BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label PTPTN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PTPTN. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 22, 2012

Bayar balik PTPTN walaupun RM50 sebulan

Bayar balik PTPTN walaupun RM50 sebulan
22/08/2012 5:00pm

TEMERLOH - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak sepatutnya mempunyai masalah membayar balik pinjaman kerana mereka boleh berbuat demikian pada kadar serendah RM50 sebulan.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, PTPTN juga amat bertolak ansur dengan peminjam kerana agensi itu bersedia berunding menjadualkan semula pembayaran balik.

"Bukan matlamat PTPTN untuk mengambil tindakan tegas kepada pelajar, tetapi bagi memberikan peringatan supaya pelajar yang berhutang dengan PTPTN dapat berhubung dan berurusan dengan kita dan tidak mendiamkan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, PTPTN kesal kerana ada peminjam yang sudah mendapat pekerjaan namun bukan sahaja tidak membayar balik pinjaman, tetapi juga tidak mengendahkan notis peringatan.

Sehingga Februari lalu, PTPTN memberi pinjaman kepada 1.95 juta pelajar membabitkan peruntukan RM43.6 bilion. - BERNAMA

Jumaat, Oktober 21, 2011

PTPTN saman 104,083 peminjam ingkar bayar balik

Semasa aku masih menuntut di universiti, aku mendapat tajaan dan bukan pinjaman, maka aku dikategorikan sebagai salah seorang insan yang beruntung di muka bumi ini. Sehingga kini aku masih tidak memahami kenapa masih ramai peminjam PTPTN masih enggan membayar balik pinjaman yang pernah dibuat. Pada pengetahuan aku, duit PTPTN itu akan dikitar semula untuk digunakan bagi pelajar-pelajar baru yang memerlukan bantuan pinjaman wang untuk membiayai pengajian mereka.

PTPTN saman 104,083 peminjam ingkar bayar balik

SUNGAI PETANI: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memfailkan saman di mahkamah terhadap 104,083 peminjam yang ingkar membayar balik pinjaman bagi tempoh 2007 sehingga 30 September lalu.

Anggota Lembaga Pengarahnya Datuk Tajul Urus Md Zain berkata daripada jumlah itu, sebanyak 69,573 saman mendapat perintah penghakiman bersih daripada mahkamah.

"PTPTN terpaksa mengenakan tindakan penguatkuasaan saman yang dihantar ini kepada peminjam-peminjam tersebut memandangkan mereka tergolong dalam kategori tegar yang ingkar bayar balik pinjaman," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata PTPTN hanya menerima balik bayaran pinjaman sebanyak RM2.7 bilion daripada 725,000 peminjam bagi tempoh 1997 sehingga bulan lalu, berbanding jumlah yang patut diterima sebanyak RM 5.6 bilion.

"Ini menunjukkan peminjam yang bayar balik pinjaman adalah sebanyak 77 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan sebanyak 937,000 peminjam yang patut bayar," katanya.

Beliau berkata untuk tahun ini iaitu sehingga 30 September lalu PTPTN meluluskan pembiayaan pendidikan sebanyak RM4.16 bilion kepada 172,134 penerima biaya.

"Daripada jumlah itu PTPTN telah mengeluarkan pinjaman pendidikan sebanyak RM2.35 bilion," katanya selepas merasmikan Program Kemasyarakatan Anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Merbok dengan kerjasama PTPTN, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Tajul Urus turut meminta peminjam yang mempunyai kesulitan membuat pembayaran balik agar berhubung dengan PTPTN bagi menyelesaikan mereka, bukan melarikan diri.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pelaburan PTPTN Tuan Din Tuan Mat yang turut hadir berkata PTPTN menerima reaksi positif selepas pelancaran semula Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dua bulan lalu.

Katanya kutipan menerusi akaun pendeposit, SSPN mencatatkan peningkatan sebanyak 100 peratus.

"PTPTN meletakkan sasaran RM60 juta dapat dikutip daripada SSPN untuk tempoh tahun ini berikutan kutipan memberangsangkan sepanjang minggu lalu iaitu sebanyak RM3.6 juta," katanya. - Bernama