BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Palestin VS Israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Palestin VS Israel. Papar semua catatan

Sabtu, November 24, 2012

Perang Israel-Hamas Dalam Twitter, YouTube

Israel, Hamas saling berbalas mesej, muat naik video serangan dalam Twitter-YouTube

Baitulmaqdis: Perang kini memasuki era baru kerana jika sebelum ini istilah berkenaan hanya merujuk kepada penggunaan senjata tetapi sekarang ia bertukar menjadi ‘serangan’ di media sosial seperti Twitter.

Perkara yang sama turut berlaku di Asia Barat ketika Israel menggempur wilayah Gaza di Palestin.

Kedua-dua belah pihak memiliki akaun rasmi Twitter. Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memiliki akaun @IDFSpokeperson, manakala Palestin yang diwakili sayap tentera Hamas, Alqassam Brigades memiliki akaun @AlqassamBrigade.

Muat naik video peperangan Israel-Hamas


Kedua-dua akaun Twitter terbabit saling berperang dengan menyebut pihak musuh. IDF turut memuatkan sejumlah video serangan pesawat gempurnya ke Semenanjung Gaza termasuk serangan yang menewaskan komandan kanan Hamas, Ahmad Jaabari sebelum ini.

Sementara itu akaun milik Brigade Alqassam juga enggan mengaku kalah dengan membalas dan menyebut IDF dalam setiap tweet mereka yang berisi nada ancaman.

Masing-masing turut memuatkan pautan video YouTube yang menampilkan serangan yang dilakukan mereka.

Alqassam misalnya memuatkan video serangan Fajr 5 milik mereka ke Tel Aviv, Israel di halaman Youtube. Alqassam juga turut memuatkan video pesawat tanpa pemandu Israel yang ditembak jatuh Hamas.

Alat propaganda


Penggunaan media sosial seperti Twitter sebagai alat propaganda sendiri sebenarnya melanggar peraturan yang menentang kekerasan dan ancaman dalam media sosial.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian dari firma Enders Analysis, Benedict Evans, perkara terbabit membuatkan Twitter dalam keadaan sulit. - Agensi

Sabtu, November 17, 2012

Roket Palestin Berjaya Tembusi Tel Aviv, Ibu Negara Israel

Kebangkitan Palestin kini bermula. Jika dahulu Israel sering menyerang Palestin, maka kini badai mula bertiup berlawanan arah. Tidak lama lagi pokok-pokok akan berbicara, turut serta dalam pemburuan penghapusan Israel dan kejahatannya.

Roket Palestin kena Tel Aviv - Ibu Negara Israel
18-10-12 - 05:36:58 AM


Kepulan asap dilihat di ruang udara Gaza selepas serangan udara Israel. - Foto AP

Gaza: Buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, dua roket pejuang Palestin sampai ke ibu negara Israel, Tel Aviv, kelmarin.

Bunyi amaran serangan udara pejuang menyebabkan penduduk Tel Aviv bergegas ke tempat perlindungan bawah tanah. Tel Aviv adalah sebuah bandar Mediterranean dan kali terakhir diserang roket adalah ketika Perang Teluk 1991.

Sumber Israel berkata, sebuah roket meletup di laut sementara satu lagi kena kawasan pinggir Tel Aviv.

Kawasan metropolitan Tel Aviv mempunyai lebih tiga juta penduduk, 40 peratus bilangan penduduk Israel.

Satu serangan roket Hamas mengenai bangunan empat tingkat di bandar Kiryat Malachi, mengorbankan tiga penduduk Israel.
 
Angka kematian di pihak Palestin meningkat kepada 20 orang, enam daripadanya kanak-kanak.
Jet tempur Israel mengebom sasaran di dalam dan sekitar Gaza buat hari kedua, menggegarkan bangunan tinggi.

Menandakan niat untuk memperhebat serangan, jurucakap tentera Israel berkata, pihaknya menerima lampu hijau untuk mengerah 30,000 tentera simpanan untuk bertugas.

Kepulan asap dan habuk menjulang ke langit berselang seli dengan serangan roket dari Gaza, bandar penuh sesak. Empat kanak-kanak yang terkorban akibat serangan Israel, disemadikan semalam.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkata pejuang Palestin akan menerima padah kerana melancarkan peluru berpandu.

Serangan yang diperhebat ini akan menyamai harga yang perlu dibayar mereka, kata Barak di televisyen.

Dalam serangan udara terbaru, tiga penduduk Palestin maut apabila peluru berpandu mengenai kereta mereka di utara Gaza.

Tentera Israel juga mendakwa memusnahkan 70 tapak pelancaran roket pejuang Palestin.

Sebuah jana kuasa elektrik yang memberi bekalan kepada rumah Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh di tepi pantai Gaza adalah antara sasaran peluru berpandu Israel.

Krisis terbaru dilancarkan Israel bermula dengan pembunuhan ketua tentera Hamas.
Israel berkata ia membalas serangan roket dari Gaza. Pengeboman Israel belum mencapai seperti kali terakhir ia menceroboh Gaza pada 2008 namun ia mengakui serangan tentera darat tidak mustahil.

Presiden baru Mesir, Mohamed Mursi, mengetuai kecaman terhadap Israel.
Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil, melawat Gaza bersama pegawai Mesir lain sebagai tanda sokongan kepada penduduk di situ, kata pegawai kabinet Mesir.

Sumber: Reuters

Palestin lancar serangan roket ke Baitulmaqdis
2012/11/17 - 10:04:51 AM


BAITULMAQDIS: Pejuang Palestin dilaporkan menembak roket ke Baitulmaqdis dan Tel Aviv hari ini, dua bandar yng menjadi nadi perniagaan dan pentadbiran Israel.

Tentera Israel berkata, pihaknya sudah menutup semua jalan raya di sekitar sempadan Gaza dan mengisytiharkannya kawasan itu ditutup untuk zon tentera.
Koresponden AFP melaporkan, kereta kebal dan perisai tentera kini ditempatkan di medan hadapan dan bersedia untuk melaksanakan perang darat.


Awal hari ini, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengulangi bahawa negaranya menyokong Israel untuk mempertahankan negara itu ketika mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Serangan udara terbaru Israel ke atas Gaza malam tadi menyebabkan enam rakyat Palestin terbunuh menjadikan angka kematian dua hari lalu meningkat kepada 30 orang.

Jurucakap tentera Israel mendakwa, serangan terbaru itu memusnahkan bengkel senjata Hamas. - AFP