Projek Kekubah Air - Menjejaki Teknologi Air Bersih
Darah dipam melalui jantung, nadi berdenyut tanda kehidupan. Akupuntur merupakan titik urat yang menjadi pusat menyalurkan darah. Meridian.
Ditulis oleh Amiene Rev pada Oktober 12, 2015
Label: Amien Rev Menjejaki Teknologi Air Bersih, Catatan Prof. Dr. Amiene Rev, Catatan Seorang Saintis, Projek Kekubah Air
Ditulis oleh Amiene Rev pada Oktober 11, 2015
Label: Amien Rev Menjejaki Teknologi Air Bersih, Catatan Prof. Dr. Amiene Rev, Catatan Seorang Saintis, Eksperimen, Idea, Kajian, Prihatin
auratus = emasSpesis Swordtail menjana minat saya kerana tahan lasak dan mudah dibiakkan. Seekor ikan Swordtail jantan bersamaan dengan dua atau tiga ekor ikan Swordtail betina. Terdapat satu baka Swordtail yang merbahaya untuk dibiakkan. Ikan Black Swordtail adalah pembawa gen tumor atau kanser. Walaupun warna hitamnya kelihatan cantik, namun sekiranya anak yang dilahirkan menerusi kacukan dengan baka warna lain, maka kemungkinan besar anaknya mudah mati.
fasciatus / fasciatum = belang / jalur
ocellifer = bintik berbentuk mata
javanicus = berasal Java
belizanus = berasal Belize
mexicanus = berasal dari Mexico
Ditulis oleh Amiene Rev pada November 30, 2009
Label: Catatan Seorang Saintis, Swordtail
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 25, 2009
Label: Betta Splendens, Catatan Seorang Saintis, Ikan Pelaga
Sepanjang masa cuti sekolah ini, saya telah membekalkan bahan-bahan latihan khusus untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan NR, YS dan IS dalam subjek Matematik. Saya menanda kertas-kertas ujian untuk kesemua pelajar saya yang berjumlah 620 orang (enam ratus dua puluh orang pelajar). Saya dapati ada peningkatan antara 1 hingga ke 2.5 ganda bagi setiap pelajar yang saya ajar.Idea penulisan novel blog saya kali ini dipengaruhi oleh Bettas Holiday Food Block. Oleh itu saya kini mewujudkan watak seorang guru yang suka memelihara binatang atau ikan. Memandangkan saya memelihara 19 ekor ikan Betta yang terdiri daripada 11 ekor ikan Betta betina dan 8 ekor ikan Betta jantan, maka saya menggunakan dua blok makanan ikan semula jadi untuk diletakkan di dalam tangki air ikan Betta saya sepanjang ketiadaan saya di sini. Makanan ini mengandungi bahan-bahan seperti gypsum, free dried tubifex, brine shrimp, daphnia, mosquito larvae selain membantu mencuci dan meneuralkan isi kandungan air tangki ikan saya selama sepuluh hari.
YS muncul sebagai pelajar terbaik dalam kelasnya. Hakikatnya, NR merupakan pelajar paling bagus, tetapi ketinggalan 7.5 mata berbanding YS. Ini membuktikan bahawa bakat bukan pengukur kejayaan seseorang, tetapi sikap dan usaha merupakan faktor-faktor terpenting dalam menentukan kejayaan seseorang.
Sementara itu, seorang guru di sekolah saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa mencari ketam. Oleh itu, saya telah membantu memberi makan ikan-ikan dan kura-kura peliharaannya di sekolah. Guru tersebut bercuti selama satu bulan kerana sebelah kakinya tercedera.
Semalam, saya telah menyediakan bekas tumpangan untuk ikan-ikan guru tersebut untuk dibawa pulang ke rumah. Ini kerana cuti sekolah sudah bermula, dan ikan-ikan tersebut tidak boleh ditinggalkan di bilik guru. Bilik guru akan berkunci, dan ikan-ikan tersebut pasti akan kelaparan selama tujuh hari. Justeru, langkah membawa pulang ikan-ikan tersebut ke rumah adalah satu langkah yang amat baik.
Sementara itu, hari ini seorang pelajar yang juga merupakan seorang pengawas telah jatuh pengsan. Seperti seorang guru yang jatuh pengsan di tangga tempoh hari, pelajar ini juga jatuh pengsan di tangga. Seorang pengawas perempuan berlari mencari saya dan memberitahu saya mengenai adanya pelajar pengsan.
Saya bergegas mendapatkan pelajar perempuan tersebut, dan meminta pelajar-pelajar perempuan membantu mengangkat pelajar perempuan tersebut. Saiz badannya yang agak kecil dan kurus memudahkan pelajar tersebut diangkat. Saya juga meminta seorang pelajar perempuan berbangsa India untuk pergi ke kantin dan meminta sebotol air mineral daripada makcik kantin.
Memandangkan kelas saya akan bermula sebentar lagi dan saya pula perlu mengedarkan kertas ujian di dalam kelas, saya menyerahkan tugas tersebut kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Saya juga meminta seorang pelajar untuk mencari guru bertugas pada minggu itu atau guru kesihatan untuk mengendalikan kes ini.
Cuti sekolah bakal bermula tidak lama lagi, dan saya meminta kerjasama beberapa orang guru dan pengawas untuk membantu membuat rondaan di sekitar bangunan sekolah sebelum waktu persekolahan tamat. Ini kerana kes-kes vandalisme berkebarangkalian akan berlaku pada waktu pulang. Kebiasaannya pelajar-pelajar dalam kategori nakal, ADHD atau bermasalah akan melakukan kerosakan, melempar cat atau tepung ke mana-mana bahagian bangunan sekolah untuk menunjukkan rasa merdeka.
Syukurlah kawalan ketat yang dilakukan oleh guru dan pengawas memberikan hasil yang baik. Tidak ada sebarang kejadian vandalisme berlaku. Pelajar nakal tidak berani bertindak apabila mendapati kawalan keselamatan dan tingkah laku yang dilaksanakan oleh skuad pengawas dan guru adalah dalam keadaan yang amat baik.
Ditulis oleh Amiene Rev pada Ogos 21, 2009
Label: Betta Splendens, Catatan Prof. Dr. Amiene Rev, Catatan Seorang Guru, Catatan Seorang Saintis, Ikan Pelaga
Di dalam salah sebuah kelas corot yang saya ajar, ada seorang pelajar yang sangat suka memikul beg, tidak kira semasa duduk atau semasa berdiri. Pelajar ini dikenali sebagai Budak Kura-kura. Pelajar ini jarang berada di dalam kelas. Kadangkala dari bilik guru, saya dapat melihat Budak Kura-kura berkeliaran di luar kelas sambil memikul beg. Walaupun usia Budak Kura-kura sekitar 16 tahun, tetapi Budak Kura-kura masih belum dapat berfikir dengan betul dan waras. Budak Kura-kura hanyut dalam dunianya.Buat masa ini saya sedang berusaha mengkaji jenis hidupan air yang paling sesuai untuk dibiak di dalam tangki ikan saya. Ini kerana saya dapati ikan-ikan Betta kuat makan dan jika kiraan pertambahaan populasi hidupan air tidak dibuat dengan betul, saya khuatir ikan-ikan Betta saya akan terpaksa berpuasa. Bulan Ramadhan pun sudah hampir tiba, tetapi ikan-ikan Betta saya tidak diwajibkan berpuasa seperti umat Islam. Saya juga kurang pasti ikan-ikan Betta saya ini menganut agama apa.
Pelajar seperti ini tidak kisah dengan soal-soal pembelajaran. Dia cuma tahu memikul beg ke sekolah dan terus memikul beg itu ke mana-mana sahaja dia pergi. Dan, dia akan keluar kelas sesuka hati apabila dia bosan berada di dalam kelas, tidak kira ada guru atau pun tidak ada guru di dalam kelas.
Saya berpendapat Budak Kura-kura mengalami masalah mental. Saya juga berpendapat, beg yang sering dipikul oleh Budak Kura-kura pasti mempunyai makna tertentu terhadap Budak Kura-kura sehinggakan Budak Kura-kura tidak mahu berpisah dengan begnya.
Suatu hari, beg Budak Kura-kura hilang. Budak Kura-kura pun mengamuk. Habis kerusi meja ditendang sehingga patah dan rosak. Beberapa kaca tingkap telah dipecahkan. Guru Penolong Kanan datang dan cuba menyelamatkan keadaan. Kisah ini disampaikan oleh pelajar-pelajar lain kepada saya.
Kini kelas tingkatan empat yang paling corot di sekolah itu kekurangan kerusi dan meja. Bilangan kerusi dan meja yang tinggal sangatlah sedikit dan saya tidak pasti bagaimana pelajar di kelas yang paling corot itu akan dapat belajar. Mereka pasti memberi alasan tidak dapat belajar kerana tidak ada kerusi dan meja untuk belajar.
Saya difahamkan Budak Kura-kura telah menerima amaran terakhir daripada pihak sekolah. Pihak sekolah sebelum ini telah memberi banyak peluang kepada pelajar-pelajar bermasalah untuk berubah sikap, sayangnya oleh sebab terlalu banyak peluang itulah maka pelajar-pelajar ini semakin merasakan diri mereka berkuasa dan mereka boleh berbuat sesuka hati di sekolah.
Saya yakin, apabila hukuman rotan dikuatkuasakan semula, zaman pelajar-pelajar beradab seperti era sebelum abad millenium dahulu akan dapat dikembalikan. Pelajar-pelajar ini lemah dan kurang berdaya untuk menggunakan otak mereka untuk berfikir secara logik. Hiperaktif, ADHD dan seumpamanya adalah label yang sesuai untuk pelajar-pelajar bermasalah seperti ini. Mereka perlu diajar secara behaviourisme, untuk patuh kepada arahan. Sekurang-kurangnya mereka tidak lagi membuat kacau dan mempengaruhi pelajar-pelajar lain untuk turut melakukan pelbagai masalah disiplin di sekolah.
Ditulis oleh Amiene Rev pada Ogos 18, 2009
Label: Betta Splendens, Catatan Seorang Guru, Catatan Seorang Saintis, Ikan Pelaga
Usaha saya untuk memotivasikan pelajar-pelajar dari kelas corot untuk bersungguh-sungguh mempelajari subjek Matematik nampaknya amat berhasil. Saya dapati pelajar-pelajar saya seperti IS, NR, YS, AT dan ramai lagi sudah mula berkepit dengan buku-buku Matematik dan bahan-bahan rujukan Matematik yang saya berikan.Ketika ini, saya sedang mengkaji kaedah terbaik untuk membiak atau menambah bilangan makanan semula jadi di dalam air tangki ikan Betta saya. Dengan cara ini, saya tidak perlu lagi risau untuk meninggalkan ikan-ikan Betta saya selama beberapa hari. Ikan-ikan ini akan dapat memakan plankton atau apa-apa hidupan air yang kecil di dalam tangki air semasa ketiadaan saya.
Apabila mereka melihat saya, cepat-cepat mereka menunjukkan hasil latihan Matematik mereka, dan bertanyakan saya soalan-soalan Matematik. Fenomena seperti ini boleh dikatakan belum pernah berlaku sebelum ini bagi kelas corot. Barisan-barisan pelajar dari kelas corot, telah tampil menjadi barisan jaguh Matematik.
Sementara itu, dua daripada tiga pelajar jagaan saya yang telah dibuang sekolah telah datang ke sekolah pada hari ini. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah dibuang sekolah. Saya lantas menemui kedua-dua pelajar secara berasingan ini untuk berbincang secara peribadi. Kemudian saya berbincang pula dengan pihak pentadbiran sekolah, dan dari situ saya melihat kebenaran.
Hati saya terasa sebak secara tiba-tiba. Sebelum ini saya telah diamanatkan oleh pengetua untuk mengawasi keempat-empat pelajar paling bermasalah dan kadangkala dianggap berbahaya di sekolah kerana sikap liar mereka. Pelajar-pelajar ini mempunyai pelbagai rekod yang merisaukan ibu bapa, pihak sekolah dan pelajar-pelajar yang lain.
Jika dibandingkan dengan guru-guru kanan yang lain, saya memiliki paling ramai pelajar jagaan. Bilangannya pelajar jagaan saya adalah dua kali ganda bilangan pelajar jagaan guru-guru terpilih yang lain. Keempat-empat pelajar jagaan saya ini sebenarnya boleh dianggap sebagai mimpi ngeri bagi mana-mana guru yang diamanatkan untuk menjaga mereka. Dan, 'mimpi ngeri' itu 'dihadiahkan' kepada saya.
Pengalaman menjaga keempat-empat pelajar ini banyak memberi kesedaran kepada saya. Saya tidak sesekali berasa menyesal kerana diberikan tanggungjawab ini. Guru-guru kaunselor banyak memberi panduan dan sokongan kepada saya. Malah saya anggap ini sebagai satu penghormatan daripada pengetua terhadap saya. Saya telah cuba sedaya-upaya untuk membentuk satu ruang fleksibel bagi menguruskan hal-hal pelajar ini.
Pelajar yang pertama dibuang adalah pelajar yang paling bermasalah di sekolah ini, yang namanya sering disebut oleh pihak pentadbir sekolah. Pernah dibuang sekolah pada tahun lalu, dan diterima kembali pada tahun ini. Namun, sayang sekali, Tuhan belum membuka pintu hati pelajar tersebut untuk berubah sikap.
Lalu tinggallah tiga orang pelajar lagi. Pada minggu lepas, ketiga-tiga pelajar ini dijatuhkan hukuman dibuang sekolah secara serentak kerana terlalu banyak rekod. Hakikatnya, pelajar-pelajar ini berkelakuan baik di depan saya dan akan mendengar arahan dan saranan saya. Pun begitu, bagaikan ada dendam antara mereka dengan pihak sekolah, dan mereka sering memberontak dan melawan cakap guru-guru yang lain. Memikirkan hal ini, saya diam. Hati saya tidak bersuara. Saya menarik nafas sambil memejamkan mata dan dalam diam mata hati saya melihat sinar ilham terpancar dari celah-celah pintu kesedaran.
Ditulis oleh Amiene Rev pada Ogos 17, 2009
Label: Betta Splendens, Catatan Seorang Guru, Catatan Seorang Saintis, Ikan Pelaga
Ditulis oleh Amiene Rev pada Ogos 11, 2009
Label: Betta Splendens, Catatan Seorang Saintis, Ikan Pelaga
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 15, 2008
Label: Catatan Seorang Saintis, Penyelidikan
Jalur Gemilang dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah yang ketika itu berusia 29 tahun dan merupakan seorang arkitek di JKR (Jabatan Kerja Raya) di Johor Bahru, Johor.
Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950.
Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.
Pada 12 Februari 1949, Hassan Al Banna telah meninggal dunia, iaitu dua hari sebelum Hari Memperingati Valentinus.
Maka, adalah wajar jika kita memperingati pemergian tokoh terbilang Islam ini, pada setiap 12 Februari, bagi setiap tahun.