BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Sinopsis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sinopsis. Papar semua catatan

Sabtu, Oktober 09, 2010

Epilog Syurga Cinta di Slot Akasia TV3

Epilog Syurga Cinta di Slot Akasia TV3

Epilog Syurga Cinta merupakan drama adapatasi daripada filem Syurga Cinta. Epilog Syurga Cinta dilakonkan oleh Zizan Nin, Fida, Intan Ladyana, dan Mia Sara Nasuha. Tonton Online Epilog Syurga Cinta boleh ditonton menerusi laman web TV3, selagi stok masih ada.

Sinopsis Epilog Syurga Cinta

Bagi sesiapa yang mahukan sinopsis lengkap drama bersiri Epilog Syurga Cinta, maka sinopsis ceritanya adalah seperti berikut:

Irham, pemuda berusia lewat 20-an merupakan anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Puan Sri Mahani, dia membesar dia luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia bersekolah dan bekerja disana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Di belakang tabir epilog syurga cinta masih menjadi misteri.
Oleh sebab terlalu lama menetap di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Malah, Alex dan Zainal sering kalah jika mereka bertaruh. Begitulah kisah watak dua orang lelaki yang tenggelam dalam kesesatan dalam cerita Epilog Syurga Cinta ini.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Ini adalah watak yang cukup baik dalam cerita bertemakan Islamik. Tahniah Epilog Syurga Cinta.

Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan misinya. Bagus betul cerita Epilog Syurga Cinta kerana memuatkan babak seperti ini.

Melihat ketulusan Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Ihram sebagai kawan dan dalam temph berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim seperti mendirikan solat dan dia merasa selesa dengan tanggungjawab tersebut. Cinta yang membawa ke syurga, begitulah jalan cerita Epilog Syurga Cinta.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma suka-suka dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Ini adalah kelakuan yang tidak elok dipaparkan di dalam Epilog Syurga Cinta.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki, kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan itu tetapi gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah. Jadi, apakah pengakhirannya? adakah Irham dan Syuhadah akan kembali bersama dan hidup bahagia? Kalau boleh janganlah free full download atau muat turun percuma cerita Epilog Syurga Cinta ini. Belilah DVD, Blue Ray yang original. Sekian ulasan Epilog Syurga Cinta yang entah apa-apa ini.

Rabu, Disember 10, 2008

Sinopsis Filem Cicakman 2 - Planet Hitam

Sinopsis Cicakman 2 - Planet Hitam
Susunan Sinopsis oleh Amiene Rev

SINOPSIS: Cicakman (lakonan Saiful Apek) hanya mempunyai tempoh 3 hari (72 jam) sahaja untuk menyelamatkan bekalan air di muka bumi daripada dihitamkan oleh Professor Klon (lakonan Aznil Nawawi). Rancangan Planet Hitam yang diwujudkan oleh Professor Klon yang gila kuasa ini merupakan salah satu daripada usahanya untuk menawan kerusi Presiden Metrofulus.


Sementara itu, Ginger Boys yang telah mati kini kembali semula sebagai Ginger Ghosts (lakonan Adlin Aman Ramlie dan AC Mizal), menjadi lebih kuat dan berkuasa dan mula memburu Cicakman.

Sementara itu, Profesor Klon telah mengupah seorang pembunuh upahan handalan yang dikenali sebagai Rrama (lakonan Tamara Blesynski dari Indonesia). Rrama adalah seorang pembunuh yang misteri, dan sering menjadikan setiap tugasan membunuh sebagai satu karya seni membunuh yang unik.

Cicakman tidak bersendirian untuk menghadapi musuh-musuh yang semakin kuat ini. Kawan baik Cicakman iaitu Danny (Yusry Abdul Halim) dan seorang pakar feng shui yang berkuasa luar biasa (Louisa Chong), serta pihak-pihak lain yang tidak diduga muncul untuk membantu Cicakman.

Cabaran untuk Cicakman bukan sahaja setakat berlawan dan menewaskan musuh. Selain usaha-usaha untuk menyelamatkan bumi, Cicakman juga dilanda konflik peribadi dalam menangani kekeliruan persepsi orang lain terhadap dirinya dengan Hairi sebagai Cicakman. Tania yang sebelum ini menganggap Cicakman sebagai Danny, terus berusaha untuk mencari identiti sebenar Cicakman. Cicakman juga berada dalam dilema, sama ada menyelamatkan Iman (lakonan Sharifah Amani), adik perempuan Danny yang buta atau mengorbankan dirinya.

Pengarah:
Yusry Abdul Halim

Syarikat penerbitan:
KRU Studios

Lakon layar:
Yusry Abdul Halim

Skrip:
Yusry Abdul Halim
Meor Shariman


Para Pelakon

Watak utama:
Saiful Apek sebagai Cicak-Man
Fasha Sandha sebagai Tania
Aznil Nawawi sebagai Profesor Klon
Tamara Bleszynski sebagai Rrama

Watak pembantu
Adlin Aman Ramlie sebagai Ginger Ghost 1
AC Mizal sebagai Ginger Ghost 2
Sharifah Amani sebagai Iman
Louisa Chong sebagai Miss Cheef
Linda Onn sebagai Amarr
Yusry Abdul Halim sebagai Danny

Muzik
Edry Abdul Halim

Kesan bunyi
Mohd Mohsin

Sinematografi
Mohd Filus


Runut bunyi - Soundtrack Cicakman 2 - Planet Hitam
Dafi - Lemah
Pianka - Mau Yang Besar
Tyco - Planet Hitam
Edry Abdul Halim - Sumpah Takkan Cari Yang Lain
Anita Sarawak - Ular
Flava - Berhenti Mencinta
Adam - Jika Tak Kerna Kamu
Yusry Abdul Halim & Melly Goeslaw - Dibius Cinta

Ahad, Jun 03, 2007

Novel Beruk - Haji Azizi Haji Abdullah - 1991

Bila bercakap mengenai sekolah, mengenai anak-anak murid aku, mengenai Matematik (kerana aku mengajar subjek Matematik di sekolah ini), tiba-tiba sahaja aku teringatkan sebuah buku yang pernah aku baca sekitar tahun 1991.

Buku yang berjudul Beruk, karya Tuan Sasterawan Haji Azizi Haji Abdullah. Buku ini mengisahkan si Alias yang tinggal dengan emaknya yang sudah tua lumpuh, dan teman baiknya si gadis bernama Som dengan ayahnya yang bernama Pak Din serta Cikgu Sunan selaku watak separa antagonis.

Dalam cerita ini tidak ada sesiapa yang benar-benar bersalah, kerana cerita ini cuma mengenai budak yang baru berusia 12 tahun. Si Alias yang handal dalam Matematik, suatu hari tidak dapat tenang untuk pergi ke sekolah kerana beruknya hilang.

Bukan salah Alias, kerana gagal memberikan jawapan yang bernas untuk menyenangkan hati gurunya. Namun, sudah semestinya, apabila seorang budak berusia 12 tahun menimbulkan masalah, seorang guru itu harus menjejak ke rumahnya, kerana jawapan yang sebenar mungkin terdampar di rumah budak itu.

Alias tersilap memberi alasan kerana cuma mengatakan dia sayangkan Pon. Sekiranya Alias menerangkan peranan Pon dalam keluarganya, sudah pasti Cikgu Sunan juga tidak jadi mengirimkan penampar ke telinga Alias. Agaknya budak-budak zaman sekarang masih adakah seperti Alias? Ada... ada... di sekolah tersebut, aku mengesan seorang budak yang gagal memberikan keterangan yang benar mengenai dirinya, lalu dia pernah termakan penampar oleh seorang guru.

Budak ini sekarang dalam pemerhatian aku, kerana aku mendapati dia jadi begini kerana dia seorang anak yatim, tidak tahu siapa ibu dan bapanya. Dia menghadapi dilema antara permainan sukan tenis dengan skuash, lalu aku meminta dia mengadakan senarai semak sebelum membuat keputusan yang sebaik-baiknya.

Beruk yang bernama Pon itu adalah sumber pencarian makan, minum, pendidikan dan ubatan buat Alias sekeluarga. Jika bukan kerana itu, maka masih ada Pak Din dan Mak Cik Kiah yang agak gempal badannya itu datang membawa sejambir rezeki buat mereka sekeluarga.

Alias cuma memiliki dua helai seluar dan sehelai baju untuk dipakai buat sehari-harian. Begitulah apa yang diceritakan oleh penulisnya, Pak Haji Azizi menerusi buku yang diterbitkan oleh Penerbitan Kintan pada suatu ketika dahulu.

Suatu hari telinga Alias termakan penampar Cikgu Sunan yang garang hingga keluar menanah dan terjerit pekik bengkak merah dari telinga serta lebam bisu di lehernya. Alias makin enggan untuk hadir ke sekolah kerana risau bau busuk nanah yang sepekat susu penuh krim itu menyakitkan hidung dan menimbulkan perasaan nakal di kalangan rakan-rakan sekelas untuk mengejek dirinya sebagai beruk dan tidak selain perkataan B.E.R.U.K.

Hal ini mengundang pihak sekolah untuk menyiasat kehidupan Alias yang terpencil di pinggir hutan, untuk mengetahui kisah sebenar si Alias. Lalu, suatu ketika Cikgu Sunan datang sendiri untk menghayati keperitan hidup si Alias. Ini juga permulaan tragedi.

Ketika Cikgu Sunan menitiskan air mata memeriksa bisa tamparannya terhadap telinga Si Alias, Pon mengamuk kerana salah faham dan bimbang kerana menyalahtanggap si guru itu. Dalam mata Pon, Cikgu Sunan adalah seperti harimau yang sedang membaham isi telinga dan otak tuannya, Alias.

Lalu, Pon berusaha melepaskan diri, memutuskan tali, lalu menerkam ke arah Cikgu Sunan. Tragis, apabila Alias sendiri harus menamatkan nyawa Pon yang mengganas, dengan menggunakan lembing pengupas kulit kelapa, dan pergi, melayanglah, jiwa seekor beruk yang setia.

Saya ketika berusia 12 tahun juga terpengaruh dengan penamat cerita ini. Suatu ketika, kucing saya dibuang dari rumah, lalu saya berjanji kepada kucing saya itu.

"-NAMA KUCING-, TUNGGU SAYA DI UNIVERSITI..."