BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Keburukan Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keburukan Facebook. Papar semua catatan

Ahad, Julai 08, 2012

Bahaya Facebook Bagi Pelajar Dalam Islam

Bahaya Facebook Bagi Pelajar

Padah terlampau aktif di Facebook
Disediakan oleh Berita Harian

Remaja yang terlalu asyik melayari laman sosial berdepan risiko menghadapi tekanan perasaan.
Canberra: Gadis remaja yang aktif menggunakan media sosial lebih berkemungkinan berdepan masalah kemurungan dan rendah diri, menurut kajian baru.

Data baru mendedahkan remaja perempuan yang memperuntukkan masa panjang di laman web seperti Facebook, Twitter atau MySpace lebih tidak menyenangi bentuk badan dan berat mereka. Penyelidikan di universiti, yang meninjau pendapat 1,096 gadis berusia antara 12 dan 16 tahun, mendapati 40 peratus tidak berpuas hati dengan bentuk tubuh dan separuh daripada mereka bimbang dengan kenaikan berat badan.

Ia juga mendapati ramai gadis menggunakan internet dan media sosial lebih berkemungkinan mengalah dengan perasaan itu.

Saintis Sekolah Psikologi di Universiti Flinders, Australia, Dr Amy Slater dan Profesor Tiggemann, berkata hasil kajian menunjukkan kaitan membimbangkan.

“Kami menyiasat peranan media dalam menentukan imej diri gadis remaja. Kami tertarik mendapati bagaimana remaja perempuan memperuntukkan masa lapang dan bagaimana aktiviti berbeza berkaitan dengan apa mereka rasa mengenai diri dan tubuh mereka.

“Kajian kami menunjukkan kaitan membimbangkan antara penggunaan media keterlaluan, terutama media sosial dan internet, dan rendah diri, tidak puas hati dengan bentuk tubuh dan semangat jati diri dan kemurungan,” kata mereka.

Kajian juga mendedahkan daripada 96 peratus gadis yang mempunyai capaian internet di rumah, 72 peratus memuat naik gambar sendiri dan 12 peratus memuat naik video.

Daripada gadis ini, yang purata masa menggunakan internet sehingga tiga jam setengah setiap hari, cuma 35 peratus daripada ibu bapa mereka menetapkan bila dan apa yang boleh dilihat anak perempuan mereka di internet.

Dr Slater berkata, penyelidikan lanjut yang menganalisis kandungan lebih 600 iklan mendapati 14 daripada laman web paling popular yang mensasarkan gadis remaja memaparkan kosmetik dan produk kecantikan.

Beliau juga menyatakan, model yang digunakan dalam iklan, kerap mempromosikan keluaran seperti produk menghilang berat dan laman web temujanji yang disifatkan tidak sesuai dengan golongan yang melayarinya – secara umumnya adalah wanita, muda, kurus dan menarik. - Agensi

Facebook juga dikenalpasti sebagai tempat menyebarkan fitnah sama ada secara sengaja atau tidak sengaja yang menjurus kepada dosa besar. Selain itu Facebook juga boleh mengundang aib dan dosa 24 jam jika seseorang itu menayangkan dosa-dosa seperti tidak menutup aurat, memalukan orang, mengeji atau memaki hamun dan sebagainya.

Selasa, Oktober 11, 2011

KEBURUKAN FACEBOOK - GEJALA SOSIAL - PELAJAR CENDERUNG JADI PEMARAH

 KEBURUKAN FACEBOOK: 60,000 pelajar kita ketagih FaceBook

Remaja habiskan masa 4 jam sehari layari internet, kerap menipu, antisosial KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB). Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi. Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi. 

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online. 

“Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. 

Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB. “Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia,” katanya. Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial. Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan. 

“Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial,” katanya. Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau. Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental. 

“Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya. Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri. Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit.