BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 18, 2012

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan - Daging Lembu Murah

Berebut Beli Daging Murah, Kini Dibuka Dua Hari
kosmo.com.my

ORANG ramai membeli daging lembu tempatan yang dijual pada harga RM18 sekilogram di gerai program Mantai Perdana di tapak bekas Kem Paroi, Seremban malam kelmarin.

SEREMBAN – Program tahunan Mantai Perdana di tapak bekas Kem Paroi, di sini sekali lagi mendapat sambutan hangat apabila ia dibanjiri orang ramai yang mahukan bekalan keperluan hari raya seperti daging, ayam serta bahan masakan pada harga murah.

Tumpuan tentunya di gerai daging yang menawarkan harga RM18 sekilogram berbanding harga siling RM22 di bawah Skim Kawalan Harga Hari Raya Aidilfitri 2012.

Turut dijual murah ialah ayam bersih pada harga RM5.90 sekilogram.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan sehingga bekalan peniaga habis pada malam pelancaran sedangkan program jualan dijadual berakhir semalam.

“Untuk tahun ini kita sediakan bekalan 200 ekor lembu, kerbau, kambing dan rusa masing-masing 50 ekor, ayam daging sebanyak 3,000 ekor dan itik salai pula 1,000 ekor,” katanya pada sidang akhbar Program Mantai Perdana Aidilfitri 2012 di sini malam kelmarin.

Katanya, program dua hari yang dijalankan sejak lima tahun lalu itu kini sudah menjadi acara tahunan yang semakin mendapat sambutan di negeri ini.

“Malah program ini sudah menjadi trademark bagi kita sebab itu kita sudah buat dua hari berbanding pada tahun pertama hanya buat satu hari. Ketika itu ramai orang yang tidak berpeluang mendapatkan daging kerana sudah habis.

“Maka kita buat dua hari, malam ini (malam kelmarin) dan hari ini (semalam), itupun bergantung kepada bekalan peniaga kerana jika sudah habis, mereka akan tutup gerai lebih awal,” ujarnya.

Khamis, Ogos 16, 2012

Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri

Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri 

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ya

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Ahad, September 11, 2011

Open House - Rumah Terbuka Hari Raya Johor 2011


Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri Sekitar Johor, Johor Bahru


First day
  • Johor ruler Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar will be holding his open house at Istana Tanjung, Muar today from 9.30am to 12.30am and 2.30pm to 4pm
  • Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim will be holding an open house at Istana Pasir Pelangi from 9.30am until 12pm.
  • Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman will hold an open house at the MB official residence at Saujana, Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Baru on Sept 10 from 9.30am until 12.30pm.
  • Johor state secretary Datuk Abdul Latiff Yusof will hold an open house at the Official residence of Johor State Secretary, No. 21, Jalan Skudai, Johor Baru on Sept 10 from 10am until 2pm.

Second Day
  • Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin will hold an open house at Umno Sri Pekembar, Pagoh on Sept 11 from 10am until 3pm.
State leader’s open house
  • 12 SEPTEMBER  2011 - 10AM - 3PM, Isnin, Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman will hold an open house at his residence at No. 70, Jalan Raja, Sungai Mati, Muar on Sept 12 from 10am until 3pm.
  • 13 SEPTEMBER 2011 - 10AM - 5PM, Selasa, Kempas assemblyman Datuk Osman Sapian will hold an open house at Jalan Sentosa, Kg Dato Onn on Sept 13 from 10am until 5pm.
  • 13 SEPTEMBER 2011 - 11AM - 5PM, Selasa, Johor Baru MP Datuk Shahrir Abdul Samad will hold an open house on Sept 13 at Dewan Raya Majidee Baru from 11am until 5pm.
  • 14 SEPTEMBER 2011 - 8PM-11.30PM , Rabu, Deputy Youth and Sports Minister Datuk Razali Ibrahim will hold an open house at Dewan Sultan Ibrahim, Tangkak, Ledang on Sept 14 from 8pm until 11.30pm.
  • 15 SEPTEMBER 2011 - 9AM - 3PM, Khamis, Jorak assemblyman Datuk Dr Shahruddin Salleh will hold an open house at Pusat Khidmat Adun Jorak, Bukit Pasir, Muar on Sept 15 from 9am until 3pm
  • 15 SEPTEMBER 2011 - 10AM - 3PM, Khamis, Bukit Serampang assemblyman Tahir Mohd Taat will hold an open house at Kg Sungai Senduk Gersek, Ledang on Sept 15 from 10am until 3pm.
  • 18 SEPTEMBER 2011 - 8AM - 4PM, Ahad, Higher Education Minister Datuk Seri Mohd Khaled Nordin will hold an open house at Dewan Raya Johor Jaya on Sept 18 from 8am until 4pm.
  • 18 SEPTEMBER 2011 11AM-4P, Ahad, Kota Tinggi MP Tan Sri Syed Hamid Syed Albar will hold an open house at Bandar Perani, Jalan Mersing, Kota Tinggi on Sept 18 from 11am until 4pm.
  • 18 SEPTEMBER 2011 -11AM-3PM, Ahad, Deputy Education Minister Dr Puad Zarkashi will hold an open house at Dewan Senggarang, Batu Pahat on Sept 18 from 11am until 3pm.
  • 22 SEPTEMBER 2011 - 11AM-4PM, Khamis, Bukit Permai assemblyman Kamaruzaman Ali will hold an open house at 1289-6, Jalan Mewah, Gate A, Bandar Putera, Kulaijaya on Sept 22 from 11am until 4pm.

Ahad, September 20, 2009

CARA SAMBUT HARI RAYA

Pengertian 'Idul Fitri

Kalimah 'Id (Bukan Aid) ialah kalimah bahasa Arab yang bermaksud perayaan atau hari ulang tahun. Fitri pula bermakna berbuka atau makan minum. Maksudnya, pada Hari Raya (tanggal 1 Syawal) umat Iislam dikehendaki berbuka dan haram berpuasa.

Fitri juga bermaksud tabiat semual jadi. Maksudnya orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Tarawih pada malam-malam Ramdhan, bertadarus al-Quran, Quyamullai, Zikrullah dan berdoa, bersedekah dan sebagainya. Amalan-amalan ini telah meleburkan dan membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali seperti bayi yang baru dilahirkan.

Dengan penjelasan tadi maka kita dapat mengambil kesimpulan bahawa 'Idil Fitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menundukkan nafsu ammarah sepanjang bulan Ramadhan. Apabila muncul anak bukan Syawal, diri mereka telah bersih daripada dosa dan mereka septutnya benar-benar menjadi orang yang takwa. Inilah matlamat ibadah puasa sebagaimana firman Allah s.w.t. menerusi ayat 183 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa atas kamu sebagai diwajibkan atas umat-umat terdahulu sebelum kamu dengan puasa itu semoga kamu bertakwa."

Pengisian Program 'Idil Fitri

'Idil Fitri hendaklah disambut dengan acara-acara yang dianjurkan oleh al-Quran dan al-Sunnah, iaitu ada tiga perkara seperti berikut:

1) Membanyakkan Ucapan Takbir

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan sempurnakanlah puasa kamu mengikut bilangan dari dalam bulan Ramadhan (29 hari atau30 hari) dan bertakbirlah (membesarkan Allah s.w.t.) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, semoga kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah:185)

Sabda Rasullullah s.a.w. pula yang bermaksud : "Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan rahmud .

2) Pembahagian Takbir
  • Takbir Mursal : Sunnat dilafazkan sama ada oleh orang yang bermukim mahupun musafir, dimasjid atau dijalan dengan cara duduk atau berdiri, dipasar-pasar, dirumah-rumah kediaman dan sebagainya. Waktu bermula daripada terbenamnya matahari akhit Ramadhan dan berterusan sepanjang malam Hari Raya hingga solat 'Id didirikan pada esok harinya. Demikian juga bagi Takbir 'Id al-Adhan (Hari Raya Qurban) sunnat dilafazkan sepanjang malam hingga esok harinya ketika solat 'Id al-Adhha didirikan.
  • Takbir Muqaiyad : Iaitu takbir yang terikat dengan waktu-waktu solat. Jelasnya ia sunnat dilafazkan pada setiap kali selesai sembahyang. Waktunya bermula selepas Subuh hari Arafah (hari ke-9 Zulhijjah) dan berakhir selepas solat 'Asar pada 13 Zulhijjah.

3) Menunaikan Zakat Fitrah
  • Walaupun dibolehkan pembayarannya sejak awal Ramadhan, yang afdal ialah pada pagi Hari Raya selepas solat Subuh sebelum solat 'Id didirikan. Inilah menurut hukum asal yang dilakukan pada zaman hayat Rasullullah s.a.w. dan para sahabat serta tabi'in yang lalu.

MASA DAHULU

Zakat Fitrah pada peringkat awal yang lalu dalam bentuk makanan asasi dan terus disampaikan kepada fakir miskin. Jadi, dalam saat-saat mereka hendak menyambut 'Idil Fitri, hari mulia yang penuh dengan barakah, alangkah gembiranya mereka mendapat habuan makanan itu.

Ibnu Abbas r.a. berkata yang bermaksud : " Rasulullah s.a.w. memfardhukan Zakat Tifrah sebagai membersihkan kecacatan ibadah puasa kerana perbuatan yang sia-sia dan mencarut, disamping itu menjadi habuan untuk orang-orang miskin."

Pada riwayat yang lain pula, Rasullullah s.a.w. berdabda yang bermaksud : "Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat 'Id, maka zakatnya itu diterima, tetapi yang membayarnya selepas solat 'Id, ia menjadi sedekah biasa." (Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majjah dan disahkan oleh al-Hakim)


MASA KINI

Kini dinegara kita, Zakat Fitrah diberikan dalam bentuk wang ringgit sebagai ganti beras. Fakir miskin telah menerima habuan sebelum Hari Raya dengan cara diberikan pendahuluan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Oleh itu, elok Zakat Fitrah dibayar lebih awal atau pada malam Hari Raya, untuk mengelakkan kesibukan tugas amil memungutnya. Sempena 'Idul Fitri selain diwajibkan berfitrah, kita umat Islam yang berkemampuan juga disunnatkan memberi sedekah-sedekah yang lain dengan mengutamakan kaum kerabat kita yang susah, kemudian barulah kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.

4) Menghadiri Upacara Solat 'Id

Sekelian Muslimin dan Muslimat, tua dan muda, termasuk wanita-wanita yang haid disunnatkan mengahdiri upacara perhimpunan tahunan tersebut bagi masyarakat Islam setempat. Kehaduiran mereka sebagai menghayati syi'ar keagungan Islam dan perpaduan ummah, disamping itu mereka berpeluang bertakbir (membesarkan Allah s.w.t.) beramai-ramai, mendengar khutbah 'Id yang penting, berzikir dan mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam. Bagi yang tidak uzur berpeluang mendirikan solat 'Id (Hari Raya)

Daripada Ummu 'Atuyah r.a. ujurnya : Kami disuruh membawa gadis-gadis kecil dan wanita yang haid pada Hari Raya ('Idil Fitri dan 'Idil Adhha), agar mereka menyaksikan kebajikan dan doa kaum Muslimin tetapi wanita-wanita yang sedang haid itu terpisah dari tempat solat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Perlu diingatkan, bahawa Hari Raya Puasa kita disunnatkan menjamah makanan atau juadah terlebih dahulu, kemudian pergi ketempat solat, tetapi untuk Hari Raya Haji sunat tidak makan terlebih dahulu, sebaliknya kita bersegera keupacara perhimpunan solat. Solat 'Idil Adhha disegerakan lalu menyembelih binatang qurban, kemudian kita pulang dengan membawa daging qurban, lalu dimasak dan baru makan.

Pada pagi-pagi Hari Raya, kita juga disunnatkan mandi dan memakai pakaian yang serba baru atau yang bersih dan indah. Kemudian ketika pergi kemusollah (tempat solat), pergi melalui satu jalan dan pulang melalui jalan yang lain, dengan tujuan dapat bertemu lebih ramai sahabat handai dan saudara sesama Islam. Kita sama-sama mengucapkan Salam 'Idil Fitri sambil berbalas-balas senyuman, sama-sama menyatakan rasa syukur ke Hadrat Ilahi atas petunjuk dan pertolongan-Nya sehingga kita berjaya menundukkan nafsu sepanjang bulan Ramadhan.

Pada zaman hayat Rasulullah s.a.w. dahulu, solat 'Id diadakan ditanah lapang kerana masjid-masjid pada zaman itu kecil-kecil belaka. Kini solat 'Id diadakan dimasjid atau disurau. Adalah amat elok jika dapat dibuatkan khemah atau ruang khas diluar masjid atau surau untuk memberi peluang para wanita yang uzur (haid) duduk ditempat itu supaya mereka dapat sama-sama menikmati syi'ar 'Idil Fitri atau 'Idil Addha.

5) Amalan-amalan Menjelang Hari Raya Puasa

Umat-umat Islam digalakkan melakukan I'tikaf beramai-ramai dimasjid pada malam-malam sepuluh terakhir pada bulan Ramadhan (malam ke-21 hingga malam ke-29 atau ke-30) kerana berharap bertemu malam LAILATIL QADAR atau malam kemuliaan yang mempunyai nilai lebih baik daripada 1000 bulan. Amalan ini dilakukan pada zaman hayat Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat serta abad-abad berikutnya, bahkan hingga kini masih dilakukan begitu bersemarak disesetengah negara Islam khususnya di Masjidil Haram (Makkah), tetapi malangnya dinegara kita kebanyakkan umat Islam menyambut 'Idil Fitri lebih tertumpu dalam bentuk fizikal atau lahiriah, yang mana sesetengahnya tidak sesuai dengan roh pengajaran Islam. Sejak awal Ramadhan lagi, mereka lebih tertumpu kepusat membeli-belah, melengkapkan persiapan membeli pakaian, hiasan rumah dan lain-lain lagi. Apabila Hari Raya sudah hampir, kebanyakkan suri rumah lebih tertumpu menyediakan kuih-muih yang pelbagai jenis.

Setiap individu Muslim dan Muslimah wajib menilai segala aktiviti yang telah berjalan selama ini, yang sesetengahnya telah menjadi 'budaya' termasuk bentuk acara menyambut 'Idil Fitri. Ciri-ciri yang diambil dari budaya luar Islam atau warisan budaya asing, yang tidak sesuai dengan aqidah dan syari'ah Islam hendaklah ditinggalkan. Kita boleh menyediakan makanan, juadah dan kuih0muih untuk Hari Raya tetapi hendaklah dalam bentuk sederhana. Demikian juga dengan perhiasan rumah, pakaian untuk diri dan anak-anak mestilah sesuai dengan ekonomi keluarga. Acara ziarah- menziarahi prang tua, sandara-mara, kaum kerabat, orang-orang yang berjasa kepada kita seperti para guru dan sabahat handai ini sebenarnya tidak terbatas sempena Hari Raya sahaja, tetapi perlu dilakukan pada hari dan bulan lain yang sesuai dari semasa ke semasa, sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w.yang bermaksud : " Ziarahilah saudara mara kamu dari masa ke masa kerana ia boleh menambahkan kasih sayang." Lebih-lebih lagi menziarahi ibu bapa kita, hendaklah dilakukan labih kerap dan janganlah menunggu Hari Raya sahaja. Amalan meminta maaf juga perlulah dilakukan dengan segera apabila kita terasa telah melakukan kesilapan serta kesalahan pada orang lain.

Sabtu, September 19, 2009

Kad Raya Elektronik, Ringtones Lagu Raya & Free Eid Mubarak Card

www.harirayapuasa.com
Hari Raya Cards, Selamat Hari Raya Cards, Kad hari Raya Greetings - Hari Raya Puasa is also commonly known as Hari Raya Aidilfitri. Send free greeting cards, ecards in this occasion to greet your friends and loved ones.

aidilfitri.kadviral.com
Kad Ucapan Selamat Hari Raya - Kad Raya 1. kad ucapan selamat hari raya. Kod: Klik tetikus di dalam kotak kod di bawah, klik kanan dan pilih Copy. Kemudian paste ke dalam mana-mana.

cards.thestar.com.my/raya
The Star Online e-Card Centre: Selamat Hari Raya - Selamat Hari Raya. Home > Festivals & Holidays - Hari Raya. Categories. Festivals & Hols. New Year · Chinese New Year.

Lain-lain laman web kad ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Elektronik - E-Card, dan juga Ringtones Lagu Raya & Free Eid Mubarak Card untuk telefon bimbit:
  1. Ramadan Mubarak
  2. Selamat Hari Raya
  3. Hari Raya Puasa
  4. 123 Greeting
  5. Kad Ucapan Raya
  6. Maxis Store
  7. Celcom
Kad Ucapan, kad Selamat Hari Raya, kad raya elektronik, grafik kad raya, ucapan hari raya, pantun hari raya, syair hari raya, gurindam hari raya, lagu hari raya, iklan terbaru tv3 hari raya, youtube iklan hari raya 2008, iklan petronas 2008, kad raya jualan, rekod kad raya, hantar kad raya, kad raya special design, kad raya limited edition, Jualan Kad Raya, kad jemputan, Selamat Pengantin Baru, gambar selebriti berhari raya, E-Kad, mykakis gadis, nurul shuhada nurul ain tv3, wallpaper, picture message, penghias skrin hari raya, ringtone raya, cikgu suraya, Gossip Artis Malaysia, gambar panas koleksi peribadi artis melayu, Alex Yoong, e-Kad Percuma, download lagu raya mp3, azhar sulaiman, azza elite, baggio, Ringtones Lagu Raya, Malaywood, memilih nama bayi, nama anak artis selebriti malaysia, nassier wahab, nora, Free Eid Mubarak Card, pelakon jelatang tv3, cara mekap yang betul, fesyen artis hari raya 2009 terbaru cantik paling best paling cantik. Ucapan, Alex Yoong, azhar sulaiman, azza elite, baggio, cara mekap yang betul, cikgu suraya, download lagu raya mp3, E-Kad, e-Kad Percuma, fesyen artis hari raya, Free Eid Mubarak Card, gambar panas koleksi peribadi artis melayu, gambar selebriti berhari raya, Gossip Artis Malaysia, grafik kad raya, gurindam hari raya, hantar kad raya, iklan petronas 2008, iklan terbaru tv3 hari raya, Jualan Kad Raya, kad jemputan, kad raya elektronik, kad raya jualan, kad raya limited edition, kad raya special design, kad Selamat Hari Raya, Kad Ucapan, lagu hari raya, Malaywood, memilih nama bayi, mykakis gadis, nama anak artis selebriti malaysia, nassier wahab, nora, nurul shuhada nurul ain tv3, pantun hari raya, pelakon jelatang tv3, penghias skrin hari raya, picture message, rekod kad raya, ringtone raya, Ringtones Lagu Raya, Selamat Pengantin Baru, syair hari raya, ucapan hari raya, wallpaper, youtube iklan hari raya 2008 2009