BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Broadband. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Broadband. Papar semua catatan

Rabu, Jun 29, 2011

Celcom Instanet - Perkhidmatan Jalur Lebar Termurah

Rakyat negara ini kini boleh melayari internet pada kadar serendah RM1 sehari, menerusi pelancaran jalur lebar terbaik dari Celcom Axiata Bhd. (Celcom), Instanet yang disifatkan caj jalur lebar termurah yang berada di pasaran tempatan buat masa ini.

Instanet didatangkan menerusi pakej pra-bayar dengan langganan pertama hanya sebanyak RM30, lebih murah berbanding RM50 pada kebiasaannya dan internet boleh digunakan tanpa gangguan selama 30 hari.

Cheapest Broadband - Celcom Instanet
Celcom telah melancarkan Instanet Celcom yang disifatkan sebagai braodband prepaid paling murah dengan mengenakan caj jalur lebar pada kadar serendah RM 1 sehari.

Instanet ini didatangkan menerusi pakej pra-bayar dengan langganan pertama hanya sebanyak RM30, lebih murah berbanding RM50 pada kebiasaannya dan internet boleh digunakan tanpa gangguan selama 30 hari.

Ciri-ciri Broadband Celcom Instanet

Pek permulaan serendah RM12.50 tanpa modem kepada caj langganan yang paling rendah untuk tempoh harian, mingguan dan bulanan.

Tambah nilai adalah sama seperti menambah nilai pra-bayar atau membayar pasca bayar Celcom.

Bagi pelanggan yang tidak mempunyai modem USB, mereka boleh mendapatkan pakej bundle pra-bayar Instanet yang didatangkan dengan model USB spesifikasi tinggi (muat turun 7.2 Mbps dan muat naik 5.76 Mbps).

Pelanggan akan dapat kad sim dengan nilai tersedia sebanyak RM10 yang ditawarkan dengan harga RM108 dan kelajuan sehingga 512Kbps.

PETIKAN HARIAN METRO - CELCOM INSTANET
CELCOM Axiata Berhad (Celcom) memperkenalkan Instanet, perkhidmatan jalur lebar prabayar paling murah di pasaran yang membolehkan pelanggan melayari Internet dengan pek permulaan cuma kira-kira RM1 sehari.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, perkhidmatan itu didatangkan dengan pakej prabayar membabitkan langganan pertama hanya RM30 bagi Instanet bulanan.

“Kadar ini lebih murah berbanding RM50 kebiasaannya dan Internet boleh digunakan selama 30 hari tanpa sebarang gangguan. Untuk Instanet Harian, pelanggan boleh menikmati kadar langganan pada RM5 dan Instanet Mingguan pula RM18.

“Tambah nilai boleh dilakukan di lebih 11,000 peruncit Celcom sedia ada di seluruh negara,” katanya ketika melancarkan perkhidmatan jalur lebar prabayar Instanet di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, bagi pelanggan yang tidak mempunyai modem USB, Celcom menawarkan pakej prabayar Instanet terkumpul yang didatangkan dengan model USB spesifikasi tinggi membabitkan muat turun 7.2 Mbps dan muat naik 5.76 Mbps.

“Pada masa sama, pelanggan diberikan kad sim dengan nilai tersedia sebanyak RM10 yang ditawarkan pada harga RM108 membabitkan tahap kelajuan sehingga 512Kbps,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Celcom yakin menarik 200,000 pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan terbabit.

Celcom Aims For 200,000 Subscribers For Instanet Prepaid Broadband

KUALA LUMPUR, June 27 (Bernama) -- Celcom Axiata Bhd expects an estimated 200,000 subscribers for the just-launched Instanet Prepaid Broadband by year-end, says Chief Executive Officer Datuk Seri Shazali Ramly.

He said Celcom was now leading in the mobile broadband sector with a market share of 51 per cent in the last quarter.

"With the new prepaid broadband, we expect our leadership to be strengthened further this year.

"Currently, we have 10.5 million customers and pre-paid subscribers account for more than more than 85 per cent our total subscriber base," he said when unveiling the Instanet Prepaid mobile broadband here today.

The Instanet Prepaid Broadband offers Internet access to customers who do not have a USB modem while customers with existing modem can enjoy immediate Internet access with the Instanet Prepaid Pack, both costing RM30 per month.

Meanwhile, the prepaid mobile broadband is also available for a daily subscription of RM5 and a weekly subscription of RM18.

-- BERNAMA

Ahad, Oktober 04, 2009

Streamyx TM NET Internet Speed Up Booster!!! Limited Offer!!!

Latest Streamyx Promotion
Home - Free WiFi Modem, RM60/month ~Business - 30% Discount, 24 months

TMNET Streamyx Broadband
Free Online Registration Site Pendaftaran Melalui Internet

STREAMYX FREE WIRELESS MODEM

- Streamyx + Fixed Line = 1 Cheaper Rate
- No more rental for Fixed Line

- All Streamyx COMBO packages:
- free Wireless Modem - 1 year warranty
- RM75 activation will be charged in the 1st bill
- applicable to existing fixed line owner and also new fixed line applicants
- the contract is 1 year. Customer is not allowed to terminate the account
within 1 year. After 1 year, the customer may continue or terminate.

NOTE: Please read and understand the following terms and conditions:

- This site is especially for new streamyx registration only.
- If you are already a streamyx user, and would like to upgrade or downgrade,
you must do it at the nearest TM Point.

- For customers with existing fixed line, if the streamyx applicant is the owner of the
phone line, the application will be processed immediately.
- If the applicant is not the phone owner, please email to streamyx@telekom2u.com
applicant's IC copy to prove the identity.

- Once you apply Streamyx COMBO, you no longer need to pay the RM25 fixed line
rental anymore, all you pay monthly is the Streamyx COMBO Price, eg. RM60.

- With Streamyx COMBO, you still have to pay for the calls you make. You have the
option to have unlimited calls to all TM fixed lines nationwide by paying additional
RM28 per month. If you would like to add Voice RM28, kindly remark it in the
Additional Remark.

- For new phone line application, you are required to email a copy of your IC to
streamyx@telekom2u.com You will need to pay in the first bill the standard
charges of RM75 for deposit and RM10 for stamp duty. If you are applying for
basic packages (not any of the combo packages) you will need to pay
additional RM50 for phone line activation.

- NOTE: the deposit for phone line application for non-Malaysian is RM1,075.

- RM30 cash to be paid to the TM contractor for installing the phone. If additional
wiring is needed, the charges will be RM50 or more.


Why Online Registration?

No queueing up at the TM Points!
- Save your time, save your money & save your effort

Register at your convenient time, wherever you are!
- 24 hours a day, 7 days a week!

We provide After Sales Support (Once Our Customer, Always Our Customer)
- Whenever you face any problem with your streamyx or even your computer,
please feel free to call us, and we will try to help you to troubleshoot the problem
- You may call us from Sunday to Friday (off on Saturdays) from 9 AM to 11 PM.
- Just remember our easy-to-remember hotline number:
Tel: 013-4567890

We bear the Poslaju charges if there is a modem to be sent to you !
- We understand that most people are working during Poslaju delivery hours,
we can arrange for Poslaju to deliver to your work place or whereever convenient.

Save Installation Fee (We help you to save even more!)
- Choose self installation to save RM88 installation fee.
- We have guided all our customers to self install sucessfully. You will be 1 of them.
- If you still prefer contrator installation, the charges is RM88.

Sabtu, September 19, 2009

Broadband Free dan RM12,500 Ringgit Untuk Anda

Cipta Tag-Line baru untuk B.LIV dan menangi RM12,500.
Iklan penyertaan boleh ditemui menerusi Iklan Nuffnang 336, Nuffnang 160
di bahagian atas, atau bahagian sisi kanan blog Duke Amiene Rev.

Inginkan Broadband Percuma? Sertai peraduan Pimp Your Broadband.
Iklan penyertaan boleh ditemui menerusi Iklan Nuffnang 336, Nuffnang 160
di bahagian atas, atau bahagian sisi kanan blog Duke Amiene Rev.

Apa kata pesaing-pesaing Broadband mengenai Broadband?

Maxis Broadband
Looking for broadband that suits your lifestyle? With Maxis Broadband, it's all about staying connected. And it's very easy to get started.

Celcom Broadband
Plug in, Logon, Resolve with Celcom Broadband, the fastest, widest broadband in Malaysia!

Broadband by DiGi
Experience the internet differently in Malaysia with Broadband by DiGi and see for yourself how Broadband Done Right can make a difference in your surfing.

P1 W1MAX | WiMAX Malaysia - Wireless Broadband Internet Service
Forget ADSL, 3G or Wifi hotspots! Get faster and uninterrupted speeds with P1 W1MAX, the latest wireless Broadband Internet service in Malaysia.

What is broadband actually?
Broadband Internet access, often shortened to just broadband, is a high data rate Internet access—typically contrasted with dial-up access using a 56k modem.

CLICK PADA IKLAN NUFFNANG
YANG TERDAPAT DI BLOG DUKE AMIENE REV INI

Selasa, Disember 16, 2008

Kelajuan Internet 1 Mbps Ketinggalan Zaman

Di ruangan forum laman web Utusan Malaysia Online, terdapat surat pembaca yang menarik perhatian saya. Memang sudah bertahun-tahun saya dengar mengenai kemunduran penggunaan internet di Malaysia, dan saya menyokong isi kandungan e-mel pembaca disertakan di bahagian akhir entri ini.

Malaysia yang terkenal dengan Koridor Raya Multimedia dan Cyberjaya memiliki kelajuan internet hanya 1 hingga 4 Mbps sahaja? Tiba-tiba saya rasa muka saya merah padam menahan malu. Sebagai rakyat Malaysia, saya berpendapat ini memang suatu perkara yang memalukan! Perkhidmatan internet di Malaysia seolah-olah katak di bawah tempurung.

Saya rasa perkara ini berlaku kerana perkhidmatan internet di Malaysia tidak ada pesaing. Apabila perkhidmatan wujud dalam bentuk tunggal, maka daya saing sukar untuk dibentuk.

Kita ambil contoh persaingan dalam dunia telekomunikasi telefon mudah alih. Maxis, Digi dan Celcom bersaing hebat untuk memberikan kualiti dan kuantiti perkhidmatan yang memuaskan pelanggan. Persaingan, perkara ini mungkin tidak dirasai oleh TM dalam dunia perkhidmatan internet.

Mungkin tanpa kita sedar terdapat pelabur atau pengusaha perkhidmatan internet yang melihat lubuk perniagaan berasaskan perkhidmatan internet di Malaysia. Mereka menunggu masa untuk memecahkan monopoli TM dalam perniagaan berasaskan perkhidmatan internet. Ketika itu, kejutan pasti berlaku dan penurunan kebergantungan pengguna dan pelanggan terhadap TM pasti akan berlaku. Lihat sahaja kejatuhan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih pada awal era Millenium dahulu. Mereka yang gagal memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat akan jatuh tersembam apabila muncul pengusaha-pengusaha baru yang memberikan perkhidmatan yang jauh lebih baik.

Jika pihak TM mahu memperkenalkan pakej yang lebih laju pada ketika pesaing-pesaing baru dalam perkhidmatan internet muncul, maka pada pandangan saya itu akan menimbulkan pandangan negatif rakyat Malaysia yang bijak terhadap TM. Kenapa bila ada pesaing baru TM mahu perkenalkan yang lebih laju? Kenapa dulu tidak ada? Sedangkan dulu sudah ada perkhidmatan internet yang menawarkan kelajuan yang lebih laju, pada kadar harga yang jauh lebih rendah. Kenapa Malaysia tidak boleh? Apa gahnya Koridor Raya Multimedia dan Cyberjaya kalau untuk meningkatkan kelajuan sambungan internet pun banyak masalah dan alasan? Maka, berhati-hatilah. Ini sekadar luahan hati seorang rakyat Malaysia yang tidak puas hati melihat pencapaian Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan internet di negara ini. Sayangnya tidak ada pesaing di negara ini dalam bidang ini.

Sekiranya itu yang berlaku, zaman TM mungkin akan berakhir. Rakyat Malaysia sudah bertahun-tahun makan hati dengan kelajuan internet yang ditawarkan setakat ini. Cuma kita belum tahu bila ianya akan menjadi kenyataan. Saya mendapat maklumat yang mengatakan kelajuan internet di Perancis ialah 28 Mbps, 27 Mbps jauh lebih pantas berbanding di Malaysia.

Malah, turut dilaporkan kelajuan internet terpantas di dunia dimiliki oleh seorang wanita tua berusia 75 tahun dari Sweden. Wanita itu bernama Sigbritt Löthberg's, dilaporkan memiliki kelajuan internet sekitar 40 Gigabit per saat! Kelajuan internet di Malaysia umpama cahaya kunang-kunang yang mahu bersaing dengan cahaya rembulan. Nasib baik itu cuma satu demonstrasi. Kalau tidak memang jatuhlah imej Malaysia sebagai pemilik Koridor Raya Multimedia dan Cyberjaya. Namun Jepun masih boleh berbangga sebagai pembekal perkhidmatan internet terpantas dunia pada tahun 2007.

Malaysia pula bagaimana? Malaysia Boleh?

Pada Oktober 2007, kedudukan terbaik kelajuan internet broadband bagi negara-negara di seluruh dunia ialah seperti berikut:
  1. Japan = 93,693 Megabits per second
  2. France = 44,157 Mbps
  3. Korea = 43,301 Mbps
  4. Sweden = 21,423 Mbps
  5. New Zealand at - 13,595 Mbps
  6. Italy = 13,056 Mbps
  7. Finland = 12,969 Mbps
  8. Portugal = 12,955 Mbps
  9. Australia = 12,130 Mbps
  10. Norway = 11,847 Mbps
  11. Luxembourg = 10, 674 Mbps
  12. United Kingdom = 10,674 Mbps
  13. Germany = 9,188 Mbps
  14. United States = 8,860Mbps
  15. Canada = 7,797 Mbps
  16. Spain = 6,575 Mbps
Maklumat lanjut boleh ditemui di: www.websiteoptimization.com


LAMPIRAN SURAT PEMBACA DI FORUM UTUSAN:
Sokong TM kaji kadar perkhidmatan Internet

SAYA amat bersetuju dengan pandangan Anak Penoreh, Kuala Berang, Terengganu yang tersiar di ruangan ini semalam. Memang tepat seperti yang disarankan iaitu bukan sekadar bantu penduduk miskin malah TM patut menurunkan kadar harga perkhidmatannya dan menaik taraf kemampuan jalur lebar yang dipromosinya.

Di Amerika pada kadar RM88 sebulan yang dicaj oleh TM untuk pakej 1 Mbps, saya mampu memperoleh kelajuan Internet 3 Mbps. Yang menghairankan saya ialah mengapa negara maju yang rakyatnya kaya-raya ditawarkan perkhidmatan yang lebih murah tetapi jauh lebih baik.

TM seharusnya mengkaji dan mengubah semula kadar harga perkhidmatannya supaya lebih munasabah dan sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini selain membantu penduduk miskin luar bandar dengan pakej istimewa. Kelajuan 1 Mbps yang disogok kepada rakyat selama ini sudah ketinggalan zaman ditambah dengan caj yang langsung tidak berpatutan dan talian yang sering terganggu.

Kelajuan terpantas yang ditawarkan di sini adalah 12 Mbps pada harga RM140 sebulan berbanding pakej TM iaitu RM268 sebulan untuk 4 Mbps. Saya sedih melihat TM yang jauh ketinggalan dan tidak bersifat membantu rakyat dengan kadar harga overcharged.

Sudah tiba masanya TM melihat perkara ini sekiranya ingin memajukan industri teknologi maklumat di Malaysia. Saya mohon kementerian yang berkenaan campur tangan dalam perkara ini. Wujudkan lebih banyak pesaing untuk tawaran harga yang lebih munasabah kerana industri IT bukan lagi suatu perkara yang baru dan eksklusif. Kelemahan dan kelembapan Internet di Malaysia sememangnya tidak boleh dimaafkan.

MUZAMMIL
Nebraska, USA

SUMBER: www.utusan.com.my