Berita Johor Bahru - Johor Bahru News
Blog: http://beritajohorbahrunews.blogspot.com
Ditulis oleh Amiene Rev pada November 27, 2012
Label: Berita Johor Bahru, Johor Bahru News, Pengkritik Blog, Pengulas Blog, Ulasan Blog
Blog: An Apple A Day - Blogger: Max atau MaxolonMengikut arahan baru, Pegawai Perubatan U3 seperti aku dibenarkan 'handle' kes tertentu sahaja. Yang tidak termasuk dalam senarai credentials aku mesti di'handle' oleh pakar yang berada dua setengah jam perjalanan melalui jalan laut dan darat. Bermakna beban kerja Pegawai Perubatan U3 O&G jadi semakin kurang. Kebanyakan kes yang dahulunya aku 'handle' di sini dengan kebenaran Boss lama sekarang kena dihantar ke seberang atas arahan Boss baru. Sudahlah selama ini pun aku bagai tidak ada kerja. Lima belas hari dalam sebulan, aku makan gaji buta. Mereka yang lain pula asyik bertanya kenapa aku tidak balik ke hospital besar. Mereka kekurangan tenaga kerja. Kehadiran aku boleh bantu ringankan beban yang mereka tanggung. - Maxolon, 15 JANUARY 2002, 11:54PM.Apabila orang dewasa mengikuti satu-satu blog, maka jika ada permasalahan yang diutarakan oleh seseorang blogger, masalah peribadi atau luahan peribadi misalnya, maka mudahlan pengunjung dewasa tersebut mengeluarkan buah fikiran dan pandangannya untuk blogger terbabit. Hal ini sudah pasti menguntungkan blogger tersebut.
Dia lahir ke dunia pada jam 12.12 tengah malam disambut oleh rakan aku, Dahlia (bukan nama sebenar). Dia tidak bersuara. Hanya segumpal daging yang mengerekot atas tilam katil aku. Kaku.Maxolon turut menyatakan harapannya terhadap anak kecilnya, Adam ketika bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan itu masih bernyawa.
Aku hanya sempat melihat sekejap kelibatnya sebelum dia dibawa pergi. Dr MC, MO paediatrik, sedang menunggu di bilik resuscitation. Aku hanya berdoa dalam hati agar Tuhan jangan ambil dia sekarang. Jangan, sebelum aku sempat tengok dia sekali lagi. Jangan, sebelum aku sempat sentuh dia.
“Kak Max, 890 gram!” hebah Dahlia, seraya meletak gagang telefon.
Dia sudah sampai ke SCN. Timbangannya 890 gram, berat sedikit daripada jangkaan.
Aku tak tahu apa perasaan yang harus aku rasa ketika itu. Syukur sebab dia dilahirkan hidup? Kesal sebab aku tidak sempat panggil Abang datang ketika aku melahirkan? Risau sebab aku tak dapat menjaganya sendiri? Marah pada keadaan yang aku tak jangka ini?
Pasrah, mungkin. - Maxolon, 17 OKTOBER 2005
Tengah hari. Rasa tidak sabar menunggu Abang datang.Namun semua harapan itu akhirnya berkecai. Adam menghembuskan nafasnya. Maka bermula episod sedih dalam catatan An Apple A Day. Catatan mengenai Adam, dan betapa beratnya hati Maxolon untuk melupakan Adam.
Kami ke SCN berjalan kaki. Aku tak mahu disorong dengan kerusi roda. Aku mahu nampak sihat di depan anak aku. Moga-moga dia juga cuba tunjuk dirinya kuat di depan aku.
Dia sangat sempurna di mata aku. Sangat sempurna. Hidung mancung macam dalam gambar scan itu. Bibir comelnya kadang-kadang bergerak seakan mahu memberitahu dia kurang selesa ada ET tube dalam mulutnya. Kepalanya dipakaikan topi menahan kehilangan haba dan dia nampak lebih comel. Kulit yang hampir lutsinar kerana masih belum matang menampakkan segala urat darah. Ada kesan lebam di beberapa tempat, mungkin sukar juga untuk MC yang cekap itu untuk memasukkan IV line pada urat sekecil dia.
Aku sentuh lengannya dengan jari kelingking aku. Dia bergerak balas. Tangan seolah mahu diangkat. Jari-jarinya yang panjang dan runcing bergerak-gerak. Aku belek kuku ibu jari tangannya dan tersenyum sendiri. Dia tidak mewarisi ibu jari aku dan Mak, yang pendek dan lebar. Bukan juga kuku Abang yang clubbed. Dia adalah dia, dengan segala kesempurnaan.
Aku usap dadanya, cuba membayangkan betapa sedikitnya tisu paru-paru yang ada di dalam pada usia semuda itu. Kakinya menendang-nendang lemah. Sama macam dulu bila perut aku diusap, menendang refleks seperti itulah dia.
“Prognosis is still guarded,” kata MC perlahan, mematahkan angan aku apa mungkin kaki-kaki panjang itu suatu hari menendang bola bersama Abang.
Grade IV RDS. Inotropes. Survanta. Aku bersyukur dia hidup. - Maxolon, 17 OKTOBER 2010
Pukul 8.30 malam. Dia disahkan sudah dijemput Izrail menemuiNya.Kadangkala kita berlaku adil kepada orang lain, kita memberi perkhidmatan yang adil kepada orang lain, tetapi apabila tiba giliran kita meminta untuk diberikan perkhidmatan, orang lain memberikan yang tidak adil kepada kita. Kesedihan dan kemarahan Maxolon tergambar menerusi catatan ini.
Satu-satunya anak aku. Yang sangat istimewa. Yang sangat sempurna. Dipilih Tuhan untuk kembali ke sisiNya pada malam 15 Ramadhan.
Dan hidup tidak akan seperti dulu lagi. - Maxolon, 18 OKTOBER 2005
Kami namakan dia Adam. Sempena nama manusia ciptaan Allah yang pertama. Sesempurna kejadian.Barangkali, blogger Maxolon, berhenti menulis blog, kerana beliau sudah pun mendapat kekuatan menerusi terapi penulisan atau kemungkinan kedua, beliau mahu melupakan kisah sedihnya. Ini ditegaskan menerusi penulisan beliau dalam entri kedua terakhir beliau pada 5 November 2005 iaitu sekitar dua tahun kemudian. Pada kemunculan semula beliau. Nampaknya pada ketika itu Kak Max masih takut kalau-kalau dia telah melupakan anaknya, Adam. Pada entri-entri yang terakhir ini, terdapat perkataan Letting Go (Is there life after Adam?).
Aku keluar rumah buat kali pertama hari ini. Ke hospital untuk menghantar surat penangguhan pengajian aku. Aku sudah tidak lagi dalam mood untuk mengambil peperiksaan bulan depan. Lagi pula dengan tiada peruntukan untuk cuti sakit dan cuti bersalin dalam semester universiti, aku tiada pilihan lain.
“Dr BV talked to Dr TH about what happenned. She said you could write a letter of complaint, if you like, so she can transfer the staff out,” kata Dr NZ.
Aku diam. Aku cuma ceritakan kepada Abang, tidak pada orang lain. Aku agak mesti Nor (bukan nama sebenar) yang hebahkan di jabatan. Aku sendiri pun sudah lupa tentang hal itu.
Waktu itu lebih kurang pukul 8 malam. Aku SMS Nor beritahu tentang keadaan anak aku jadi dia datang ke hospital untuk beri aku semangat. Aku bawa dia ke SCN tengok anak aku yang biru.
Semua monitor sudah dimatikan. Pemanas pun sudah dimatikan. Ventilator saja yang masih dibiar mengepam. Dia sejuk, biru dan kaku. Aku nampak jururawat sedang menyusun borang-borang yang sudah siap diisi. Semua bertulis ‘B/O Dr Max (bukan nama sebenar)’ dan ‘Cause of death: Severe prematurity with pulmonary haemorrhage.’ Jadi aku pasti dia sudah tiada.
Aku usap kepalanya. Aku rapatkan kedua-dua kakinya. Aku cuba qiamkan tangannya di atas dada tapi tangan-tangan itu sudah keras, dengan pantas jatuh semula ke sisi.
“Dia ada lagi tu doktor,” kata jururawat yang dari tadi memandang aku.
Jenaka apakah ini? Kalau anak aku masih hidup, kenapa dia sudah ada burial permit, borang sijil mati dan body tag yang siap ditandatangani pegawai perubatan?
“Dia belum mati tapi semua paperwork dah siap? Siapa punya kerja ni? Get me the MO on call!”
Kemarahan aku sudah tidak boleh ditahan. Aku sudah sahkan berpuluh kematian tapi aku tak pernah buat begini pada sesiapa. Kenapa ada orang sanggup buat begini kepada anak aku?
“Dr ZN, I want you to off the ventilator. I tak kira. Bagi you baby ni memang dah mati pun. You dah sign semuanya. So just off it,” kata aku.
Dia terkulat-kulat cuba beri penjelasan tapi dia sendiri tahu dia salah, mengambil jalan mudah tanpa memikirkan sensitiviti orang lain.
Aku tak mahu ungkit lagi. Adam sudah seminggu pergi. Aku cuma mahu ingat yang baik-baik tentang Adam. Aku sudah lupakan yang lain-lain. Lupakan, ya. Aku tidak kata maafkan. - Maxolon, 25 OKTOBER 2005.
Hanya setelah itu aku puas. Pada noktah terakhir, tangisan itu berhenti. Kering. Sendiri. Mengulang baca entri-entri itu tidak lagi mengundang air mata. Rasa asing. Rasa seolah membaca cerita fiksyen orang lain. Bukan cerita aku.Maxolon, muncul semula kira-kira 9 hari kemudian. Ketika itu beliau tampak sudah memiliki keputusan yang semakin jelas. Beliau menulis:
-----Dan aku menangis semalam. Takut. Aku menangis kerana aku takut untuk mengaku aku semakin melupakan Adam. - Maxolon, November 5, 2005
"...even for those of us who have children Max, we don't know how long they are going to be with us," kata Dr NZ seminggu lepas kejadian itu.Penamatan blog beliau walau bagaimana pun ditulis pada senggang masa yang agak lama iaitu pada Oktober 2006. Nampaknya Maxolon pernah kembali setahun kemudian untuk meninggalkan catatan di blognya, sebelum pergi terus dan tidak kembali lagi.
Kebenaran kata-kata itu buat aku tersentuh. Semakin aku fikir, semakin aku rasa betapa benarnya kata-kata itu.
Adalah sombong bagi aku untuk menganggap tiada sebab untuk doa dan harapan aku tidak dipenuhi. Adalah angkuh bagi aku untuk menganggap Adam hak aku sedangkan Adam hakNya. Dia yang menjadikan Adam lalu Dia ambil balik. Aku sering terlupa dengan kekuasaanNya tapi Tuhan itu maha penyayang jadi dari semasa ke semasa Dia akan tolong ingatkan. Aku anggap diri aku bertuah kerana masih ada masa untuk diingatkan.
Tuhan itu maha kaya. Ada kejadianNya yang ditunjuk terang-terang (tapi kadang-kadang, ditunjukNya dengan terang pun kita tak nampak juga). Ada pula kejadianNya yang disembunyi dari mata dan akal kita supaya satu hari di saat yang paling kita tak duga, Dia boleh jerit, "Surprise!" dan buat satu kejutan yang bermakna. Lebih kurang macam itulah.
Adam aku tempatkan dalam hati aku di satu ruang istimewa hanya untuk dia. Hidup aku, walaupun tidak akan lagi seperti dulu, perlu diteruskan.-----"Allah answers prayers in three ways: He says yes and gives you what you want, He says no and gives you something better or He says wait and gives you the best in His own time."
Insya'Allah. - Maxolon, 14 NOVEMBER 2010
Kuning. Putih. Magenta. Dan hibrid magenta dan kuning. Satu-satu. Atas batu kelikir putih. Antara nisan dua batang. Yang senget dan bergoyang.Dan begitulah blog Maxolon - An Apple A Day berakhir. Blog Maxolon masih memiliki Guestbook. Jika dahulu fungsi Guestbook atau Buku Tamu ini dianggap sebagai penghubung kata, medan interaksi antara penulis blog dengan pembaca. Kini Guestbook tidak lagi diperlukan. Kebanyakan laman blog memiliki sistem komentar yang tersendiri, mudah, automatik dan percuma.
Selamat hari jadi, sayang. - Maxolon, 17 OKTOBER 2006.
Ditulis oleh Amiene Rev pada Disember 21, 2010
Label: Blog Review, Pengkritik Blog, Pengulas Blog, Ulasan Blog
Komik Misteri Penyiasatan dan Thriller MalaysiaTQ untuk review anda. Mengenai hak cipta sebenarnya saya memang menitik beratkan bahan-bahan yang mempunyai hak cipta sebab itu komik yang dipaparkan kandungan hanya komik yang saya pastikan tidak timbul masalah hak cipta kelak sebab itu komik-komik keluaran KRU, Bayan, Creative dan Karangkraf saya tidak upload kerana tidak mahu timbul masalah hak cipta kelak. - Maklum balas daripada Rasidi, Isnin, 20 Disember 2010, 16:53
Ditulis oleh Amiene Rev pada Disember 20, 2010
Label: Blog Review, Ensiklopedia Blog, Pengkritik Blog, Pengulas Blog, Ulasan Blog
Jalur Gemilang dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah yang ketika itu berusia 29 tahun dan merupakan seorang arkitek di JKR (Jabatan Kerja Raya) di Johor Bahru, Johor.
Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950.
Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.
Pada 12 Februari 1949, Hassan Al Banna telah meninggal dunia, iaitu dua hari sebelum Hari Memperingati Valentinus.
Maka, adalah wajar jika kita memperingati pemergian tokoh terbilang Islam ini, pada setiap 12 Februari, bagi setiap tahun.