendah boleh dibuat baja atau dibuang begitu sahaja.

Ia bergantung kepada sisa makanan yang dibuang ke dalam Mawes-PL kerana untuk menjadikan makanan ikan, hanya produk makanan sahaja boleh dibuang tanpa dicampur dengan produk bukan organik bersama-sama.

“Setakat ini tiada masalah dijadikan baja tetapi untuk makanan ikan perlu mendapatkan pengesahan halal dan kandungan nutrien daripada pihak berwajib,” ujar Asmaraini lagi.

Berbanding proses membuat kompos secara tradisional yang menurut Asmaraini mengeluarkan gas karbon dioksida, Mawes-PL tidak membebaskan sebarang gas dan tidak menggunakan mikroorganisma.
SAMPAH organik seperti sisa makanan menyebabkan pembiakan makhluk perosak seperti tikus. - Gambar hiasan

Bahan buangan yang terhasil bagi setiap 100 kilogram yang diproses adalah air jernih dengan isipadu lebih kurang 500 mililiter atau sebotol air mineral berharga RM1.

Menariknya, hasil kitar semula makanan akan berkurangan sehingga 90 peratus berbanding kuantiti asal ketika dimasukkan ke dalam Mawes-PL.

Jika Mawes-PL yang berkapasiti 100 kilogram diproses pada kuantiti maksimum, hampas yang terhasil akan seberat lebih kurang 10 kilogram.

Jadi, ruang penyimpanan sampah sebelum ini luas boleh dikecilkan dan kawasan pembuangan sampah yang boleh bertahan 20 tahun turut dapat dimanfaat pada tujuan lain.

Hasil yang diproses oleh Kelab Danau Golf digunakan sebagai baja organik untuk tanaman sekitar kelab golf itu.

Asmaraini menyifatkan mesin Mawes-PL ringkas dan kurang bermasalah jika kerja-kerja penyelenggaraan dibuat secara berkala.

Terdapat tiga peringkat penyelenggaraan iaitu pemeriksaan bulanan, setiap enam bulan dan setahun sekali. Setiap bulan, pemeriksaan sistem supaya berjalan dengan lancar dibuat.

“Bahagian yang kerap rosak ialah spring apabila pengguna tidak mengasingkan bahan kitar semula dengan memasukkan semua jenis sampah,” kata Asmaraini menjelaskan kesan tidak mengagihkan bahan buangan.

Setiap enam bulan sekali mekanisme dan alat ganti diteliti manakala setahun sekali, minyak termo perlu ditambah kerana kebiasaannya kuantiti akan berkurangan. Ia tersejat akibat proses pemanasan.

Selain itu, Mawes-PL mempunyai sistem komputer dalaman yang merakam setiap proses dan bahan yang dilakukan mesin tersebut,

Data yang dirakam digunakan untuk mendiagnosis punca masalah ketika ia berlaku sebarang masalah jadi, kerja-kerja membaiki yang tepat dan efisien boleh dibuat.

Pasaran mesin Mawes-PL menyasarkan tempat-tempat seperti kondominium, pasar raya besar, hotel dan medan-medan selera. Lokasi tersebut terkenal sebagai antara kawasan yang menghasilkan banyak sisa makanan.

Hampir 60 peratus sampah yang dibuang oleh seluruh rakyat Malaysia terdiri daripada saki-baki makanan dan sebahagian kecil sahaja dikitar semula.

Selain itu, ia dibuang secara terus ke kawasan lapangan sampah. Pembuangan secara terbuka boleh memberi kesan rumah hijau dan merosakkan sistem pembentungan.

Sampah makanan juga boleh menggalakkan pembiakan makhluk perosak, menimbulkan bau busuk dan menyakitkan mata yang melihat.

Ahad, Julai 31, 2011

Kereta Terbang Britain - Terrafugia Transition

Kereta Terbang Britain - Terrafugia Transition

LONDON 18 Julai – Konsep kereta terbang yang telah lama dicetuskan bakal menjadi kenyataan di Britain dalam masa lima tahun lagi apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dilapor telah meluluskan satu model kereta futuristik itu baru-baru ini.

Kereta terbang dua tempat duduk Terrafugia Transition yang bernilai 155,000 pound (RM752,021) itu boleh terbang dengan kelajuan maksimum 184 kilometer sejam.

Kenderaan itu perlu menjalani 20 jam ujian penerbangan dan setiap kali butang pendaratan ditekan, sayapnya akan tertutup secara automatik dalam masa 15 saat.

Untuk setiap perjalanan baru, kereta terbang itu memerlukan kuasa yang disalurkan dari bahagian kipas ke roda belakangnya.

Sabtu, Julai 02, 2011

Motosikal Terbang Pertama Di Dunia - Flying Bike

Fakta Motorsikal Terbang Pertama Dunia
  • Pencipta: Chris Malloy
  • Status: Bekas juruterbang helicopter
  • Berat: 270 kg
  • Kelajuan: 160.93 km/j
  • Had Ketinggian: Mampu terbang pada ketinggian sehingga 3.048 km
  • Harga: RM218,981
  • Jarak perjalanan: 148.05 km / tangki minyak penuh
  • Bahan binaan: Enjin kereta BMW dan bingkai udara carbon-fiber

SYDNEY – Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.

Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.

Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.

Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.

Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.

Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi. – Agensi

Sabtu, Jun 06, 2009

Ke Arah Penghasilan Manusia Berkeupayaan Super - Otot Tiruan dan Kanta Sesentuh

Teknologi Otot Tiruan dan Kanta Sesentuh Mata Bionik
Ulasan: Amiene Rev (C) 2009

Teknologi otot tiruan yang memiliki kekuatan luar biasa telah dihasilkan dengan memanfaatkan molekul alkohol dan hidrogen. Keupayaan otot-otot tiruan ini adalah 100 kali ganda lebih berkuasa berbanding otot sebenar. Para pengkaji percaya, pada suatu hari nanti, otot-otot tiruan ini akan dapat dimanfaatkan dalam teknologi eksoskeleton, untuk memberi kekuatan super kepada para tentera, angkasawan dan ahli bomba.

Dua jenis otot yang sedang dikaji oleh para pengkaji dari US di Nanotech Institut, Universiti Tekas, Dallas, dengan kerjasama para saintis dari Korea Selatan. Walaupun dinamakan sebagai otot, namun hakikatnya, kedua-dua jenis otot ini sebenarnya dibuat daripada wayar,
cantilever dan botol-botol kaca.

Sekumpulan saintis dari Sandia National Laboratories, Livermore, Calif, telah mencipta sejenis kanta sesentuh yang mempunyai peranan yang sama seperti mata bionik. Kanta sesentuh yang memiliki litar-litar elektrik ini telah selamat diuji ke atas arnab. Satu cabaran dalam penghasilan kanta sesentuh seperti ini ialah mencari atau menghasilkan jenis logam yang sesuai digunakan untuk membuat litar supaya tidak berlaku kenaikan suhu pada litar yang boleh memudaratkan sel-sel mata.

Para saintis berharap teknologi kanta sesentuh ini mampu memberi penglihatan luar biasa kepada manusia pada suatu hari nanti. Terdapat banyak ruang di dalam kanta sesentuh ini yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan keupayaan dan fungsi kanta sesentuh tersebut. Antara peralatan yang bakal dimuatkan termasuklah sistem radio berfrekuasi dan sel solar untuk mengaktifkan sistem elektronik di dalam kanta tersebut.

Dengan adanya teknologi kanta sesentuh seperti ini, teknologi mata bionik dan penglihatan luar biasa mungkin bukan lagi merupakan suatu perkara yang mustahil.

Rujukan: http://uwnews.org/uweek/uweekarticle.asp?articleID=39094

Rabu, Oktober 01, 2008

Definisi Teknologi Dan Maksud Sains


Definisi Sains dan Teknologi
Adakah kita benar-benar memanfaatkannya?
Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Sumber: http://dukeamienerev.blogspot.com

Dunia hari ini mampu berkembang pesat kerana penghargaan manusia terhadap kepentingan sains dan teknologi. Manusia kini sudah boleh bergerak pantas dari satu tempat ke satu tempat yang lain, mendapatkan sesuatu hasil dengan lebih berkesan daripada tanaman dan ternakan, mengubati penyakit kritikal, menghantar maklumat dan menerokai angkasa lepas. Namun, kita dapati, tidak semua teknologi ciptaan manusia itu benar-benar membawa kebaikan. Di manakah silapnya teknologi manusia sehingga mendatangkan kesan buruk ke atas alam sekitar?


Maksud Teknologi dan Penjelasan Berkaitan Dengannya.

Secara umumnya, teknologi boleh ditakrifkan sebagai "aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupan seharian.

Dalam bidang teknologi dan kejuruteraan, umumnya sesuatu yang baru itu dianggap lebih baik berbanding yang lama. Sebagai contoh, pemproses mikro Pentium 4 dianggap lebih pantas berbanding pemproses mikro Pentium 3 dan sebelumnya.


Maksud Sains dan Huraiannya
"Sains merupakan suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya.

Pada dasarnya, semua sains bertujuan untuk memahami dunia di sekliling kita. Terdapat tiga komponen utama dalam setiap aktiviti sains iaitu Penghuraian, Mencari Keseragaman, dan Pembentukan Teori dan Hukum.


Teknologi: Mencipta Masalah Lain Untuk Menyelesaikan Satu Masalah Khusus?
Kita dapati dunia hari ini diancam dengan berbagai-bagai isu alam sekitar seperti pemanasan global, penipisan lapisan ozon, kesan rumah hijau, pencemaran laut, kesan sisa radioaktif dan sebagainya.

Teknologi enjin kenderaan berasaskan minyak petrol didapati mampu menyelesaikan masalah pengangkutan yang lambat tetapi pada masa yang sama memberi kesan kepada alam sekitar. Karbon monoksida yang dihasilkan oleh kenderaan-kenderaan berenjin petrol dan diesel ini turut memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia. Bahan-bahan kegunaan manusia berasaskan plastik pula didapati sukar untuk dilupuskan secara semulajadi dan meningkatkan lagi pencemaran alam sekitar. Adakah harga sesuatu kemudahan yang dicipta berasaskan teknologi itu menuntut pengorbanan unsur semula jadi sebagai bayarannya?

Manusia terus berusaha mencipta peralatan dan kemudahan berasaskan teknologi terbaru sejak beribu-ribu tahun lampau. Sepanjang tempoh itu, kita dapati kerosakan dan pencemaran menjadi pengiring bagi hampir semua ciptaan manusia. Teknologi hidroelektrik yang menggunakan empangan telah memusnahkan hutan-hutan tadahan air di serata dunia, teknologi nuklear pula meninggalkan sisa-sisa radioaktif yang merbahaya kepada kehidupan bumi. Dilaporkan juga terdapat beratus-ratus bendasing yang persekitaran orbit bumi, hasil tinggalan stesen-stesen angkasa yang berada di angkasa lepas.

Manusia walau bagaimana pun terus menghasilkan teknologi baru dengan harapan dapat mencipta sesuatu yang sempurna dan dapat memberi kebaikan secara keseluruhan kepada umat manusia dan alam ini. Teknologi-teknologi ciptaan manusia tidak dapat dinafikan membantu mengubah kehidupan manusia. Pelbagai jenis penyakit dapat dirawat, pelbagai urusan dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan berkesan, tetapi manusia tetap manusia.

Masakan kita dapat mengatasi kehebatan-Nya?


Rujukan:
Laman web: Wikipedia.com
Buku: Pendidikan Amali Sains: Kemahiran Saintifik - Abu Hassan bin Kassim (UTM Skudai)

Rabu, Jun 04, 2008

Exoskeleton Iron Man Kini Realiti - Amerika VS Jepun

HAL Eksoskeleton ciptaan CYBERDYNE (Jepun)
Photo: Courtesy of the CYBERDYNE Inc./Corbis


Iron Man adalah adiwira ciptaan Stan Lee sekitar tahun 60'an untuk komik Marvel. Jika kita sedar, idealogi orang-orang seni selalunya akan direalisasikan oleh orang-orang sains. Kreativiti dan logik mencetuskan teknologi yang dicipta berdasarkan hukum sains dan fizik.


HAL: Eksoskeleton Jepun (keluaran CYBERDYNE)

Teknologi eksoskeleton CYBERDYNE ini sebenarnya telah diperkenalkan sejak Jun 2004. Fungsi utamanya adalah untuk membantu para doktor dan pakar terapi fizikal, selain membantu dalam kerja-kerja mengangkat barang berat. Eksoskeleton ini memiliki berat 23 kilogram, menggunakan bateri 100 AC dan boleh bertahan selama 5 jam.

Bermula Oktober 2008, CYBERDYNE akan mengeluarkan 500 unit eksoskeleton HAL setahun.


XOS: Perang atau Bahagia?
Kini teknologi eksoskeleton bukan lagi suatu igauan, sebaliknya sudah direalisasikan dalam dunia nyata. Mungkin ada yang beranggapan kewujudan eksoskeleton ini akan mencetus perang manusia super, tetapi dari sudut yang lain, eksoskeleton ini juga merupakan satu berita gembira bagi mereka yang lumpuh. Eksoskeleton juga akan dapat membantu ahli bomba untuk mengalihkan objek-objek berat sama ada di lokasi kebakaran, di lokasi gempa bumi atau di lokasi kemalangan.

Rex Jameson, seorang jurutera, telah menguji kekuatan eksoskeleton XOS, ciptaan Jacobsen ini dengan mengangkat bar angkat berat sekitar 91 kilogram beratus-ratus kali tanpa berasa penat. Selain itu dia juga telah menggunakan eksoskeleton ini untuk berlari, bermain bola sepak, mendaki tangga sambil mengangkat beban sekitar 68 kilogram tanpa rasa penat.

Raytheon Sarcos, sebuah syarikat robotik kini bekerja selama dua tahun untuk ketenteraan Amerika di bawah kontrak bernilai 10 juta Dolar Amerika.


Eksoskeleton ciptaan Stephen Jacobsen
Photo: Courtesy of Raytheon Company

Rabu, April 23, 2008

Teknologi Mata Bionik - Harapan Baru Untuk Orang Buta


Penulis/Penterjemah: Amiene Rev (C) 2008


Rod dan Kon: Sel Penterjemah Cahaya Daripada Solar Kepada Impuls Elektrik.

Di dalam otak manusia terdapat dua sel penting yang dipanggil rod dan kon. Rod dan kod ini juga dikenali sebagai sel solar biologi yang menukarkan cahaya kepada impuls elektrik. Impuls-impuls elektrik ini akan dihantar ke otak menerusi saraf optik untuk membentuk imej. Tanpa rod dan kon, manusia tidak akan dapat melihat. Rod dan kon telah memberi idea kepada para saintis untuk mencipta mata bionik.

Penyelidikan mengenai mata bionik ini telah dikaji di Space Vacuum Epitaxy Center (SVEC) dengan tajaan NASA. Sementara itu, sekumpulan saintis dari Universiti Johns Hopkin, MIT dan di beberapa tempat lain telah menggunakan silikon dalam proses pembuatan rod dan kon tiruan. Pun begitu, silikon adalah bahan yang toksik yang merbahaya kepada badan manusia dan akan memberi reaksi negatif terhadap cecair di dalam mata. Masalah ini walau bagaimana pun, tidak wujud pada pengesan seramik SVEC.

Menerusi eksperimen yang dijalankan di Wake Shield Facility (WSF), iaitu sebuah platform berbentuk cakera dengan diameter 12 kaki yang telah dilancarkan dari sebuah anak torak angkasa, para saintis telah menemui kaedah mencipta filem oksida nipis dengan menggunakan atom oksigen yang diperolehi di persekitaran orbit bumi. Eksperimen ini telah membantu para saintis untuk membina pengesan oksida atau seramik untuk Projek Mata Bionik.

Percubaan merealisasikan mata bionik bermula seawal tahun 2002. Pada ketika itu, seorang doktor dari Universiti Sekolah Perubatan Texas, Houston, Dr. Charles Garcia telah diamanatkan untuk menjalankan pembedahan ini.

Pada ketika itu, retina buatan yang dibuat di SVEC mengandungi 100,000 pengesan seramik mini yang setiap satunya adalah 1 per 20 daripada saiz rambut manusia.

Para saintis pada ketika itu belum dapat memastikan bagaimanakah caranya otak akan menterjemahkan voltan-voltan asing yang datang daripada rod dan kon yang dibuat. Saintis-saintis percaya, otak akan dapat mempelajari dan menerima input-input tersebut perlahan-lahan secara semulajadi.


Prototaip Mata Bionik - 16 Elektrod

Sekitar tahun 2002, sebuah syarikat di Amerika Syarikat, Second Sight telah mencipta prototaip mata bionik. Prototaip ini memiliki 16 elektrod yang disusun secara 4x4 di atas sekeping grid.

Seorang nenek, Linda Morfoot, 64 tahun yang tinggal di Long Beach, California disahkan menghidap retinitis pigmentosa pada usia 21 tahun, dan menjadi buta sepenuhnya pada usia 50 tahun. Pada tahun 2004, dia telah menggunakan mata bionik 16 elektrod.

Menurut Linda Morfoot, sejak menggunakan mata bionik, dia sudah boleh melontar bola keranjang, bermain dengan cucu-cucunya, berjalan-jalan dan melihat cucu perempuannya menari di atas pentas.

Nenek itu berkata, "Semasa kami pergi ke New York, saya dapat melihat betapa besarnya Patung Liberty. Di Paris, pada waktu malam, kami mendaki hingga ke puncak Menara Eiffel dan menatap keindahan cahaya lampu di sekitar bandaraya. Saya merasa lebih rapat dengan apa yang ada di sekitar saya."


Generasi kedua mata bionik - Argus II - 60 Elektrod

Generasi terkini mata bionik mengunakan 60 elektrod, yang dikenali sebagai Argus II. Semakin banyak elektrod, maka semakin jelaslah penglihatan. Professor Mark Humayun berkata, sekitar lima hingga tujuh tahun lagi, para saintis berharap mata bionik dengan 1000 elektrod akan dapat dihasilkan untuk membolehkan pengguna mengenali wajah.

Mark Humayun, Professor dalam bidang oftalmologi dari Institut Mata Doheny, Universiti California Selatan, berkata, sekiranya tidak ada apa-apa masalah, mata bionik akan mula memasuki pasaran pada tahun 2009 dengan harga sekitar £15,000 ke £30,000 (termasuk proses instalasi).


Struktur Mata Bionik: Bagaimana Mata Bionik Berfungsi?

Mata bionik terdiri daripada tiga elemen utama. Mula-mula, satu kamera miniatur yang dipasang pada cermin mata gelap, akan menghantar imej ke sebuah radio penerima yang diimplan berdekatan mata pengguna.

Kemudian, satu signal akan dihantar pada silikon kecil dan cip platinum, sekitar 4mm persegi yang terletak di retina. Elektrod yang terdapat pada cip ini akan merangsangkan sel-sel ganglion supaya maklumat visual akan dapat dihantar menerusi saraf optik terus ke otak dan pada akhirnya membentuk imej visual.

Menurut Profesor Humayun lagi, imej akan terbentuk seakan-akan mesin cetak dot-matriks, atau susunan piksels pada skrin komputer.

Teknologi ini walau bagaimana pun tidak akan dapat mengembalikan penglhatan pesakit yang buta akibat kerosakan saraf optik yang disebabkan oleh glaukoma atau stroke.

Pesakit-pesakit biasanya akan mengambil masa sekitar satu atau dua bulan untuk membiasakan diri dengan peralatan mata bionik Argus ini, sebelum otak mereka dapat menterjemahkan imej-imej. Sebelum ini, pembedahan untuk memasang peralatan mata bionik ini adalah sekitar tujuh jam, namun sekarang hanya memerlukan 90 minit.

Percubaan mata bionik ini akan diadakan di lima pusat sekitar Amerika Syarikat ke atas warganegara berusia melebihi 50 tahun. Pihak US Food and Drug Administration telah mengizinkan hanya subjek-subjek yang telah berusia sahaja layak untuk menyertai eksperimen ini kerana bimbang kesan-kesan buruk yang mungkin dihadapi pada kemudian hari. Setakat ini, beribu-ribu orang buta telah menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan bagi percubaan mata bionik.




Teknologi Mata Bionik - Fantasi Star Trek Menjadi Nyata

Geordi LaForge berpangkat ketua jurutera di atas kapal angkasa U.S.S Enterprise dan dia dilahirkan buta. Geordi menggunakan VISOR untuk membolehkan dia melihat menerusi input visual yang dihantar secara terus ke otaknya.

Jika diperhatikan pada peralatan mata bionik Argus II, dapat dilihat bagaimana pada suatu masa nanti teknologi VISOR boleh menjadi kenyataan.



Diterjemah dan ditulis semula oleh Amiene Rev berdasarkan sumber-sumber berikut:
  • http://science.nasa.gov/headlines/y2002/03jan_bioniceyes.htm
  • http://www.timesonline.co.uk/tol/news/uk/science/article1395798.ece
  • http://www.guardian.co.uk/science/2008/apr/22/medicalresearch.news
  • http://www.foxnews.com/story/0,2933,252600,00.html

Sabtu, September 01, 2007

Moller M200X Flying Saucer - Piring Terbang Bukan Lagi Suatu Fantasi

Benarkah UFO atau piring terbang benar-benar wujud? Ya, benar. Sejak tahun 1962 lagi adalah benar. Ciptaan manusia, namanya Dr. Paul Moller. Sekarang, selain daripada memiliki kereta, anda juga boleh mempertimbangkan untuk membeli piring terbang untuk kegunaan peribadi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai piring terbang ini, anda boleh berkunjung ke laman web antarabangsa, www.moller.com atau klik di sini.

M200X - Flying Saucer

Bermula dengan XM2, diikuti dengan XM3, M150 (Skycar), M200X dan M400 (Skycar). Piring terbang ini menggunakan teknologi hover dan boleh mempunyai tempat duduk untuk dua orang. Cara mengawal piring terbang ini sama seperti memandu hoverkraf.

M200X - Flying Saucer


M400 - SkyCar dianggarkan bernilai
USD500,000 hinga USD1,000,000.

Anda mungkin berminat untuk melihat: Gambar-Gambar Makhluk Asing Sebenar
gambar piring terbang UFO photo Unidentified Flying Object Unknown Flying Object foto piring terbang foto piring terbang buatan manusia photo man made flying object gambar kereta terbang manusia kenderaan manusia terbang video piring terbang video UFO gambar UFO

Selasa, Julai 31, 2007

SAMSUNG SGH-X700 dan 31 Julai 2007 hingga 31 Januari 2009


Phone typeTriband

NetworksGSM 900, GSM 1800, GSM 1900

Connectivity optionsGPRS, WAP, Java, Bluetooth, USB

Ringtone optionsMP3 ringtones

Calling FeaturesPhoto ID, Speakerphone
Physical design
Form factorCandy bar

Primary display typeTFT

Secondary display typeNone

Secondary display resolution x pixels

Available coloursSilver-black
General
Color LCD?Yes
Performance
Battery type(s) supportedRemovable 900mAh rechargeable battery

Expansion slot(s)TransFlash
Other Features
Additional functionsPIM functions; alarm clock; converter; timer; email

MMS?Yes

Predictive text input?Yes

Ringtone composer?Yes

Polyphonic?Yes

Built-in vibrate alert?Yes

GamesThree pre-loaded games
Multimedia
Built-in digital camera?Yes

Maximum camera resolution1.3 megapixels
Warranty
Base warranty31 July 2007 - 31 January 2009


Puas hati. Telefon NOKIA 3310 itu sudah sampai akhir hayatnya. Kebetulan aku bercadang untuk memberi kamera digital. Namun ini pasti akan memakan wang yang banyak. Jadi aku bercadang membeli telefon bimbit yang mempunyai fungsi seperti kamera digital.

Dengan adanya kamera digital, aku akan dapat merakam gambar-gambar aktiviti semasa dan Program KITAB. Namun, pada masa yang sama, telefon bimbit aku perlu ditukar. Jadi pilihan yang paling menjimatkan adalah membeli satu gajet dengan dua fungsi, komunikasi dan kamera.

Akhirnya aku membuat keputusan untuk membeli Samsung SGH-X700. Sekarang, aku boleh menghiasi blog ini dengan gambar-gambar yang diambil sendiri pada masa akan datang. Sudah lama, aku berhajat untuk melakukan sedemikian.

Sementara itu, aku tertarik dengan perisian Skype. Aku akan mencuba perisian ini pada masa akan datang.

Khamis, April 26, 2007

Kamera Digital - Dunia Grafik Amiene Rev

Satu ketika nanti, keperluan untuk memiliki kamera digital akan menjadi keutamaan dalam kerjaya sebagai seorang penulis. Gambar-gambar yang dirakamkan sendiri boleh menjadi sumber inspirasi untuk menulis. Apabila ada rujukan gambar-gambar yang diambil sendiri, perasaan untuk menulis mengenai apa yang terdapat di dalam gambar itu pastinya menarik.

Sudah lama aku berhasrat untuk memiliki kamera digital sendiri. Untuk mengembangkan lagi bakat saya dalam dunia penerbitan dan penulisan. Aku cuma mahu memperuntukan RM200 sahaja, bolehkah begitu?

Kamera digital yang boleh menangkap waktu malam yang indah, dengan kebolehan fungsi 'zoom' yang tinggi. Aku ingin menangkap gambar bintang-bintang di langit.

Mengisi ruang-ruang entri di dalam blog dengan gambar yang ditangkap sendiri, pastinya lebih menarik!

Keterangan Gambar: Canon Digital Rebel XT 8MP Digital SLR Camera

Isnin, April 02, 2007

Dalam proses penukaran telefon bimbit

Dua hari lepas saya sempat berkunjung ke rumah kakak dan abang ipar saya. Saya dapati anak saudara saya yang berumur hampir 1 tahun itu sudah pandai berjalan. Berjalan dengan laju! Nampaknya dia mewarisi cara saya berjalan! Kemungkinan dia juga berbakat dalam acara lari pecut!

Sementara itu, berita kerosakan telefon bimbit saya sudah lama diketahui oleh kakak saya. Dia memberi telefon bimbit Nokia 3310 kepunyaannya kepada saya. Telefon itu setakat ini katanya masih boleh dipakai, tetapi tidak boleh bercakap lama, sebab usianya pun sudah lama juga, sekitar 8 tahun.

Buat masa ini, saya masih memakai telefon bimbit Nokia model Butterfly, hadiah daripada bonda saya semasa hari lahir saya, bersempena dengan Hari Raya. Katanya, sukar untuk menghubungi saya apabila saya tidak memakai telefon bimbit. Sejak hari itu, saya pandai menggunakan telefon bimbit Nokia Butterfly dan masih kekok dan agak jakun dengan model telefon bimbit yang lain. Ha! Ha! =.="

Sebenarnya saya sayang untuk meninggalkan Nokia Butterfly itu, walau pun bukan telefon baru (semasa dibeli, sudah dipakai oleh orang lain juga!). Namun, sekarang, saya sedang perlahan-lahan memindahkan no. telefon ke satu tempat selamat untuk dipindahkan kembali ke telefon Nokia 3310 ini.

Orang zaman dahulu dapat berurusan tanpa telefon bimbit. Pelajar-pelajar dulu dapat mengadakan aktiviti dan program juga, biar pun tidak ada telefon bimbit. Saya bersyukur, setakat ini, telefon bimbit yang mudah terpadam apabila dihubungi atau menghubungi orang lain ini tidak menjadi masalah besar dalam melaksanakan Program KITAB.

Namun, teknologi baru seperti internet juga memain peranan penting dalam kehidupan sekarang. Saya bersyukur kerana dapat memanfaatkan penggunaan internet dan komputer untuk melaksanakan Program KITAB.

Biar pun orang lain ada yang gah dengan telefon model yang baru dan lebih hebat. Sekiranya ada di kalangan mereka mengatakan model telefon ini ketinggalan zaman, maka sebelum mereka mengeluarkan komen sebegitu, tanya diri mereka, apakah perkara-perkara penting yang telah mereka lakukan dengan telefon bimbit hebat mereka itu?

Jadi, kepada pengguna model telefon bimbit lama, jangan kecil hati. Hebat bukan pada material, tetapi mesti pada diri dan tindakan pemiliknya. Tiba-tiba saya teringat peribahasa yang berbunyi, kera diberi bunga.