BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 17, 2012

Pakaian Semasa Menghadiri Majlis Rasmi Untuk Wanita

Petua Menyesuaikan Pakaian Di Majlis Rasmi Untuk Wanita

Sesetengah orang mungkin merasakan apa yang disukainya maka itulah yang akan cantik pada pandangan orang lain. Sebenarnya, inilah yang dikatakan syok sendiri. Kajian tentang cara pemakaian semasa majlis rasmi telah menunjukkan bahawa ada beberapa perkara yang penting tentang pakaian seorang wanita semasa menghadiri majlis. Ini bagi menghindari perasaan pelik atau janggal di kalangan hadirin majlis rasmi yang lain. Berikut adalah beberapa petua memilih pakaian semasa menghadiri majlis rasmi untuk wanita:
  1. Elakkan daripada memakai kain berkilat / berkilau pada siang hari.
  2. Elakkan daripada memakai satu warna sahaja.
  3. Jangan melebihi 4 warna pada satu-satu masa.
  4. Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan bentuk badan.
  5. Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai.
  6. Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang.
  7. Bila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan.
  8. Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat.
  9. Rambut hendaklah tersisir rapi.
  10. Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas, jika memakai tudung.
  11. Jika memakai mini telekong, warna tudung hendaklah bertentangan dengan warna baju.
  12. Bila gunakan sarung kaki pilih warna ‘skin colour’
  13. Corak fabrik tidak lebih dari 4 warna.
  14. Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang berloceng yang akan membuat bunyi apabila anda berjalan.
  15. Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol (frills) ataupun berbunga besar.
  16. Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata.
  17. Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan di tangan yang sama.

Ahad, Jun 10, 2012

Kenapa Wanita Muda Suka Suami Orang - Lelaki Beristeri Lebih Matang, Stabil Serba-serbi

Tentu ramai yang bertanya kenapa wanita lebih suka lelaki yang telah berkahwin, atau berstatus suami orang. Mungkin ramai yang ingin tahu sebabnya. Berikut ada satu artikel menarik yang mengupas mengenai kenapa suami orang menjadi pilihan sesetengah wanita.

Penangan suami orang!
Sumber: Berita Harian, Oleh Nadia Hamid


SEKUMPULAN saintis di London dilaporkan pernah mendedahkan hasil kajian bagi merungkai misteri mengapa wanita kerap tertarik kepada suami orang dengan menyatakan wanita mungkin diprogramkan secara genetik mencari lelaki yang membawa bau kulit isteri masing-masing.

Profesor neurobiologi Universiti Rochester di New York, Dr Donald Pfaff menjelaskan, dalam kajian dijalankan terhadap tikus betina dan tikus jantan mendapati tikus betina mudah memberi lebih perhatian kepada tikus jantan jika disembur dengan bau tikus betina lain.

Hasil ujian itu menyimpulkan perspektif bahawa lelaki yang membawa bau wanita lain kelihatan lebih menarik berbanding lelaki 'bersih'.

Senario hari ini, bukan sedikit wanita muda rela berkongsi kasih malah sanggup merampas kasih suami orang. Mungkin sindrom tarikan ‘wedding ring syndrome’ (lelaki dengan cincin perkahwinan di jari manisnya lebih ‘laris’ berbanding lelaki berjari kosong) menjadi kunci asas mengapa suami orang lebih diminati wanita berbanding lelaki bujang.

Persoalannya, sejauh manakah kebenaran pendapat bahawa wanita muda lebih mengejar suami orang berbanding lelaki bujang?

Pengamal undang-undang syarie yang juga bekas Presiden Majlis Peguam Syarie, Isa Mohd Ralip ketika ditemubual kolum XY vs XX membabitkan isu poligami berkata, wanita biasanya sukakan jaminan dalam hidup termasuk dari aspek keperluan asas, keselamatan dan keperluan sosial.

Isa berkata, berdasarkan pemerhatian dan pembacaan menunjukkan wanita memerlukan individu yang boleh melindungi diri mereka, bersikap positif, bertolak ansur, tidak ego, bertanggungjawab dan memahami pasangan.

Beliau berkata, disebabkan faktor psikologi dan emotif berkenaan, tidak mustahil suami orang mempunyai tarikannya yang tersendiri sehinggakan menjadi buruan gadis yang belum pernah berkahwin dan janda.

“Dalam kehidupan masyarakat hari ini, isu kewangan adalah pokok utama membina kehidupan selesa. Justeru, saya boleh sifatkan wanita yang memilih suami orang berbanding lelaki bujang melihat pasangannya daripada sudut kewangan stabil dan memberi jaminan kehidupan selesa.

“Jika dilihat senario lelaki bujang sekalipun, biasanya individu ini masih baru berkecimpung dalam dunia pekerjaan dan ada antaranya dalam proses membina kerjaya kukuh.

“Lelaki berkahwin bijak berfikir, pandai memujuk rayu wanita, bersikap sentimental, romantik dan penyabar serta pemurah dalam perhubungan termasuk membelikan hadiah serta memenuhi keperluan materialistik wanita,” katanya.

Isa berkata, wanita yang tertarik dengan suami orang boleh dikategorikan kepada dua iaitu gadis yang belum pernah berkahwin dan wanita yang pernah mengharungi alam rumah tangga namun bercerai (janda).

Jelasnya, antara kategori berkenaan, golongan janda mudah dan cenderung berkahwin dengan suami orang mahupun duda berbanding teruna. Ia berikutan sejarah perkahwinan janda itu membenarkan tarikan suami orang berbanding pasangan bujang.

Beliau berkata, lelaki berkahwin mempunyai ketrampilan dan tarikan karisma yang tinggi menyebabkan mereka menjadi idaman wanita berbanding lelaki bujang yang selekeh, mudah emosi, panas baran, kurang arif melayani kerenah serta cara memikat wanita.

"Setiap individu memerlukan keseronokan dan kepuasan dalam hidup masing-masing. Justeru, tidak hairanlah sekiranya lelaki berkahwin mencari keseronokan dengan memikat wanita muda. Malah, ia satu tindakan escapism melepaskan diri daripada tekanan kebosanan dalam hieraki kehidupannya.

“Lelaki bujang pula acap kali tidak berkeyakinan dalam menjalinkan hubungan menyebabkan wanita mudah rasa tergugat serta keliru dengan pilihannya. Lelaki bujang sering kali menimbulkan konflik perhubungan akibat sifat baran, mudah mencari alternatif lain sebagai cara melarikan diri daripada konflik perhubungan dan tidak sabar mempertahankan institusi kekeluargaan yang dibina.

“Berdasarkan pengalaman mengendalikan kes syarie, kebanyakan lelaki muda mudah melafazkan cerai berbanding lelaki berusia. Pernah ada baru kes berkahwin tiga bulan namun, memfailkan permohonan ceria di mahkamah akibat kesilapan kecil dan pergaduhan remeh,” katanya.

Secara psikologinya, wanita gemarkan pujuk rayu dan elemen romantis menyebabkan mereka mudah tertarik kepada lelaki penyabar. Lelaki berkahwin dikatakan kaya dengan sikap sabar, penyayang, tidak berfoya-foya dan pandai memujuk rayu berikutan pengalamannya mengendalikan kerenah isteri yang sudah dikahwini bertahun-tahun lamanya.

Malah, lelaki berkahwin sudah faham akan kehendak wanita, bersikap lebih tenang dan tidak gelojoh dalam perhubungan. Faktor remeh sebegini dikatakan mampu membeli jiwa dan kasih sayang wanita. Bagi lelaki, hormon testosteron (seks) sentiasa ada menyebabkan mereka sentiasa mendambakan belaian manja dan kasih sayang seorang isteri walaupun sudah berusia.

Tegas Isa, individu berkemampuan sama ada daripada segi kewangan dan mampu bersikap adil dibolehkan mendirikan rumah tangga lebih daripada satu. Namun, katanya lelaki berkenaan perlu memahami hukum berkahwin yang terbahagi kepada lima iaitu, wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

“Surah An Nisa ayat tiga berbunyi; Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi sama ada dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (kemampuan keperluan asas, giliran dan kasih sayang), maka (kahwinilah) seorang saja,” katanya.

Kepada wanita muda yang mahu menjalinkan hubungan dengan lelaki berkahwin, ingatlah bahawa tidak mudah melayari alam berumahtangga. Tanggungjawab digalas amat berat bagi wanita namun bertambah dua kali ganda bagi ketua keluarga.

Bukan mudah menjadi ketua keluarga apatah pula jika mempunyai isteri lebih daripada satu. Mereka bukan saja perlu stabil dan kukuh dari segi ekonomi, kesihatan dan mental, tetapi juga harus mempunyai pegangan agama yang baik dan boleh membimbing isteri dan anak masing-masing.

Antara lelaki berstatus suami orang tapi memikat di mata wanita

* Aaron Aziz
* Yusri Abdul Halim (Yusry KRU)
* Asyraf Muslim
* Aidil Zafuan
* David Beckham
* Brad Pitt
* Fernando Torres

Selasa, Januari 20, 2009

Hukum Cukur Cabut Bulu Kening

Hukum Cukur Bulu Kening
Sumber: www.utusan.com.my
Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.
Bersama Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.

Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.

JAWAPAN:
Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. Ini akan saya jelaskan pada perbincangan dalil-dalil yang berkaitan dengan persoalan ini.

Sebelum berbincang lebih jauh elok kalau kita lihat dulu asas kepada perkara ini. Wanita dalam bahasa arab di sebut dengan perkataan al-Mar'ah yang bermaksud suatu yang dipandang atau dilihat.

Kecantikan seseorang itu bermula dengan wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk tujuan mencantikkan wajah.

Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Sehingga persoalan kening begitu mendapat perhatian dalam Islam, terutamanya melalui hadis-hadis Rasulullah SAW.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.

Setiap manusia mahu dia tampil secara sempurna dan tidak menyakitkan mata orang yang memandang, apatah lagi menjadi perhatian sehingga membawa kepada suara-suara sumbang yang memperkatakan bulu keningnya.

Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.

Di dalam kitab kitab-kitab hadis ada empat hadis yang membawa makna yang sama pada asasnya, namun setiap nas ada perincian yang membolehkan penghasilan hukum dalam persoalan yang dibincangkan.

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.

Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.

Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening.

Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.

Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.

hukum agama hukum mencukur bulu di muka hukum mencabut kening berdosakah mencabut kening dosa cukur kening dosa cabut kening dosa cukur bulu di wajah wanita hukum cabut kening hukum cabut bulu kening hukum cukur bulu kening haram mencukur habis bulu kening

Isnin, Januari 01, 2007

30 Rahsia Wanita Yang Perlu Diketahui Lelaki

30 Rahsia Wanita Yang Perlu Diketahui Lelaki

1. Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Apabila seorang wanita tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu memberi dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita berasa sukar apabila hendak mencari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu bagaimana hendak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu apabila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri daripada kamu selepas kamu menolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah untuk mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja gagang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, rakan-rakannya akan mengetahui berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi, jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu mengajaknya keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan daripadamu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa berada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hai' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan kejutan buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. Jadi,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi.

sumber: e-mel jajaan.

Selasa, Disember 12, 2006

Petua Wanita: 50 Tips Pikat Lelaki

50 Tips Pikat Lelaki - Menjadi Wanita Yang Disukai Lelaki

  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

  9. Jangan terlalu mengongkong.

  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.

  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

  19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

  25. Mengetahui bila hari lahirnya.

  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

  28. Agresif.

  29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

  30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.

  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.

  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

  40. Jangan bersikap terlalu kuno.

  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

  50. Jangan bersikap keterlaluan nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

7C Pada Wanita dan 8G Pada Lelaki Yang Perlu Dielakkan

Sifat Lelaki dan Wanita

Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan:


7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.

1. Comot

Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.

2. Cerewet

Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.


3. Cemburu

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawapadah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan diri mereka tidak dipercayai.


4. Cuai

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.


5. Celupar

Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.


6. Cabul

Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.


7. Cabar

Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak........


8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita

1. Garang

Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah-marah tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macamlah dia betul semua, atau seumpamanya.

2. Ganas

Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya.



3. Gementar

Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.


4. Gabrah

Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja, dan sebagainya.


5. Gentleman tiada Langsung

Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan sebagainya.

6. Gerumal

Bahasa kedah-bohong atau tipu.


7. Ganggo Keterlaluan

Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya.


8. Gatal

Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri.


sumber: Forward E-mail

Petua Untuk Wanita: Cara-cara Memikat Lelaki

Rahsia Menambat Hati Lelaki

Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?

Terima lelaki agar dia menerima anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain " Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.


Fahamilah lelaki agar dia memahami anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.


Berubah untuk menikmati perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.


Sanggup memberi untuk menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.


Percaya untuk dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.


Menangkan lelaki untuk menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.


Sifat negatif akan membuah kesan negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.


Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab

Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.


Kritikan akan membuahkan kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.


Beri kepada lelaki apa yang dia mahu

Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.


Tunjuk minat tulen terhadap lelaki

Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.


Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.


Panggillah lelaki dengan panggilan manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

Hormati dia sebagai lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.


Lelaki diumpan menerusi matanya

Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya.


Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa

Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.

Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:

1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan

2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.

3.Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.

4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.

5.Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.

6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.

7.Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.

8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.

9.Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.

Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.


Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki

Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.

1.Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut.


2.Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan.

3.Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.

4.Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.

5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya.

Walau bagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.

sumber: Forward E-mel

Ciri-ciri Lelaki Yang Menawan Hati Perempuan

Sifat-sifat Lelaki Yang Menarik Minat dan Perhatian Perempuan untuk jatuh cinta kepadanya.


1. Percaya Diri

Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton, maka teruskan bermain badminton dan juga cuba bermain bola sepak. Secara tidak langsung bakat dan kemahiran yang dimiliki akan menjadi lebih baik.
Berdiri tegak ketika bercakap.

Anda juga boleh melakukan senaman di bahagian belakang. Tetapi cara terbaik untuk membuatkan anda yakin pada diri sendiri ialah memandang wanita tepat pada matanya. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang. Si dia juga akan memberi tindak balas yang lebih baik.


2. Lelaki Lucu

Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Anda dinasihatkan agar tidak bersama teman wanita ketika si dia bersedih. Kemungkinan ini akan membuatkan dirinya lebih berduka. Paling tidak, cuba mengingati filem atau kisah lucu yang anda pernah tonton lalu menceritakan kepadanya agar si dia kembali tersenyum.

Pujukan dengan cara ini lebih menikamkalbu daripada memaksakan diri mewujudkan suasana ceria. Anda boleh mencari idea agar si dia dapat melupakan krisis yang dihadapinya. Di samping itu anda juga boleh membantunya menyelesaikan kekusutan yang melanda jiwanya.


3. Romantik

Wanita sebenarnya menginginkan lelaki yang romantik. Dan harus diingat romantik bukan bermakna gatal atau miang. Lelaki yang romantik ialah pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata.

Sikap yang mengambil berat tentang diri mereka dan penyayang menjadi salah satu aspek yang sering diberi perhatian oleh wanita. Biarpun mereka kelihatan rugged atau agresif tetapi dalam hal pemilihan teman lelaki kebanyakannya mahukan yang romantik.


4. Lelaki Bijak

Wanita sering bermimpikan lelaki yang bijak pandai. Untuk kecergasan, selalulah bersenam kerana ini akan menambahkan jumlah oksigen ke dalam otak. Fikiran menjadi lapang dan otak mudah menerima ilmu atau perkara baru. Wanita gemarkan lelaki yang bijak dan rajin membaca.

Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi anda boleh mencubanya. Pakai cermin mata tanpa kuasa kerana ini akan memperlihatkan anda seorang yang intelek. Selain kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang kelihatan intelek.


5. Suka Kanak-Kanak

Wanita menganggap seorang lelaki bijak adalah berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang termasuk menjaga kanak-kanak.

Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Ini membuktikan anda layak menjadi bapa yang penyayang.


6. Bijak Berdandan

Lelaki juga hendaklah bijak merawat atau memanjakan tubuh. Selain pakaian yang sesuai dan kemas, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Selain itu, kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih.

Rahsia dan Kelemahan Lelaki Yang Wanita Patut Tahu

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan prihatin.
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atahu mencuci mata di tepi pantai atau di kolam mandi.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Apabila lelaki berkata "Hmm. Tengoklah dulu". Itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Apabila lelaki bercakap berterus terang dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak begitu berkeinginan atau berghairah dalam soal-soal hubungan dengan wanita, datang dari sekolah khusus untuk budak-budak lelaki!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari perpustakaan atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  14. Biar betapa hebat pun seseorang lelaki itu bersikap romeo dan berasmara dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa dan yang lain hanya kawan.
  15. Apabila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari, maka maafkan saja lelaki itu kerana kebanyakan lelaki tidak sengaja untuk memandangnya. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  16. Apabila sesuatu hubungan cinta putus di tengah jalan, lelaki juga berasa bersedih, cuma dia tidak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  17. Apabila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut tunjukkan isyarat! Mana tahu lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tidak berupaya menolong wanita.
  19. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatidakan air mata senjata perempuan.
  20. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
Sumber: Forward E-mail