BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label tandas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tandas. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 19, 2011

Tandas Jakarta terkotor di Asia

Kajian WTO letak Indonesia di tangga ke-12 daripada 18 negara

JAKARTA: Tandas di Indonesia dikategorikan sebagai tandas paling kotor di Asia, lapor satu kajian Pertubuhani Tandas Sedunia (WTO). Organisasi itu meletakkan Indonesia di tangga ke-12 di kalangan 18 negara Asia yang diadili untuk tandas yang paling kotor. “Kami mempunyai tandas yang paling teruk berbanding negara Asia Tenggara lain,” kata pengasas Persatuan Tandas Indonesia (ATI) Naning Adiwoso.

“Walaupun kedudukan kami lebih baik daripada Vietnam tetapi kita jauh lebih teruk berbanding Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand,” katanya.

Naning berkata kedudukan itu ditentukan WTO berdasarkan jumlah kuman ditemui di tandas yang diperiksa secara rawak setiap negara.

Naning berkata sekurang-kurangnya, 80 juta kuman ditemui dalam satu tandas dan kuman itu boleh membawa kepada penyakit berjangkit seperti demam kepialu.

Beliau menegaskan bahawa amalan mengepam tandas tidak mampu memusnahkan kuman, malah pembersihan dan sanitasi berterusan diperlukan.

“Pendidikan dalam keluarga memainkan peranan penting kerana ramai yang menganggap tandas kurang penting, justeru mereka membuang air besar atau kecil di sungai atau di tempat terbuka,” katanya.

Beliau berkata dengan peningkatan penduduk, negara itu memerlukan jumlah tandas awam yang banyak.

ATI ditubuhkan 10 tahun lalu dengan sasaran mendidik rakyat Indonesia mengenai keperluan untuk mengamalkan kebersihan tandas. Organisasi itu akan mengadakan acara sebagai menyambut Hari Tandas Sedunia pada 19 November. – Agensi

Jumaat, Oktober 14, 2011

Hukum Al Quran Dalam Telefon Bimbit Bila Ke Tandas

Hukum Al Quran Dalam Telefon Bimbit Bila Ke Tandas
 
SOALAN: SAYA ada kemusykilan mengenai aplikasi al-Quran di dalam telefon bimbit. Saya baru menggunakan telefon bimbit Samsung Galaxy dan ada memuat turun aplikasi al-Quran dari perisian Andriod Market. Aplikasi al-Quran itu percuma. Adakah menjadi kesalahan jika saya meletak telefon saya di dalam poket seluar dan sering membawa telefon berkenaan ke dalam tandas?

JAWAPAN: HUKUMNYA adalah harus untuk mempunyai telefon bimbit yang mempunyai aplikasi al-Quran. Bagi menjaga kesucian al-Quran, aplikasi al-Quran tidak dibuka ketika berada di tempat kotor seperti tandas. Membawa telefon berkenaan bersama-sama ke dalam tandas dibenarkan apabila ia tidak dibuka atau diakses ketika itu. Ini kerana aplikasi al-Quran dikira tidak wujud ketika masa itu. Kita boleh ibaratkan ia seperti seorang hafiz memasuki tandas, tidak menjadi kesalahan asalkan dia tidak membaca al-Quran dalam tandas kerana perbuatan itu boleh menjejaskan kesucian al-Quran.