BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Movie Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Movie Review. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 10, 2010

TRON LEGACY - TRON MOVIE POSTER REVIEW

Poster TRON Legacy dalam bentuk teks.
Pengulas: Amiene Rev (C) 2010

Ulasan Ringkas Poster, Watak dan Prop dalam Filem TRON Legacy menerusi gambar-gambar dalam filem TRON Legacy, oleh Amiene Rev (C) 2010. Amiene Rev melakukan sedikit kajian untuk mempersembahkan data-data dan fakta-fakta berkenaan filem TRON Legacy untuk para pengunjung blog Duke Amiene Rev sebagai satu lagi tanda penghargaan Amiene Rev kepada para pengunjung blog Duke Amiene Rev.

Poster Tron Legacy ini sesuai untuk papan-papan yang besar, dipasang pada bas dan juga pada jejantas. Poster TRON Legacy ini mungkin juga patut ditambah, "Jangan merempit, kerana kamu di alam nyata." Kenderaan yang dinaiki oleh program ini dikenali sebagai LightCycle Generation 5. Dalam dunia Sistem Tron atau Tron System, manusia adalah dalam bentuk program.

Poster TRON Legacy ini juga masih memaparkan watak utama, sebuah program lelaki, sedang memandu sebuah kenderaan yang dikenali sebagai Roda Cahaya Generasi Ke-5 atau LightCycle Generation 5. Rekabentuk kenderaan LightCycle ini dikemaskini daripada rekabentuk LightCycle semasa filem pertamanya, iaitu TRON.

Poster TRON Legacy yang ini memaparkan beberapa watak dalam filem apa? Sudah pasti, filem TRON Legacy. Dua orang watak di dalam filem ini kemungkinan dari Jabatan Pencegah Maksiat. Ini kerana mereka sedang mendapati ada dua orang pasangan bukan muhrim saling berpeluk-pelukan. Pakcik Tua itu pula tidak sanggup melihat aksi anak-anak muda yang tidak senonoh itu sambil berpaling ke arah para penonton. Pastinya dia berkata, "Astaghfirullahazim, anak-anak muda zaman sekarang. Punah, akhlak mereka."

Poster TRON Legacy atau TR2N yang memaparkan kerosakan akhlak secara nyata di mana pasangan bukan muhrim berpeluk-pelukan. Apa pun, mereka ini bukanlah beragama Islam. Oleh itu, wahai pembaca-pembaca yang beragama Islam sekalian, janganlah kalian meniru aksi seperti ini.

Wanita ini adalah satu program. Di dalam dunia TRON ini, manusia adalah dalam bentuk program. Program wanita ini berbangga dengan senjata yang berada di belakang badan beliau. Senjata tersebut dikenali sebagai Identity Disc atau Cakera Pengenalan. Gunanya adalah untuk merekodkan semua pengalaman yang dialami, sama ada dilihat, dibuat atau dipelajari oleh satu-satu program.

Clu dan Clu 2 bertembung. Clu adalah satu program yang menyerupai pereka program tersebut iaitu Kevin Flynn. Namun, Clu 2 adalah versi kedua yang merupakan salinan kepada Clu yang asal. Mungkinkan Clu yang kelihatan lebih tua itu adalah Kevin Flynn yang asal, yang telah membantu Tron atau Alan Bradley, atau Alan-One melepaskan diri dari dunia digital?

Poster ini memaparkan Quorra dan Sam Flynn yang berusia 27 tahun dengan Cakera Pengenalan atau Identity Disc masing-masing. Berdasarkan warna garis cahaya pada pakaian mereka, ternyata mereka ini adalah dalam satu pasukan yang sama.

Lagi aksi kurang sopan di Tron City atau Bandaraya Tron. Bandaraya Tron ini ditadbir oleh Clu.

Sam Flynn, berusia 27 tahun, anak kepada Kevin Flynn yang menggubah program Clu. Sam Flynn bergambar dengan Identity Disc atau Cakera Pengenalan miliknya.

Sebuah atau mungkin seorang program sedang menunggang laju sebuah LightCycle Generation 5. LightCycle Generation 5 berbeza dengan LightCycle Generation 2, di mana terdapat banyak garisan cahaya pada badannya, serta jika LightCycle Generation 5 terhempas, sejenis cecair misteri akan dikeluarkan. Ini bermaksud LightCycle Generation 5 menggunakan Energy atau Tenaga untuk dihidupkan.

Lelaki misteri dengan Cakera Pengenalan atau Identiy Discnya. Tron adalah sebuah program sekuriti atau program keselamatan yang dicipta oleh Alan Bradley, juga dikenali sebagai Alan-One atau Tron. Program ciptaan beliau telah diceroboh oleh Kevin Flynn. Alan Bradley merupakan hero dalam TRON Evolution.

Pertembungan antara dua pasukan. Warna litar cahaya yang berbeza adalah warna kod yang menentukan pendirian satu-satu program atau manusia elektronik. Program dengan litar berwarna biru bermaksud program tersebut percaya dan berjuang untuk Users atau pengguna, manakala program dengan litar berwarna kuning menandakan program itu mewakili Hacker atau Penceroboh dan berjuang untuk kebebasan program yang dipanggil sebagai Independent Programs.

Poster TRON Legacy dalam bentuk teks yang menyatakan secara ringkas tentang dunia yang dikenali sebagai TRON City.

Quorra, program wanita yang mampu menunggang LightCycle Generation 2. Beliau bergaya dengan Cakera Pengenalan milikknya. Cakera Pengenalan atau Identity Disc ini juga boleh digunakan sebagai perisai untuk menangkis serangan musuh, selain boleh juga dilontarkan sebagai senjata. Apabila sebuah program yang lain terkena serangan Identity Disc ini, maka program itu akan derez. Derez bermaksud program tersebut akan dipadamkan, atau dalam erti kata lain, mati.

Quorra, program yang setia kepada Kevin Flynn. Beliau akan membantu Sam Flynn mencari ayahnya, Kevin Flynn.

Poster Filem TRON Legacy dalam bentuk lebar, memaparkan seorang program sedang menunggang Roda Cahaya Generasi Ke-5.

Roda Cahaya Generasi Ke-5 atau LightCycle Generation 5, tampak popular dalam mana-mana poster filem TRON Legacy.

Poster Filem TRON Legacy dalam bentuk lebar, sekali lagi memaparkan aksi antara dua program berlainan warna cahaya litar yang mewakili Hacker (kuning) dan User (biru).

Poster Filem TRON Legacy yang memaparkan Identity Disc atau Cakera Pengenalan sebagai subjek utamanya. Identity Disc yang dimiliki oleh semua program atau manusia elektronik di alam siber.

Perbandingan antara poster filem Star Wars dengan poster filem TRON.

Poster Filem TRON Legacy yang memaparkan Identity Disc atau Cakera Pengenalan sebagai subjek utamanya. Identity Disc yang dimiliki oleh semua program atau manusia elektronik di alam siber. Kali ini berwarna kuning, yang sudah semestinya mewakili program-program yang menyokong Hacker.

Roda Cahaya Generasi 5 yang dipenuhi dengan litar-litar bercahaya.

Poster Filem TRON Reborn Legacy, memaparkan pakaian litar lama yang digunakan oleh program dalam filem terdahulu.

Sam Flynn berusia 27 tahun, anak kepada Kevin Flynn, bergaya dengan Identity Disc atau Cakera Pengenalan miliknya. Beliau adalah manusia, jadi tidak hairanlah dia muncul sebagai program berlitar biru, yang menunjukkan dia menyokong dan berjuang untuk User. User adalah pengguna, pengguna adalah manusia.

TRON: Legacy Movie Synopsis
TRON: Legacy is a 3D high-tech adventure set in a digital world that's unlike anything ever captured on the big screen. Sam Flynn (Garrett Hedlund), a rebellious 27-year-old, is haunted by the mysterious disappearance of his father Kevin Flynn (Jeff Bridges), a man once known as the world's leading video-game developer. When Sam investigates a strange signal sent from the old Flynn's Arcade—a signal that could only come from his father—he finds himself pulled into a digital world where Kevin has been trapped for 20 years. With the help of the fearless warrior Quorra (Olivia Wilde), father and son embark on a life-and-death journey across a visually-stunning cyber universe—a universe created by Kevin himself that has become far more advanced with never-before imagined vehicles, weapons, landscapes and a ruthless villain who will stop at nothing to prevent their escape.

Terjemahan sinopsis Filem Tron Legacy
Sam Flynn, seorang anak muda berusia 27 tahun yang suka memberontak, telah dihantui dengan misteri kehilangan ayahnya, Kevin Flynn, yang pada suatu ketika dahulu amat terkenal sebagai raja dalam industri pembangunan permainan video. Suatu hari, Sam telah pergi menyiasat satu isyarat aneh yang terpancar dari permainan Arcade Flynn yang lama, dan isyarat itu menyerupai isyarat yang hanya boleh dilakukan oleh ayahnya. Sam kemudian telah disedut masuk ke dalam dunia digital, di mana Kevin Flynn terperangkap selama 20 tahun. Dengan bantuan wirawati berani bernama Quorra, maka bermulalah perjuangan hidup dan mati antara ayah dan anak di dalam alam semesta siber yang serba luas. Dapatkah kedua anak-beranak Flynn keluar dari alam permainan digital itu?

Jumaat, Disember 03, 2010

Sinopsis Filem Tangled - Rapunzel dan Cerita Rapunzel yang Asal

Gambar Salah Satu Adegan Dalam Filem Entangled - Rapunzel

Ulasan, Sinopsis dan Susunan Cerita Asal Rapunzel
Ulasan dan Susunan oleh Amiene Rev (C) 2010

Sinopsis Filem Tangled - Rapunzel

Selepas mendapat kuasa penyembuh daripada bunga ajaib Rapunzel, Puteri Rapunzel ang masih bayi telah diculik daripada istana oleh seorang ahli sihir bernama Mother Gothel. Mother Gothel sedar bahawa kuasa sakti penyembuh daripada bunga itu sekarang sedang tumbuh subur menerusi rambut emas Rapunzel. Untuk kekal muda, dia harus mengurung Rapunzel di dalam sebuah menara. Berbelas-belas tahun kemudian Rapunzel membesar sebagai seorang remaja dengan rambut sepanjang 70 kaki. Kerana sudah terlalu lama dikurung di dalam menara, Rapunzel mempunyai keinginan untuk keluar melihat dunia luar. Pada suatu hari, seorang penjahat bernama Flynn Ryder telah menceroboh menara tersebut dan kemudiannya ditangkap oleh Rapunzel. Rapunzel berjaya berunding dengan Flynn Ryder supaya menjadi pemandu pelancong untuknya, membawanya keluar dari menara itu untuk menyaksikan sambutan bunga api di sebuah bandar.

Poster Filem Entangled Rapunzel

Ulasan / Review Filem Tangled - Rapunzel: Judul asal filem ini, Rapunzel ditukar kepada Tangled, manakala watak-watak utamanya dilihat lebih bersifat khusus untuk kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan. Ini kerana Disney bimbang sekiranya filem ini ditegaskan dengan judul kewanitaan seperti Rapunzel, maka penonton lelaki kurang berminat terhadap filem ini. Sekiranya anda mahu lihat apakah perbezaan sifat Rapunzel dalam versi asal dengan Rapunzel dalam versi terbaru Tangled, silalah rujuk cerita Rapunzel yang asal di bawah ini.


Cerita Asal Rapunzel
Jacob dan Wilhelm Grimm
Dahulu kala ada sepasang suami isteri yang sudah lama menginginkan anak, tetapi tidak berjaya. Akhirnya wanita itu datang untuk percaya bahawa Tuhan yang baik akan memenuhi keinginannya. Melalui tetingkap kecil di belakang rumah orang-orang ini mereka boleh melihat ke dalam sebuah taman indah yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang paling indah dan herba. Kebun itu dikelilingi oleh dinding yang tinggi, dan tidak ada yang berani masuk, kerana itu milik seorang penyihir yang memiliki kekuatan besar dan ditakuti oleh semua orang.

Suatu hari wanita itu berdiri di tetingkap ini, dan ia melihat tempat tidur ditanami dengan bunga Rapunzel yang paling indah. Hal ini tampak begitu segar dan hijau yang ia merindukan beberapa. Itu adalah keinginannya terbesar untuk makan beberapa Rapunzel tersebut. Keinginan ini meningkat dengan setiap hari, dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan apapun, ia menjadi sedih sakit.

Suaminya takut, dan bertanya, "Sakit apa kamu, isteri tercinta?"

"Oh," jawabnya, "jika saya tidak mendapatkan Rapunzel beberapa dari kebun belakang rumah kami, aku akan mati."

Orang, yang dia kasihi, berfikir, "Sebelum anda membiarkan isteri anda mati, anda perlu mendapatkan dia beberapa Rapunzel, apapun bayaran."

Jadi hanya seperti itu mulai gelap dia memanjat tembok tinggi ke kebun penyihir itu, buru-buru menggali segenggam Rapunzel, dan membawanya ke isterinya. Dia akan membuat salad dari itu, yang ia melahap dengan penuh semangat. Rasanya sangat baik kepadanya bahawa pada hari berikutnya keinginannya lebih telah tumbuh tiga kali ganda. Jika dia adalah untuk memiliki kedamaian apapun, orang itu harus naik ke taman sekali lagi. Dengan demikian ia ditetapkan sekali lagi hanya seperti itu mulai gelap. Tapi tidak lebih cepat dari dia memanjat dinding dari, dengan ngeri, ia melihat penyihir berdiri di sana sebelum dia.

"Bagaimana kau bisa berani," tanyanya dengan wajah marah, "untuk naik ke kebun saya dan seperti pencuri mencuri Rapunzel saya anda akan membayar untuk ini.?"

"Oh," dia menjawab, "Biarlah rahmat menolak keadilan saya cam untuk melakukan hal ini kerana keperluan .. Isteri saya melihat Rapunzel anda dari jendela kita, dan seperti kerinduan datang atas dirinya, bahawa ia akan mati, jika ia tidak mendapatkan beberapa makan. "

Poster Filem Entangled Rapunzel

Kemarahan penyihir's mereda sedikit, dan dia berkata, "Jika hal-hal yang seperti yang anda katakan, saya akan mengizinkan anda untuk mengambil sebagai Rapunzel sebanyak yang anda inginkan Tapi dengan satu syarat:. Anda harus memberi saya anak bahawa isteri anda akan membawa kepada dunia Ini akan. melakukannya dengan baik, dan saya akan merawat seperti ibu. "

Dalam ketakutan orang itu bersetuju untuk segalanya.

Ketika wanita itu melahirkan, penyihir muncul, gadis kecil bernama Rapunzel, dan membawanya pergi. Rapunzel menjadi anak yang paling indah di bawah matahari. Ketika ia berumur dua belas tahun, peri dikunci di sebuah menara yang berdiri di hutan dan yang tidak pintu atau tangga, tetapi hanya sedikit tetingkap kecil di bahagian paling atas.

Ketika ahli sihir yang ingin masuk, dia berdiri di bawah ini dan berteriak:
Rapunzel, Rapunzel,
Biarkan bawah rambut anda kepada saya.

Rapunzel memiliki rambut panjang yang indah, yang halus seperti emas berputar. Ketika ia mendengar suara penyihir, ia mengikat kepang nya, luka mereka di sekitar kait tingkap, membiarkan rambutnya jatuh dua puluh meter ke tanah, dan penyihir yang memanjat itu.

Beberapa tahun kemudian itu berlaku bahawa anak raja itu naik melalui hutan. Saat ia mendekati menara dia mendengar sebuah lagu begitu indah bahawa ia berhenti untuk mendengar. Itu adalah Rapunzel, yang sedang melewati masa dengan bernyanyi dengan suara manis. Sang pangeran ingin memanjat padanya, dan mencari sebuah pintu di menara, tetapi tidak ada yang dapat dijumpai.

Ia naik rumah, tapi lagu itu sangat tersentuh hatinya bahawa ia kembali ke hutan setiap hari dan mendengarkannya. Suatu saat, kerana ia demikian berdiri di belakang pokok, ia melihat pendekatan penyihir, dan mendengar dia berkata:
Rapunzel, Rapunzel,
Biarkan bawah rambut anda.

Lalu Rapunzel kecewa helai rambutnya, dan penyihir yang naik padanya.

"Jika itu adalah tangga ke menara, maka kadang-kadang saya akan cuba keberuntungan saya."

Dan hari berikutnya, sama seperti yang mula gelap, dia pergi ke menara dan berteriak:
Rapunzel, Rapunzel,
Biarkan bawah rambut anda.
Rambut jatuh, dan pangeran memanjat.

Pada Rapunzel pertama sangat ketakutan ketika seorang manusia seperti ia tidak pernah dilihat sebelum datang padanya. Namun, sang pangeran mulai berbicara dengannya dengan cara yang sangat ramah, mengatakan bahawa hatinya telah begitu tersentuh oleh bernyanyi bahawa ia boleh tidak ada kedamaian sampai ia telah melihatnya secara langsung. Lalu Rapunzel kehilangan rasa takutnya, dan ketika ia bertanya apakah dia akan mengambil dia sebagai suaminya, ia berfikir, "Ia lebih suka saya daripada akan Frau Gothel tua." Dia bilang ya dan meletakkan tangannya ke dalam nya. Dia berkata, "Aku akan pergi dengan anda dengan senang hati, tapi saya tidak tahu bagaimana untuk turun. Setiap kali anda datang, membawa helai sutera, dari yang saya akan menenun tangga. Ketika selesai saya akan turun, dan kau boleh membawaku pergi pada kuda anda. Mereka menetapkan bahawa ia akan datang ke setiap malam nya, untuk wanita tua datang hari.

Penyihir tidak melihat apa yang terjadi sampai suatu hari Rapunzel berkata kepadanya, "Frau Gothel, katakan mengapa bahawa anda lebih sukar untuk menarik daripada sang pangeran muda, yang akan tiba sebentar lagi sekarang?"

"Kau anak bertuhan," teriak penyihir itu. "Apa yang saya mendengar daripada anda Saya fikir? Aku telah membuang anda dari seluruh dunia, tetapi anda harus tetap menipu aku."

Poster Filem Entangled Rapunzel

Dalam marah dia menjambak rambut indah Rapunzel's, membungkusnya beberapa kali di tangan kirinya, memegang gunting dengan tangan kanannya, dan menggunting rambut Rapunzel. Dan dia sangat kejam yang ia mengambil Rapunzel ke padang gurun di mana dia sangat menderita.

Pada malam hari yang sama bahawa dia dihantar Rapunzel pergi, peri mengikat rambut yang sudah terpotong itu untuk menyambung di puncak menara, dan ketika putera itu berseru:
Rapunzel, Rapunzel,
Biarkan bawah rambut anda.
ia membiarkan bawah rambut.

Putera naik, tapi di atas, bukan nya Rapunzel tercinta, ia menemukan penyihir, yang mengintip di dia dengan tampak beracun dan jahat.

"Aha!" dia menangis mencemuh. "Anda telah datang untuk menemui wanita pujaan anda tapi itu burung yang indah tidak lagi duduk di sarangnya, juga tidak dia bernyanyi lagi Kucing punya nya Dan akan awal mata anda keluar juga anda miliki. Kehilangan Rapunzel. Anda tidak akan pernah melihatnya lagi. "

Pangeran itu diatasi dengan kesedihan, dan putus asa ia menjatuhkan diri dari menara. Dia melarikan diri dengan hidupnya, tetapi duri di mana ia jatuh menusuk keluar matanya. Buta, ia mengembara tentang di hutan, makan apa pun kecuali rumput dan akar, dan melakukan apa-apa selain menangis dan meratap atas kehilangan isteri tercinta. Dengan demikian ia mengembara tentang sengsara selama beberapa tahun, akhirnya terjadi ke padang gurun di mana Rapunzel tinggal sedih dengan si kembar bahawa ia telah melahirkan.

Poster Filem Entangled Rapunzel

Dia mendengar suara dan berfikir itu akrab. Dia maju ke sana, dan ketika ia mendekat, Rapunzel mengenalinya, dan menangis, memeluk lehernya. Dua daripada air matanya jatuh ke matanya, dan mereka menjadi jelas sekali lagi, dan ia boleh melihat juga seperti dahulu. Dia memimpin ke dalam kerajaannya, di mana ia diterima dengan sukacita, dan untuk waktu yang lama mereka hidup bahagia dan puas.

Sumber cerita asal dalam Bahasa Inggeris:
  • Jacob and Wilhelm Grimm, Rapunzel, Kinder- und Hausmärchen (Children's and Household Tales -- Grimms' Fairy Tales), 7th ed. (Berlin, 1857), no. 12.
  • http://www.pitt.edu/~dash/grimm012.html

Sabtu, November 27, 2010

Movie Review Adele: Rise Of The Mummy - Ulasan Filem


Ulasan Filem Adele: Rise Of The Mummy
Ulasan Filem oleh Amiene Rev (C) 2010
The Extraordinary Adventures of Adèle Blanc-Sec
Ulasan Ringkas oleh Amiene Rev (C) 2010

Ulasan dan Sinopis Filem Adele: Rise Of The Mummy
Filem Adele: Rise Of The Mummy ini diarahkan oleh Luc Besson, mengambil latar sekitar Mesir dan Paris pada tahun 1912. Adèle Blanc-Sec (lakonan Louise Bourgoin), seorang gadis muda, seorang wartawan, yang telah pergi ke Mesir (Egypt) untuk meminjam mumia bernama Patmosis, yang dipercayai merupakan seorang doktor peribadi kepada Firaun.

Filem Perancis yang didasarkan daripada komik karya Jacques Tardi ini memaparkan dua situasi berbeza yang akhirnya bergabung menjadi satu. Pertama, kehadiran seekor binatang pra-sejarah, reptilia boleh terbang yang dikenali sebagai pterodactyl. Kedua, kemunculan mumia hidup di Paris.

Mengingatkan kebangkitan mumia dalam filem ini, pasti para penonton yang pernah mengikuti filem The Mummy akan terbayang betapa ganasnya mumia yang telah dibangkitkan semula. Maaf, semua itu tidak ada dalam filem Adele: Rise Of The Mummy ini.



Selepas berjaya membawa pulang mumia yang bernama Patmosis, Adele Blanc-Sec pun berangkat pulang ke Paris untuk menemui Marie-Joseph Esperandieu ( yang merupakan seorang saintis genius yang telah menemui formula menghidupkan semula sesuatu yang telah mati. Adele Blanc-Sec mahu Esperandieu menghidupkan semula mumia Patmosis supaya Patmosis boleh merawat adik kembarnya Agathe Blanc-Sec yang mengalami kecederaan otak selepas cucuk sanggul yang dipakainya tertikam ke belakang kepalanya sehingga menembusi dahi dalam satu kemalangan semasa pertandingan tenis yang sangat agresif antara Adele Blanc-Sec dengan Agathe Blanc-Sec.


Esperandieu adalah saintis yang telah menghidupkan pterodactyl sebelum ini yang kemudiannya dijatuhkan hukuman pancung kerana pterodactyl yang dihidupkannya semula telah menyerang dan membunuh beberapa penduduk tempatan termasuk orang ternama.

Namun dengan bantuan Andrej Zborowski (lakonan Nicolas Giraud) yang berbakat, Adele Blanc-Sec berjaya menyelamatkan Esperandieu. Esperandieu berkongsi nyawa dengan pterodactyl yang dihidupkannya. Apabila seorang pemburu profesional berjaya menembak pterodactyl tersebut, Esperandieu turut tercedera. Sebelum meninggal dunia, Esperandieu berjaya menghidupkan semula Patmosis.



Malangnya Patmosis bukan seorang doktor tetapi ahli fizik Firaun. Patmosis yang berjiwa mulia walau bagaimana pun berjaya mengkaji teori gelombang hidup semula yang dilakukan oleh Esperandieu secara sepintas lalu, lalu berjaya membawa Adele Blanc-Sec ke sebuah muzium di Paris untuk membangkitkan kesemua mumia termasuk Firaun dalam usaha meminta izin daripada Firaun bagi mendapatkan perkhidmatan doktor peribadi Firaun untuk menyembuhkan Agathe Blanc-Sec. Usaha itu berjaya.

Filem ini memaparkan sindiran sinis terhadap kisah-kisah politik dan media secara tidak langsung. Dialog-dialog yang memuatkan kata-kata sinis dan watak-watak yang berkelakuan agak kelakar khususnya mumia-mumia dalam filem Adele: Rise Of The Mummy ini mencuit hati para penonton.

Apa pun anda tidak akan dapat menyaksikan aksi-aksi menggemparkan dalam filem Adele: Rise Of The Mummy ini kerana jalan ceritanya yang cukup bersahaja. Adele Blanc-Sec walaupun seorang gadis yang berani, berilmu, pintar dan serba boleh, namun kebanyakan masalah yang dihadapinya diselesaikan dengan menggunakan kepintaran dan ilmu pengetahuan, bukannya kekuatan fizikal. Jadi, kesimpulannya, filem Adele: Rise Of The Mummy bukan filem aksi.

Pada babak akhir filem ini, penonton akan menyaksikan kewujudan kapal yang terkenal dalam sejarah, iaitu RMS Titanic. Adele akan menaiki kapal ini dan dijangka sekuelnya nanti pasti berkisarkan tentang kapal ini. Adakah kisah seterusnya berkenaan dengan batu permata "Heart of the Ocean" yang menjadi lambang cinta dalam kisah Titanic?

Filem Adele: Rise Of The Mummy walau bagaimana pun mengundang pelbagai reaksi yang bertentangan daripada pelbagai pihak. Ada yang sukakan komedi dan aksi mencuit hati watak-watak di dalam cerita ini, dan ada pula yang mengatakan cerita ini agak bersahaja dan banyak babak-babak yang mungkin membosankan. Apa pun, terjemahan suara dari Perancis ke Bahasa Inggeris untuk filem Adele: Rise Of The Mummy ini dilakukan dengan baik kerana agak sukar untuk membezakan sama ada mulut sebut lain, suara keluar lain. Para pelakon suara yang melakonkan suara untuk filem Adele: Rise Of The Mummy ini memang profesional.



Imej janaan komputer atau teknologi CGI yang digunakan dalam filem ini juga agak kurang baik. Pergerakan pterodactyl nampak aga hidup biarpun tidak sehebat teknologi CGI yang kerap digunakan di Hollywood. Pergerakan mumia agak kelakar. Namun, barangkali kerana kekurangan dari segi CGI ini juga menyebabkan watak-watak mumia dalam filem ini amat mencuit hati.

Paris tahun 1912 pula diwujudkan dengan baik. Mungkin bagi orang Perancis, mereka boleh menilai dengan lebih mendalam, namun bagi penonton yang dibesarkan di luar Paris, dan tidak pernah menjejakkan kaki ke Paris, mereka apa peduli tentang suasana sekarang atau klasik di Paris. Apa yang penting jalan ceritanya yang menarik, luar biasa dan lakonan-lakonan para pelakonnya yang hidup dan tidak kaku.

Jumaat, November 05, 2010

The Other Guys Movie Review - Filem Aksi Komedi Kelakar

Ulasan Filem The Other Guys - The Other Guys Movie Review
Ulasan ringkas oleh Amiene Rev (C) 2010

Jangan tertipu dengan kemunculan Dwayne "The Rock" Johnson (Danson) dan Samuel L. Jackson (Highsmith) dalam filem ini. Mereka berdua bukan watak utama, tetapi watak lagenda yang menjadi ikutan ramai. Mereka berdua adalah polis berstatus selebriti yang sanggup menangkap penjenayah yang melakukan kes jenayah ribuan Dollar Amerika dengan melakukan kerosakan bernilai berjuta-juta Dollar Amerika. Mereka berdua adalah polis yang bertugas menangkap penjenayah dengan penuh bergaya dan mati dengan bodohnya apabila terjun daripada bangunan tinggi dengan sengaja semasa cuba mengejar perompak-perompak berstatus profesional.

Will Ferrell sebagai Allen Gamble dan Mark Wahlberg sebagai Terry Hoitz bergabung sebagai watak utama dalam cerita ini. Dua orang polis yang selalu bertengkar, kemudian mendapat inspirasi daripada dua orang polis selebriti tadi, lalu kedua-duanya bekerjasama sebagai rakan sepasukan yang hebat pada akhirnya.

Gamble dan Hoitz masing-masing memiliki sejarah silam yang hitam dan kelakar. Pada masa silamnya Hoitz pernah tertembah Derek Jeter, manakala Gamble yang lurus bendul pernah menjadi Gator, bapa ayam semasa di universiti.

Cerita ini penuh dengan lawak lucah dan agak keterlaluan, termasuk lawak bodoh dan lawak-lawak yang di luar dugaan. Babak kematian Danson dan Highsmith yang begitu sahaja memang mengejutkan ramai, terutama apabila ramai penonton yang pada ketika itu percaya mereka akan jatuh ke atas sesuatu yang lembut selepas terjun daripada bangunan yang tinggi. Namun tidak, upacara pengkebumian menjadi penutup kedua-dua watak itu.

Siapa percaya, Gamble yang lurus bendul mampu menarik perhatian ramai gadis-gadis cantik dan seksi berbanding Hoitz. Malah isteri Gamble sendiri yang bernama Sheila itu juga sangat cantik sehingga Hoitz turut cemburu dan tergila-gilakannya.

Siapa percaya, kedua-dua polis ini dengan mudahnya termakan rasuah tiket perlawanan bola keranjang dan konsert kebudayaan daripada suspek mereka sebanyak dua kali.

Cerita ini banyak memaparkan lawak-lawak komedi yang di luar kewarasan manusia normal, selain aksi-aksi yang meletup-letup.

The Other Guys adalah sebuah cerita yang mampu membuatkan anda ketawa tidak percaya akan lawak-lawak badut yang dilakonkan oleh keempat-empat watak ini, termasuk watak orang kaya itu sendiri. Filem ini adalah sebuah filem lawak sindiran yang sinis.

Oh, ya. Seharusnya ulasan ini ditulis ringkas sahaja kerana masa tidak mengizinkan saya untuk lama menulis di sini. Awas, filem The Other Guys memiliki lawak lucah maka filem ini hanya sesuai untuk tontonan 18 tahun ke atas. Nampaknya filem-filem Barat semakin berani menjadikan kelucahan sebagai satu lawak.

Khamis, November 04, 2010

RED - Retired Extremely Dangerous Review

RED - Apabila Pesara CIA Kembali Beraksi Melawan CIA Itu Sendiri
RED Movie Review - Ulasan Filem RED
Ulasan Oleh Amiene Rev

Genre: Aksi, Pengembaraan dan Komedi
Laman Web Rasmi: http://www.Red-TheMovie.com
Pengarah: Robert Schwentke
Para Pelakon: Bruce Willis, Morgan Freeman, John Malkovich, Helen Mirren, Karl Urban, Mary-Louise Parker

Sinopsis Filem RED
Filem RED didasarkan daripada novel grafik keluaran D.C Comics, karya Warren ellis dan Cully Hammer. RED merupakan sebuah filem sarat dengan aksi letup-meletup dan juga komedi yang dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Bruce Willis, Morgan Freeman, John Malkovich and Helen Mirren. Frank (Bruce Willis), Joe (Morgan Freeman), Marvin (John Malkovich) dan Victoria (Helen Mirren). Kesemua bintang-bintang ini merupakan bekas Agen Terbaik CIA. Namun, disebabkan rahsia terpendam yang diketahui oleh mereka menyebabkan mereka dilabelkan sebagai RED - Retired but Extremely Dangerous (Pesara Yang Masih Sangat Berbahaya).

Kesemua mereka yang sudah bersara dan berumur melebihi 50 tahun ini terpaksa hidup dalam keadaan penuh berbahaya selepas mereka menjadi buruan dan sasaran CIA itu sendiri. Bak kata, seperti buah kelapa, semakin tua semakin berminyak, mereka semua bergabung menjadi satu pasukan untuk menghapuskan pengkhianat sebenar di dalam CIA, yang juga merupakan salah seorang pemimpin dalam pucuk pimpinan tertinggi di negara Amerika.

Ulasan Amiene Rev:
Bruce Willis merupakan bintang filem aksi yang paling saya minati suatu ketika dahulu. Filem-filem beliau seperti Die Hard, Fifth Element, 12 Monkeys, Armageddon, Surrogates, The Sixth Sense, dan lain-lain filemnya merupakan filem kesukaan saya.

Seperti biasa, Bruce Willis akan tampil tenang dalam keadaan cemas bagi setiap babak-babak aksi yang dilakonkannya. Ini adalah identiti lakonan Bruce Willis yang hebat.

Watak-watak yang dicipta dalam filem ini juga menarik dan kelakar. Joe, pakar analisis CIA yang sudah berpencen, memiliki strategi yang menarik, manakala Marvin, orang tua yang tidak suka dipanggil orang tua yang sangat kelakar dan tampil dengan dialog-dialog keanak-anakkan yang menggelikan hati selain aksi-aksi spontannya yang juga membuatkan kebanyakan penonton tergelak.

Babak-babak menarik Marvin (John Malkovic) dalam filem RED ini termasuklah:
Babak rumah di dalam enjin kereta: Ramai orang ingat Marvin tinggal di dalam kereta, tetapi sebenarnya ada sesuatu di sebalik enjin kereta yang orang tidak tahu.

Babak Marvin berjaya mengesan atau menghidu bau perisik-perisik CIA yang lain dengan mudah: Marvin sudah mula curiga dengan kemunculan sebuah helikopter tetapi tidak diambil berat oleh Frank Moses (Bruce Willis). Marvin juga sudah menyedari kemunculan perisik-perisik yang menyamar sebagai orang biasa tetapi tidak disedari oleh Frank. Frank memarahi Marvin dan Marvin merajuk sambil memegang ekor patung bantal khinzir merah jambu kesayangannya.

Babak di mana Marvin memukul bom yang dilancarkan oleh seorang agen CIA seperti permainan bola lisut dengan pelancar grenade: Antara babak kelakar spontan di mana Marvin secara tepat mengembalikan bom tangan yang dilempar oleh seorang agen CIA kembali kepada agent CIA.

Babak di mana Marvin menembak tepat peluru roket yang sedang dilancarkan ke arahnya: Peluru ternyata lebih pantas daripada roket, apabila seorang agen CIA wanita menembak roket RPG ke arah beliau, beliau pun dengan tepatnya menembak ke arah roket tersebut dan menyebabkan kematian mudah seorang agen CIA.

Babak Marvin menyumbat hidungnya yang berdarah dengan kapas dalam usaha merampas sebuah ambulan: Hahaha! Satu kejutan yang sudah dijangka. Takkan orang itu mati dengan mudah. Siapa yang mati hidup semula?

Babak Marwin bersembunyi di dalam timbunan daun-daun kering di depan rumah Victoria: Hahaha! Sungguh kelakar!

Babak Marvin akhirnya berjaya juga melepaskan tembakan kepada orang yang tidak disukainya: Dalam satu babak, orang yang tidak disukai Marvin mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan Marvin bertanya kepada Frank dan Joe, sama ada dia boleh menembak lelaki itu sekarang. Dalam satu babak yang lain pula, orang itu sudah mati, dan Marvin melepaskan tembakan secara mengejut ke arah mayat orang itu sehingga mengejutkan Frank dan rakan-rakannya.

Victoria pula merupakan seorang pesara CIA yang hebat dan tampil garang. Beliau sering mengeluarkan kata-kata yang kedengarannya kejam, tetapi sebenarnya terisi maksud cinta yang dalam.

Filem ini kelihatan hebat apabila orang-orang tua yang sudah berpencen beraksi di medan pertempuran yang penuh dengan peluru, bom dan letupan dalam usaha mempertahankan diri mereka daripada menjadi mangsa penganiayaan dan juga dalam usaha menghapuskan pemimpin yang jahat yang berada di pucuk pimpinan Amerika.

Strategi-strategi yang tampil ringkas, aksi komedi dan kelakar pasti menarik perhatian penonton. Watak yang paling mencuit hati dalam filem ini pastikan watak Marvin lakonan
John Malkovich.

Sabtu, Oktober 31, 2009

Michael Jackson This is It Movie Review - Ulasan Filem

Ulasan Filem: This is It - Michael Jackson
Pengulas Filem: Amiene Rev (C) 2009

Filem This Is It - Michael Jackson adalah sebuah filem kenangan, khusus untuk simpanan Michael Jackson. Tidak boleh dianggap sebagai satu filem dokumentari, filem This Is It ini adalah sebuah kisah realiti. Tidak berkisar terhadap hal-hal peribadi Michael Jackson tetapi lebih kepada usaha Michael untuk menghasilkan konsert terakhirnya - This Is It untuk peminat-peminatnya. Filem arahan Kenny Ortega ini digubah dengan baik, memuatkan susunan latihan Michael Jackson untuk konsert terakhirnya - This Is It.

Menerusi filem This Is It, saya selaku penonton dapat merasai kasih sayang Michael Jackson terhadap para peminatnya. Kesungguhan Michael Jackson bekerja dan berlatih untuk menghiburkan para peminatnya memang menyentuh hati. Tidak hairanlah jika ramai penonton menepuk tangan selepas tamat tayangan filem ini di panggung wayang.

Filem Michael Jackson tiba-tiba mendatangkan rasa hiba di hati saya. Saya tidak tahu kenapa, tetapi mungkin perkataan inspirasi dapat menjelaskan sesuatu. Bayangkan betapa ramai peminat Michael Jackson, yang membesar dengan lagu-lagu Michael Jackson datang untuk uji bakat, kemudian terpilih untuk berlatih bersama Michael Jackson, dan kemudiannya berlaku satu tragedi yang menyebabkan kematian Michael Jackson. Impian untuk beraksi di konsert dan mendampingi ikon mereka musnah begitu sahaja.

Michael Jackson melalui zaman derita yang cukup panjang hingga menjejaskan kariernya. Namun, semangat dan kesungguhan Michael Jackson sebagai penghibur tidak pernah luntur biarpun usianya sudah mencecah separuh abad. Apa yang menyebabkan saya rasa terharu dan hiba ialah menyaksikan betapa unggulnya Michael Jackson sebagai penghibur, dan kesungguhan para pekerja dan staf untuk konsert Michael Jackson bekerjasama dengan Michael untuk latihan persembahan konsert ini.

Kemahiran, bakat dan daya kepimpinan Michael Jackson terserlah dengan jelas. Sifat rendah diri Michael Jackson, dan pada masa yang sama memberi peluang kepada bakat-bakat muda untuk menyinar dapat dilihat di dalam filem kenangan Michael Jackson ini. "This is your time to shine."

Apa pun, aksi-aksi terakhir Michael Jackson menerusi latihan konsert memang sangat menarik. Boleh dikatakan semua pekerja yang bersama-sama menjayakan latihan konsert sepanjang beberapa bulan itu menunjukkan rasa gembira, teruja dan puas hati dengan persembahan Michael Jackson biarpun sekadar latihan. Michael Jackson tampil dengan penuh disiplin, komitmen, jiwa seni dan bakat yang terserlah gemilang. Menyaksikan filem ini di panggung, memberi satu kekeliruan terhadap diri saya, adakah Michael Jackson masih hidup, atau betul-betul telah meninggal dunia.

Saya sekadar faham, bahawa aura jiwa seni dan semangat penghibur yang ada dalam diri Michael Jackson, masih hidup dalam diri para peminatnya. Betapa kuatnya semangat ini. Inspirasi. Tragedi. Semuanya mengenai semangat seorang penghibur.